Pages

Peta Bandar Seri Alam

Monday, September 7, 2015

Prosedur Baharu Pengurusan Pusat Peperiksaan UPSR 2015

Beberapa prosedur baharu ditetapkan dalam mengendalikan pusat peperiksaan pada tahun ini, sedikit sebanyak menambah beban kerja aku sebagai Setiausaha Peperiksaan UPSR...Alhamdulillah tadi semuanya setel dalam kul 5.30 petang...

Lihat je lah gambar kat bawah ni...

Larangan menggunakan handphone di pusat peperiksaan
Tandas khas untuk calon UPSR...biasanya memenag kita ada tandas khas untuk calon...tapi sekarang kena siap tulis macam tu..KHAS UNTUK CALON UPSR
Tanda arah menunjukkan di mana pusat peperiksaan...padahal semua pengawas dah tahu mana pusat pepriksaan...katanya tuk pelawat lain yang datang

Almari besi berkunci  bagi menyimpan segala dokumen berkaitan peperiksaan...pada tahun ini aku siapkan yang berpalang sebab ada satu laporan telah dihantar bagi mengenal pasti sama ada almari berpalang atau tidak...RM60 gak buat palang ni...belum claim lagi...



Dan ada beberapa prosedur lain yang perlu dipatuhi...Antaranya perlu ada guru pengiring bagi setiap kertas peperiksaan yang akan menjadi saksi bahawa kertas soalan masih belum dibuka dan perlu menjadi saksi...kena isi borang pink akta rahsia rasmi lagi





Friday, March 27, 2015

Cerita 25 Mac 2015

Alhamdulillah....cerita pertama di tahun 2015... cerita pertama tahun ini dimulakan dengan cerita 25 Mac....
Alhamdulillah...isteriku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dan comel seberat 3.33kg pada pukul 3.35 pagi. Perjalanan dalam menempuh saat saat manis ini pun nampaknya begitu smooth dan dipermudahkan...
Pada malam 24 Mac, wife telepon aku lebih kurang pukul 9 mengatakan yang dah dia dah keluar tanda nak bersalin...Semasa tu aku tengah mengajar di kelas tusyen...wife pesan supaya tak tergesa gesa kerana belum sakit lagi...Jadi aku menghabiskan tusyen aku pada malam tu...
Wife dah bersiap sedia dengan kain batiknya, manakala Zaim tengah tidur di tilam...Sempat lagi aku melepaskan hajat dan sembahyang isyak...sebelum ke hospital zaim dihantar ke rumah ayah din...
Aku memandu kereta dengan keadaan santai tanpa tergesa gesa....sampai di hospital Sultan Ismail lebih kurang pukul 11 malam...aku drop wife di ER...kemudian pergi park kereta...setelah park kereta pergi ke ER dimaklumkan wife dah ke bilik saringan...naik ke bilik saringan dimaklumkan pula wife sudah berada di labour room...hati dah agak berdebar...
Menunggu di luar bilik saringan lagi menyebabkan aku tak duduk diam...nurse panggil nama untuk mendapatkan persetujuan masuk ke labor room dalam kul 1 pagi...bukaan servik katanya baru 4 cm dan perlu menungggu 10 cm di mana anggaran bukaan sebanyak 1cm setiap satu jam...
aku rasa cam lapar dan terpaksa keluar labor room mencari makanan di luar hospital...cari mamak sayed dengan makan mee goreng mamak...balik hospital dalam kul 2.30 pagi...tengok wife mcm mula menunjukkan sakit yang amat setiap 2-3 minit...Sepanjang berada dalam labor room cuma ada aku, wife dan nurse sahaja...Dalam kul 3.20 aku disuruh tunggu diluar labor room, tertanya gak kenapa...lebih kurang 5 minit disuruh masuk katanya dah nak deliver...macam tak percaya...
so aku membantu nurse apa yang disuruh...Akhirnya anak lelakiku berjaya dilahirkan sekitar 3.35 pagi...

Wednesday, December 24, 2014

Memanah di sekolah

Beberapa hari telah ku riki mencari tempat memanah yang sesuai kat sekolah, semalam baru aku dapat...akhirnya aku memutuskan untuk meneruskan latihan memanah zaim di kawasan belakang sekolah bersebelahan blok baru...tempat yang sangat strategik dengan teduh dan ada bukit yang telah sedia ada...
perancangan seterusnya nak buat target stand.
amacam...cantik tak lokasi...

Saturday, November 29, 2014

Quiver (tempat letak arrow)...DIY

Semalam, oleh kerana Zaim kecoh suruh cari quiver ni, puaslah aku plan untuk cari benda ni...cari di beberapa kedai tak jumpa...idea asal nak buat quiver sendiri tercetus...sebelum ni dah ada layari intwrnet cara nak buat quiver sendiri...tapi banyak yang gunakan paip pvc...
akhirnya aku dapat idea lepas tengok seorang anak muda hanya guna tabung bulu tangkis jer buat quiver ni...quiver dia lagi sempou...just buat lubang kat tabung untuk letak hook supaya boleh disangkut kat seluar...
Ini hasil quiver yang aku buat bersama isteri demi puaskan hati zaim...ternyata dia puas hati...

aku hanya gunakan tabung bulu tangkis, gam, kain baju yang dah tak pakai....aku guna warna coklat biar nampak macam tradisioanal gitu..done...bolehlah sementara beli yang cantik betul...