Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Amil. Show all posts
Showing posts with label Amil. Show all posts

26 December 2020

Adoilah Pak Mopti

Bhai/DeeDee semua...

13 Disember gua ader menulis bab ini.... bab isu Shopee dilantik menjadi ejen kutipan zakat.... panjang gua menulis bab ni... memang isu nya panas.... dan beberapa hari sudah Ostad Zamihan ader upkan jugak isu nih...

Dan hari nih pulak... Mopti Selangor pulak jawab isu ni... Mopti Selangor bekap tindakan LZS yang melantik Shopee sebagai ejen kutipan zakat... Ini kerana kata Mopti Selangor... takder masalah dari segi hukum Shopee dilantik sebagai ejen kutipan zakat...

Persoalan yang gua tanya adalah apa bezanya Amil dengan Ejen Kutipan Zakat??? Hanya satu bahasa Arab... dan satu bahasa Melayu... walhalnya benda tu sama jer... 

Amil hanya hak orang Islam jer... mana boleh orang / syarikat bukan Islam kendalikan urusan Amil....  jangan la main taram jer sekadar tukar nama jer... agak-agakla...

Nih Mopti Selangor (Tamyes Abdul Wahid) cakap bab upah Shopee tu adalah dibawah pembayaran yang dikendalikan oleh Amil...  dier kata bukan amik dari nilai zakat.... Eh... sekejap... Amil tu nak amik dana dari mana untuk bayar upah Shopee tue? Dana dari Kerajaan Malaysia ka?? Dana dari JAKIM ka?? atau memang Amil akan amik dari bahagian zakat??

Gua tak rasa Amil akan bayar guna dana Kerajaan Malaysia bawah JAKIM.... sori aaa gua tak percaya... ngarut ja semua tue...

Kalu Mopti pon tak clear bab ni... tolong aaa jangan sembang.... bahaya.... boleh sesat lagi menyesatkan... dah kenapa la nih agamawan semua pening-pening belaka biler bagi hujah.... adoilah..



13 December 2020

Celakalah Si Penunggang Agama

Bhai/DeeDee semua...

Biler berkaitan riba sebagainya laju ja diorang tukar kepada istilah Arab macam al-Mudharabah & takaful. 

Biler bab zakat, istilah Arab macam Amil pula ditukar kepada Ejen Kutipan Zakat.

Macam celaka jer semua ni.. 

Nampak sangat kuatnya mereka-mereka ni menunggang agama demi dunia... semua nak mengelat... 

Ketua Agama, Mufti, Olamak, Ostad, Lobai, Penasihat Syariah la... semua macam hamjad.

Kuat sangat depa ni menunggang agama



Pengurusan Zakat Sudah Semakin Mengarut

Bhai/DeeDee semua...

Gua nak tanya lu orang la..... 

Aperkah syarat untuk menjadi seorang Amil Zakat? Cuba lu orang bagi tafsiran kepada gua.... Cuba semak Sirah Nabi.... siapa yang Rasulullah s.a.w lantik sebagai Amil Zakat?

Adakah boleh orang / organisasi bukan Islam dilantik menjadi Amil Zakat? Sudah tiadakan orang / organisasi Islam yang boleh dilantik menjadi Amil Zakat? Bukankah Pos Malaysia (agensi kerajaan) ada dilantik menjadi Amil Zakat?

Takkan lah sebab perkataan Amil Zakat telah diubah menjadi Ejen Kutipan Zakat... maka bolehlah dilantik sesiapa sahaja menjadi Ejen Kutipan Zakat? Dimana justifikasi benda ni? Dimana dalil yang membolehkan ianya berlaku?

Aderkah sebab digunakan perkataan Ejen Kutipan Zakat... maka sesiapa sahaja waima orang / organisasi kuffar / musyrik pon boleh menguruskan kutipan zakat? Apakah dalil yang membolehkan orang / organisasi kuffar / musyrik melakukan aqad dalam urusan Zakat?

Makin mengarut lah pengurusan Zakat yang ada di Malaysia nih... makin jauh dari standard yang ditetapkan oleh Islam.... Kepada yang masih tak nampak benda nih... gua tatau lah nak cakap apa.... gua mufaraqah pada pengurusan Zakat nih....  depa nak masuk Neraka... lantak kat depa... gua takmo terlibat... gua murafaqah.


Bayangkan... hari ini LZS lantik Shopee jadi ejen kutipan zakat  ... esok lusa siapa pulak?? Boleh kot lepas nih boleh bayar zakat kat Magnum, Toto atau Damacai....  ataupun boleh bayar zakat kat Kasino Genting kot lepas nih... Semua nih aderlah premis perniagaan halal yang dilesenkan oleh Kerajaan.... 

Giler aaa..


10 May 2020

Pening Dah Harakah Nih

Bhai/DeeDee semua...

Harakah dah makin pening.... adoilah.... nak tunjuk hebatnya Islam pun jangan la sampai ada fakta yang mengelirukan... Salah satu syarat sah zakat adalah "beragama Islam" ..... kalau bukan Islam... ianya dipanggil Jizyah.... dan Jizyah adalah bukan zakat.... ianya adalah cukai yang dikenakan kepada Kafir Zimmi yang ada didalam negara....

Please la jangan up artikel yang mengelirukan macam ni...


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1