Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Mersing. Show all posts
Showing posts with label Mersing. Show all posts

01 April 2023

Orang Asli Pun Hairan

Bhai/DeeDee semua...

Memang ini perangai hampir semua Ahli Parlimen atau ADUN.... tak kira la belah parti mana pun... Hahaha... perangai spesis nih sama ja... 

Bukan takdak yang okay.... tapi rare sangat la....  ada yang hanya okay sama puak dier ja... puak lain dier tak okay...

Hahaha..... 


Ketika banjir melanda Kampung Peta di Mersing, Johor awal bulan ini, paras air yang tinggi menyebabkan begitu banyak kerosakan terhadap rumah, kenderaan dan tanaman yang menjadi punca rezeki penduduk, yang terdiri daripada Orang Asli suku Jakun.

Sejak itu, penduduk yang tidak berpuas hati mendakwa kampung itu, yang terletak di pinggir sungai Endau, masih belum dikunjungi Adun mereka.

Ahli Parlimen dan Adun kawasan itu, iaitu Islahuddin Abas dan Alwiyah Talib, adalah daripada Bersatu.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Osman mendakwa Kampung Peta menanggung kerosakan berjumlah RM1.2 juta, melibatkan 60 keluarga dengan kebanyakan kediaman mereka terjejas akibat banjir.

"Selama dua minggu kami dianaktirikan di negara sendiri. Kampung Peta di Taman Negara Endau-Rompin terpaksa bergantung harap kepada NGO, bukan kerajaan.

"Mereka banyak membantu kami seluruh masyarakat kampung Orang Asli dari segi pengangkutan, makanan dan lain-lain," kata pemandu pelancong berusia 39 tahun itu kepada Malaysiakini.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Osman berkata mereka amat kecewwa apabila ahli parlimen dan Adun yang bertanya khabar dan melihat keadaan mereka.

"Inilah nasib kami. Apabila perlukan undi, kami dicari tapi bila sudah dilantik, kami dilupakan," katanya lagi.

18 July 2021

Siapa Jual 17767 Hektar Hutan Simpan Kekal Dengan Singapura?

Bhai/DeeDee semua...

Siapa jual 17767 hektar Hutan Simpan Kekal (HSK) dengan Singapura? Siapa punya kerja juga keluasan tanah sebesar 3.62 kali ganda keluasan Putrajaya?

Berapa banyak pulak kayu balak yang akan dapat dikeluarkan dari Hutan Simpan Kekal Gunung Arong nih? Siapa punya kerja ni? Semua pasai nak mengaut hasil dari perlombongan emas.

Dapat cuma one-off RM3 juta... dan pegangan dalam syarikat sebanyak 15% jer... dan pembayaran keuntungan hanya 30% sahaja...

Pergh.... adoilah... cakap banyak karang kena report la pulak... adoyailah... rosak alam sekitar...

#HSKGunungArong #SelamatkanGunungArong #SouthernAlliance #Mersing #Tenggaroh #GunongArong #LombongEmas #Pembalakan #HutanSimpanKekal

13 November 2015

Wah. Ini Macam Istana Pari-Pari

Bhai/DeeDee semua....

Hahaha... Gua tatau nak cakap mender la.... Biler gua dimaklumkan adee satu pembinaan Istana Pari-Pari sedang dalam penbikinan di Malaysia... Hahaha... Aderkan ini untui dijadikan taman tema? Atau.... Hehehe....

Cakap banyak kalu gua akan kedalam... Kena SOSMA... Kena ISA.... Kena Akta Hasutan... So gua takmo nak komen mender aaa... Hahhaa... Takmo jadi cam UncleSeekers atau Ali Abdul Jalil... Atau Khalid Mohd Ismath ker...

Hahaha...

Layan jer la gambar ekslusif ini yang gua amik tadi... Hahaha


08 January 2013

Sogokan Bernilai RM1.5 Juta

Bhai..... Agak-agak lu aaa... boleh dak benda nih dikategorikan sebagai sogokan bernilai RM1.5 juta... Bukan aper... tetiba jer 1MDB salorkan sumbangan ... yang best tue program tue dirasmikan oleh seorang Ahli Parlimen ..... iaitu Timbalan Menteri Pertahanan.... Hahahaha

Tambah lagi dalam keadaan ntah berapa hari jer nak PRU13.... bukan aper... tengok dari sumbangan yang diberikan tue... ditarget untuk kawasan yang mamat nih punya area... Parlimen Mersing.... hahahaha... Pak Mertua gua yang karat biru UMNO/BN tue mengundi disini.... hahahaha

Yang best tue... duit sumbangan tue datang dari satu syarikat.... ehem.. ehem... ader aper-aper ker nih... hehehe..... syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd.... mmmm... kalu lu nak tau... dalam perolehan ATM (Kementerian Pertahanan)... banyak benda boleh disupply ... dan tak perlu didedahkan kerasionalan perolehan tersebut atas dasar keselamatan negara...

Macam dulu aaa... gua pernah supply beberapa peralatan untuk Kementerian Pertahanan... dari Body Armour, Laser Target Designator/Marker, Night Vision Goggle, GPS Jammer, Mobile Encryptor dan beberapa perolehan lain yang gua tabley nak senaraikan disini atas dasar keselamatan negara.... Semuanya direct nego ..... Ini semua masa gua kerja ngan satu kompeni tue lar... hahaha ... masa tue gua jadi konsultan keselamatan ... sempat la turun naik Mindef hari-hari dengan clearance khas...

Hahaha.... sebab itu lar biler ader syarikat sponsor bagi sumbangan tambah lagi kepada kawasan Ahli Parlimen yang jadi Timbalan Menteri Pertahanan.... errr... gua ader sedikit sangsi... hahaha.. sebab gua tau modus operandi diorang nih semua,.... macam mana Satang Jaya beroperasi... dan kemana duit dipusingkan.... hahahaha

Aper-aper pon... bagoosh gak orang kampung dapat manfaat camnie... hahaha... nak harapkan dalam keadaan biasa takkan dapat punya... terpaksa la tunggu 5 tahun sekali... tunggu nak PRU.... hahahaha



Oh yer.... Ihsan Perdana Sdn Bhd nie tak dapat projek Laguna Mersing ker.... Hahaha.... Kecik ati ader orang tua tue yang Projek Laguna Mersing tak dapat nak jalan.... kalu tidak boleh la enjoy katak orang tue tue anak beranak.... hahahaha

08 September 2012

Laguna Mersing???

Sebelum lu baca lebih lanjut artikel kat bawah nih... Ini disclaimer gua... Gua takder niat lahiriah mender atau nak kutuk mender pasai golongan bangsawan kat selatan Tanah Melayu nih... so... kalu lu orang gatai-gatai mender nak report samer JMF...  suka gua nak ingatkan... lu jangan ingat lu orang bakal terlepas dari gua dimasa akan datang.... hahaha (statement berbaur ugutan nih... hahaha).... hahaha...  gua cumer nak citer pasai pelaburan hartanah jer... hahahaha

Okeh... ini citer sebenarnya..... Camnie... pada April 2012 yang baru beberapa bulan lepas nih... hehehe... Sultan Johor (susur galur Temenggung) telah mengumumkan bahawa satu projek pelaburan hartanah bernilai berbilion RM akan dilaksanakan di Mersing.. wilayah utara pantai timur Johor... Lokasi pelaburan hartanah tue aderlah berhampiran dengan Hospital Mersing.... hahaha (tak berapa jauh dari rumah bapak mertua gua)...

Kecoh satu Mersing dan kawasan berhampiran seperti Endau, Penyabung, Rompin dan Kota Tinggi pasai projek hartanah yang pastinya akan melonjakkan lagi nilai komersial Bandar Mersing... Kalu nak kira aaaa... bandar Mersing nih dah kira okeh... ader pasaraya yang boleh tahan la besarnya (bagi bilangan penduduk disini) seperti Giant, Kini dan Tunas Manja... Pastu.. pejabat JPN, Kastam, Imigresen dan beberapa bank utama ader di Mersing (Maybank, Public Bank, Ambank, Bank Islam, Bank Rakyat, BSN, CIMB)...

Stesen Minyak plak ader 5 buah... kira hebat gak... Merrybrown dan KFC pon ader kat sini.... cuma McDonalds jer takder... hahaha... Pulak tue si Sekakap, satu kawasan berhampiran dengan Bandar Mersing nih... ader ujudnya Kem Iskandar (Kem Grup Gerak Khas) yang mempunyai kapasiti penduduk dalam kem tersebut sekitar 5000 orang...

MRSM, Sekolah Sains dan Politeknik Mersing pon ader disini.... Punyalah hebat bandar Mersing nih....

Kiranya kalu jadilah projek Laguna Mersing nih... nilai hartanah di Mersing akan meningkat sekurang-kurangnya sekali ganda.... hahaha... ramai yang dah memasang angan-angan nak makan besar dan untung atas angin kat sini... hehehe... Jiran sebelah rumah Pak Mertua gua memang orang kuat UMNO... boleh kata banyak projek kat Mersing nih bawah tangan dier... so.. hari raya baru nih dier citer dengan bangganya bahawa dier akan dapat projek besar dibawah pelaburan Laguna Mersing nih... hahaha... gua gelak jer... walaupun gua tau yang dier baru jer tukar BMW dier kepada model terkini.... pergh.... hahaha

So... aper citer yang gua nak maksudkan nih.... hahaha...  setahu gua ader tiga citer yang berkait dengan isu Laguna Mersing nih...

Pertamanya... pelabur utama untuk projek ini katanya datang dari Taiwan... diorang bersedia nak melabur dengan besarnya... namun diorang kurang bersetuju biler terpaksa membayar wang sogokan untuk melancarkan urusan projek nih kepada pihak-pihak tertentu.. Masalahnyer.. wang sogokan tue dikhabarkan mencecah 1/3 daripada kos projek......

Keduanya... pelabur terpaksa menjalankan projek nih sepenuhnya... namun hasil dari projek ini perlulah dikongsi bersama dengan beberapa individu lain... ntah .. gua tak berapa paham sangat mender pasai bahagi sama rata projek tue.. tapi yang pastinyer.. projek tue macam tak menyebelahi pelabur utama... ntah ler....

Ketiganya.... EIA khabarnya tidak meluluskan pelan cadangan projek tersebut... tapi gua tak clear setakat mana yang tak lulusnya.. sebab biasanyer EIA nih senang diugut dan dipujuk... biasa la... dulu kilang Oil and Gas tempat gua bekerja pon ader deal something ngan EIA nih...

Aper pon... biler projek nih dah terbongkang... pening la kapla-kapla yang dok pasang angan-angan besar nak jadi jutawan tak pon billionaire... hahahaha ... pening kapla la diorang...  bagi yang dah tempah kereta mewah dan bot mewah tue... hahaha.. takkan nak kensel kot... jiran-jiran sumer dah tau... hahaha....

BTW... ini semua citer orang-orang kampung... hahaha.. kira macam gebang kampung la... gebang kedai kopi... Jangan mare aaa..... hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1