Pages

Peta Bandar Seri Alam

Showing posts with label Bandar Seri Alam. Show all posts
Showing posts with label Bandar Seri Alam. Show all posts

Sunday, November 23, 2014

Aktivit Baharu Zaim...mungkin lepas ni ayah dia plak




Memanah...
baru baru ni, aku berkesempatan untuk menjejakkan kaki ker Padang Awam Bdr Seri Alam bersebelahan SJKC Nam Heng bagi memenuhi keinginan aku untuk memberikan aktiviti kpd Zaim...
Alhamdulillah walaupun hari pertama macam Zaim tak berminat, pd hari ini dia menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari sukan outdoor yang semakin diminati ini...
Untuk pengetahuan semua aktiviti ini dijalankan oleh Rimayah AlAnsar yang memfokuskan kepada memanah tradisional, bukan memanah yang biasa kita tgk dlm pertandingan pertandingan memanah...
Zaim jugak dah tak sabar untuk menunggu kemunculan bow nyer...Rolan Snake...
entri seterusnya aku akan ceritakan tentang Rolan Snake dan target but yang aku buat sendiri...entah jadi entah tidak...tunggu

Thursday, November 7, 2013

kalah lagi...


Selepas seminggu kalah dalam bidaan pertama di mahkamah tinggi, minggu ni aku kecewa lagi...aku dapat rasanya keyakinan yang tinggi untuk dapatkan rumah ni..tapi nasib masih tak menyebelahi aku dan isteri...kali ni kami memcuba rumah di Flora Height yang berada di sekitar Bandar Seri Alam...RP hanya dalam 81k...target aku hanya setakat 130k dan itulah yang dilakukan wife aku ketika membida...nasib masih tak menyebelahi kami..pesaing lain menang dengan harga 135k...sayang sangat...rumah ni masih cantik dan dihuni oleh pemilik asal...nak buat macam mana...
Nampak gayanya aku perlu guna strategi lain untuk mendapatkan rumah lelong ni...nampaknya situasi sekarang adalah sukar nak dapatkan rumah lelong terutama di sekitar BAndar Seri Alam ni..mungkin juga aku kena meneroka sehingga ke Kota Masai...nampaknnya minggu depan pun macam ada terget menarik..tapi aku tunggu dululah...nak tunggu cuti sekolah biar aku sendiri yang pergi membida...sian kat wife hari ni dah cuti lagi...next week nak cuti lagi macam dah tak seronok lah pulak...aku plak memang tak dapatlah nak cuti...next week hari yang penting untuk sekolah...so berehat untuk 2 minggu dulu...
sekian...

Saturday, November 2, 2013

Kalah Lelong


Dari bulan lepas aku berazam nak dapatkan sebuah rumah lelong ni...dari 3/10 postpone ke 31/10 dia punya lelongan...Alhamdulillah tercapai gak aku nak bid rumah ni...Terima kasih kat wife aku kerana sanggup pergi buat bidaan kat mahkamah...aku tak dapat nak join maklumlah jauh lagipun susah nak dapat cuti ni...Kami kalah pada bidaan ini..reserve price 51k...tapi last sekali harga jatuh pada 92k..bincang ngan wife harga takat 78k sahaja...nampaknya takda rezeki kami...insyaAllah minggu depan nak cuba sebijik rumah lagi...harap-harap berjaya

Tuesday, March 20, 2012

Sekolah Antarabangsa Excelsior di Bandar Seri Alam

Hari ini aku diberitahu oleh rakan disekolah, bahawa semalam ada upacara pecah tanah sebuah sekolah antarabangsa di BSA ini.Terkejut jugak aku mendengarnya, kenapa aku tak tahu...wa...Sekolah Antarabangsa Excelsior...Sebelum ini ada jugak dengar kata Sekolah Antarbangsa Raffles akan di bina di sini, alih-alih dengar nama Excelsior yang akan dibina. Aku membuat sedikit pencarian dan ternyata Sekolah Antarabangsa Excelsior ini memang diuruskan di bawah Raffles Campus yang berpangkalan di Singapura.Agaknya sekolah ini lah yang dimaksudkan dengan sekolah antarabangsa Raffles.
Dimana ia akan dibangunkan. Sekolah ini akan di bina di Jalan Purnama, BSA....Untuk mereka yang tak tahu di mana Jalan Purnama ini, ianya terletak berhampiran dengan Cactus Inn iaitu dekat dengan Bukit Love...(boleh lihat map yang aku sertakan di dalam blog ini). Ini bermakna kawasan Purnama ini akan ada UiTM dan sekolah ini..
Untuk maklumat lanjut boleh klik link di bawah...
Bernama 
Star Online
Sinar Harian

Monday, January 30, 2012

Hospital Kerajaan di Bandar Seri Alam...

Malam ini,ketika makan bersama keluarga di Alam D'Lauk,tiba-tiba terlihat berita berkenaan satu lagi projek yang bakal dilaksanakan di dalam Bandar Seri Alam. Sebuah hospital kerajaan bakal di bina di sini, katanya di Jalan Gunung...kenapa tak jalan Rimba..hehehhe...maknanya makin berkembanglah Bandar Seri Alam...
Dengan bakal wujudnya hospital ini, maka daerah Johor Bahru bakal mempunyai 3 buah hospital kerajaan termasuk yang sedia ada iaitu Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail...Rasanya belum pernah ada lagi sebuah daerah mempunyai sehingga 3 buah hospital kerajaan. Adakah ini tanda-tanda sebuah daerah baru akan dibuka....jeng..jeng...jeng...dulu ketika Kulai masih di bawah daerah Johor Bahru, sebuah hospital juga telah dibina iaitu Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim...maka tidak hairanlah Pasir Gudang bakal menjadi sebuah daerah pecahan daripada Johor Bahru menjadikannya daerah yang kesebelas di Johor..entahlah kit sama-sama lihat nanti, dan yang pastinya PBT bagi BSA ini akan berubah pentadbiran daripada MP Johor Bahru Tengah (MPJBT) kepada MP Pasir Gudang (MPPG)...cuma diharapkan jika berlaku peralihan macam ni, penduduk BSA tidaklah tertekan dengan segala bentuk penguatkuasaan yang dijalankan...
Boleh baca link ini untuk maklumat lanjut
BERNAMA
SINAR HARIAN

Friday, January 13, 2012

Rumah Lelong lagi...

Agaknya dah lama aku tak update blog ni...hampir sebulan...so kali ni entri aku berkenaan dengan rumah lelong...sudah tentunya di Bandar Seri Alam...dah lama tak bercerita berkenaan dengan rumah lelong ni, walaupun secara senyap masih mencari rumah lelong yang berbaloi untuk dimiliki...Ada seorang hamba Allah bertanya berkenaan dengan rumah lelong di BSA ini...banyak sebenarnya tetapi kena rajin carilah...biasanya ada di dalam surat khabar metro...
Ada jugak kawan kata ada rumah lelong yang murah...betul memang murah...dan aku rasakan kalau nak beli untuk duduk memanglah berbaloi, tetapi kalau nak buat sewa macam aku ni..rasanya aku lepaskan sahajalah pada orang lain...
Di sini aku sertakan link untuk rumah lelong yang agak menarik di BSA ni bagi hbulan Januari...
Klik sini...
yang lain pun banyak...tetapi yang ini harganya agak berbaloi...tapi kalau berminat, jgn lupa pergi tanya kat management tentang tunggakan pelbagai macam...barulah buat keputsan 

Saturday, July 23, 2011

Pasaraya Jiason baharu....kini dibuka...

Dah lebih kurang 2 minggu pasaraya jiason yang baharu dibuka...Di bangunan baharu yang berhadapan dengan bangunan lama ini, terdapat kiosk dan stor-stor lain seperti Green Point, kedai CD (murah jer..boleh dapat 3 keping RM10..sama macam kat Today's...kedai salon rambut...kedai handphone dan macam-macam lagi...
Tapi yang aku rasa satu yang begitu baharu adalah...gelanggang Badminton....di atas bangunan ini adanya gelanggang badminton...
Dewan Badminton ini mempunyai 10 gelanggang yang menggunakn karpet hijau sebagai lantai pertandingan...
Harganya plak...berbagai pakej...serendah RM11 hinggalah RM19...itu yang aku tahulah...
so sesapa yang berminat...terutama di Bandar Seri Alam ini....yok kita sesamam main badminton di gelanggang baru ini....

Friday, June 10, 2011

Ustaz Azhar Idrus di Bandar Seri Alam

 

Rasanya sekarang ni dah ramai orang di luar sana sudah mengenali siapakah Ustaz Azhar Idrus ni... Beliau mempunyai gaya tersendiri dalam menyampaikan ceramah-ceramah agama dan menjawab persoalan-persoalan yang diajukan dalan ceramah beliau...Tahniah ustaz...

So...semalam waktu nak gi Tesco nampaklah banner berkenaan ngan Ustaz Azhar ni...beliau akan hadir di tiga lokasi di Johor Bahru...
Lokasi pertama di Mutiara Rini...pada Sabtu 11 Jun...selepas solat Isyak...tak pasti di Masjid mana...
Lokasi kedua di Surau Al-Husna, Jalan Suria Bandar Seri Alam, pada Ahad 12 Jun Selepas Maghrib dan seterusnya selepas Isyak di Masjid Pasir Gudang untuk lokasi ketiga...


Wednesday, June 8, 2011

Hotel-Hotel di Bandar Seri Alam..

Macam sedia maklum, dengan pertambahan infrastruktur di Bandar Seri Alam ni, maka wujudlah hotel-hotel dan tempat penginapan bagi menampung kehadiran orang luar ke Bandar Seri Alam, dan mungkin kawasan sekitarnya...Mungkin lepas ni mana tahu ada parents nak hantar anak ke MRSM dan perlu mencari tempat penginapan, sini aku listkan beberapa hotel yang boleh didapati d Bandar Seri Alam ini...

1. Grand Far East Hotel
2. Swan Garden Hotel
3. Rose Cottage
4. Pearl White

Semua 4 hotel di atas berkedudukan hampir antara satu sama lain...iaitu berada di Jalan Suria, Bandar Seri Alam. Di sini banyak kemudahan lain yang anda boleh perolehi...terdapat dua restoran Mamak yang beroperasi 24 jam...kemudahan perbankan..ada 7 eleven...dan tak ketinggalan Bistro dan Pub. Ianya juga berhampiran dengan Todays Market dan juga Tesco Bandar Seri Alam...
Jika anda inginkan kelainan bolehlah ker...


5. Amansari Residence Hotel. Bertaraf 4 bintang
6.Cactus Inn. Yang ini berada di tengah-tengah Bandar Seri Alam...dikelilingi kawasan hutan. Amat sesuai yang menginginkan ketenangan jiwa...


Bagi no 5 dan 6 ini, ia agak jauh daripada4 yang di atas...so kalau nak berjalan terpaksalah keluar dengan kereta...


Seterusnya jugak, anda boleh lah gode-gode internet untuk cari homestay yang memang ada di Bandar Seri Alam ini...

Tuesday, June 7, 2011

Bandar Seri Alam- Bandar Ilmu

Dulu aku dah postkan berkenaan dengan sekolah-sekolah dalam Bandar Seri Alam ni...hari ni aku nak update lagi berkenaan dengan institusi pendidikan yang telah ada dan bakal dibina di Bandar Seri Alam ni...meh kita lihat

1.SK Bandar Seri Alam
2. SK Seri Alam 2
3. SJKC Nam Heng
4. Japanese School
5. Sekolah Agama Bandar Seri Alam
6. SMK Bandar Seri Alam
7. SMK Seri Alam 2


bakal ada 18 buah sekolah rendah dan menengah di Bandar Seri Alam ni...


8. UniKL-MITEC
9. Kolej Universiti Masterskill
10. MRSM Pasir Gudang (InsyaAllah bakal beroperasi tahun depan)
11. Kolej HELP (bakal dibina)
12. UiTM Pasir Gudang (sedang dibina)
13. Sekolah Seni Malaysia (sedang dibina)
14. Raffles School - Sekolah Antarabangsa (bakal dibina)



amacam...banyak tak?...tak tahu apalagi institusi pendidikan yang  bakal dibina di Seri Alam ni...

Thursday, May 19, 2011

Lelong Bank Rakyat- Ehsan Auctioneers

Pada 22 Mei ini terdapat beberpa rumah di Bandar Seri Alam, akan dilelong...Antaranya adalah rumah di Pangsapuri Sri Intan dan Sri Ilham dengan harga reserve yang amat berpatutan...Sila rujuk laman web Ehsan Autioneers ataupun terus ke Bank Rakyat Masai untuk menngetahui lebih banyak lagi rumah yang dilelong... Tempat lelongan adalahdi Grand Paragorn pada pukul 2.00 petang

Saturday, March 5, 2011

Jalan-jalan di pagi Sabtu

Rasanya dah berminggu-minggu tak cuti hari Sabtu...so hari ni baru merasa cuti...rasa cam seronok jer dapat bercuti hari Sabtu...So pagi ni kami bersarapan di McD Seri Alam...izan dapat baucer makanan utk 2 Big Breakfast  dengan pembelian RM 5...so beli air kopi dan milo dapatlah 2 big breakfast...Kami gi naik motor jer...dah lama rasana tak naik moto sama-sama...sekali-sekala best jugak sambil ronda-ronda Seri Alam... 
Habis gi McD..kami ronda-ronda...tgk perkembangan di Seri Alam ni...

1. mula-mula nampak projek di simpang 4  yang tengah naik tu...semuanya rumah 3 tingkat...berapalah agaknya harga rumah ni...dalam pala berfikir...apa nama jalan yang dia nak letak kat area ni...sebab dalam plan seri Alam aku tak perasan tentang projek ni

2. lepas tu gi balai polis trafik...saja nak tgk tetamu-tetamu khas di balai polis trafik...Mak aiiii...ramainya    orang..siap lepak kat luar lagi tunggu giliran....

2. lepas tu saja penuhi permintaan zaim nak tgk rumah rakannya di Jalan Gunung...so ikut ajalah...dia yang tunjukkan jalan....

3. Pusing ikut jalan belakang...nak gi ke Tapak UiTM...wah...jalan dah dibahagi 2 utk ke Tapak Uitm dan ke Cactus Inn...ingatkan nak masuk tengok kuda kat Cactus Inn...tp tak jadilah kerana memikirkan kalau naik moto kena parking jauh...takleh masuk sampai ke Cactus Inn...

4. Lepas tu rancang nak masuk UniKL...sebelum masuk UniKL tu nampak jugaklah projek Scudai Dev..dekat area rumah aku...dah banyak jugak rumah parkview ni nak siap...harga????tal dapat den nak tolong...

5. Masuk UniKL...pusing-pusing sambil tgk lecture hall...hostel...surau dan pemandangan menarik didalamnya...so waktu masuk..aku main redah jer..pas kuar kena tahan ngan guard...dia kata sekarang dah takleh masuk sesuka hati jer...macam tu pulak???

 6. Sebelum masuk UniKL tadi nampaklah signboard projek Sekolah Seni Malaysia...wah...dah nak naik jugak ni...MRSM lak...macam dah nak siap ...


So...dah abis site view..kitorang pun balik lah......
Banyak juga pembangunan dalam Seri Alam ni...moga2 pembangunan ini dapat meningkatkan kerancakan pembangunan di Pasir Gudang secara kseluruhannya....manalah tahu boleh wat duit dalam sektor hartanah...yer tak???

Tuesday, February 22, 2011

Zaim pukul budak ???

Hari ni dalam pukul 2 petang, aku dapat call dari orang rumah aku...dia beritahu cikgu tadika Zaim telepon mengatakan yang si Zaim ni ada pukul sorang rakannya bernama Daniel...sampai budak tu tak berani nak pergi sekolah lagi...alamak.... heran jugak aku...setahu aku zaim memang susah nak buat sesuatu yang macam tu...kalau kat rumah aku tahulah perangai dia agak nakal dan manja sikit...tetapi biasanya kalau di luar dia nampak terkawal...
So wife aku suruh gi tadika...so balik sekolah terus gi tadika..park moto kat depan tadika ttp aku nyorok jauh sikit saja nak tgk reaksi dia...zaim tercari-cari aku...tapi tak sampai ati aku tgk dia aku munculkan diri...nampak muka dia monyok jer...
Abis baca doa semua cikgu zaim bawa keluar zaim..dan menceritakan keadaan yang sebenar...zaim sebenarnya bukanlah pukul si daniel ni...kejadian ni berlaku dalam van sekolah...zaim dan daniel ni satu van sebab dok satu taman (bandar)...Bandar Seri Alam..zaim dok jalan rimba...daniel dok jalan rimbun....apa yang diberitahu cikgu...zaim selalu cucuk-cucuk daniel kat leher dia...bila ditanya kenapa dia buat macam tu...zaim sengih jer...tapi takpa..dia mengaku...selain tu aku tanya gak pasal zaim dalam kelas...Alhamdulillah dia ok dalam kelas walaupun banyak bercakap dalam kelas...pot-pet...pot-pet...so kat sini aku dapat simpulkan yang anak aku ni dah tak macam dulu lagilah...dah banyak bercakap dengan orag lain....mungkin dia dah kenal orang tu kot....
so lepas tu aku jumpa ngan driver van...kak sal..tanya pasal kes zaim ni...Kak sal cakap memang zaim selalu nyakat si daniel ni...daniel ni dari segi perwatakannya nampak manja...KAk sal cakap zaim ni sebenarnya nak berkawan...cuma tak reti cam mana nak berkawan...sebab tu selalu tarik beg si daniel...usik2 daniel...aku pun dah jumpa si daniel ni...saja nak bercakap...tapii dia nangis lak...manja tul lah dia ni...
abis tu aku ambik zaim balik dan pergi ke rumah mak daniel kat rimbun tu ...mintak maaf vagi pihak zaim...mak dia paham...budaklah katakan....lepas tu aku saja belanja zaim makan kat Esso...makan ayam, aiskrim...beli air...saja nak ambil hati dia balik lepas aku dah marah sikit dia tadi...
pas tu balik dan tido...


P/S: perlu ada hubungan yang erat antara pihak sekolah, guru dan ibu bapa....

Saturday, February 19, 2011

Teks Pengacaraan Sambutan Maulidur Rasul 1432H Surau AlMukmini Jalan Rimba Bandar Seri Alam


TEKS PENGACARAAN
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H
SURAU AL-MUKIMININ (JALAN RIMBA)
BANDAR SERI ALAM


Ø      Kepada semua para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat di dalam dewan   kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara
@ Assalamualaikum w.b.t.
     Yang dihormati Ustaz Mohammad James,  Pengarah Maahad Tahfiz Ibnu Nahfiz, yang berusaha En Pajar bin Ranting , Pengerusi Surau Al-Mukminin (Jalan Rimba) Bandar Seri Alam, serta ahli jawatankuasanya,  dan para hadirin yang rahmati Allah sekalian.

@ Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta keizinanNya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

@ Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua para jemputan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini, semoga majlis yang diadakan pada hari ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.

@ Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis pada malam yang berbahagia ini akan dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang akan disampaikan oleh En Shahrin bin…………... Majlis mempersilakan.

@ Terima kasih diucapkan kepada Qari atas bacaan ayat suci al-Quran itu tadi. Bagi memberkati majlis, dengan ini pihak majlis menjemput dan mempersilakan En. Ismail Nasirrudin Shah untuk membacakan doa. Dipersilakan.

@ Amin ya rabbal a’lamin. Terima kasih diucapkan kepada En. Ismail Nasirudin Shah di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

@ Bagi meneruskan majlis, dengan ini dipersilakan ………………………………………………….untuk mempersembahkan marhaban dan selawat. Untuk itu, diminta para hadirin agar dapat berselawat bersama-sama. Dipersilakan.

@Terima kasih diucapakan kepada kumpulan pelajar Darjah Khas atas persembahan itu tadi. Tanpa melengahkan masa, marilah kita bersama-sama mendegar dan menghayati ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohamed James yang diundang khas dari Maahad Tahfiz Ibnu Nahfiz. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

@ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustaz Mohammad James di atas ceramah  yang telah disampaikan oleh beliau itu tadi. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar  dan panduan berguna daripada ceramah tersebut.

@ Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Mohammad James. Majlis mempersilakan
Hadirin dan hadirat sekalian,

Sempurnalah sudah  majlis sambutan Maulidur Rasul Surau al-Mukminin Jalan Rimba Seri Alam.

Majlis seterusnya menjemput Yang dihormati Ustaz Mohammad James diiringi Yang Berusaha, Encik Pajar, para jemputan serta hadirin sekalian untuk  ke majlis santapan...

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri Majlis ini.

Majlis ini diakhiri dengan serangkap pantun.

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan didalam peti
Majlis perasmian selesailah sudah
Jumpa lagi di lain kali


Thursday, February 3, 2011

UniKL-MITEC





Dah sebulan beroperasi UNIKL Pasir Gudang ni...baru ni terdetik hati nak bukak cerita pasal UNIKL ni...Sebenarnya dah lama UNIKL beroperasi...maksud aku yang beroperasi di kampus tetapnya di hutan Seri Alam...Maka dengan beroperasi nya di kampus tetap ni...aku rasa yang kampus sementara kat Jalan Suria tu dah tutup kot...nanti aku confirmkan...tapi memang cam dah sunyi jer setiap kali aku lalu...
sebahagian pemandangan UNIKL....masjid dan bangunan pentadbiran...dan jugak tasek buatan...serta bengkel2 dan hostel...

Tuesday, November 2, 2010

Panduan ke SK Seri Alam 2 (2)

bersambung....
jiika anda dari kawasan Pasir Gudang, Tmn Scientex, Nusa Damai, Kota Masai dan kawasan sekitarnya...
anda sudah tentu tahu Pekan Masai bukan?...kalau tak tahu Pekan Masai maknanya berat demo ni...
1. Dari Pekan Masai anda bergerak terus hingga berjumpa traffik light...ambil kanan...dan teruskan hingga berjumpa simpang 3...
2. Sampai simpang 3 ambil kanan lagi....sebenarnya ada signboad SK Seri Alam 2, tp mungkin terhalang dek pokok palma kat situ ataupun iklan ALONG...
3. Teruskan perjalanan hingga ke hujung jalan...Selamat Berjaya.. 

Monday, November 1, 2010

Panduan ke SK Seri Alam 2 (1)

Sebenarnya dah lama aku nak wat cite pasal panduan ke sekolah aku ni...bukannya apa aku sian tgk cikgu-cikgu baru...cikgu-cikgu lama tak terkecuali...nak cari sekolah aku tak jumpa...kalau cikgu dari kawasan luar tu aku tak lah heran sangat...tapi POSMEN pun kekadaang tak tahu tau...kekadang surat sekolah aku sampai kat sekolah menegah...surat sek menengah sampai kat sekolah aku...Penduduuk Seri Alam sendiri pun tak tahu pasal kedudukan SK Seri Alam 2 ni...ceruk sangat ker...
SK Seri Alam 2 ni terletak di JALAN SURIA 47, so kepada sesiapa dah memasuki BSA ni cubalah tanya di mana Jalan Suria ni...
Jika anda dari arah Johor Bahru atau Kota Tinggi
1. sila masuk ke Lebuhraya Pasir Gudang melalui persimpangan bertingkat berhampran Carrefour menuju ke arah Pasir Gudang
2. Dalam jarak lebih kurang 12 daripada susur Lebuhraya PG akan ada satu persimpangan bertingkat ke Bandar Seri Alam dan Bandar Baru Kota Puteri....ambil kiri ke BSA (landmark sebelum flyover adalah Petronas dan Shell di sebelah kanan anda)...Tahniah...anda sudah memasuki BSA...Bandar Ilmu
3. Anda akan berjumpa 2 trafik light sebelum ada simpang 3...masuk kanan (landmark: simpang selepas simpang Octville Club Golf...
4. Dari simpang kanan tadi terus sehingga jumpa lagi trafik light seterusnya...terus lagi...ada simpang ke kanan...masuk kanan...pastikan setelah masuk ke kanan terdapatnya TOKONG CINA di sebelah kiri anda... anda telah memasuki Jalan Tasek....
5. Terus sehingga anda berada di bawah JALAN KERETAPI...terus dan terus...di sebelah kanan anda ada Pangsapuri Sri Intan...
6. Ada selekoh L selepas Pangsapri Sri Intan....anda kini sudah berada di Jalan Suria 47...iaitu nama Jalan bagi SK Seri ALam 2 ini..
7. Apa yang perlu anda lakukan seterusnya....(Jangan menyimpang ke tempat lain lagi....terus sahaja...di penghujung jalan nanti anda akan nampak kawasan seperti gambar di bawah in


.
inilah SK Seri Alam 2...
8..kalau anda rasa panduan aku ni tak membantu tepon jer sekolah....07-3885577..(helo boleh saya bercakap dengan Pn Yati...)

Laluan lain aku akan nyatakan kemudian....bye...

Sunday, October 31, 2010

Sekolah-sekolah Bandar Seri Alam


SK Bandar Seri Alam...terletak di Jalan Rimbun



SK Seri Alam 2, terletak di Jalan Suria 47
SMK Seri Alam 2...apa nama jalan erk...terletak di jalan menuju ke Tmn Flora Height
SMK Bandar Seri Alam, terletak di Jalan Tasek 64
SJKC Nam Heng, terletak di Persiaran Seri Alam



Sek Agama Bandar Seri Alam, di Jalan Tasek 64, berseblahan dengan SMK Bandar Seri Alam
terletak di Jalan Gunung, belakang Balai Polis Seri Alam
Sekolah Jepun...di Persiaran Seri Alam

Wednesday, October 13, 2010

Kolej HELP

HELP, Seri Alam labur RM300j bina kampus

KUALA LUMPUR 12 Okt. - HELP International Corporation Bhd. (Kumpulan HELP) dan Seri Alam Properties Sdn. Bhd. (Seri Alam) bakal melabur RM300 juta bagi membangunkan empat fasa kampus Kumpulan HELP di Bandar Seri Alam, Iskandar Malaysia, Johor.
Fasa pertama yang melibatkan kawasan seluas 250,000 kaki persegi dijangka siap menjelang 2013 manakala keseluruhan projek dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2016.
"Kami akan membangunkan strukturnya dan Kumpulan HELP akan menyediakan kemudahan lain seperti kelas, makmal dan rekaan dalaman , " kata Ketua Pegawai Eksekutif UMLand Bhd., Pee Tong Lim.
Pee berkata demikian di dalam sidang akhbar selepas mewakili Seri Alam memeterai perjanjian persefahaman (MOU) di antara syarikat itu dan Kumpulan HELP di sini hari ini.
Seri Alam adalah anak syarikat milik penuh UMLand dan merupakan pemaju Bandar Seri Alam di Iskandar Malaysia.
Majlis disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Di bawah MoU berkenaan, Seri Alam akan membangunkan kampus tersebut dan memajaknya dalam tempoh 15 hingga 20 tahun.
Menurut Pee, penubuhan kampus keempat kumpulan HELP di Bandar Seri Alam bakal mengukuhkan lagi kedudukan bandar itu sebagai pusat pendidikan di Iskandar Malaysia.
Kampus tersebut akan dibina di atas tanah seluas satu juta kaki persegi bersebelahan dengan Taman Penyelidikan dan Pembangunan Perniagaan Inkubator (BIRD).
Ia juga akan berjiran dengan beberapa institusi pendidikan ternama seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Masterskills University College of Health Sciences.
Dalam pada itu, Presiden Kumpulan HELP, Datuk Dr. Paul Chan berkata, penubuhan kampus baru itu akan meningkatkan lagi peluang pekerjaan, perkhidmatan sokongan, permintaan kepada kediaman dan gaya hidup baru di rantau ini.
Kampus baru itu akan menawarkan kursus di dalam bidang pelancongan dan hospitaliti, masakan, keusahawanan, kejuruteraan, multimedia dan animasi.

sumber: Utusan Malaysia

Wednesday, September 22, 2010