Dilema Penternak kecil2 Dikampung../ asing sangatkah incubator dikalangan penternak..

salam,
pagi tadi teman mengikut Azman(butik polaris) meninjau penternak kenalan di Olak lempit, Tujuan asalnya untuk mencarik benih anak angsa. sebelum tu teman pegi bank rakyat berjumpa dengan pegawai kredit(hehehe kes dah abis duit lah ni). dalam lawatan teman nie, lama juga lah kami bersembang dikandang kambing jempari(man.. betul ke kambing tu jenis jimpari) mendengar kisai otai kampung yg mencari duit tambahan dengan penternakan..ladang rasenya berkeluasan 1 ekar temasuk tapak rumahnya.. sebuah reban kambing dalam proses pembikinan.. sebelah reban nie ada satu reban ayam kecik untuk ayam kampung.

melihat kepada setting dan cara Wak nie menternak, kita dapat tahu memang segala cara yang digunakan adalah old school dan banyak dibuat melalui pengalaman.. Rekaan rebannya juga memudahkan segala pemangsa kenduri lauk hehehe.. tanah wak nie masih lapang dan luas dan lapang.. dalam kami bersembang tu teman lebih suka mendiamkan diri dan mendengar dengan teliti segala butiran mengenai penternakan wak nie.. banyak masalah yang dihadapinya terutama dengan pemangsa.. penghasilan anak dari telur serta daya hidup anak ayam juga sangat rendah dan sering menjadi kerisauan mereka..

Hari raya yang lepas.. jualan unggas dan itik direban ak nie hamoir mencecah RM 1000(tak caya tanya azman polaris).. wah.. bela suka2 je tapi dapat duit tambahan cam tu.. dah tu pulak masa dekat nak raya.. tambah sikit budget nak beraya.. yg diadukan pulak pada teman yang org dah sibuk booking untu Hari Raya Haji tahun depan.. Wak tu ngan selamba je cakap. "hapa!! ingat bela ayam nie 2 bulan je dah besar" .. apa maksudnya semua kenyataan dari wak diatas?
1. market untuk ayam ni sangat lah mengalakkan.. sehinggakan anda tak payah nak start enjin pun nak pi jual..
2. pengurusan ladang penting untuk pengeluaran ayam yg kosisten setiap bulan..

Setelah semuanya reda dan lebih mesra timbul cerita pasal Incubator teman. pada mulanya Wak nie ragu dan terus bertanya Peratusan Penetasan Telur.. HUh perpeluh juga teman nak susun ayat menerangkan kepada penternak yg tak pernah dgr pasal incubator nie.. mungkin ada pernah dengar tapi tak pernah tgk depan mata pun.. memang Wak nie berhajat nak membeli incubator nie dari awal2 tahun dulu tapi tak tau nak carik kat mana n takde sapa nak ajar.. teman bercerita tentang kita boleh setkan masa anak ini keluar, kita leh eramkan balik telur yg dikutip diladang(sebelum nie wak jual telur nya dan beli anak ayam baru dari penjual anak ayam(sayang betull)). dengan adanya incubator ak nie leh mambiakkan anak induknya dengan kos yang sangat rendah.. persoalan cara nak guna juga keluar.. yelah kalau kita nak harapkan otai yang pangkal umurnya huruf '6' untuk melawat blog kita dan mendapatkan ilmu disini agak tak munasabahkan.. the best way kita sit down n ajar.. kita pun dapat geng baru serta mungkin pakcik angkat untuk bimbing kita dalam pertanian ni dengan pengalaman serta khidmat nasihat.

Sekarang anda bayangkanlah berapa banyak sebenarnya org kampung di Malaysia nie yang menternak macam wak nie? dan berapa ramai yang ada incubator? 1000 orang? 2000 orang atau lebih? so sebagai penbuat incubator atau yg berada dalam bidang ini .. bagaimana kita nak pastikan barang jualan kita yang ada didalm tangan kita nie sampai kepada yang nak membelinya? kita tak leh harap media kita nie yg mengerakkanya sahaja.. matlamat sebenarnya nape teamn nak sangat tgk ramai org kampung ada incubator ni sbb:

1. naikkan standart org 'kita' supaya moden sikit dalam penternakan.. beli kambing.. buat kandang kambing beribu2 rasenya mampu untuk beli sebijik incubator
2. org kampung membeli incubator(tak kisah beli di pengeluar yg mana pun) dan menggunakkanya diladang akan meningkatkan bekalan benih dan induk diladang.. makin ramai yg jual ayam makin senag kita nak carik induk betina.. makin byk induk betina makin senang kita nak beli benih terus dari ladang org kampung nie..
3. dgn incubator nie saya percaya masalah' takde pengeluar anak benih yg nak buat benih ayam kampung ori' nie dapat diatasi.. satu ladang kelaurkan 200 ekor anak sebulan dan jual kepada penternak lain.. pas 6 bulan pembeli tadi pulak dah start jual benih dia pulak kepada penernak baru yg lain dan seterusnya.. itu satu pengeluar.. kalau ada 1000 sepakat?
4. dgn adanya incubator secara tak langsung penternak kampung nie tahu cara nak handle anak ayam dgn lebih baik sbb perkara ini wajib diketahui setelah ada incubator.. satu kelebihan lagi disitu.. takde lah masalah anak ayam nie mati kan..

so teman cadangkan nanti teman nak buat road show 'koboi' dengan berjalan sekeliling pasar tani dan pasar minggu untuk jual incubator ini..lets make incubator ini bukan lagi benda asing bagi semua penternak.. Ada juga sahabat yg suruh teamn rahsiakan cara guna incubator dan terutama cara nak buat incubator.. teman dgn selamba jawab.. incubator yg teman jual nie pun hasil tiruan incubator org dan teman tambah baikkan.. sapa teman nie nak berlagak incubator nie hak ekslusif teman??? lebih ramai tau pasal incubator lagi berkembang penternakan kita.. bidang perniagaan nie sangat luas dan belum habis diterokai.. teman yakin kehadiran teman di pasar nanti menjadi tumpuan org ramai.. so kalau ada sahabat pembuat incubator setuju dengan teman apa kata kita sama2 keluar dan promote incubator nie.. lets share our knowlage..

itu jelah buah fikiran teman..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments: