Assalamualaikum w.b.t readers!
Hari ini baru berkesempatan nak
mengupdate sedikit ceritera dalam belog ni. Itu pun sibuk yang teramat
disebabkan seorang staf dalam klinik
dapat pindah ke kampong halaman dan
makanya sesi 'handover' bermula antara kami. Dan sekarang ni, saya menanggung
kerja yang rasanya, ada di antaranya bukanlah dalam bidang kerja kami. Tapi,
sebagai kuli, kena juga laksanakan kerja tu kan. Jangan tidak- tidak !
Okeh, cukup sampai disitu cerita tentang
kerja. Kelmarin, 21 feb, encik tunang dan pun selamat sign on Mv Seri Balhaf. Seminggu sebelum dia decide nak naik kapal ni, memang hari - hari dia call dan tanya if keputusan dia ni tepat atau tak . Maklumlah, pertama kali dalam
karier dia sign on Seri B ni. Selalu kapal pun, dia akan dapat kapal jalan fixed route. Bintulu –Japan etc,.jadi,
banyak juga dia mengadu dengan saya pasal pertama kali nak sign on kapal ni. Dan kapal ni pun selalu jalan jauh jugak katanya.
Takut tak sempat nak sign off untuk
majlis kahwin kitorang pulak nanti. Tapi itu katanya dan andaian dia sendiri.
Lepas dah selidik, dia dapat info which
is selalunya onsigner kapal ni
akan sign off sebelum cukup 6 bulan.
Alhamdulillah, dah tak perlu nak pening fikir nak buat surat minta release awal sebab nak kahwin nanti. Dan
encik tunang pun, confirm lah rasa happy jugak, sebab sign off nanti dah boleh kahwin! Yuhuuu!!! Dan saya pula gembira
sebab encik tunang cakap, kapal tu ada kemudahan wifi. Alhamdulillah, ini kali pertama dia dapat naik kapal yang ada
kemudahan tersebut. Rasanya, mesti hari- hari whatsapp la kerjanya kalau dia free.
Hehe. Tapi itu sebenarnya tak pasti lagi jika dapat guna kalau di tengah laut
lagi. Saya pun tak tanya lagi dengan akak – akak senior dalam PGK tu. Maklumlah, teramatlah sibuk si Misi
Nurul ni sampaikan nak tanya hal kecil macam tu pun tak sempat lagi. Haha.ok
fine. Itu merepek sikit.
Dan seterusnya cerita persiapan
kahwin. Rasanya dalam persiapan kahwin ni, saya baru dapat book untuk catering
sahaja. Yang lain- lain, saya belum book
lagi, untuk photographer dan videographer, pun saya dah survey, tapi saya masih tak buat
keputusan lagi nak ambik photographer
dan videographer yang mana. Tunggu kalau
dan buat payment, saya akan update dalam belog ni secepat mungkin. Eh,sebenarnya
untuk baju nikah pun, saya dah tempah tailor
sorang ni. Siap tempah untuk baju nikah lelaki dan perempuan terus. Senang
untuk saya dan encik tunang nanti. Tak payah nak pening- pening nak fikir
samada warna baju tu sepadan atau tak. Encik tunang siap dah ukur badan lagi
kat tailor tu. Tinggal saya lagi yang
belum ukur. Ingat nanti nak ukur dalam bulan Jun ni. Harap masa tu dah kurus
sikit lah yee. Harap- haraplah....... sekarang
ni, saya masih lagi mensurvey untuk
pelamin , mekap, dan doorgift. Rasanya
disebabkan majlis di sebelah saya nanti teramatlah ringkas,tak perlu kot nak
fikir banyak. Haha. Alasan betul! Syukur,
mak dan adik beradik saya banyak membantu untuk jayakan majlis perkahwinan ni
which is, ini majlis perkahwinan pertama dalam keluarga kecil kami. Harapnya,
majlis tersebut berjalan dengan lancarlah hendaknya.. eh, lama lagi majlis tu
sebenarnya. Takpe, kayuh perlahan- lahan. insyaAllah , all is well.