ad ld

Showing posts with label bank negara. Show all posts
Showing posts with label bank negara. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

Siasatan Syarikat Genneva Malaysia Akan Dipercepatkan

Bank Negara Malaysia, polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menggembleng sumber-sumber yang diperlukan untuk mempercepat siasatan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd.

Bank Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata keempat-empat syarikat itu, yang baru-baru ini diserbu oleh pihak berkuasa, akan disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan seperti mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelak cukai, memberikan gambaran yang salah termasuk deskripsi palsu dan melantik ejen tanpa lesen.