Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Halliburton. Show all posts
Showing posts with label Halliburton. Show all posts

31 August 2013

Syria : Siapa Yang Untung

Bhai/DeeDee sekalian...

Sekali lagi warga Malaysia dan dunia kena main dengan media dalam isu Syria nih.... Dalam kes di Syria nih... Siapa yang untung ... Hahaha

Berapa ramai yang terpedaya dan diperdayakan oleh media yang jugak dikuasai oleh para spekulator ekonomi... Hahaha... 

Isu senjata kimia la... Isu gas beracun la... Isu penggunaan bom napalm dan fosforus la.... Hahaha... Lawak siot... Kalu lu orang nak tau... Dalam banyak kes konflik yang berlaku dalam dunia nih... Terutamanya di kawasan Timur Tengah .... semuanya ader kaitan dengan Amerika Syarikat dan Israel...

Malah... Yang selalu guna bom napalm dan fosforus aderlah Amerika Syarikat dan Israel... Begitu jugak dengan "depleted uranium shell" sama ada pada peluru meriam mahupun pada peluru berkaliber besar...

Malah... Dalam perang dunia kedua dulu... Tak ramai yang tahu bahawa Tentera Berikat (Amerika Syarikat dan Britain) la yang paling banyak guna gas beracun dan senjata kimia... Tak kira la dari penggunaan "agent orange" sampailah kepada "anthrax".... Hahaha

Malah Tentera Amerika dah banyak kali buat ujian menggunakan "small pox" sebagai senjata kimia masa depan... Dan salah satu ujian yang Tentera Amerika pernah buat aderlah wabak "Ebola" yang dibuat khas dan diuji di Afrika...

Jadi... Dalam kes di Syria nih... Siapa yang untung??? Hahaha.. Yang untung tentulah Amerika Syarikat (yang ekonominya tengah teruk), Israel (mengekalkan status quonya di Timur Tengah) dan Arab Saudi/Qatar (kerana boleh menaikkan harga minyak dan gas kepada harga spekulator iaitu USD$400 setong)...

Hahaha... Skrang nih Halliburton dah kuasai telaga minyak di Iraq dan Afghanistan... Dan kalu harga minyak naik... Sure Amerika Syarikat akan untung dan secara otomatiknya saluran gas dan minyak di Timur Tengah akan dikuasai oleh agen-agen Amerika Syarikat...

Hahaha... Obama skrang nih tengah berkira-kira nak serang Syria atas alasan Syria menggunakan senjata kimia dan gas beracun kepada rakyatnya... Dan inilah yang dimainkan oleh media-media celaka macam Al Jazeera, Al Arabiya, CNN dan banyak lagi ... Termasuklah jugak oleh media Malaysia... 

Hahaha... Hebat perancangan diorang... Sampai takder satu pon cerita yang benar dari Syria yang dapat lepas didalam media nih melainkan semua cerita yang sudah difabrikasikan oleh media celaka nih.... Satu perancangan bersepadu... lengkap melengkapkan.... 

Seperti gua pernah katakan dulu... hasil dari maklumat operatif agensi yang gua pernah berkhidmat dulu (dimana diorang nih skrang dah lebih 3 bulan berada di Syria) .... Ini semua kerja dan mainan CIA dan MOSSAD.... Siapa yang buat kerja jahanam di Syria kalu tidak agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD yang jadi agen provocateur ..... Ala... teknik yang samer yang kasi kecoh dalam mana-mana himpunan rakyat la... Samer jer teknik yang boleh dibaca dan dijangka.... Hahahaharamjadah.....

Jadi... Dulu ader orang tanya... Kes Syria dah lama berlaku... Kenapa Amerika Syarikat tak mau masuk campur... Hahaha... Skrang lu sudah tau kan jawapan pada soalan lu... Hahaha... Amerika Syarikat memang tunggu masa yang sesuai.. dengan isu yang sesuai... Semuanya dirancang terbaek oleh agensi kontraktor keselamatan yang berbayar... Hahaha... Celaka betul lar...

Dan siapakah pembayar kepada operasi nih.... Hahaha...... Sudah semestinya negara teluk seperti Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan UAE... Hahahaha... Semua mau push OPEC naikkan harga minyak mentah.... Hahaha

PS: Ader orang tanya gua... Kenapa tak update citer pasai Hari Kemerdekaan... Err... Bukan ker Zainal Kling dan Ramlah Adam kata negara nih tak pernah dijajah??? Hahaha

24 November 2009

EXCO Terengganu Letak Jawatan

Gua amat bengang nih... seeloknyer EXCO Terengganu (dua orang nih) letak jawatan... Pasai apa....

Dua nama EXCO Terengganu nih (Yahaya Khatib Mohamad dan Toh Chin Yaw) memang patut letak jawatan dengan kadar segera. Begitu gak dengan semua Ahli Majlis Perbandaran Kemaman.

Tiga empat hari nih.. hujan lebat berpanjangan kat Kemaman nih.. sampaikan Kawasan Perindustrian Telok Kalong pon banjir.. Tersekat sana sini kenderaan.. Atas jambatan Bukit Kuang nih pulak... jalan rosak... jem sampai dekat 5 KM dua-dua arah... giler aper... Cuma semalam dan hari nie jer baru ader nampak Polis jaga.... kalu tidak.. hampeh...

Jalan Perwaja ader banjir (air luruan) dekat kawasan kem Askar Wataniah.... nie dah selalu dah banjir nih... Itu jalan utama nak pi Kemaman Supply Base (KSB) ... Ader banyak syarikat besar kat situ seperti Halliburton, Schlumberger, Scomi, Perwaja, dan lain-lain kat situe... tapi kawasan banjir nieh tak pernah EXCO dan Ahli Majlis nih nak ambik tau...

Kat Kawasan Industri Telok Kalong plak ader Seca Dyme, Daya Material, Aldwich, Tanjong, UMW, Unichamp, Huntsman Tioxide dan banyak lagi syarikat berkaitan Minyak dan Gas... bukan kawasan cikai nih...

Woi.. kawasan industri sepatutnya kena la jaga.. nie industri penting nih... yang bagi banyak kutipan cukai kat Terengganu dan Majlis Perbandaran Kemaman... kalu tak reti nak jaga infrastruktur bagi tak kena banjir .. baik letak jawatan jer la... buat malu jer...

Tue jambatan Bukit Kuang tue... tue la satu-satu jalan utama paling penting di Kemaman nih... kalu runtuh jambatan tue.. mau 1Malaysia takder minyak nanti... bodoh ker apa... dengar citer nak buat jambatan baru.. tapi dah masuk 3 kali pilihanraya... tak nampak pon usaha kearah tue... harap janji jer la...

Even jalan nak pi TATIUC (Kolej Universiti TATI) pun banjir gak kat area depan Huntsman Tioxide tue... giler aper... tue semua bukan kawasan baru banjir.. dah selalu... takkan MB Ahmad Said tak tau kot... tue jalan nak pi romah dier dan romah mak bapak dier... aper daa...

Gua harap Ahmad Said pi la jengok skit kawasan Industri Telok Kalong, KSB dan sebagainya kat sini dan kasi elokkan infra kat sini supaya syarikat berkaitan Minyak dan Gas kat sini still nak stay kat Kemaman nih... takut nanti diorang berpindah pi GEBENG atau Tanjong Agas baru la tau... masa tue baru la keluar air mata darah tengok pengaliran pelaburan ke Pahang dan bukannyer Terengganu...

So.... kepada dua EXCO Terengganu yang gua tuliskan nama kat atas tadi dan jugak kat bawah nie... sila letak jawatan dengan kadar segera.... buat malu jer...

  • Yahaya Khatib Mohamad – Adun Pengkalan Berangan, Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam
  • Toh Chin Yaw – Adun Bandar, Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1