Friday, January 10, 2025

KATAK MATI BERUDU?

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Kami sekeluarga cukup faham keadaan Abdullah bila stress/ gemuruh menghadapi sesuatu perkara yang besar, dia akan bertambah-tambah diam.




🧒🏻: Mama tau tak, adik dah macam katak mati berudu dah lani.


🧕🏻: Mana ada peribahasa 'katak mati berudu', 'kucing hilang anak' adalah.😅.


Semoga Allah permudahkan urusan Abdullah, banin dan banat untuk saringan musabaqah Al-Quran peringkat Negeri Kedah minggu hadapan. Amin🤲🏻

Gagal atau lulus?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/9/22


Jika setiap fasa kehidupan ini ada markah dan penilaiannya, agaknya berapakah markah yang selayaknya kita dapat? 



Dari pelbagai sudut. Sudut kehidupan, akhlak, ibadah, ilmu, hubungan dengan Allah, hubungan dengan keluarga dan masyarakat......


Agak-agaknya LULUSKAH kita?

Semoga kita beroleh kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Wednesday, January 8, 2025

Pengalaman pertama Ahmad Zaid Wall climbing

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/9/22


Ini adalah kali pertama Ahmad Zaid (7 tahun) memanjat di wall climbing.


Wall climbing ini adalah di Hotel Gunung Jerai, Gurun, Kedah.


Bayaran untuk sekali naik ialah rm10.


Kami menetap di Hotel Gunung Jerai selama 3 hari 2 malam kerana baba ada kursus modul Bahasa Arab dan Dakwah di sini.


Pada petang Sabtu adalah percubaan pertama Ahmad panjat.

Alhamdulillah berjaya walaupun perlahan-lahan dengan arahan daripada jurulatih yang menjaga.

Hingga Ahmad keliru, Ahmad kata:
"Ahmad tak fahamlah."
(Bila jurulatih tersebut beri arahan kaki kiri, tangan kanan dan lain-lain perlu diletakkan di mana.)

Ahmad juga ada sedikit ketakutan bila sudah panjat tinggi.

"Ahmad nak turun. Takut." Katanya

"Tak apa. Sikit lagi." Kami dan jurulatih tersebut memberikan semangat kepada Ahmad supaya lebih berani.

Sebelum itu, sepupu Ahmad yang lebih mudah sudah memanjat wall climbing ini, tapi kami tak sempat tengok.


Keesokan paginya, Ahmad menyatakan hasrat untuk panjat wall climbing lagi.

Sampai telefon reception tanya wall climbing buka jam berapa?

Punya semangat nak panjat lagi.

Pada pagi tersebut hujan. Ribut daripada malam semalam.

Jadi staf tersebut maklumkan bahawa jika hujan, wall climbing takkan dibuka.

Alhamdulillah jam 11 kami pergi. Ketika itu ada seorang kanak-kanak perempuan sebaya dengan Ahmad sedang memanjat wall climbing.

Dia nampak cekap dan tak perlu arahan daripada jurulatih.

Rupanya dia juga seperti Ahmad. Pernah panjat wall climbing semalam. Jadi nampak lebih tenang dan berkeyakinan.


Oleh kerana Ahmad dah lihat budak perempuan yang panjat dengan baik dan tenang. Kali ini Ahmad juga dapat memanjat dengan lebih baik. Lebih cepat dan tanpa arahan daripada jurulatih.





Alhamdulillah satu pengalaman baru yang menguji keberanian Ahmad.


Video agak gelap sebab hari mendung selepas hujan ketika itu.

Monday, January 6, 2025

Doa keberkatan daripada Sheikh


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/9/2022


Sheikh Waiel Al Hambali pernah ziarah ke Maahad Al Iman Li Ulumil Quran ketika awal penubuhan Maahad.



2018


Sheikh berasal daripada Syria dan kini menetap di Turki.

Alhamdulillah Sheikh datang ziarah semula selepas 4 tahun.

Abdullah menjadi imam untuk Solat Isyak.

Selepas doa, Sheikh minta Abdullah bacakan ayat yang dibacanya dalam solat untuk Sheikh send dalam grup anak muridnya di Turki.



Di dalam video ini Sheikh mendoakan keberkatan untuk Abdullah, untuk Maahad, untuk pelajar dan guru-guru di Maahad.


Sheikh juga mendoakan semoga pelajar-pelajar lain juga menjadi seperti Abdullah. (Moga lebih baik)


Ketika mendengar doa ini, mama mendoakan anak-anak dan pelajar dapat melakukan lebih baik daripada ini, dapat memahami, mentadabbur Al-Quran serta mengamalkannya.


 Apa yang kita lakukan ini adalah kewajipan kita. Memuliakan dan memahami Al Quran.


Umpama kita perlu basuh baju,sidai,kemas rumah setiap hari, mendidik anak-anak, mengajar Al Quran. Tidak perlu kita nantikan pujian orang, atau berbangga dengan kerja kita. Kerana itulah kewajipan dan tanggungjawab yang perlu kita lakukan. Menjalankan AMANAH ALLAH sebaiknya.


Kata Sheikh lagi: Berbahagialah kedua orang tuamu.


Semoga kamu menjadi orang yang dikasihi oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.


Kita selaku ibu tentu saja terharu apabila Sheikh mendoakan untuk anak-anak kita.

Alhamdulillah.

Moga Allah memperkenankan.


Sebelum itu, ketika pulang dari Gunung Jerai, dalam kereta. Sheikh bertanya kepada baba samada mama faham Bahasa Arab?


Baba menjawab boleh dan menceritakan serba sedikit tentang latarbelakang pendidikan mama.


Terus Sheikh suruh baca matan Hikam Al Atiyyah dari awal hingga habis supaya Sheikh dapat berikan Sanad matan tersebut.

Maka dari atas Gunung Jerai hingga ke rumah (dalam 2 jam lebih), mama baca matan yang ada lebih 200+ (yang didownload dalam handphone sebentar tadi.)




Ketika pengajian juga (selepas Isyak), ada jenazah penduduk kampung yang dibawa untuk disembahyangkan.


Kata Sheikh:
"Subhanallah. Saya ni dari Syria, menetap di Turki, bermusafir ke Malaysia untuk solat ke atas jenazah ini. Yang menghubungkan kita semua adalah ukhuwah Islamiyyah."

Begitulah sunnatullah. Kita tak tahu apa pengakhiran kita. Kita tak tahu siapakah yang akan solat ke atas jenazah kita. Syaitan akan bersungguh-sungguh menyesatkan Muslim lebih-lebih lagi ketika sakaratul maut.

Moga Allah kurniakan pengakhiran yang mulia untuk kita semua.

Hidup kita ini adalah UNTUK MENGINDAHKAN KEMATIAN.

اللهم اختم كلامنا بكلمة لا إله إلا الله يوم ترفع الروح إليك



Saturday, January 4, 2025

Apa yang indah dalam sekeping foto?

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 17/9/22





Apa yang indah dalam sekeping foto?



Itulah senyuman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...