Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"
Showing posts with label TGNA. Show all posts
Showing posts with label TGNA. Show all posts

Wednesday, March 24, 2010

INDEKS TGNA SEBAGAI MB 20 TAHUN

Firman Allah swt maksudnya :

DAN KAMI JADIKAN UNTUK KAMU PADA BUMI INI SEGALA KEPERLUAN HIDUP, DAN KAMI JADIKAN MAKHLUK2 YG KAMU BUKANLAH ORANG YG SEBENAR MENYEDIAKAN REZEKINYA ( Surah AlHijr Ayat 20 )

Siapa tak kenal Nik Abd Aziz Nik Mat, seorang lelaki yg berakhlak mulia. Berumur hampir 79 tahun, menjadi MB Kelantan paling lama dalam sejarah PAS dan Negeri Kelantan. 5 penggal menerajui sebuah negeri dengan gelaran Tok Guru Nik Aziz.

20 tahun satu tempoh yg panjang, bagi yg baru berkahwin mungkin sudah dapat menantu bila anak sulong melangkau umur 19 tahun. TGNA jadi MB Kelantan tahun 1990 ketika berumur 59 tahun...umur yg matang dalam iklim politik Malaysia.

Malaysia sedikit unik memilih pemimpin tak kira PAS @ UMNO. Pemimpin selalunya berada di tampuk kuasa bila berada di penghujung usia kecuali PM Najib dan ayahandanya bekas PM Tun Razak.

Presiden Amerika Barrack Obama diangkat memimpin Negara Uncle Sam tika berumur 44 tahun, Presiden Iran Dr Mahmoud Ahmadinejad memimpin Republik Islam Iran berumur 48 tahun dan ramai lagi pemimpin dunia yg berkuasa waktu umurnya belum pencen.

Presiden Amerika, Rusia dan Iran hanya untuk tempoh 2 penggal sahaja tak kira sehebat manapun. Arahan itu terkandung dalam perlembagaan negara mereka yg dianggap kuasa besar dunia.

20 tahun berlalu sebagai MB yg berjasa kepada rakyat dan agama. Kini belum ada signal TGNA akan berundur, tambahan pula Kerajaan Kelantan kini berdepan dengan isu "Istana" yg agak kronik.

Puak yg pro TGNA melarang beliau berhenti, kononnya kepimpinan TGNA masih diperlukan. Puak yg kontra dengan TGNA berharap agar beliau lepaskan jawatan, berikan peluang untuk barisan pelapis yg telah lama berada di landasan.

Intipati pemerintahan TGNA selama 20 tahun sudah menjadi "cakap ajuk" dan "cakap pindah", ada positif tapi jangan dibuang yg negatif. Budi baik jadi tauladan dan salah silap jadi sempadan.

Pengenalan Dasar dan Idea bernas TGNA dicatat seperti berikut :
  • Potong gaji MB dan disalurkan kembali kepada Parti dan Kerajaan
  • Tidak menerima imbuhan majlis hari raya dan berbuka puasa
  • Menetap di rumah lama di Pulau Melaka dan kediaman rasmi MB dijadikan tempat mesyuarat parti dan kerajaan
  • Tutup premis maksiat seperti Judi, karaoke dan rumah urut
  • Pindah akaun Kerajaan Negeri ke Perbankan Islam
  • Buang Riba ( penindasan ) dlm pinjaman untuk kakitangan kerajaan
  • Tempoh kerja 5 hari seminggu untuk kakitangan kerajaan
  • Cuti bersalin selama 60 hari
  • Takaful Kifalah untuk warga emas
  • Skim Armalah untuk ibu tunggal
  • Skim Ladang Rakyat untuk membantu golongan miskin
  • Elaun Imam, Bilal dan Penghulu mukim dinaikkan mengikut keadaan semasa
  • Memperkasa SAR dan Institusi Pendidikan Islam
Pengenalan slogan yg sekadar retorik politik tanpa perubahan kepada kehidupan rakyat kerana tiada tindakan susulan dan kesungguhan politik, hanya sekadar mengisi kalendar tahunan semata2 :
  • Kempen bulan sembahyang
  • Kempen memperingati " Hari Hudud"
  • Kempen Kebersihan Bandar
Tindakan TGNA yg negatif spt Memperkenal, Meluluskan, Mengizinkan, Memberi Kuasa yg merugikan rakyat yg majoritinya miskin dan serba dhaif :
  • Silap setuju tandatangan dalam kes Thames Water dan kerajaan rugi jutaan ringgit
  • Silap setuju tandatang dalam kes Bazaar Tok Guru, kerugian puluhan juta ringgit
  • Lantik menantu menerajui PMBK, kerugian ditanggung puluhan jutaan ringgit dan tanah strategik tergadai 99 tahun kerana salahguna kuasa
  • Biarkan anak memegang jawatan dlm GLC ( Binaraya Sdn Bhd )
  • Anugerah konsesi balak kepada individu tertentu berulangkali ...baca di sini
  • Aset kekal PBT semakin susut gara2 keghairahan Ahli2 Majlis PBT membangunkan tanah milik PBT secara JV dan melihat untung jangka pendek
  • Biarkan Ahli2 majlis PBT melawat ke luar negara dengan perbelanjaan ditanggung dari duit cukai rakyat
  • Membenarkan pelabur kapitalis membuka "hypermarket" dan shopping compleks tanpa had, tumbuh di setiap daerah. Tindakan ini menutup peluang rakyat berniaga kedai runcit kerana persaingan harga
  • Membenarkan satu syarikat pemaju memonopoli projek kerajaan seperti Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Bazaar Tok Guru dan terbaru pembangunan Bandar Baru Tunjong
  • Biarkan agensi Kerajaan Negeri membazir hasil cukai rakyat untuk membeli kenderaan mewah untuk kegunaan jabatan yg melebihi keperluan ( Toyota Fortuner, Ford, Volvo )
  • Tidak memberi keadilan terhadap kezaliman / fitnah yg dirancang ke atas Cikgu Musa Saleh semasa hidup dan sesudah mati.
  • Menerima nasihat yg sesat dalam kes pemecatan Fadli ( KPK ) Annual Bakhri ( S/U MB ) dan Syed Azidi ( PMBK )
Cukuplah 20 tahun untuk TGNA berbakti. Prestasi sesorang akan menurun kerana faktor masa adalah fitrah semulajadi manusia. Kesan secara tidak langsung jika TGNA masih meneruskan legasi MB yg berumur 79 tahun :
  • Kurang tumpuan terhadap tugas penting kerana kesihatan yg semakin merosot
  • Kurang tajam dalam membuat keputusan penting kerana tekanan darah yg tak menentu
  • Menutup ruang untuk barisan pelapis melaksana idea baru tanpa sekatan dan malu alah
  • Mengurangkan daya tarikan untuk generasi muda menyertai PAS kerana peluang untuk melonjak ke atas semakin mengecil
  • memberi persepsi negatif kepada parti dan kerajaan kerana masih dikuasai golongan veteren yg seangkatan dengannya
  • membuka banyak ruang dan peluang untuk "pelakon air mata" memohon projek
Terimalah hakikat sebuah perjuangan yg berteraskan Islam. Tiada yg kekal selamanya kecuali Allah swt. Proses membina sebuah tamadun dan peradaban itu menuntut pengorbanan yg besar. Medan itu telah disediakan oleh pemimpin PAS terdahulu dan diteruskan oleh TGNA.

Benar! TGNA adalah yg terbaik di suatu masa tetapi sebagai manusia biasa tentu tidak dapat lari dari salah silap. Mungkin pengganti TGNA tak sehebat beliau, mungkin pengganti TGNA sehebat beliau, mungkin pengganti TGNA lebih hebat dari beliau. Segalanya mungkin, takdir tidak dapat di atasi.

Insyaallah PAS bertambah perkasa jika pemimpin muda diberi peluang menjadi pemimpin utama seperti Zaid Harithah, Umar Abd Aziz dan Sultan Muhamad AlFateh dalam sejarah keagungan Islam.

Wallahua'lam dari cilipadi007