Showing posts with label KEDAH. Show all posts
Showing posts with label KEDAH. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

Langkawi ~ Cable Car

Salah satu destinasi wajib singgah kalau ke Langkawi, iaitu Langkawi Skycab @ Cable Car yang terletak di Oriental Village, Burau Bay, Langkawi. Nak ke sana, anda terpaksa melalui jalan berbukit yang menyajikan panorama indah lautan. Destinasi yang mencabar keberanian diri dan memberikan gambaran saujana mata memandang.

Tips ke Cable Car :  Sila pergi waktu pagi untuk elakkan kesesakan/ramai orang.
                                  Jangan gedik pakai heel sebab lantainya diperbuat dengan susunan kayu,
                                  tumit kasut boleh melekat di celahan kayu lantai.
                                  Jangan lupa mengucap Kalimah Syahadah..hehe..
Waktu Operasi :  9.00am to 7.00pm
Harga Tiket :  RM15.00 dewasa/warganegara with Mykad

Percayalah berbaloi melawan rasa gayat dan kecut perut, apabila sampai di puncak, panorama indah menunggu, angin sepoi menampar pipi...pergh! hiperbola sangat!

Kami naik sekitar jam 9.30am, tak ramai orang lagi, so, hanya saya & hubby je dalam gondola ni.
 Mula-mula rasa gayat, lama-kelamaan rasa ok..seronok.
 This picture was taken from the middle station.
 The Skybridge, temporarily closed
Langit dan laut membiru..mak cik itu berasa kagum melihat pemandangan di depan mata, lantas bibirnya mengucapkan puji-pujian terhadap Maha Pencipta.
Masa ni, kira-kira jam 11am, kami dah nak balik, nampak tak kat belakang tu? dah ramai orang berpusu-pusu ke cable car.
Dalam perjalanan nak balik, kami singgah di sini, Telaga Harbour kalau tak silap, sebelahnya ada Petronas. Banyak kapal persendirian kot kat sini...cakap kat hubby nanti kalau kaya, kita pun kena beli kapal  letak kat sini..hahaha..berangan tak salah.


Sekian

Wednesday, February 19, 2014

Langkawi~Dataran Lang & Tanjung Rhu

Dataran Lang merupakan mercu tanda Langkawi. Patung helang setinggi 12 meter terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah. Sayap berkepak sedia untuk menyusur ke udara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong. 

Biarkan gambar berbicara..


Pantai Tanjung Rhu terletak di Mukim Ayer Hangat Langkawi. Pantainya bersih dan sangat cantik, malahan lebih cantik dari Pantai Cenang. Lokasinya agak jauh dari Pekan Kuah tapi berbaloi untuk diterjah.








Nota : Oh, DSLR please come to me..

Tuesday, February 18, 2014

Langkawi~Makam Mahsuri

Apa maknanya p Langkawi kalau tak melawat Makam Mahsuri. Langkawi dapat gelaran Pulau Lagenda pun disebabkan Mahsuri.
Pintu Gerbang Kota Mahsuri..maknanya anda dah berada di Makam Mahsuri.
Tiket masuk

Sejarah kematian Mahsuri binti Pandak Mayah
Kematian seorang wanita hanya kerana fitnah manusia, Al-Fatihah untuk Mahsuri.


Jom kita p melawat kampung Mahsuri pulak. 
Rumah Mahsuri..cantik sungguh ukiran kayu itu.
Rumah Mahsuri, cantik betul rumah tradisional orang Melayu dulu, ukirannya saja sudah memikat hati. Kat bawah rumah tu ada peralatan tradisional masyarakat Melayu seperti lesung hindik, tong pukul padi dan lain-lain peralatan berkaitan aktiviti sawah padi.
Dapur Kayu..biasa bagiku orang kampung
Katil Mahsuri, kecilnya..boleh jatuh tergolek kalau tidoq atas ni.
Telaga Mahsuri, airnya sejuk, segar muka kena air telaga diwaktu panas mentari. Err..saya minum air telaga ni..harap dihalalkan.
Rumah Penghulu kampung, besar sungguh rumahnya..bila baca papan tanda tu, faham lah kenapa rumah penghulu besar sangat.


Teratak Sri Tama, rumah Panglima Hitam. 
Mahsuri binti Pandak Mayah, melalui lukisan ini, pandangan mata kasarku menyatakan bahawa beliau seorang yang cantik dan lemah lembut.
Beliau dikatakan generasi ke 7 Mahsuri, namanya Wan Aisyah binti Wan Nawawi..

Sekian...Al-Fatihah untukmu Mahsuri.

Monday, February 10, 2014

Langkawi Feb.2014 ~ Review Budget Hotel Riverra Inn

Last minit plan, percutian 2 hari 1 malam ke Langkawi, cuti umum, Tahun Baru Cina tanpa tempahan awal namun berjaya mendapat satu bilik hotel budget ada diceritakan di sini. Jadinya aku nak kongsi sikit info mengenai bilik hotel yang kami sewa satu malam tu. 

RIVERRA INN HOTEL
Lot 290, Kampung Padang Lalang,
07000 Kuah Langkawi, Kedah Malaysia
Reception +604 - 969 5566 Fax : +604 - 969 5568

Hotelnya bukanlah bertaraf 5 bintang dan mempunyai pantai persendirian, hanya sebuah hotel budget yang mempunyai sebuah kolam renang kecil tapi alhamdulillah sangat selesa buat kami suami isteri. Apa yang menjadi keutamaan kami adalah kebersihan dan Riverra Inn memenuhi kriteria kebersihan yang kami bayangkan, iaitu di bilik air, katil dan lantai. Kebersihan tahap 5 bintang.
Layanan bagus,  free wifi, swimming pool, free parking, CCTV, bilik berhawa dingin. Semasa check in, kita (muslim only) akan diberikan sehelai sejadah, so tak payah bawak sejadah sendiri, tapi kena bawak telekung sendiri. Tanda arah kiblat boleh dilihat di siling dalam bilik, bagus kan, so tak payah confius lagi. Kalau tak puas hati boleh la guna kompas arah kiblat kat handphone canggih korang tu.
Semasa check in pihak hotel akan charge extra RM50, namun akan dikembalikan semasa kita check out. Kami dapat bilik superior untuk 3 orang, kenapa 3 orang sedangkan kami hanya berdua? sebab hanya bilik tu je yang kosong. RM149.00 termasuk sarapan pagi untuk 3 orang, satu katil single, satu katil saiz king dan tilamnya yang empuk.
Bilik air bersih, air panas & sejuk, ada shower gel je, ubat gigi, berus gigi, pencuci muka, syampu, shower cap, silalah bawa sendiri ok. Senang untuk berwuduk sebab turut disediakan paip air yang memang khas untuk kita berwuduk. Ada iron & iron board berhampiran tangga turun ke lobi.
Recommended untuk anda yang ingin menginap di kawasan Kuah. Riverra Inn hotel baru, kira-kira 1 tahun lebih beroperasi, milik orang Melayu, Islam.
 Ibu pemilik hotel yang merasmikan pembukaan hotel ini. Bangga gila wei.
Pandangan dari jendela bilik. Langkawi ni banyak gak Kerbau, kat area airport pon ada banyak kerbau.
Sekian, InsyaAllah akan berkunjung lagi jika ke Langkawi.

p/s: Mai Langkawi nak shopping, sewa bilik murah-murah sudah la.

Sunday, February 9, 2014

Ceritera Langkawi 2014~Jadi, Tak Jadi, Jadi Pulak!

Mula-mula plan balik kampung cuti tahun baru cina nak p Langkawi, siap survey & call hotel dah, tapi tiba-tiba encik suami cakap tak jadi p Langkawi..hmm, terpaksa cancel semua booking, dah la payah, semua yang aku survey & call kebanyakannya fully booked. Si Wife redha je la tak dapat p Langkawi. On the way balik Pendang dari Kuala Muda, tetiba encik suami bagi green light pulak. Aisey..macam mana? ada ka bilik kosong kat Langkawi nanti. Encik suami cakap kalau takde bilik kita balik hari je. Amboi! Nak p Langkawi punya pasai, gamble pon gamble la janji sampai, penginapan belakang kira.

Sampai Kuala Kedah pukul 9.30am, tiket feri paling awal hari tu pukul 12.30pm ja..tunggu lagi. Aku call kawan aku, cikgu SMK Ayer Hangat, Langkawi yang ketika itu sedang bercuti di kampung. Katanya jangan risau, pasti ada lagi bilik kosong, kalau takde juga bilik kosong, dia minta supaya call dia balik. Atas saranannya juga, aku p usha-usha kat kaunter agen pelancongan di Jeti Kuala Kedah. Alhamdulillah, rezeki kami suami isteri agaknya, dapat satu bilik hotel di Pekan Kuah & kereta kancil manual. Hotel Riverra Inn, bilik superior room, triple RM149 semalam including breakfast, ok still under budget. Kereta Kancil manual RM60 24 jam, peak season, public holiday..consider murah jugak la.

Kami sampai Langkawi kira-kira pukul 2pm, p cari travel agen yang kami sewa kereta tu, kereta tak sampai lagi, kena tunggu kira-kira 30minit gak la..hmm..kelemahan pihak MandaQ disitu. Macam biasa la, kereta sewa, meter minyak dok tunjuk tang E ja, elok sampai Petronas, kereta tersengguk-sengguk minyak habis..ciit! Isi minyak RM20, meter tak naik-naik jugak, still tunjuk signal kurang minyak, hmm..meter minyak rosak rupanya. Aircond pun rosak, dok blow angin saja dah la panas lit-lit, angin pon hangat je. Tapi disebabkan kami nak guna sehari saja, encik suami kata takpa lah kita lenjan ja kancil tu sampai nampak tulang...haha. Demi masa! Pukul 3 tepat sampai Riverra Inn, check in & sesi pengurusan diri, kemudian keluar balik. Maka bermulalah sesi jelajah Langkawi Februari 2014.
Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com