Assalamualaikum
readers!
Hampir sebulan jugak saya tak meng'update'
dalam belog ini rasanya. Ini semua disebabkan laptop pinjam saya tu pun dah
perlukan rawatan di 'klinik' tapi masih tak ada masa nak bawak dan tak mampu
lagi nak bawa p repair sebenarnya. Jadi
terpaksalah memendam perasaan nak meng'update' tu buat sementara. Yang ini pun
sebenarnya pinjam PC klinik sat sementara pesakit tak mau datang pi klinik . Well, musim cuti sekolah kan. Jadi tak
ramai yang sakit sebab tak perlu nak beria mintak surat MC agaknya.
Ok, dalam entry kali ini, tak
banyak jugak yang saya nak taip, so
tak perlu nak risau kalau kena baca entry
ni panjang- panjang yee. Ini pun cuma nak cerita pasal semua yang saya dah book untuk majlis kenduri kahwin saya
nanti. Eh, rasanya entry ini akan
menjadi panjang kalau saya dah masuk bab kahwin ni. Hahaha !
1.
Catering
*
Okey, untuk katering saya dah lama book
sebenarnya. Kalau tak silap saya dah start book
bermula penghujung bulan Januari sebab takut kalau lambat lagi , semua katering
full. Karang dapat tak seperti yang
kita harapkan. Disebabkan majlis nanti untuk meraikan tetamu, maka hidangan
makan adalah benda yang perlu dijaga. Betul kan?!
*
Untuk catering , saya dah book Mahligai Impian Catering bagi
menyediakan lauk pauk kenduri nanti. Catering ini pun encik tunang saya yang
cadangkan sebab dia sendiri dah pernah merasa makanan yang disediakan oleh
pihak catering ni dan beliau sangat berpuas hati.
* Tapi bukanlah disebabkan encik tunang saya
cadangkan dan saya pun mengambil cadangan dia bulat- bulat. Saya bincang dengan
mak dan adik beradik saya , minta dorang pergi food tasting dulu dan
bagi pendapat pasal katering ni. Mak saya pun cakap sedap. So, kami proceed untuk upah katering ni lepas
semua dah bagi feedback positif.
#Alhamdulillah#
2.
Baju nikah
*
Untuk baju nikah, pun saya tempah secara
online jugak. Saya tempah dengan cik
Nur Fatin
Raihani. Boleh klik nama beliau untuk mensurvey di page facebook
beliau ye. Baju nikah ni pun saya tempah pada penghujung Januari jugak. Ukuran nanti
bila saya balik bercuti, barulah saya pergi mengukur baju nikah. Cuma encik
tunang sahaja yang dah pergi selesaikan urusan ukur mengukur baju nikah beliau
sebelum dia sign on hari tu. Itu pun sebenarnya saya kena membebel dan merajuk dulu
baru si encik tunang ni dengar cakap. *sigh*
3.
Jurugambar
* Jurugambar yang saya upah merupakan
kawan saya masa zaman sekolah dulu. Bagi saya, kalau kita dah kenal siapa
jurugambar kita, lagi senang nak deal. Tapi bagi sesetengah orang, mengupah
jurugambar yang mereka tak kenal adalah lebih baik. Bagi saya, mana- mana
pilihan korang pun tak apa. Bergantung pada bajet dan citarasa sendiri lah kan.
Tapi yang bestnya bila kita upah jurugambar yang kita kenal, banyak benda boleh
bawak bincang. Kalau ada yang berminat nak upah jurugambar yang saya upah ni,
bolehlah klik LINK ini.
Harga semua boleh bawak bincang. Oh ya, dorang pun ambil kerja untuk video
jugak ye !
4.
MUA dan BRIDAL
* Saya baru sahaja selesai book sorang MUA ni
pada awal bulan Mac. Sebenarnya saya dah intai hasil kerja beliau sejak penghujung
tahun lepas lagi. Tanya quotation pun sejak awal bulan Januari lagi. Cuma saya
terlupa follow up dengan beliau ni sehinggalah awal bulan 3 ni . Itu pun dah gabra
sebab jarak untuk majlis makin dekat tapi banyak hal tak selesai lagi. Boleh klik
link facebook cik Ara Zasry untuk
sentuhan beliau dan bridal Bonding Desire Planner untuk
mencari set sanding ye.
5.
Inai
* Okeh, inai pun merupakan benda paling penting untuk majlis nikah nanti kan! So,
dari situlah kita tahu bezakan pengantin dan ahli keluarga kan.. Hikhikhik. Untuk
lukisan inai ni, saya sememangnya dah jatuh hati 100% dengan karya puan Faiza Halim ni. Saaaaaaangat
cantik!! Dan beliau bukan sahaja boleh lukis inai, kalau ada yang beminat nak
dapatkan sentuhan daripada beliau, bolehlah stalk instagram beliau yee.
* Untuk inai pun, saya dah book awal bulan Mac. Itu pun, nasib baik masih ada
slot kosong untuk tarikh yang saya request
tu. Kalau lambat sikit lagi, mesti meleleh air liur + air mata kalau tak
dapat book khidmat beliau ni sebab saya pun cuma dapat slot siang sahaja. fuh !
6.
Doorgift.
* Saya
tak cari lagi vendor untuk doorgift, nanti dah ada, saya akan up entry
baru.
7.
Kad jemputan
* Pun belum mencari. Tengah menunggu bulan jatuh ke riba agaknya.
9.
Photobooth , candy booth, and etc
* Yang ini, saya masukkan dalam folder miscellaneous
dulu lah. Kalau rasa penting, nanti adalah yang ber update dalam entry seterusnya.
Akhirnya,
dah cukup penat saya menaip untuk entry kali ni. Sekian, happy reading everyone !