Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Harapan. Show all posts
Showing posts with label Harapan. Show all posts

14 March 2023

Cerita Cikgu Rosli

Bhai/DeeDee semua...

Ini cerita gua kutip dari Cikgu Rosli... Viral jugak la benda nih... benda nyata... cerita orang bawahan... cerita orang susah... cerita orang miskin... cerita yang takkan sampai ke atas... cerita yang kaya meliniar takkan tahu.... cerita yang seakan-akan sengaja ditenggelamkan ...

Orang susah dan orang miskin kelaparan... harga komoditi tak pi mana pun... harga hasil pertanian pun gitu-gitu jer...  perut tetap nak kena isi juga... setakat buah-buahan dan sayur-sayuran kampung memang la boleh menampung perut yang kosong...  setakat ikan sungai, ayam kampung boleh la diisikan kedalam perut yang kosong...

Tapi kalu nak membeli barangan lain... kena ada duit... kena ader wang... kedai pun dah taknak bagi guna buku 555 ....

Duit pulak bak kata orang Perak "tak mandang" .... kalu ada pun seciput ja.... Huhuhuhu... harga barang pulak memang menggila... bawak duit RM50 pi beli barang... berapa lah yang dapat...  bagi orang kampung ... orang susah... orang miskin... nak tengok duit sekeping RM50 pun dah macam terlalu langka... terlalu "RARE" bak kata orang Ulu Piol Kuala Kangsar tue......

Memang jenuh la... tapi apa yang dapat dilakukan... harga barang keperluan tue bukan orang miskin boleh tentukan kawalannya... ianya kerja orang politik... orang yang pegang kuasa... orang miskin dan susah hanya boleh mendengar "sembang @ labun"  muluk-muluk jer la dari yang pegang kuasa.... 

Bila nak tangani masalah nih? Takkan nak tunggu sampai musim berkempen Pilihanraya Umum ke 16 (PRU16) ??? Takkan la kot.... 

Ntah la... gua lihat takder harapan pun akan berubah... makin sesak ader la...



29 January 2022

Berapa Berjayanya Bergerak Secara Solo

Bhai/DeeDee semua...

Kita sedia maklum bahawa bahang politik di Malaysia ini diwarnai dengan sentimen dan persepsi yang dicanangkan dan dibakar dalam media ... tanpa mengira media elektronik, media konvensional, media cetak mahupun media sosial....

Dan dari kesan inilah biasanya percaturan politik diterjemah menjadi sesuatu yang dilihat memberikan harapan atau garapan buat rakyat.

Betul .... memang betul ada rakyat yang buta politik. Ada rakyat yang seakan memilih sokongan politiknya mengikut apa yang leluhurnya telah gagaskan... tetapi ramai juga yang melihat peri kelaku ahli-ahli politik yang membawa bendera politik mereka...

Sebab ramai ahli politik yang lebih mementingkan perut dan bawah perut mereka....yang mementingkan apa yang akan dapat kepada mereka, juak mereka dan kroni mereka... Dan ramai ahli politik ini yang terlalu rasis dan berpuak... sampai meninggalkan apa yang sepatutnya mereka buat.

Malah dalam keadaan sekarang ini dimana Pilihanraya Negeri (PRN) Johor dan Pilihanraya Umum (PRU) yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi... ader beberapa Parti yang seakan bergerak solo... yang tidak mahu bergabung atas pelbagai alasan.. 

Persoalan yang boleh ditanya... berapa berjayanya jika mereka bergerak secara solo? Adakah mereka akan mendapat bilangan kerusi yang mencukupi untuk menjadi pemerintah? Itu persoalannya... Jika dalam keadaan biasa pun susah nak berpakat... bagaimana pula nanti bila berlakunya ketidakcukupan kerusi .. dimana semua parti terpaksa bergabung.

Apakah strategi yang mereka buat ini memberikan keuntungan kepada rakyat dan pengundi? Adakah ianya dapat memberikan satu bentuk baharu dalam pentadbiran Malaysia? 

Kita sekadar mampu melihat dan memerhatikan sahaja...



16 September 2021

MoU Yang Menyelamatkan Satu Pihak

Bhai/DeeDee semua..

Gua tak kisah dengan sembang Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mat Sabu atau Anthony Loke tentang bagooshnya MoU dengan Kerajaan Ismail Sabri ni... sebab pada gua .... MoU ini jelas adalah satu Mou yang menyelamatkan satu pihak sahaja..

Dalam kes ini... MoU ini tetap hanya menyelamatkan UMNO dan BERSATU...

Dan pada PRU15... yang akan kena teruk ditolak oleh pengundi adalah Pakatan Harapan (PH)... sebab pengundi rasa pelik bilamana PH nak bekerjasama dengan Kerajaan yang terbukti gagal...  dan kalau perkara semudah ini pun Pakatan Harapan boleh lembik dan tidak bertenaga... buat apa pengundi nak mengundi Pakatan Harapan selepas ini...

Serupa tak berguna jer... 

Nampak sangat MoU ini sebenarnya sekadar nak bagi laba dan imbukan kepada Ketua Pembangkang.






11 May 2018

PH Tak Ingin Berpakat Dengan BN

Bhai/DeeDee semua...

Nak bagitau satu ja kat Geng Lebai..... PH serang BN sebab PH tak ingin pon nak berpakat dengan BN.... aper ke bodohnya lawan lepas tue berpakat.... Bangang ka apa lebai ni....

Gua dan rakan-rakan Blogger seperti AdukaTaruna, MountDweller, ManjungMari, Cenangau, AmenoWorld,  AbuNawas serta ramai lagi dah tau lama dah Lebai nih memang (nak) berpakat ngan UMNO/BN .... awal lagi kitorang dah "langgar" lebai ni berkaitan isu ni... Hahaha... Lagi walaunta semua dok kata kitorang fitnah lebai.... Hahahaha

Sekarang apa macam.... Ada betui ka???

### Kalu idea Lebai nih bagoosh sangat... apa pasai tak implement kat Terengganu.... kan Terengganu hanya ader UMNO dan PAS ja... boleh la buat takder Pembangkang.... hahaha... Lebai.. Lebai.... baru dapat mimpi ka??? hahaha 

### Lebai tau kalu PAS bergabung saja ngan BN di Perak... Rakyat akan maki hamun PAS dan rakyat akan lagi tarak percaya sama PAS...  Hahaha.. sebab tu la Lebai bagi idea mengarut macam gampang nih...

UPDATE : 

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, pembentukan kerajaan perpaduan melibatkan Pas, BN dan Harapan hanya akan dipersetujui dengan syarat parti itu mesti dipilih mengetuai kerajaan tersebut.

Menurutnya syarat terbaharu itu difikirkan setelah mengambil kira kepentingan parti itu untuk mendaulatkan Islam di negeri Perak dan kedua-dua pakatan parti lain iaitu Harapan dan BN perlu menyetujuinya.

"Sebelum ini, sememangnya kita ada meletakkan tiga syarat awal kepada Harapan atau BN untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di antara salah satu daripada mereka.

"Syarat pertama adalah mana-mana mereka mesti menerima usul pindaan RUU355, syarat kedua, ketiga-tiga Adun Pas mestilah dilantik sebagai Exco kerajaan negeri dan ketiga, separuh daripada jawatan JKKK, ketua kampung dan penghulu mesti diberikan kepada ahli parti itu.

"Namun kini, syarat itu sudah bertukar kepada kerajaan perpaduan tanpa pembangkang hanya setuju dibentuk sekiranya Pas dipilih mengetuainya, selaras mengikut nasihat mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat," katanya sewaktu dihubungi media di sini hari ini.

Razman berkata, syarat itu sudah dinyatakan kepada kedua-dua Harapan dan BN dan sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang persetujuan daripada mana-mana pihak.


10 April 2018

Cherodek SPR Nie

CBhai/DeeDee semua...

Kita semua memang tahu yang tarikh hari mengundi selama ini bukan ditentukan oleh SPR.... SPR tu cuma pelawok jer... Pengerusi SPR (Mohd Hashim Abdullah) tu hanya balachi ja... kesian kat dier....

Konon nak bagi nampak SPR ni telus la.... Hahaha....  Walhal ini semua kerja Mat Kepit atas arahan RM ....

Pasai tu la gua tak terkejut sangat biler SPR kata tarikh hari mengundi adalah pada 9 Mei 2018 ... Hari Rabu tue ... tengah minggu dan pada hari persekolahan dan kerja....

Hahaha .... tapi hari penamaan calon boleh pulak buat hari Sabtu.... Hahaha .... kan nampak sangat bodohnyer.... Hahaha.... itu lah... semua tu lakonan ja...

Bukan SPR tak boleh nak buat pada hari cuti... Sabtu contohnya... dimana semua negeri dalam Malaysia akan cuti... tapi pasai tok dalang kepada SPR ni iaitu Barisan Nasional sudah cuak... tue yang hari mengundi dibuat hari Rabu...

Supaya peratusan keluar mengundi jadi rendah... sebab kalu peratusan keluar mengundi jadi rendah... kompom BN menang... Hahaha

Aper pon.... bagi sesapa yang nak buat Undi Rosak tu..... hahaha... dan sesapa yang takmo nak mengundi tu.... jangan riso... amik la peluang hari Rabu untuk mengelat atau mengular pi layan wayang... tengok citer Dukun ka.... sebab pada hari Rabu... harga tiket wayang murah la... ader diskaun....

Hahahaha....





P/S : Teluk Anson ader panggung wayang ker? Hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1