ad ld

Showing posts with label Imam Muda. Show all posts
Showing posts with label Imam Muda. Show all posts

Sunday, August 1, 2010

Adib Imam Muda Dijemput Jadi Imam Terawih Di Amerika Syarikat

Biarpun tidak meraih apa-apa kemenangan dalam Imam Muda, Adib telah menerima jemputan sebagai imam terawih di salah sebuah masjid di Amerika Syarikat selama sebulan. Adib atau nama sebenarnya Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, dari Kota Baru, Kelantan yang tersingkir pada minggu ketujuh mempunyai pendidikan Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Muta’ah, Jordan.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, tawaran itu baru sahaja diterima pada malam Kemuncak Imam Muda, Jumaat. Sementara itu, beliau juga mengesahkan jemputan untuk juara Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dan naib juaranya, Hizbur Rahman Omar Zuhdi untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza setelah ditawarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang turut menghadiri program realiti di Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu.

Bukan itu sahaja, salah seorang peserta Imam Muda iaitu Muhammad Khairul Azhar Ghazali atau dikenali sebagai Azhar ditawarkan sebagai hos program Khabar Haji di Astro Oasis. “Sepanjang bulan puasa tahun ini, semua imam muda juga mendapat tawaran untuk menjadi imam terawih di Masjid Wilayah Persekutuan dan beberapa masjid negeri. “Alhamdulillah, program ini telah dapat dikenali seluruh dunia dan saya bersyukur program ini dapat melepasi daripada jangkaan kami. “Kita telah mendapat liputan daripada media cetak dan elektronik luar negara seperti BBC World, CNN, Associated Press (AP), majalah Der Spiegel dari Jerman dan media dari Jepun,” katanya penuh gembira kepada mStar Online.

Program Imam Muda mula bersiaran buat pertama kalinya pada 28 Mei lalu selama 10 minggu. Ia turut disertai oleh Ahmad Hazran Ahmad Kamal, Mohd. Taufek Mohd Noh, Amiril Md. Banin, Nuri Ali Arbain, Sharafuddin Suaut dan Ahmad Syakir Zamri. - mstar

Friday, July 30, 2010

Keputusan Imam Muda 2010 Final

Keputusan Imam Muda 2010 Astro Oasis-

Juara : Asyraf ( Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan )

Naib Juara : Hizbur ( Hizbur Rahman Omar Zuhdi )

Sunday, July 25, 2010

Imam Muda : Aran dan Taufek Tersingkir

Ahmad Hazran Ahmad Kamal atau Aran, 26, dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada program yang mempunyai ramai peminat itu. Mereka puashati perjuangan hanya sampai setakat minggu kesembilan.

Episod sembilan yang disiarkan di Astro Oasis, menyaksikan Hizbur Rahman Omar Zuhdi dan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan layak meneruskan perjuangan ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam pada 30 Julai ini.

Monday, June 28, 2010

Syakir Akui Tersingkir Imam Muda

 
Bergelar pelajar paling muda tentunya sedikit sebanyak memberi cabaran tersendiri kepada individu yang terpaksa bersaing dengan senior yang lebih berpengalaman.

Namun perkara itu tidak sedikit pun melemahkan semangat calon Imam Muda, Ahmad Syakir Zamri atau Syakir yang berasal dari Machang, Kelantan.

Pelajar SMK (A) Wataniah, Machang, Kelantan yang kini dalam persediaan menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mengakui kadang-kala berasa rendah diri apabila berdiri dengan calon-calon Imam Muda yang lain.

Dia yang mengakui terasa seperti akan disingkirkan kerana tidak dapat menjawab soalan dengan baik ketika sesi penilaian dilakukan.

Bagaimanapun, Syakir berharap hasratnya untuk bergelar Imam Muda akan tercapai walaupun tersingkir awal dan merasakan masih jauh perjalanan yang harus ditempuh untuk bergelar Imam.

“Saya masih muda dan masih banyak ilmu yang perlu saya pelajari agar ilmu di dada lengkap untuk menjadi seorang Imam, Insya-Allah, jika Allah SWT mengizinkan saya untuk menjadi Imam, saya pasti akan menjadi Imam kelak,” katanya yang berhasrat untuk meneruskan pengajian STPM yang tertangguh dan berhasrat untuk belajar lebih tinggi lagi.

Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, maka, Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). - SinarHarian