ad ld

Showing posts with label liyana jasmay. Show all posts
Showing posts with label liyana jasmay. Show all posts

Monday, November 25, 2013

Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)

Pelakon Liyana Jasmay yang sedang hamil empat bulan akan berehat seketika daripada dunia lakonan sehingga dia selamat bersalin yang dijangka pada pada Mei 2014. Liyana, 25, bagaimanapun berkata, dia hanya akan memberi fokus kepada beberapa promosi filem lakonannya yang bakal ditayangkan pada awal tahun hadapan.


"Lakonan buat masa ini memang saya tidak akan buat dan hanya akan menghadirkan diri untuk aktiviti promosi filem sahaja jika dijemput. "Bagaimanapun kerja-kerja belakang tabir dan menguruskan syarikat iaitu Mermaid Studios akan dilakukan seperti biasa," katanya. Liyana dan Fathuddin Mazlan mendirikan rumah tangga pada 2 Februari 2013.

Wednesday, October 31, 2012

Taufan Sandy Liyana Jasmay Dan Juliana Evans Selamat Di Amerika

Taufan Sandy membadai Amerika Syarikat since semalam dan telah menyebabkan hampir 10 negeri utamanya diisytihar darurat. Bandar2 utama spt New York dan Washington turut terjejas teruk. Buat kali pertama dlm masa 27 tahun juga Bursa Saham Amerika ditutup. Begitu kuat musibah yg dibawa Sandy Hurricane tu kan. Terdapat hampir 20 ribu rakyat Malaysia yg menetap di US sama ada bekerja juga pelajar. Sama2 kita doakan agar mereka semua terselamat.

Dua artis popular tanah air iaitu Liyana Jasmay dan Juliana Evans yang kini menyambung pelajaran New York dan Michigan, Amerika Syarikat berada dalam keadaan selamat ketika bencana alam Taufan Sandy melanda negara itu.


Kedua-dua artis itu menerusi laman Twitter milik mereka menyatakan perasaan bimbang dan berkongsi pengalaman berhadapan dengan keadaan tersebut.