Showing posts with label Tip & Hobi Berkebun. Show all posts
Showing posts with label Tip & Hobi Berkebun. Show all posts

08 August 2019

Kemboja Bonsai Lagi

kemboja bonsai

Kisah Kemboja Bonsai lagi Senah eh. Kali ni kemboja bonsai yang kita tayang ni lain dari biasa bunganya. Cantikkan Senah. 

Tak sangka pokok-pokok kemboja bonsai yang di warisi, rupanya punya bunga yang berbeza. Rezeki Senah eh. Masa mula-mula mewarisi takda satu pokok pun yang berbunga. Jadi Cik Melor tak tahu jenis dan warna bunga kemboja bonsai tersebut.

Cik Melor baja siram dan jaga siang malam akhirnya pokok-pokok kemboja bonsai  mula berbunga. Rasa nak lompat-lompat, suka hati tengok bunganya. Cantik sangat Senah weehhh.

Tapi sejak akhir-akhir ni, koleksi kemboja bonsai macam tak sihat. Daun menguning dan gugur. Jadi togel pokok-pokok kemboja bonsai warisan Cik Melor  Bunga pun dah tak meriah.  Sedih Cik Melor Tau.

Mungkin faktor cuaca kut. Nampak je cuaca macam redup tapi panas kering weh. Bila masa sibuk Cik Melor tak sempat siram tu kut yang buatkan pokok-pokok kemboja bonsai Cik Melor meragamkan.

Camana laaaa nak bagi pokok-pokok kemboja bonsai Cik Melor subur dan galak berbunga semuala. Ada sesiapa tahu? help me plizzzzz. Bye.

 

01 August 2019

Kemboja Kuning Pun Dalam Pasu

kemboja kuning

Kemboja kuning pun dalam pasu. Habis semua masuk pasu nih. Nak buat camana, Cik Melor ni miskin tanah.  Dalam pasu pun dalam pasu lah, janji hati senang boleh tengok bunga kembang di laman. Hati Cik Melor pun turut sama kembang. Bukan hati je kembang Senah eyyy, dengan  badan Cik Melor sekali kembang  huuhuhu.

Cantikkan bunga kemboja kuning Cik Melor ni. Wangi Senah eh. Tapi tak sewangi kemboja kuning kelopak kontot yang Cik Melor tanam dulu. Klik sini baca cerita  cerita 1, cerita 2

Betul tak Senah kontot kelopak kemboja kuning Cik Melor yang dulu tapi dia punya wangi semerbak tau.

Walaupun tak wangi sangat kemboja kuning dalam pasu yang baru ni tetap menarik tetap menyerlah disebabkan warna kuningnya yang banyak.

kemboja kuning

Antara tip Cik Melor tanam pokok bunga kemboja ialah:
  • tabur serbuk kulit telur buat baja
  • tanah jangan kering sebab tanam dalam pasu
  • bubuh le baja bunga selalu
  • siram air basuhan beras
  • bubuh baja kopi
  • bubuh baja biru  
  • bila ada daun kena penyakit, ambil buang jauh-jauh, elak berjangkit      
Tu je la yang Cik Melor buat supaya pokok kemboja dalam pasu berbunga. Caman lak cara Senah? Bye. 


30 July 2019

Daun Kesum Dalam Pasu

daun kesum

Hari ni Cik Melor nak masak asam pedas ikan parang. Nak masak asam pedas versi Cik Melor kena guna daun kesum. Alahai sayangnya nak petik daun kesum dalam pasu. Apa la Cik Melor petik aje la. Niat tanam daun kesum pun nak memudahkan Cik Melor masakkan . Haaa deraih la petikkkk.

Tanam daun kesum dalam pasu je Senah eh. Letak pula diruang letak kereta sekali dengan pokok bunga. Nasib la rumah takda tanah semuanya bersimen. Kalau dah jiwa tu ada. Tanam dalam pasu pun jadilah.

Tip Cik Melor pastikan pokok daun kesum sentiasa segar.
  • letak baca kopi seminggu sekali. Disebabkan pasu pokok daun kesum Cik Melor kecil hanya sesudu teh baja diletak. Kalau pasu Senah besar letak la baja sesudu besar.
  • bawah pasu letak piring pasu ke apa-apa benda la yang boleh menakung air sebabkan pokok daun kesum sukakan air.
  • pastikan bahagian bawak pasu sentiasa ada air. 
  • pastikan tanah sentiasa lembab.   
  • siram dengan air cucian beras.
 Dan Cik Melor sertakan sekali vidio saat-saat sedih pokok daun kesum di petik orang.


Eh tangan sapa la gebu sangat tu hahahhaah. Bye

26 July 2019

Rahsia Pokok Bunga Kertas Merimbun Bunganya

bunga kertas

Cantikkan bunga kertas tengah merimbun.  Cik Melor ni memang tak boleh dipisahkan dengan pokok dengan tanah. Tak bertanah, dalam pasu pun jadi la. Janji boleh godek-godek tanah boleh belai-belai dedaun dan bebungaan.

Cik Melor nak kongsi gambar pokok bunga kertas warna unggu tengah merimbun berbunga. Suka tau hari-hari tengok pokok yang ditanam berbunga lebat. Terapi minda untuk Cik Melor nih. 

Senah-Senah pun kalau nak terapi yang tak perlu guna duit banyak, tiru la macam Cik Melor. Tanam pokok bunga ke, pokok sayur ke, pokok hijau-hijau ke.  Selain baik sebagai terapi minda, warna hijau tu baik untuk mata kita Senah eh.

Tanam pokok bunga kertas ni cerewet sikit. Perlu di belai selalu. Baru la nak berbunga. Tapi kalau dah berbunga masyaAllah Senah eehh. cantikkkkk sangat.

Rahsia dan tip nak bagi pokok bunga kertas sentiasa berbunga, Cik Melor buat macam ni.
  1. Siram 2 hari sekali sebab pokok bunga kertas tak suka lembab.
  2. Tabur serbuk kulit telur. 
  3. tabur baja bunga warna merah. 4 hari sekali
  4. selalu la potong ranting pokok bunga kertas . Untuk pucuk baru
Itu je la rahsia dan tip yang Cik Melor amalkan untuk pokok bunga kertas sentiasa berbunga. Bye.


23 July 2019

Hasil Limau Kasturi Dan Limau Purut Dalam Pasu

limau kasturi/purut

Pagi tadi habis je sapu lantai, membaja dan buang rumpai dalam pasu, Cik Melor petik buah limau kasturi dan limau purut. Nak buat apa ya dengan limau kasturi dan limau purut ni. 

Masa tak ada macam-macam fikir nak buat dengan limau kasturi dan limau purut. Bila dah ada free lak tu, hilang idea tak tahu apa yang nak dibuat pula dengan limau kasturi dan limau purut ni.

Tengok la sibintang bukan main lagi dia selfie. Macam la dia yang duk tanam pokok limau kasturi dan limau purut tu.

limau kasturi/purut

Tip nak bagi pokok Senah semua berbuah jangan lupa letak baja npk warna biru. Cik Melor bila beli baja sebelum membaja, Cik Melor campur dulu baja dalam 1 bekas, baja biru, baja kopi, baja merah dengan campuran 1/2 baja merah 1/4 baja biru 1/4 baja kopi. Nanti cantik la pokok Senah

Tak lupa juga Cik Melor siram dengan air basuhan beras, serbuk kulit telur. Senah cuba la kalau tak percaya. Bye.


15 March 2019

Ayunya Kemboja Pink Kembang Di Laman

kemboja pink

Terapi minda lagi senah eh. Kali ni Cik Melor tayang bunga kemboja pink yang sedang kembang dilaman. Beza bunga kemboja pink dengan kemboja merah hati dalam entri yang lepas tak banyak sangat.

Kemboja pink punyai kelopak yang panjang dan kurus. Berbanding dengan kemboja merah hati  kelopaknya agak  membulat. Bahagian lain semuanya sama Senah eh.

Selain keayuan bunga kemboja pink yang kembang dilaman, apa benda lain yang ada dan tersembunyi dalam gambar. Klunya  "Muncit'. Perati betul-betul Senah eh apa yang muncit dalam gambar tu hahahha.


Selain dari bunga kemboja pink, bunga apa lagi yang Senah nampak?. 
Haaa fikir Senah jangan tak fikir hihiihi. Byee.

12 March 2019

Kemboja Merah Hati Di Laman


Terapi lagi Senah eh. Nampaknya laman baru Cik Melor ni banyak pokok bunga kemboja la. Ada kemboja bonsai merah hati, pink, putih dan ada juga kemboja biasa warna pink, merah, putih kuning. Contoh macam kemboja merah hati/ maroon dalam gambar kat atas nun.

Rindu pula dengan pokok kemboja putih kuning Cik Melor dulu. Apakhabar dia sekarang. Sihat ke, berbunga lebat ke, subur ke hidup kemboja kuning kesayangan Cik Melor tu. Senah nak tahu tentang kemboja kuning Cik Melor tu sila-sila la klik di sini Kemboja Berbunga Sulong. Kemboja Ku Jadi Header 

Sebenarnya Cik Melor hanya mewarisi saja pokok-pokok bunga ni setelah 2 bulan dijaga, dibelai dan dibaja, nampaknya pokok-pokok kemboja ni galak nak berbunga. Kalaulah setiap ranting yang ada mengeluarkan sejambak bungakan bagus.  Mesti cantikkan Senah.

Kembang sejambak, sekuntum pun Cik Melor dah suka sangat. Kalau berjambak-jambak kembang mesti gilerrrr suka lompat bintang semua duk ada Cik Melor kan hiihihi.

Jom Senah tanam bunga buat terapi mata dan minda. Bye.


06 March 2019

Bunga Bawang Belanda Pink

bunga bawang belanda

Terapi lagi Senah ehhh. Setelah berpenat seharian, Cik Melor belai dan selfiekan bunga-bunga yang sedang mekar di laman ciput. Terhibur seketika hilang penat seharian. Esok Ulang lagi buat benda sama, begitu la rutin kehidupan Cik Melor hurmmm. 

Buatlah apa pun janji kita bahagiakan Senah. Mari Senah mari tengok Cik Melor nak berkongsi gambar bunga bawang belanda pink dalam laman ciput Cik Melor

Macamana cantik tak gambar selfie bunga bawang belanda Cik Melor. Jenuh mengajar pokok bawang belanda pink ni gaya berposing agar gambar selfie diorang cantik kih..kih..kih.

Dulu masa Cik Melor masih dara sunti hidup dirumah bonda. Cik Melor pernah tanam bunga bawang belanda ni. Tapi bunganya kaler oren. Bila rumpun bawang bleanda ni kembang serentak, aduhhh cantik sekali kelihatan  tetiba nada bibik sebelah rumah hahahha.

Tak tipu memang cantik, tambahan pula laman bonda luas terbentang maklum la laman kampung. Oh rindunya Cik Melor suasana itu. Kini bonda pun tiada lagi. 

Cik Melor dalam proses buat baja bunga sendiri. bila dah siap dan dah terbukti boleh buat pokok berbunga lebat, Cik Melor nanti kongsi dengan Senah ya. Bye


02 March 2019

Kemboja Bonsai Pink

kemboja bonsai

Bunga dan Cik Melor berpisah tiada. Tak dapat banyak sepohon pun tetap Cik Melor nak tanam. Bagi Cik Melor itulah terapi paling utama setelah penat seharian mengadap masalah.

Kemboja bonsai pink ni, Cik Melor tak tanam sendiri tapi mewarisi sebagai penjaga baru. Setelah sebulan dibaja dan dibelai kemboja bonsai pink yang ada berpasu-pasu mula berbunga. Bukan pokok kemboja bonsai je berbunga, hati Cik Melor pun berbunga-bunga setelah melihat hasil membaja dan membelai.

Selain koleksi pokok bunga, Cik Melor juga dipertanggungjawabkan menjaga koleksi kucing-kucing yang ditinggalkan. Ah sudah senah eh, Cik Melor geli dengan kucing. Camana nak buat ni.

Sebulan ni kerja Cik Melor menyusun pasu-pasu bunga yang berterabur, tanam balik yang mana dah tertonggeng, buang mana yang matid, kemas rumah kucing yang  berterabur dan raw-raw bau dia hihihi.

Senah pun tahukan Cik Melor ni terlibat dalam bisneh makanan. Kalau rumah kotor dan busuk orang geli nak beli makanan yang kita jual  Tiap-tiap pagi selepas balik dari hantar anak sekolah.perkara pertama Cik Melor buat ialah siram pokok bunga  dan cuci tempat kucing serta cuci lantai depan rumah tu bagi wangi. 

Nampaknya selain jadi supir,  jadi makcik kuih,  Cik Melor kena jadi bibik jaga pokok bunga dan jaga kucing huhhuuh.

Koleksi kemboja bonsai ni kalau banyak kaler mesti tambah cantik kan Senah. Bye.


17 September 2018

Sayur Bayam Tanam Dalam Kotak Styrofoam

Ya Alllahhh, sibuknya Cik Melor dalam seminggu 2 ni. Maaf la Senah weh tak sempat  nak 'up' cerita terkini, cerita terhot dalam kehidupan seharian kita.  Hot sangat ke cita kita kih..kih..kih.

Sibuk dengan aktiviti anak 2 orang duk ada ni. Sibujang dah lepas. Si Makcik Google ni tak habis-habis dengan aktiviti dia. Aktiviti menari dia tu dah tak boleh nak elak lagi. Ni ha aktiviti teaternya pula tengah giat berlatih untuk pementasan awal bulan oktober nanti.

Giat belatih punya pasal sampaikan orang bercuti kita tetap pergi sekolah huhuhuu. Makcik Google! Makcik Google!

tanam bayam

Senah caya tak gambar pokok sayur bayam diatas tu, hasil dari tangan kita. Maksudnya kita tanam la tu hiiihhi. Biasa la tayang-tayang tu dah jadi kemestian. Jadi kita nak tayang hasil bayam tanam dalam kotak styrofoam belakang rumah kita.

Kali pertama tanam sayur bayam dan kali pertama juga kita petik hasil sayur bayam dalam kotak styrofoam. Perasaan kita masa tu, ya Allahhh gembira sangat. Tak dapat kita nak zahirkan dengan kata-kata. Senah bayang sendiri lah. Macammana gembiranya kita masa tu.

tanam bayam

2 minggu sebelum dipetik pokok sayur bayam kita 'happy berselfie' hihiihh. Lepas ni semai pokok sayur bayam baru la nampaknya Senah eh.

bayam masak air

Tuuu diaaaa Senah eh. Pokok sayur bayam tanam dalam kotak styrofoam selamat kita masak rebus, masak air kesukaan sibujang dan Makcik Google. Pekena pula dengan ayam goreng. Huh sedapppp kata sibujang. Kalau boleh ibu masak la macam ni hari-hari. Saya suka.

Ok la sayang tapi kena guna sayur bayam beli di Rosyam Mart la. Sayur bayam ibu tanam dalam kotak styrofoam mana nak dapat hari-hari. Nanti ibu tanam lagi ya.

Anak-anak ingat hari ni tabur benih bayam esok dah boleh petik agaknya hmmm. Jom Senah kita tanam sayur bayam dalam kotak styrofoam. Jimat belanja dapur weh. Bye.


06 May 2018

Cili Hijau Dah Bertukar Merah

Inilah dunia Cik Melor. Kalau tak ada tempahan jahitan, kita akan buat kraf untuk dimasukkan dalam kedai kraf kita iaitu CMelor Shop. Kalau rasa serabut, jiwa tak tenteram, rasa 'down, kita suka tengok kehijauan, godek-godek pokok bunga. Tanam pokok tu umpama terapi bagi kita. 

Sejak kita berpindah, rumah kita dah takda pokok bunga macam dulu. Tapi kita tetap nak tanam pokok. Tanam dalam pasu je. Jadilah untuk terapi minda kita hmmm..

Kali ni kita nak tayang tau. Nak tayang hasil tanaman pasuan kita Ini pokok cili hijau kita yang sedang berbuah. Pokok cili hijau kita ni  dah banyak kali berbuah. Dalam gambar ni mungkin buah yang terakhir sebab pokok pun dah tua. Dah tak gemuk, kurus je pokoknya tapi masih mahu berbuah.

cili hijau
Kita tak kisah kalau lupa beli cili di Giants sebab kita tahu pokok cili hijau pasuan kita sentiasa ada membantu dikala terdesak hahahha.

cili hijau
sebab tak petik-petik cili hijau kita dah jadi cili merah senah eh. Minta di petik la tu agaknya sebab tu buah cili tu menukarkan warnanya. Walaupun dirinya sebenarnya bernama cili hijau.
cili hijau
Kita semai banyak benih cili hijau yang kekal hidup hanya dua. Walaupun dua pasu saja pokok cili hijau kita ni dah banyak berjasa tau.

Jom Senah, tanam cili hijau dalam pasu . Jimattt duit dapur. Bye.


11 April 2018

Bendi Hasil Kebun Pasuan

pokok bendi

Eh..eh.. senah tak caya !!!. Betullll senah eh.  Hasil berbudi dengan tanah dalam pasuan. Dapat la cik melor merasa sayur bendi segar hasil kebun pasuan.  Mesti senah tertanya-tanyakan, kenapa warnanya tak sama?. Sebenarnya bendi segar kebun pasuan kita tu dipetik pada hari yang berbeza, sebab tu warnanya tak sama.

Pokok bendi kebun pasuan kita ni, sangat rajin berbuah. Sejak kita tanam pokok bendi dalam pasu ni, di rumah sentiasa ada stok sayur bendi hasil kebun pasuan.  Senah nak tahu sayur bendi kita ni ranggup dan manis rasanya. 

Kita suka buat ulam mentah sayur bendi hasil kebun pasuan. Sedap senah eh. Senah cuba la. Kalau bendi yang beli di kedai tu tak boleh tau buat ulam mentah. Emmm... nampaknya senah kena tanam sendiri la kalau nak rasa ya.

Untuk memastikan stok sayur bendi dalam peti ais kita sentiasa ada. Kita tengah usaha tanam baru pokok bendi dalam pasu. Nanti kita tunjuk anak-anak bendi semaian yang telah menunjukkan diri. 

Kita juga akan kongsi dengan senah semua cara, tip dan petua kita tanam pokok sayur bendi dalam pasu. Senah tunggu tau. Bye.



29 April 2017

Pokok Kacang Botor Juga Dalam Pasu

kacang botor

Cuti 3 hari ni sempat la cik melor menjenguk pokok pasuan belakang dan depan rumah. Minat punya pasal tanam dalam pasu pun pasu lah.

Nak tunjuk dengan senah, pokok kacang botor kita dah menjalar. Kita bagi pokok kacang botor tu menjalar di pagar belakang rumah. Senang kalau pokok kacang botor dah berbuah, rasa nak makan, kita keluar belakang rumah petik buah kacang botor kan senahhhh... Emmmm.. kuat betul berangan kih...kih...kih.

Tak sabar tunggu pokok kacang botol dalam pasu kita berbuah. Nampak gaya lambat lagi la dapat petik buah kacang botor kita tanam dalam pasu tu. Almaklum pokok kacang botor kita tu masih dara sunti senah eh. Tengoklah slim je saiz pokok kacang botor dalam pasu tu  hahhaah. 

Tip untuk tanaman sihat dan tumbuh dengan baik, senah jangan lupa siram dengan air beras, letak baja ,  kalau ada kulit telur ramas-ramas bagi hancur lepas tu  tabur dalam pasu.  Sekali sekala siram dengan air basuhan ikan. 

Air basuhan ikan tu tak boleh selalu siram senah eh, nanti busuk dan menarik lalat. Kalau rumah jauh dari jiran, kita syorkan siram dengan air basuhan ikan ni. Hari-hari siram pun takpa. Disebabkan rumah kita rumah bertempek dengan jiran, maka kita tak selalu siram guna air basuhan ikan takut jiran marah.

Nak buat apa pun kena fikirkan jiran sebelah. Jangan la kerana suka sangat kita lupa adab berjirankan senah.

Kali ni tu je la kita nak kongsi dengan senah semua. Kongsi cerita kita tanam pokok kacang botor dalam pasu hihhiih. Bye


19 March 2017

Hasil Terung Bulat Dalam Pasu

Haiiiii..., rindu ke?. Kita pun rindu, rindu sebab jarang update blog, rindu nak membebel ngan senah. Ingatkan bila sorang dah masuk asrama kurang lah tugas dan beban. Huh makin banyak la senah eh. 

Yang tinggal berdua ni macam-macam aktiviti duk ada. Nak buat macamana, ikut je la rentak kehidupan yang dah tertulis. kan, kan senahhh.

tip &hobi berkebun

Disebalik beban tugas yang tak pernah susut, cik melor sempat juga tanam pokok terung bulat senah eh. Tanam dalam pasu je. Kalau dah hobi, duduk le mana pun tangan tetap nak godek tanah. Dapat tanam sepasu dua pun jadilah. Buat penawar kata orang tuuuu..

Nampak tak buah terung bulat dalam gambar. Itu la hasil pertama kebun pasuan kita. Yang kecik tu tak dapat nak tunggu besar dah. Buruk tangkai dia la senah. Mungkin kerana cuaca yang sentiasa lembab di sebelah petang. 

tip & hobi berkebun

Ini  la pokok terung bulat dalam pasu kita. Banyak bunganyakan. Terung bulat kita tengah rancak berbunga la senah. Bunga tu nanti berubah jadi putik. Putik tu la membesar jadi buah terung bulat dalam pasu. Risau juga la bila selalu hujan bunga dan putik terung bulat dalam pasu tu gugur.

Harap-harap  bunga-bunga terung bulat dalam pasu tu kuat dan dapat bertahan dengan cuaca hujan yang tidak menentu ni senah eh.

koleksi resepi cmelor

Terung bulat dalam pasu sudah selamat kita goreng. Goreng letak cili padi, bawang dan ikan bilis makan dengan nasi panas-panas. Emmm amat la menyelerakan.

pisst..pissttt... kita upkan satu post sebelum kita 'fly' gi bercuti n selamat bercuti untuk semua. Bye


08 February 2017

Anak Limau Purut Pun Dalam Pasu

limau purut

Masih lagi koleksi pokok dalam pasu diaaaa ..... Maklum la kita sekarang sedang mengumpul semula tanaman dapur. Tau tau aje lah kita ni suka sangat guna bahan-bahan segar. Kalau boleh pokok kelapa pun kita nak tanam dalam pasu. Senang awak senah eh nak dapat santan segar hahahhahaha....

Tak nak tipu-tipu tau. Anak pokok limau purut dalam pasu ni kita beli yang dah siap tanam dalam polybag. Rm10  kut rege dia lupa la senah eh. Semakin senja ni penyakit lupa tu makin kuat wehhhh.. 

Kalau semai dari biji rasanya, berbulan pun belum tentu kita dapat petik daun pokok limau purut dalam pasu tu senah eh. Jadi kita beli anak yang dah matang. Bawak balik lepas tu bela dengan penuh kasih sayang.

Walaupun kecil gitu anak limau purut dalam pasu tu sudah berjasa kepada kita. Daunnya dah selamat kita buat rencah masak huhuuh..

Dulu kita tanam pokok limau purut dalam pasu juga. Dari anak sampai boleh panggil bapak limau purut hahahha.... Nak bagi tau besarnya pokok limau purut kita tu. 

Bila berpindah kita terpaksa sedekahkan pokok limau purut bapak dalam pasu tu ke orang. Nak jual tak laku. Mana yang tak laku kita sedekah je senah eh. Menangis hati di dalam tuan pengarah pun tak tahu huhuhu.

Perlahan-lahan kita tunjuk dan kongsi dengan senah koleksi dan tip-tip supaya tanaman dapur hidup subur ok.

Jangan lupa siram tanaman senah dengan air cucian beras tau. Nak tahu kenapa senah cuba la siram selalu tengok apa jadi ngan pokok-pokok senah. Bye.


30 January 2017

Anak Pandan Dalam Pasu


pokok pandan

Tengok senah, segarkan anak pokok pandan dalam pasu tu.  Kalau nak tahu itulah anak pokok pandan kita yang baru. Baru lepas godek-godek tanahnya. Ibarat macam kita ni baru dapat baby baru weh. Lepas dah mandi berbedak baru la boleh snap gambar pastu tunjuk ngan senah semua hiihihhi.... 

Tak sabar tunggu anak pandan dalam pasu kita membesar. Bukan apa senah eh, cepat besar cepat la boleh petik buat masak pandan dalam pasu tu. Tak payah lagi membeli daun pandan di giant. Nak pakai sehelai je tapi kena beli sepohon awak senah eh. Membazir je kita rasa.

Bila nak masak susah la senah eh bila pokok-pokok penting takda. Welllll u no mi. Cik melor gemar guna bahan segar untuk masak. Walaupun kita bukan la terer masak pun hahhahaha.....

Apa-pa pun senah eh bagi kita la kan setiap rumah mesti kena ada taman dapur. Selain untuk bekalan segar dan menjamin kesihatan yang penting boleh menjimatkan belanja dapur rumah senah-senah kaaannnn.... Bye.



13 October 2015

Tanam Pokok Bunga Pun Perlu Ada Ilmu Tauuuuu....

Hai senahhh..... apakhabarrrr? lama kan Cik Melor tenggelam. Tenggelam timbul gitu. Nasib baik tak kembung hihihihiih...... Buat apa tu senah eh? Rindu kah di kau pada bebelan ku?. Mari sini Cik Melor beleber wi smakok duo hahahahah....

Emmmm..... kisahnya, ada la si polan tu, kata pokok keladi hiasan kite tu beracun. Memang la spesis keladi semuanya beracun. Sebab tu, nak tanam pokok kena ada ilmunya. Jangan main tanam je. 

Sama juga dengan makanan. Walaupun itu makanan, mana boleh main bedal je. Ada juga yang mudaratnya kan senahhhhh..... ahaks

Anak kite 3 senah eh. Yang sulong tu dah jadi anak dara pun. Selama kite tanam pokok keladi tu takda pula anak kite kena apa-apa. Bukan nak cakap takbur atau cakap besar deh. Kite sebagai pencinta pokok bunga dan sebagai mak kena la latih, nasihat, ajar anak kite jangan usik pokok bunga kite tu. Dah tahu ada anak kecil paham-paham sendiri la. 

Bukan keladi hiasan saja yang beracun senah eh. Banyak lagi pokok bunga cantik-cantik. Yang senah duk tanam tu tanpa di sedari  lebih beracun dari keladi hiasan tau. 

Alaaaa.... keladi sayur yang duk jual kat pasar tu pun kalau tak pandai siang, tak pandai masak pun boleh bisa juga jadinya. Tekak bengkak dan gatal-gatal kalau tak pandai masak dia kan senah. Sentuh pokok dia aje pun jemari kite boleh gatalkan senah. Yang penting Illlllmu.... kan, kan, kan senahhhhh ....

Nih kite tempek sebahagian gambar pokok bunga cantik yang biasa duk ada di laman rumah tapi senah tak sedar akan bisa dan racunnya. Hemmmmmm...... nak tahu banyak, senah sendiri lah google cari. Malas la Cik Melor nak taip panjang-panjang eeeehhhh......

hobi & tip berkebun
 Pokok bunga kemboja/adenium. Macam-macam kaler ada senah. Cantik kan tapi sangat beracun wehhhh..

hobi & tip berkebun
 Pokok Lantana ini lazimnya sangat jarang dirosakkan serangga ataupun haiwan, ini kerana pokoknya yang beracun.
hobi & tip berkebun
 Pokok bunga jarum tujuh bilah. Cantik bunga dia kan. Pucuk dia boleh buat ubat kanser tapi duri dia sangat la bisa. Kalau tertusuk durinya di jari  boleh bengkak lepas tu  berdenyut macam kena gigit penyengat. Ambil masa nak baik.

hobi & tip berkebun
 Pokok bunga tiga bulan/siti zubaidah. Cantikkan tapi bisa racun dia nak sama dengan racun sianida

hobi & tip berkebun
Bunga daphne juga dikenali dengan nama lady laurel atau tanaman syurga. Seluruh bahagian dari bunga ini beracun tapi bahagian yang paling beracun tertumpu pada getah dan buahnya. Daphne mengandung mezerine dan daphnin, merupakan racun kuat yang boleh menyebabkan sakit perut, sakit kepala, diarhea, kegilaan, dan sawan. Jika buah daphne digunakan secara berlebihan boleh menyebabkan koma bahkan kematian.

hobi & tip berkebun
yang ni hujung daun dia tu kalau tertusuk mata boleh buta tau. Sebab duri dia tajam sangat. Sebab tu ada yang letak kulit telur di hujung daun pokok tu.

Hemmmmm...... bukan pokok saja beracun, bela kucing pun ada risikonya. Pokok pangkalnya kena ada iillllmu..... senah iya. Bye


04 May 2013

Bunga Pukul Sepuluh Itu, Saya Tanam Tau

Saya Ayuni, nama glamo saya makcik google. Ibu kata saya di panggil macam tu kerana masa ibu mengandungkan saya, ibu gila sangat dengan tenet. Hari-hari ibu godek pc dari 'o' ibu jadi  pandai tentang tenet.

Cite ibu lagi, selama 3 bulan ibu obses dengan tenet tiba-tiba ibu jatuh sakit. Ibu tak boleh tengok tenet. Ibu rasa nak muntah pandang pc. Lepas tu ibu dapat berita gembira yang saya akan lahir ke dunia. Sebab itu la saya di panggil makcik google.

tip & hobi berkebun

Bulan julai nanti umur saya 3 tahun. Saya pun macam ibu. Selain suka godek komputer, saya suka tanam pokok bunga maaacaaaam ibu saya. Tengok lah, bunga pukul sepuluh tu saya yang tanam. Saya posing ngan bunga saya tanam untuk buat kenangan.

tip & hobi berkebun

Gambar atas tu mata saya pejam tak cantik. Gambar bawah nih saya dah redi. Selain tanam bunga saya juga suka melawa. Tengok saya pakai rantai dan gelang yang ibu buat sendiri. Syyyy..... sebenarnyer saya paksa ibu buat rantai tu hihihihi.... kasihan ibu dalam sibuk-sibuk nak urus kakak gi sekolah terpaksa berenti dulu untuk buatkan saya rantai. Cantik tak rantai saya?.


Esok saya nak ikut ibu pergi ke suatu tempat tau. Kata ibu esok hari penting. Semua orang yang layak patut pergi situ. Kata ibu lagi, esok adalah hari untuk mengundi. Tak kisah la hari apa yang penting saya rasa sangat seronok dapat pergi. Ibu pesan esok jangan lupa pergi mengundi tau. Bye

23 April 2013

'Nama Ku ........' Sapa Tahu ?

hobi & tip berkebun
 hobi & tip berkebun
hobi & tip berkebun

Masa hari lahir Cik Melo tu hari, kite dapat hadiah bunga tau.  Si dara yang yang beri. Beli guna duit tabung dia sendiri senah weh. Tapi sayang la senah Cik Melor tak tahu nama pokok bunga nih. Dari mula tanam bulan 3 hari tu tak pernah lagi putus bunganya senah eh.

Ade sesapa yang tahu nama bunga, boleh la bagi tau Cik Melor. Nanti Cik Melor kasi hadiah ok hohoho..


21 March 2013

Tip "n" Cara Tanam Bunga Bromeliad

bunga bromeliad

Semalam post gambar bunga bromiliad kembang. Ghairah terlampau, tercepat lak Cik Melor ambil gambar sedangnya bunga bromiliad tu belum kembang habis. So kecantikan yang di tonjolkan tu hanya separuh je.

Senah perasaan tak gambar bunga bromiliad semalam takde kaler purple kebiruan dan kuning tuh. Kalau tengok dekat ade warna biru-biru sikit tau senah. Sebenarnyer bila kemuncak kembang kudup bunga bromiliad nih akan terbelah di hujung dan mengeluarkan stigma berwarna purple kebiruan dan kuning. 2, 3 hari lepas stigma tu keluar, nanti bunga akan gugur. Itu tanda riwayat bunga bromiliad nak tamat.

Semalam ada permintaan tunjukkan si bromiliad yang kembang penuh. Jadi hari ni cik melor buat entry lagi pasal bunga bromiliad dancik melor sertakan sekali tip "n" cara tanam pokok ni berbunga

Tip untuk bunga bromiliad :-
  1. tahan kembang dalam masa seminggu lebih
  2. Pokok nih susah sikit nak berbunga kalau x kena dgn kedeknyer
  3. siput babi x suka makan pohoh nih. Jadi daun x rosak 
  4. Setiap kelopak daun dia mesti ada air bertakung untuk menjamin kesegaran pokok.
  5. untuk elak jentik-jentik akak melor letak ubat jentik-jentik ya senah.   
  6. letak di tempat yang teduh tetapi masih lagi mendapat cahaya matahari yang banyak. Bromiliad tak tahan kena cahaya matahari direct ya senah. Daun mudah lecur.
  7. perlukan cahaya matahari untuk proses berbunga. Kalau tanam kat tempat teduh sangat pokok jadi malas berbunga tapi galak berdaun huhuhuhu
 Cara tanam bunga bromiliad :-
  1. perlukan tanah yang kaya humus.
  2. letak tanah berhumus di dasar pasu. Masukkan anak pokok, tambah lagi tanah, diselang seli dengan dedaun dan ranting kering.
  3. guna baja taik ayam. baja bunga. baja macam biji sawi, dan baja kaler biru untuk batang pokok kuat dan bagi anak pokok tumbuh dengan banyak. Semua ada jual kat nuseri pasaraya ya senah.
  4. siram hari-hari. Masa menyiram tuh pastikan tak lupa isi air dalam kelopak setiap pokok, jangan lupa masukkan ubat jentik-jentik senah yaaa

Tip dan cara tanam yang di kongsi ini hanyalah dari pengalaman sendiri senah ya. Lain orang lain la pulak caranya. Lebih-lebih lagi kalau pakar yang tanam......

Ok Mala - journey to simplicity, puas hati tak dengan penerangan yang di beri.