Wednesday, December 16, 2009

jom... campak2 jer...

Saturday, December 5, 2009

Nasi Kurma Ayam, Pajeri dan Dalca

Semakin berumur ni tekak semakin cerewet dalam soal makan. Kita lebih suka makan nasi dan lauk tanpa kuah... Mat Rock pulak kalau nak makan nasi, biar la nasi yg berperisa atau berempah seperti nasi briyani. Ala2 timur tengah konon... hehehe... Hari ni pun dia minta cam tu... adeihhhh!!!!

Baru ni dah buat nasi briyani, kali ni untuk dinner malam ni kita buat nasi kurma. Bahan dan cara lebih kurang nasi briyani gak, cuma kali ni guna rempah kurma. Rasa? Mat Rock kata lebih sedap dari briyani yang kita buat... hampeh tol!!!

Jom layanz...


Nasi Kurma Ayam

4 cawan beras basmathi - basuh, rendam 30 minit dan toskan
750 gm ayam - potong kecil dan bersihkan
1 biji bawang besar - mayang
5 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - mayang
2 helai daun pandan - cuci dan simpul
50 gm rempah kurma - jadikan pes (bancuh dgn sedikit air)
4 1/2 cawan air
150 gm yogurt asli
125 gm butter
rempah tumis - kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga
garam secukup rasa
2 biji tomato - dadu
1 pokok daun ketumbar - cincang

Panaskan mangkuk periuk letrik di atas dapur, cairkan mentega didalamnya.
Masukkan rempah tumis sehingga wangi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau hingga bawang layu, masukkan rempah kurma dan kacau rata.
Masukkan ayam dan air dan gaul rata. Biarkan mendidih baru masukkan yogurt dan garam. Biarkan ia mendidih sekali lagi baru masukkan beras. Gaul perlahan agar rata.
Alihkan periuk ke periuk letrik. Biarkan nasi masak seperti biasa.
Bila nasi sudah kering, masukkan tomato dan taburkan daun ketumbar. Biar nasi tanak sepenuhnya.
Taburkan bawang goreng sewaktu menghidang.

Guna nenas dalam tin jer, senang dan lebih sedap... Pajeri Nenas

1 tin nenas keping - asingkan dari sirap dan potong 4
2 biji cili merah – potong sesuai rasa
5 butir bawang merah - cincang
3 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - mayang
2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu kecil udang kering – rendam dan tumbuk lembut
1 sudu kecil biji sawi
1 1/2 sudu besar Cuka
1/2 cawan sirap nenas + 1/2 cawan air
Gula dan Garam secukup rasa

Bahan B - Penumis:
1 batang (anggaran 2 inci) kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang

Cara menyediakannya:
Tumis B hingga wangi dan masukkan bahan hiris, serbuk kunyit, biji sawi, udang kering dan tumis hingga keperangan.
Masukkan nenas, cili dan campuran sirap, biarkan mendidih.
Masukkan cuka, gula dan garam secukupnya.
Renihkan sebentar sebelum dihidang.



Dalca ni cam biasa jer... sama jer dengan yang sebelumnya.

Selamat mencuba!!!

Sunday, November 29, 2009

Nasi Briyani Ayam, Dalca, Jelatah, Pajeri Nenas dan Daging Sate Goreng

Hidangan di pagi hari raya aidil adha tahun ini. Selalu sibuk ngan ketupat rendang tapi tahun ni cuba lari dari kebiasaan. Lagipun sehingga petang sebelum raya, kita masih di office. Tak macam selalu, teruja nak menyambut raya... tak kira la raya haji atau raya puasa.

Kita menghindangkan menu dengan resipi pandai2 sendiri... hehehehe... tak kuasa acik nak beriya... tak tau la apa punya mood dok singgah dalam diri tahun ni. Apa2 pun at the end of the day, semua habis dibaham. Alhamdulillah, tiada pembaziran ketara yang berlaku.

Mulanya kita nak buat nasi arab tapi rempahnya tidak mencukupi. Korek2 dapur tu ada rempah briyani, tu yang tukar jadi nasi briyani.

Nasi Briyani Ayam

1 ekor ayam – potong kecil dan bersihkan
8 cawan beras basmathi – cuci, rendam 15 minit dan toskan
8 cawan air
2 helai daun pandan – bersihkan dan simpul
100 gm rempah briyani + sedikit air jadikan pes
1 cawan yogurt asli / tairu (susu cair + perahan limau nipis)
2 biji tomato – dadu
1 pokok daun ketumbar
Gajus/kismis (option kalau suka)
Garam secukup rasa

Bahan Tumis
2 biji bawang besar – dimayang halus
5 ulas bawang putih – dihiris halus
1 inci halia – diracik halus/tumbuk
Rempah tumis – buah pelaga, bunga lawang, kayu manis dan cengkih
250 gm minyak sapi

Panaskan minyak sapi dan masukkan bahan tumis dan goreng hingga wangi. Masukkan daun pandan dan pes rempah gaul rata hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.
Masukkan air (boleh tambah sedikit lagi jika mahu) dan biarkan didih menggelegak baru masukkan yogurt. Tunggu hingga mendidih semula.
Masukkan beras yang telah ditoskan airnya. Gaul rata dan masak nasi hingga kering sedikit.
Masukkan tomato, daun ketumbar, gajus dan kismis. Biarkan nasi masak sepenuhnya.


Dalca juga adalah percubaan yang entah keberapa kali tapi Alhamdulillah, kali ini memang menjadi sungguh. Tukang komplen pun bagi 'two thumbs up'... semangat! semangat!

Dalca

300 gm daging
1 cawan kacang dhal – cuci dan rebus hingga empuk
1 biji terung panjang
4 biji terung bulat - potong baji
5 batang kacang panjang
1 biji lobak merah
2 biji kentang
2 biji tomato – belah 4
2 biji cili hijau hiris kasar
1 ½ cawan susu segar
Perahan asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan tumis
2 paket rempah kari - bancuh ngan sedikit air
2 pelepah daun kari
2 biji bawang besar – dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
3 cm halia - dihiris
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
Minyak utk menumis

Cara Menyediakan
1) Bersihkan daging dan potong kecil-kecil.
2) Sayur-sayuran di potong mengikut selera.
3) Rebus kacang dal dan daging sehinga keduanya masak dan empuk.
4) Masukkan kentang dan lobak dan rebus sehingga empuk dan diikuti terung, kacang panjang dan tomato.
5) Tumis darat: Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan rempah tumis dan diikuti dengan bawang besar, halia dan bawang putih yang telah dihiris. Tumis sehingga naik bau.
6) Masukkan daun kari dan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan kedalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.
7) Masukkan susu dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya.


Jelatah ni sapa pun buleh buat, tak der hal punya kan... Jelatah

1 batang timun jepun – potong mengikut selera
1 batang kecil lobak merah – hiris memanjang
1 biji tomato - hiris nipis
1 biji bawang besar – hiris
2 biji cili merah – hiris sesuai selera
1 sudu besar udang kering – rendam sebentar dan tumbuk lembut
cuka, garam dan gula secukup rasa

Campurkan semua bahan dan perap selama lebih kurang 15 minit sebelum dihidang.


Pajeri nenas stail macam ni mmg popular di sebelah selatan. Tidak menggunakan rempah. Pertama kali dapat sesuai dengan selera setelah mencuba beberapa kali.
Pajeri Nenas

Bahan A:
1 biji nenas mengkal, kupas dan potong kecil
2 biji cili merah – potong sesuai rasa
1 biji bawang - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 cm halia - dihiris
2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu kecil udang kering – rendam dan tumbuk lembut
2 sudu kecil biji sawi
1 1/2 sudu besar Cuka
Air
Gula dan Garam secukup rasa

Bahan B - Penumis:
1 batang (anggaran 2 inci) kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang

Cara menyediakannya:
Rebus nenas hingga layu. Saringkan airnya.
Tumis B hingga wangi dan masukkan bahan hiris, serbuk kunyit, biji sawi, udang kering dan tumis hingga keperangan.
Masukkan nenas, cili dan sedikit air, biarkan mendidih.
Masukkan cuka, gula dan garam secukupnya.
Renihkan sebentar sebelum dihidang.


Alhamdulillah, tahun ni dapat sedekah daging korban. Tak tau nak masak camana lagi, kita buat resipi andaian jer. Tapi alhamdulillah, kena lak kat tekak Mat Rock. Simple jer... mungkin sebab daging masih segar menjadikan menu tersebut terasa enak. Nama resipi tu Mat rock yang bagi... hehehe...

Daging Goreng Sate

1 kg daging
5 ulas bawang putih - dikisar/tumbuk
3 sudu besar sos tiram
1 sudu teh black pepper
1 sudu besar serbuk kunyit
sedikit gula

Gaulkan semua bahan dan perap lebihkurang 1 jam.

4 sudu besar minyak untuk menumis
2 inci halia - hiris
2 besar sudu gula
garam secukup rasa
2 biji bawang besar - dihiris
3 biji cili merah/hijau - hiris serong
1 pokok daun bawang - potong 1 inci panjang
daun sup - optional

Panaskan minyak di dalam kuali. Gorengkan daging perap dan halia hingga daging empuk dengan kuali bertutup. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan hangus.
Apabila air daging sudah separuh kering, masukkan garam dan gula secukup selera, kacau rata.
Masukkan bawang besar dan cili merah, kacau rata hingga bawang sedikit layu. Tutupkan api dan masukkan daun bawang, gaul rata.
Taburkan daun sup cincang sewaktu menghidang.

Monday, November 23, 2009

Dinner Express

Kenapa dinner express? sbb masak express la... 30 minit siap dua dishes. Kacang buncis goreng + Asampedas ikan kembung dengan terung assam. emmm... terung asam lagi... jangan marah arrrr... itu terung tak dapat nak cari kat semenanjung... Borneo mari tau...
Resipi simple jer... ejas sendiri ek...

ikan – dibersihkan
cili, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit - blend atau tumbuk
perahan asam jawa
terung asam (kena cari kat sarawak)
air
garam secukup rasa
minyak utk menumis

panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk/kisar hingga naik bau dan kering air.
masukkan ikan, gaul rata
masukkan air, perahan asam jawa
masukkan juga terung asam dan garam secukup rasa
biarkan mendidih dan ikan masak sepenuhnya
hidangkan.


sayur ni sentuhan mat rock. kita sediakan bahan jer, dia yg siapkan gorengan.
tumiskan bawang besar hiris, ikan bilis, hirisan cili merah
masukkan kacang yg sudah dibersihkan
kacau goreng hingga rata.
pecahkan telur, gaul rata. perasakan garamnya

Tuesday, November 10, 2009

Homemade Steak

Steak - 4 servings
4 pcs steak meat
3 tsps pepper powder
1 tsp oregano
3 tbsps black pepper sauce
2 tbsps lemon juice

mix all ingredients and marinate for at least 30 minutes.
grill on a non-stick pan.

french fries - fried
12 pcs green peas
200 gm cauliflower

deep all veges in salted boiling water. separate the veges and keep the stock aside.


coleslaw
50 gm chopped cabbage
50 gm chopped carrot
1/2 pc big onion - chopped
1 tbsp chopped parsley
5 tbsps mayonnaise
1 tbsp lemon juice

mix all and keep in the fridge a while.


Black Pepper Sauce
Vege stock
1 tsp blended garlic
1/2 pc big onion - chopped
black pepper sauce
tomato ketchup
salt and sugar to taste
2 tsps flour - dissolved with 2 tbsps water

Without washing the grill pan, pour in vege stock + blended garlic + black pepper sauce + tomato ketchup, bring to boil. Add salt + sugar and the flour mixture. Stir well untik become thicken.

Monday, November 9, 2009

Sambal Udang Petai, Siakap Masam Manis, Kacang Buncis Goreng

Dah lama tak update, busy la kononnya... masukkan gambar dulu ek, kang delay lupa lagi... banyak dah tak sempat nak buat entry. Resipi kendian insyallah kalau masih ingat. Banyaknya masa main campak2 jer, sbb ikut apa yg ada dalam kulkas...


sambal tumis udang petai




300g prawns - shelled
petai - amount of your choice
4 tbsp blended chillies
3 shallots
1 clove garlic
tamarind pulp (take out the seeds)
1 big onion - sliced
salt n sugar to taste
3 tbsp cooking oil

Pound shallots, garlic and tamarind pulp together.
Heat cooking oil in a pan. Stir fry blended chillies till cook and throw in pounded ingredients and stir fry to fragrant.
Put in prawns and petai. Keep stirring till all prawns and petai covered with chillies mixture. Throw in salt and sugar. Mix well.
Lastly, throw in sliced big onion in and stir well till onion a bit soft.

Enjoy!!!

Juadah dinner tadi...

Kacang Buncis Goreng Telur

1 pack kacang buncis - bersihkan / french beans
1 sudu besar bawang merah kisar / 1 tbsp blended shallot
1 sudu kecil bawang putih kisar / 1 tsp blended garlic
5 biji cili padi - ketuk / 5 bird chillies - crushed
50 gm udang - dibersihkan / 50 gm prawns
2 biji telur - dipukul sedikit / 2 eggs lightly beaten
garam secukup rasa / salt to taste
2 sudu besar minyak masak / 2 tbsps cooking oil

Heat oil in a pan. Stir fry onion till fragrant. Throw in french beans, prawns andd chillies, fry for 5 second. Add in salt to taste.
With low heat, add in beaten eggs. Stir the eggs with all ingredients with high heat till the eggs evenly cooked.


Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang hingga naik bau. Masukkan kacang, udang dan cili, kacau goreng selama 5 saat. Tambah garam secukup rasa.
Kecilkan api dan masukkan telur dan ratakan. Kacau goreng ngan api besar untuk seketika atau sehingga telur masak rata.


Siakap Masam Manis
ni main campak2 jer

1 ekor siakap - bersihkan, perap bersama garam + pepper dan goreng
2 sudu besar pes cili
1 sudu besar bawang kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 inci halia - cincang
4 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
1 biji bawang besar - hiris
2 biji cili merah + 1 biji cili hijau - hiriscarrot - potong ikut sukagaram gula secukupnyaminyak utk menumis

Letakkan ikan yg telah digoreng kedalam pinggan hidang.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar dan halia, goreng hingga terbit minyak. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap manis dan kacau rata. Masukkan sedikit air dan carrot. Biarkan didih.
Masukkan bahan hiris, garam dan gula secukup rasa. Tuangkan ke atas ikan tadi.

Tuesday, October 6, 2009

Stir-fry Smoked Beef

Actually, I really do not know how to consume the thing that we call smoked beef. I bought a year ago and kept in the freezer (it's frozen type anyway), and need to be cleared before its expired.

Some says put in the sandwich will be nice or just eat like that... emmm... cannot take lorrr... I am thinking of my typical Malay dish... Lemak Cili Api. Oppsss!!! No! No! No! No santan (coconut milk) pleaasssseeeee... Food for dinner must be simple, easy peasy to cook and finish immediately...

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
400 gm sliced smoke beef - cut to small pieces
2 tbsps blended onion
2 tsps blended garlic
1 inch ginger - finely chopped
2 red chillies - sliced
1 green chillies - sliced
6 cili padi (the hotter the better... hehehe) - sliced
1 big onion - sliced
1 big tomato - wedged
1/2 lemon
salt to taste
cooking oil

Let's do it my way...

Heat cooking oil in a pan. Stir fry the onion, garlic and ginger until fragrant. Add in the cili padi and the smoked beef. Mix well bring to cook until the water dissolve.
Add in the sliced onion, chillies and tomato. Season with salt and squeeze in lemon juice. Off the heat when the onion become soft.
Serve with hot plain rice. ;)

Fried Screws

hahaha... sounds 'brutal' isn't it? Just for fun only... I am no Italiano, very hard for me to remember the name of this 'screw type' pasta. Panggil skru jer la... hahahaha... My family likes pasta but need to prepare in Malaysian (that's me... :D) ways to suit the tastebuds... hot and spicy... campur itu campur ini, whats in the fridge that suit to this, all dump in. Let's layanzzzz...


500 g 'screw' pasta - boil to cook
3 tablespoons blended onion
3 teaspoons blended garlic
4 tablespoons blended chillies (lessen or more)
100 g chicken meat - cubed
1 carrot - grated coarsely
50 g cabbage - sliced
100 g fish cake - sliced
100 g fish ball - quartered
1/2 cup frozen mixed vege
1/2 lemon
salt and sugar to taste
cooking oil
chopped scallion and chinese parsley for garnishing

Heat oil in a wok. Stir fry blended ingredients till fragrant or someone sneezing...
Dump the chicken meat, bring to half cooked. Add in the fish cake, fish ball, carrot and mixed vege. Stir till well mix.
Add in the pasta and sliced cabbage. Mix them well. Add salt and sugar to taste. Squeeze the lemon juice in and mix well.
Garnish and serve.


*psssttt... do not follow my style exactly... do your way, follow your heart... hehehehe...


Just to show off my another version of Asam Pedas only... the recipe can be found in previous entry.

Saturday, October 3, 2009

Nasi Jagung

arini tahap boring dah melepasi hidung. nak makan pun jadi masalah. pening gak la dok pikir apa nak masak tapi tak mau la sama macam selalu. teringat ada jagung dalam peti es yang kita beli sebelum raya aritu... saja2 jer tak de tujuan tertentu. kelebek sana sini semua cukup... buat nasi jagung jer la... hantam saja, main baling2 gitu... yok kita layan...

6 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
6 cawan air
1 cawan susu cair
2 tongkol jagung - asingkan dr tongkolnya
1 inci halia - mayang halus
1 labu bawang besar - didadu
2 ulas bawang putih - hiris
rempah tumis - bunga lawang, buah pelaga & kayu manis
125 gm minyak sapi (1 tin kecil)
1 cawan sayur campur
1 cawang daging/ayam cincang
1 batang lobak merah parut
2 sudu teh lada putih
garam secukup rasa
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Masukkan rempah tumis, bawang besar, bawang putih dan halia (masukkan daun pandan jika ada). Tumis hingga. naik bau.
  2. Masukkan ayam/daging cincang, kacau rata. Kemudian masukkan jagung dan sayur campur.
  3. Masukkan beras dan gaul hingga rata dan sebati. Masukkan air, lada putih, garam dan lobak merah. Gaul.
  4. Alihkan periuk letrik. Biarkan nasi masak hingga hampir kering. Tuangkan susu. Taburkan kismis dan gajus jika mahu. Biarkan nasik tanak dan kering sepenuhnya.
  5. Sedia untuk dihidang.


*Note
Taburkan dengan bawang goreng, daun bawang dan daun sup yg dihiris.
Boleh dihidang bersama ayam masak merah, dalca dan acar.

Nak express kita taksempat buat tu semua... hahahaha... gelojoh... tp arini kita hidang dengan ayam lada hitam xpress... hehehee



Ayam Lada Hitam - express punya...

hahhaha... bukan le niat nak menipu.. tp kes nak cepat... segera... guna perencah pre-mix dari jenama pasaraya gergasi. not bad la rasanya... sbb semua dah ada kat dlm tu. cuma tambah kan bawang besar dan hias daun bawang jer. tp kita suka hati tambahkan cili merah hiris. masak pun ikut jer instruction kat paket tu. siap! makan ngan nasik jagung tadi.

Rendang Raya

rendang ni kita buat masa raya aritu. sedikit kelainan dari biasa sbb kita tak guna santan dan digantikan dengan susu penuh krim. standard la, kalau time raya, nak beli santan sesudu pun kena beratur, kena ambil no... malas la nak buat tu semua, so kita gantikan dengan susu. disamping kemalasan tu, sajian ni boleh la dikira sajian sihat la kan... hahahhaha... dah malas tu sihat gak ker... hehehe... jom layanz...

opps!! lain2 sajian raya sama cam tahun2 lepas... ketupat, sambal goreng, sambal kacang dan bla... bla... bla... semua menu wajib hari raya, kalau nak letak kat sini resipinya cam benda sama... tak best...


2kg daging (lembu/kambing)

250g rempah rendang

4 senduk kecil cili kisar (nak pedas tambah lagi...)

3 senduk kecil bawang kisar

1½ senduk kecil bwg putih kisar

2 sudu besar halia kisar

2" kunyit hidup

lengkuas

6 batang serai - kisar bersama kunyit dan lengkuas

rempah tumis - kayu manis, buah pelaga, bunga lawang

1 liter susu penuh krim

1 senduk kecil kerisik

gula melaka dan garam secukupnya

minyak untuk menumis

hirisan daun kunyit

daun limau purut yang di siat2


Satukan rempah rendang dan bahan kisar.

Panaskan minyak, masukkan rempah tumis hingga wangi dan masukkan semua campuran bahan kisar. Tumis hingga garing dan terbit minyak.

Masukkan daging, susu, kerisik, gula dan garam. Biarkan mendidih. Kacau sekali sekala. Masukkan daun limau purut. Masak hingga kuah pekat.

Tuesday, September 15, 2009

Asam Pedas Ikan Mackerel dengan Terung Asam dan bunga kantan

Tahun ni bulan ramadhan, kita tak banyak kedapur, boleh dikira dengan jari, tak sampai 10x pun. Tahun ini buat julung kalinya kita sibuk buat kukis niaga. Tak la banyak tapi sebagai amatur dan baru bertatih banyak yang harus di letak ketepi seketika, termasuklah meng'asap'kan dapur comel ku itu. Sesekali ada gak turun bila bosan ngan makan luar. Ini la hasilnya...

Asam Pedas ikan mackerel dengan terung asam dan bunga kantan. Resipi cam biasa boleh tengok kat sini. Bahan datang dari jauh nun dari Kuching. TQ Kak Dee n Abang Ghazi.

Bihun goreng jer. Buat utk berbuka entah bila. Main masuk jer, semua ekspress... balik kerja main tibai jer...

Cucur udang... pemberian nebor depan rumah. Tq kak Nazirah. Habis kami bedal...

Sunday, August 23, 2009

Berbuka Hari Ke2

Juadah berbuka hari ini simple jer. Malas nak bermewah yang akhirnya akan ke tong sampah jugak. Memang dah lazim begitu berbuka sekadarnya sahaja. Anak2 dah terbiasa tak pernah komplen. Mengajak ke pasar ramadan pun tak, sebab selalunya apa yang dibeli bila dijamah amatlah mengecewakan. Dalam rumah ni, lidah dan tekak masing2 masih berfungsi dengan baik lagi... hahaha...
Taugeh masak lemak putih. Tiba2 mat rock mintak sayur ni. Awalnya kita nak goreng jer sbb dah ada telur masak kicap yang berkuah. Rupa2nya dia teringat lebihan sambal belacan yang kita buat untuk laksa tu, nak jadikan regu la tu sbb ada ikan goreng jugak. Dia kata teringat makanan kat asrama dulu... hahahha... sanggup dia ke kedai beli santan.

Telur puyuh masak kicap. Ni pun mat rock punya permintaan. Dah lama dah. Kita nak sambalkan jer, tapi dia nak kaler hitam ni jugak...

Ikan kembung goreng... senang jer tak perlu pikir... mesti habis punya...

Saturday, August 22, 2009

Laksa Sarawak untuk berbuka

Selamat Berpuasa untuk semua kengkawan yg beragama Islam...

Hari pertama puasa tahun ini, kita hanya sempat menyediakan juadah ringkas untuk berbuka. Dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, Laksa Sarawak adalah yang paling mudah untuk disediakan.

1 bungkus bihun (celur bagi lembut)
1/4 ekor ayam
500g udang
200g rempah laksa sarawak (jgn cari kat semenanjung, cari kat sarawak ye...)
2 btg serai - diketuk
250g santan pati
air rebusan ayam dan udang
garam & perasa (option) secukupnya
condiments:
ayam yang dicarik2
udang yang telah direbus
daun ketumbar - hiris (mesti ada, baru ummph!)
taugeh - celur sedikit
telur dadar - hiris halus
limau kasturi - belah
sambal belacan - cili merah + belacan = tumbuk sekali

Rebuskan udang (dgn kulit) dan ayam kedalam 2.5 liter air. Setelah masak asingkan udang dan ayam dari air rebusan.
Dengan air rebusan yang sama, masukkan rempah laksa dan serai yang diketuk. Kacau diatas api sederhana hingga mendidih. Masukkan pati santan dan kacau serta biarkan sedikit mendidih. Kemudian masukkan garam dan perasa (jika mahu) secukup rasa. Renehkan.
Celur bihun dalam air panas dan bilas dalam air sejuk.

Menghidang Laksa Sarawak
:
Masukkan bihun ke dalam pinggan kuah, taburkan telur, taugeh, isi ayam, udang dan daun ketumbar di atasnya. Curahkan kuah dan letakkan sambal belacan dan limau kasturi.
Siap untuk dimakan.

Wednesday, August 19, 2009

Nasi Goreng Rampai

Tu la.. masak nasik siap berlauk sampai berpeluh2... cuit pun tak. Banyak lak tu masak, 3 cawan beras. Sayang kan... Decided buat nasi goreng jer, sure laju habisnya.hah.. dah banyak sangat buat nasi goreng, dah macam2 versi. maklum lah, kita ni kan rajin gitu... hahaha... tak koser teman... Kali ni kita bagi nama special... tak tau tang mana special... hehehe. Senang jer, anak bujang kita tu pun dah boleh buat. Kak Long lagi suka sbb dia pun jenis 'rajin' cam emak dia nih. Basic sama jer, cuma pelbagaikan isiannya. Bior meriah gitu....
NASI GORENG RAMPAI

Nasi sejuk
Bawang putih - crushed n chopped
bawang merah - hiris
ikan bilis
udang - buang kulit tinggal ekor jer
hirisan sosej
sayur campur
cili api - diketuk
telur - dipukul sedikit
garam secukup rasa
minyak utk menggoreng

Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan udang sebentar, angkat dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama, tumiskan bawang2 dan cili api sampai orang dalam rumah bersin.
Masukkan ikan bilis, sosej dan sayur campur. Kacau rata hingga sedikit kering.
Masukkan nasi dan udang. Gaul rata. Perasakan garam. Kacau gaul hingga nasi sedikit ringan.
Curahkan telur dan gaul hingga rata dan telur masak. Dah boleh hidang.


psst: ukuran bahan ikut banyak mana nasi yang hendak di goreng.

Selamat Mencuba!!!

Saturday, August 15, 2009

Kari Sadin & Sambal Hitam

Sadin... dah selalu sangat dimasak sambal, kali ni tukar bahan skit. Masak kari. Bahan2nya apa yang ada dalam peti es. Apa yg ada kita guna... Masak pun simple habis, tak banyak kerenah.

Tumbuk halia, kunyit, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
Panaskan minyak masak dalam kuali. Sementara itu, asingkan sardin dari sosnya.
Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan 1 bungkus serbuk kari ikan. Gaul rata.
Masukkan sos sadin, air dan santan secukupnya, biarkan hingga mendidih. Masukkan asam keping, garam dan sedikit gula.
Masukkan ikan sardin, kacau gaul. Biarkan kuah sedikit pekat dan renehkan seketika.
Hidangkan.
**************************


Yang ini pulak di panggil Sambal Hitam. Ini resipi orang Pahang. Kalau ada kenduri disana, ia seakan menu wajib untuk dihidang. Sambil makan tu, kita tanya gak cara menyediakan sambal hitam dari suku sakat mat rock. Agak rumit penyediaannya.

Kita cuba buat sendiri dengan berpandukan resipi dari myresipi.com


Sambal Hitam Pahang oleh: ieza_beledza
Dari seorang cikgu orang Pahang

Bahan-bahan (5 orang)
500gm belimbing buluh
5 biji bawang merah
15-20 biji cili padi hijau
2 genggam ikan bilis yang telah dibelah
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
rebus belimbing buluh selama 8jam
tumbuk bawang merah dan cili padi hingga lumat
tumbuk ikan bilis separuh lumat
tumis semua bahan yang telah di tumbuk.
masukkanbelimbing buluh yang telah di toskan
masukkan garam dan gula
gaul rata dan biarkan ia kering sedikit.


memang mabeles... anak2 meratah gitu aja...

Thursday, July 30, 2009

Nasi Goreng Larut Malam

Ni kisah hari Isnin lepas tu la. Lepas buka puasa and dinner kena buat baking pulak. Lepas baking naik ke rumah dah dekat jam 1 pagi. Ada left over nasi masa dinner, telur dadar pun ada lebih jugak tapi lemak tempoyak ikan masin habis kering. Kalau tak buat apa2, sampai esok pun gitu jugak le tak bersentuh.

So, kita goreng untuk buat sahur semalam. Selebihnya anak2 dan hubby buat bekal mereka. Dah buat kerja tengah2 malam, tu yang jadi nama gitu... Kalau bahasa omputih Midnite Fried Rice... hahaha...
2 pinggan penuh nasi sejuk / 2 full plates cold rice
lebihan telur dadar diramas hancur /leftover ommelet - hand crushed
Segenggam ikan bilis goreng / a handful of fried anchovies
3 ulas bawang puting diketuk / 3 cloves crushed garlic
1 cawan sayur campur beku / 1 cup frozen mixed vege
garam secukup rasa / salt to taste
5 sudu besar minyak masak /5 tbsbs cooking oil

Panaskan minyak dalam kuali. Saute bawang putih hingga perang, masukkan sayur campur, kacau goreng sebentar. Heat up oil in a pan. Saute garlic until golden and add in mixed vege. Stir well.
Masukkan ikan bilis, nasi dan telur dadar. Kacau rata semua bahan. Goreng hingga semua bahan bercampur sebati. Add in the anchovies, rice and ommelet. Fry till all ingredients mix well together.
Perasakan garamnya. Kacau rata dan sebati semua bahan. Add salt to taste. Stir to blend them all.
Sedia untuk dihidang. Ready to serve.

Lemak Tempoyak Cili Api Ikan Masin

For those carrier woman who needs to be fast all the times, this recipe will help. Simple and easy to prepare, hence, it is delicious too. You can have it just with plain rice, nothing can stop you until you finish everything in the pot, I bet!!! Hehehe... that's what happened to me actually. Let's share the secret... hahaha...

LEMAK TEMPOYAK IKAN MASIN
1 medium size salty fish - wash out the excess salt and cut to pieces
2 tbsps fermented durian paste (tempoyak le tu... ;))
100 ml uht coconut milk (santan)
200 ml water
1 thumbsized fresh tummeric
7 pcs bird chillies (cili padi)

Ground together tummeric and chillies to fine. Mix well with tempoyak.
Put the fish and tempoyak mixture in a pot. On medium heat, bring to boil and let some water dissolve .
Mix well the santan with water. Pour into the boiling pot. Keep smooth stirring until it's boiling again. I drop some cili padi in before the fire off.
Ready to serve.

Wednesday, July 22, 2009

Brokoli Goreng

Collected from old archive. Cook with love, serve with love... happy cooking!!!Brokoli
Chicken meat - thinly sliced
fishcake - thinly sliced
garlic - crushed
onion - sliced
red chili - sliced
powder chicken stock
1/2 cup hot water
cooking oil

Heat oil in a pan. Stir fry onion and garlic. Add in chicken meat and fishcake; fry till the chicken meat cooked. Add in brokoli, red chili, hot water and chicken stock. Cook for 3 minutes and off fire. Ready to serve.

Sunday, July 19, 2009

Rissoles

This is my first attempt of making this wonderful taste dish which is very popular among Indonesian. I've tried them in some restaurants. I surfed through the internet and read the recipes from many books. They have variation of recipes. So, this is my recipe from my observation which I have no specific measurement, just follow my instinct. They turned out nice and tasty, just what I want.


Kulit / Skin
Tepung / flour
Susu segar / fresh milk
2 biji telur / eggs
Garam / salt

Campurkan tepung, garam dan telur. Tambahkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga bancuhan tidak berketul-ketul. Panaskan kuali yang disapu sedikit minyak. Sendukkan bancuhan dan tuang kedalam kuali dan dadar nipis. Masak dengan api kecil sehingga boleh ditarik keluar. Ketepikan.
Combine the flour, salt and eggs. Gradually add the milk whisk them to make a smooth texture. Heat up a pan and grease with a bit oil. Scoop the mixture, pour to the pan and make it thin. Cook it with low heat until you can peel off easily, it means it is cooked. Set aside.

Inti/Filling:

Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Tambahkan ayam cincang dan kacau sebati beberapa minit. Kemudian tambahkan sayur campur, serbuk lada putih, garam, seleri dan krim pekat. Teruskan memasak sehingga semua bahan lembut dan tambahkan tepung yang telah dibancuh dengan air untuk memekatkan inti. Tambahkan gula untuk seimbangkan rasa.
Heat up butter in a wok, then sauté the onion and garlic until fragrant. Add the chopped chicken and mix them well for few minutes. Then add mix-vege, pepper, salt, celery and thicked cream. Continue cooking until they are tender and add 1 tablespoon of flour mixed with water to make the filling thicker. Add a little of sugar to adjust the taste.

Membentuk risoles/Make the rissole:
Ambil sekeping kulit risoles dan letak inti dibahagian bawah. Lipat kiri dan kanan dan gulung ke atas hingga membentuk seperti tiub. Ulangi hingga semua kulit habis.
Take one rissole’s skin then add the filling in the bottom. Fold over the left side, and then the right side and roll it up to form a tube. Repeat until all the skins are finished.

Celupkan risoles siap gulung kedalam telur yang telah dipukul sedikit dan salutkan dengan serbuk roti. Simpan dalam peti beku atau boleh terus digoreng dengan api perlahan. Tiriskan minyak di atas kertas tisu.
Dip the rissoles into beaten egg then coat them with bread crumbs. Keep frozen or deep fry them with low heat, and use the tissue paper to absorb the oil.

Saturday, July 18, 2009

Mihun Goreng Ringkas

Perut lapar... nak makan tapi malas nak masak yang beriya... mat rock tak der, jadi semuanya bior simple... ish... kalau dia ada pun tak der ler masak beriya, ringkas jugak... hehehe... dasar malas...

Tengok kat dapur, kita ada mihun sepeket... jenguk kat kulkas (peti es lerrr...) ada cili boh dalam 2 sudu, taugeh, udang dan batang seleri.

Kita rendam mihun tu. Minta along kupas bawang merah 5 ketul sementara kita bersihkan udang. Pastu dia jugak kena potong batang seleri dan tumbuk bawang tu, sampai keluar air mata. Biarkan, takkan nak duduk jer, sampai bila kan...

Panaskan minyak, tumiskan cili boh dan bawang tumbuk sampai layu. Masukkan 2 sudu besar sos cili dan 1 sudu besar sos tomato. Masukkan udang dan seleri. Masukkan mihun yang sudah ditoskan dan sedikit air. Kacau rata dan sebati sehingga mihun masak.

Tabur garam, gula dan taugeh. Kacau rata hingga taugeh sedikit layu. Sedia untuk dihidangkan.


Eh.. tak sangka, sambutan sungguh hebat sekali. Tak macam selalu, memang tak der balance pun... clear, senang jer cuci kuali.

Tuesday, July 14, 2009

Ayam Mayonis

eerrrrkkkkkkk... alhamdulillah... kenyang betul malam ni... semua berselera jer makan tadi. Lauk simple jer tau, Ayam Mayonis. Sebenarnya dah lama kita nak cuba buat sesuatu dengan mayonis yang berlebihan kat rumah nih. Pernah terbaca la kat majalah mana tah masak ayam campur mayonis. So, tonite kita realisasikan apa yang terlintas di kepala nih.

Ayam Mayonis

4 ketul peha ayam di goreng
1 batang seleri - potong serong
2 sudu besar cedawan hiris dalam tin
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan mayonis
minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

bahan hiris:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

bahan hiasan:
1/2 biji bawang besar - potong baji
1 biji tomato - potong baji
1 biji cili hijau - hiris serong

Panaskan minyak dalam kuali tumiskan cili kisar. Kacau rata hingga garing dan pecah minyak.

Masukkan bahan hiris dan kacau hingga naik bau. Masukkan sos cili, cendawan, seleri, garam dan gula secukupnya. Masukkan air dan kacau rata hingga mendidih. (Nak cepat masukkan air panas).

Masukkan ayam dan mayonis, kacau rata. Tutup api dan masukkan bahan hiasan dan gaul hingga semua bahan sebati.

Hidangkan bersama nasi panas.


Thursday, July 9, 2009

Along dah pandai...

Tu dia eh... berselirat ngan ikan bilis...
Nasi goreng ni Along yang buat tak lama dulu. Tak tau la apa bahan dia humban dalam tu. Yang nyatanya, balik kojo dah ponek, poghut lapor... baham jer la... hehehehe... not bad!!! Well done Along! tak sia-sia mama ber'DJ' setiap masa... penat tau jadi 'DJ' tak bergaji nih. Habis kering air liur... hahahaha...

Ini pulak bapaknya (mat rock) yang masak. Nasi beriyani lagi youuuu... Memang kellasss gitu. Pokoknya jempol lho... thumbs up!!! hahahaha...
oppss!!! resipi??? oooo... resipi ada kat kotak beras tu. Instant tu beb, mana reti nak buat sendiri. Kita beli beras tu masa pergi Singapore hujung tahun lepas, dalam kotak siap ngan rempahnya sekali. Ikut jer instruction kat kotak tu, sure jadi punya... hahahaha... tapi tu ler... tak der dalca atau acar. Emmmm... layan jer la, dah orang masak kita tinggal makan jer...

Monday, June 29, 2009

JJCM - Makan Bubur

Dah lama tak makan bubur. Sesekali kena memang menyegarkan. Anak2 pun dah mula bunyi bila buntu nak cari tempat makan mengikut selera. Tempat yang selalu kami anak beranak tuju adalah kawasan Kg Baru, KL. Selalunya hanya dua restoran jer yang jadi pilihan kalau nak makan bubur... tapi sorry... tak ingat nama, main tuju dan tunjuk jer nak masuk yang mana satu sebab kedua2nya berdekatan.

Mari tengok apa yang kami balun baru2 ni...

tahu telur permintaan mat rockikan masin yang tak masin ni lebih menaikkan selera... my favourite
daging manis - favourite Iman (budak ni memang pandai makan...) kangkung goreng ni pun pilihan Iman jugak... agaknya selera anak2 tengah naik kottt... si Along tu ikut jer. Makan pun sikit... jaga badan agaknya... hahahaha... Lobak asin pilihan hatiku - hampeh, tak masin punnnnnn... manis ada lah tapi yang best, cili padi tu meriah sungguhIni la kanjinya... aka bubur... Sekarang dah ada perubahan sikit. Bubur dihidang dalam mangkuk besar dan banyak bahagiannya. Dulu mangkuk bubur kecik jer, ngam2 jer untuk 4 orang makan, 2 senduk jer setiap mangkuk kecil. Pastu kalau nak tambah kena mintak. Kali ni bertambah2 si Iman tu balun. Tanya berapa kali tambah? dia kata 5 mangkuk dah...
haaaa... yang ni susah nak dapat kat KL nih. Tak semua kedai tomyam ada dan tak ramai yang pandai makan. SOM TAM... memang sejak pertama kali merasa terus jatuh cinter gitu... kerabu betik muda. Sekarang ni dah berjangkit kat si Iman pulak. Along cam biasa makan sikit2 jer... pening pinggan tu berpusing kat atas meja tu... dari sorang ke sorang... hahahaha... Yang ni memang sedap. Ish... rasa cam air liur nak terkeluar la pulak... hahahaha...

Makan somtam tak sah kalau tak der ulaman. Selalunya selain pucuk kangkung ni, ada kobis dan kacang panjang. Tapi kat sini kacang panjang dah digaul sekali dalam somtam tu. Tinggal ler kangkung. Yang pelik tu, budak2 tu boleh lak telan kangkung mentah ni bila makan dengan somtam... kalau waktu lain tu memang tak laku...