Showing posts with label Karangan SPM. Show all posts
Showing posts with label Karangan SPM. Show all posts

Tuesday, 17 April 2012

Praktis 1 – Klinik 1Malaysia

Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan Klinik 1Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan. Huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan


                                                      Klinik 1Malaysia









Strategi:
T- Klinik 1Malaysia
K-Kebaikan
F-Umum
Isi:
1.Rakyat mendapat kemudahan kesihatan percuma selain hospital.
2.Kerajaan dapat meningkatkan tahap kesihatan rakyat.
3.Rakyat berpendapatan rendah berpeluang mendapatkan perubatan di kawasan tempat tinggal mereka.
4.Kerajaan dapat mengelakkan rakyat daripada beban kewangan jika mendapatkan rawatan di klinik swasta.

Monday, 2 April 2012

Karangan Syarahan - Contoh penyediaan bahan ULBS dan Pertandingan Pidato

Soalan:
Anda menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling sekolah anda. Tajuk syarahan yang telah ditetapkan ialah “Langkah-langkah untuk Membasmi Dadah di Negara Kita". Sediakan teks syarahan tersebut dengan lengkap.

Jawapan:
Strategi:
T=Pembasmian dadah di negara kita
K=Langkah
F=Umum
Isi:
1. menghapuskan tabiat merokok dalam kalangan remaja
2. mengawal sempadan negara supaya dapat menyekat penyeludupan dadah ke negara kita
3. pihak mahkamah harus mempercepat perbicaraan kes-kes yang berkaitan dengan dadah.
4. undang-undang harus diperketat dan dikuatkuasakan

(AF) Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, Yang Berusaha Pengetua Sekolah Menengah Taman Seraya, Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru dan pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian. (AF) Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah "Langkah-langkah untuk Membasmi Dadah di Negara ini".

Para hadirin yang saya hormati sekalian,
            (AF) Sebelum saya memulakan syarahan pada pagi ini, izinkan saya untuk menerangkan maksud dadah. (AR) Dadah ialah bahan yang membawa keburukan kepada kita apabila disalahgunakan. (AR) Bahan ini bukan sahaja didapati daripada tumbuhan tetapi juga melalui bahan-bahan kimia. (AR) Antara jenis dadah yang sangat terkenal ialah morfin, ganja, heroin, marijuana, dan banyak lagi. (AR) Yang terbaharu ialah pil ekstasi dan syabu. (AR) Inilah contoh-contoh dadah yang dianggap berbahaya dan merupakan musuh nombor satu negara. Jadi, (AA) apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk membasmi gejala penagihan dan pengedaran dadah di negara kita ini?

Tuan-tuan dan puan-puan,
            (AJ) Satu daripada langkah yang dapat diambil  untuk membasmi dadah ialah menghapuskan tabiat merokok dalam kalangan remaja. (AH) Usaha ini perlu dilakukan kerana gejala penagihan dadah bermula daripada aktiviti merokok. (AC) Sebagai contohnya, pihak kerajaan perlu mengharamkan penjualan rokok kepada remaja. (AH) Melalui cara ini, remaja akan menghadapi kesukaran untuk membeli rokok. (AH) Selain itu, remaja yang ketagihan amalan ini haruslah dihantar ke klinik untuk membuang tabiat tersebut. (AH) Pihak klinik pula hendaklah memberikan bimbingan kaunseling dan rawatan untuk membantu remaja menghilangkan tabiat merokok. (AP) Tegasnya, tabiat merokok perlu dihindari oleh remaja untuk mengelakkan diri daripada menjadi perokok.

            Selain itu, (AJ) pihak berkuasa perlu meningkatkan usaha mereka untuk mengawal sempadan negara supaya dapat menyekat penyeludupan dadah ke negara kita. (AH) Hal ini dikatakan demikian kerana pihak penyeludup menggunakan pelbagai cara untuk menyeludup dadah ke negara kita. (AH) Mereka menggunakan laluan yang kurang kawalan atau sukar dikesan oleh pihak berkuasa. (AC) Sebagai contohnya, pemeriksaan yang ketat perlu dilakukan dengan menggunakan pelbagai kecanggihan teknologi yang dapat mengesan dadah. (AP) Jika pihak berkuasa dapat menyekat penyeludupan dadah ke dalam negara kita, bekalan  dadah dapat dikurangkan.

            Seterusnya, (AJ) pihak mahkamah harus mempercepat perbicaraan kes-kes yang berkaitan dengan dadah. (AH) Dalam hal ini, pihak polis harus mengumpulkan bukti yang kukuh supaya penagih dadah atau pengedar dadah tidak terlepas daripada  hukuman yang sepatutnya. (AC) Sebagai contohnya, kes-kes pengedaran dadah hendaklah diberi keutamaan kerana hukuman yang dikenakan, iaitu hukuman gantung sampai mati akan menakutkan pihak yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan tersebut.  (AH) Pihak mahkamah memainkan peranan penting untuk mempercepat kes-kes yang berprofil tinggi supaya pihak yang terlibat kes ini dapat dijatuhi hukuman dengan segera. (AP) Melalui tindakan ini, semua pihak akan mengetahui bahawa pihak kerajaan memandang serius akan kes ini dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak tang terlibat dengan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah.

Hadirin sekalian,
            Akhir sekali, (AJ) undang-undang harus diperketat dan dikuatkuasakan supaya masyarakat mengetahui akibat menjadi seorang penagih atau pengedar dadah. (AH) Mereka yang bersalah   mestilah dihadapkan ke muka pengadilan. Dalam hal ini, pihak berkuasa hendaklah bertindak tegas tanpa memilih bulu atau kedudukan mereka. (AC) Sebagai contohnya, sesiapa yang terlibat dalam kes pengedaran atau penagihan dadah hendaklah dikenakan hukuman yang berat seperti hukuman penjara atau sebat kepada penagih dadah yang berulang dan hukuman mati mandatori kepada pihak yang mengedarkan dadah. (AH)  Selain itu, mereka yang ditangkap kerana terlibat dengan dadah tidak boleh dijamin. (AP) Tegasnya, penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan berat akan dapat menakutkan sesiapa sahaja untuk terlibat dengan dadah kerana sekali kena dua kali jalan tahu..

(AF) Sebelum saya mengundur diri, ingin saya tegaskan bahawa (A Cdgn)  kerajaan atau pihak yang berkenaan harus memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap dadah. Dalam hal ini, (A Cdgn)  semua pihak perlu memainkan peranan untuk membasmi dadah di negara ini. (AF) Oleh sebab  masa yang tidak mengizinkan, saya akhiri syarahan saya dengan serangkap pantun.

Mencari nafkah berhijrah ke kota
Bertemu rakan tak kira masa
Jauhi dadah tanggungjawab kita
Hidup bahagia negara sentosa

(AF) Sekian, terima kasih.

Analisis Unsur yang Menarik dalam Karangan
Kata yang menarik
Makna
1. berkompromi
2. mandatori
1. bertolak ansur
2. mesti atau wajib dilaksanakan
Peribahasa

  1. simpulan bahasa
1. memilih bulu
2.

Pilih kasih
  1. bidalan
1. sekali kena dua kali jalan tahu.


1. berasa serik setelah didenda


Sunday, 4 March 2012

Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan (Ujian Bulan Mac 2012)



·         Karangan berpandu hendaklah ditulis antara 200 hingga 250 patah perkataan.
·         Calon mestilah menulis karangan berpandu ini dalam tempoh 45 minit.
·         Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah.
·         Karangan yang ditulis hendaklah seperti karangan biasa yang terdiri daripada bahagian pengenalan, isi dan penutup.
·         Pelajar digalakkan memasukkan unsur-unsur keindahan bahasa seperti peribahasa, ungkapan, cogan kata, dan sebagainya dalam karangan jenis ini.


Strategi Penulisan Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
Untuk menulis karangan jenis ini, sila ikuti langkah-langkah yang berikut:
Langkah 1
Langkah yang pertama ialah murid mestilah menggunakan `Strategi TKF’ untuk mengetahui kehendak soalan. TKF ialah  Tema (T), Kata Kunci soalan (K) dan Format (F). Lihat soalan karangan contoh di bawah ini:

Soalan:
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
             Semangat Kejiranan
Masukkan gambar aktiviti gotong-royong di sebuah taman


Masukkan gambar penduduk sedang bermesyuarat di balai raya
Caption: mengadakan aktiviti gotong-royong
Caption: menubuhkan persatuan atau pakatan penduduk
Masukkan gambar beberapa lelaki Melayu, Cina dan India yang sedang membuat rondaan pada waktu malam sambil memegang lampu suluh, batang kayu.



Masukkan gambar pasangan suami isteri yang pergi melawat ke rumah jiran
Caption: menubuhkan persatuan atau pertubuhan rukun tetangga.
Caption: mengambil berat tentang hal jiran tetangga

Ulasan:
Sebelum menjawab soalan karangan ini, murid mestilah menentukan tema karangan tersebut. Karangan ini bertemakan semangat kejiranan (T= Semangat Kejiranan). Kata kunci soalan karangan ini ialah usaha, iaitu usaha-usaha untuk meningkatkan semangat kejiranan (K= usaha), manakala format karangan ini ialah berformat umum, iaitu karangan jenis pendapat yang memerlukan perenggan pengenalan, perenggan isi dan penutup. (F= Pendapat/umum). Ringkasnya:

Tema
Semangat kejiranan
Kata Kunci
Usaha
Format
Pendapat /Umum

Selepas aspek ini ditentukan, murid dikehendaki  mencari isi karangan seperti  yang di bawah ini:
Isi:
1. mengadakan aktiviti gotong-royong
2. menubuhkan persatuan atau pakatan penduduk
3. menubuhkan persatuan atau pertubuhan rukun tetangga.
4. mengambil berat tentang hal jiran tetangga

Langkah 2 – Menulis Perenggan Pengenalan

Pada peringkat ini, murid perlu mengetahui jenis ayat yang terdapat dalam pengenalan. Secara umumnya, dalam perenggan pengenalan karangan, murid-murid hendaklah menulis dua jenis ayat, iaitu Ayat Rangsangan (AR) dan Ayat Arahan (AA).

Ayat rangsangan(AR) ialah ayat yang berkaitan dengan tema, manakala ayat arahan (AA) ialah ayat yang menjawab soalan atau ayat yang mempunyai kata kunci karangan.

Jawapan Pengenalan:
(AR1) Semangat kejiranan dalam kalangan penduduk telah wujud sejak dahulu lagi. (AR2) Namun, semangat kejiranan pada era globalisasi ini ibarat kubur tanpa nesan. (AR3) Dalam erti kata yang lebih mudah, semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat pada hari ini semakin luntur. (AA) Oleh itu, pelbagai langkah yang proaktif, iaitu cegah sebelum parah perlu diambil bagi meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan mereka.
Langkah 3 – Membina Perenggan Isi

Secara keseluruhan, perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi empat ayat dalam setiap perenggan, iaitu Ayat Judul (AJ), Ayat Huraian (AH), Ayat Contoh (AC), dan Ayat Penegas (AP).

            Ayat Judul  (AJ) ialah ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab pokok persoalan karangan. Ayat judul ini boleh diletakkan pada bahagian awal, di tengah atau di hujung sesuatu perenggan.
            Ayat Huraian (AH) pula ialah huraian lanjut tentang isi utama yang dikemukakan yang bertujuan untuk memberikan penjelasan tentang perkara yang diperkatakan atau menyokong isi-isi utama.
            Ayat Contoh  (AC) pula ialah ayat-ayat yang mengandungi bukti atau contoh yang berkaitan dengan isi yang diperkatakan yang bertujuan untuk memperkuat hujah.
            Ayat Penegas (AP) ialah ayat yang memberikan penegasan terhadap isi dan huraian yang dikemukakan. Ayat ini biasanya mempunyai penanda wacana seperti tegasnya, oleh itu, sehubungan dengan itu, pendek kata, dan sebagainya.

Contoh Perenggan Isi 1:
(AJ) Satu daripada langkah yang perlu diambil ialah masyarakat setempat perlu mengadakan aktiviti gotong-royong. (AH1) Melalui  aktiviti ini, mereka akan berbual mesra dan berkenalan antara satu sama lain. (AH2) Mereka akan dapat meningkatkan hubungan yang mesra melalui aktiviti gorong-royong kerana tak kenal maka tak cinta. (AC) Sebagai contohnya, aktiviti seperti ini hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali dalam masa setahun. (AP) Pendek kata, aktiviti yang dianjurkan ini sudah pasti akan dapat menyambungkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.
Contoh Perenggan Isi 2:
Selain itu, (AJ) penduduk di sesuatu tempat hendaklah menubuhkan persatuan atau pakatan penduduk. (AH1) Melalui persatuan, pelbagai program dapat dijalankan. (AH2) Dalam perbincangan atau mesyuarat yang diadakan, pelbagai masalah dapat dibincangkan dan diselesaikan kerana bersekutu bertambah mutu. (AC) Sebagai contohnya, pelbagai pendapat, komen atau cadangan dapat diutarakan dan dibincangkan seterusnya dilaksanakan melalui persatuan. (AP) Tegasnya, usaha seperti ini dapat meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat kerana muafakat membawa berkat.
Contoh Perenggan Isi 3:
Di samping itu, (AJ) penduduk setempat juga perlu menubuhkan persatuan atau pertubuhan rukun tetangga. (AH) Satu daripada fungsi persatuan ini ialah ahli-ahlinya dapat menyumbangkan tenaga secara giliran untuk mengawasi keselamatan kawasan kediaman. (AC) Sebagai contohnya, setiap taman haruslah mempunyai satu persatuan rukun tetangga. (AP) Melalui cara ini, penduduk akan mempunyai perasaan sepunya bahawa keselamatan kawasan perumahan merupakan tanggungjawab bersama.
Contoh Perenggan Isi 4:
Bukan itu sahaja, (AJ) sikap ambil berat tentang hal jiran tetangga juga perlu ada di dalam hati setiap penduduk. (AH) Sikap ini penting supaya mereka tidak bersikap individualistik seperti enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. (AC) Sebagai contohnya, setiap penduduk perlu mengamalkan sikap suka bertanya khabar dan saling menolong dalam kalangan penduduk. (AH) Dalam hal ini, mereka hendaklah menolak konsep menjaga tepi kain orang sebagai prinsip yang negatif. (AP) Melalui cara ini, semangat kejiranan dalam diri setiap penduduk akan dapat dijelmakan.

Langkah 4 – Membina Perenggan Kesimpulan

Ayat dalam perenggan kesimpulan pula terdiri daripada ayat-ayat seperti yang berikut:

Ayat Kesimpulan (A Ksmpln)
Ayat Pendapat ( A Pdpt )
Ayat Cadangan ( A Cdgn )
Ayat Komen ( A Kmn )
Ayat Penilaian ( A Pnln )
Ayat Harapan ( A Hrpn )
Ayat Penutup ( A Penutup )

Contoh Perenggan Kesimpulan:

Sebagai kesimpulannya, (A Ksmpln) semua penduduk setempat perlulah bekerjasama ibarat ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni untuk memupuk semnagta kejiranan.  ( A Cdgn) Oleh sebab keselamatan penduduk setempat sering menjadi isu yang diperkatakan dalam akhbar, semua penduduk mestilah mempunyai iltizam untuk memperkukuh semangat kejiranan dalam diri. ( A Pnln) Konsep ini akan tercapai jika semua pihak memahami peribahasa `cubit paha kanan paha kiri terasa juga’.


Secara keseluruhannya, perenggan karangan berdasarkan bahan rangsangan ini adalah seperti yang berikut:


Pengenalan:

Perenggan Isi:

Perenggan Kesimpulan

-1 Perenggan
-Empat  ayat

-3 atau 4 Perenggan
-Empat ayat
-1 Perenggan
-Empat  ayat
3 AR, 1AA
Perenggan Pertama:
AJ, AH, AC, AP
Perenggan Kedua:
AJ, AH, AC,AP
Perenggan Ketiga:
AJ, AH, AC,AP
Perenggan Keempat:
AJ, AH, AC,AP

A Ksmpln,
A Cdgn
A Pndpt
A Pnln
A Hrpn



Sunday, 8 January 2012

Pelajaran Karangan: Kelas 4 Kreatif dan 4 Sayang pada 9 Januari 2012

1. Strategi menguasai kehendak soalan: Gunakan - T, K, F

2. Cara menulis perenggan pengenalan yang mempunyai 3AR dan 1AA:

Sebagai ulang kaji: Sila baca yang di bawah ini: JIka anda proaktif, sila cetak dan tanpal dalam buku latihan:

Panduan Umum Penulisan Karangan

Untuk memastikan pelajar dapat mentakrif soalan dengan tepat, pelajar mestilah mempunyai strategi tertentu. Strategi yang dicadangkan ialah T, K, F. Maksudnya ialah calon dikehendaki meneliti soalan karangan daripada tiga perkara, iaitu Tema (T), Kata kunci soalan (K) dan Format (F). Lihat soalan karangan contoh di bawah ini:

Soalan Contoh:
Anda ingin menulis rencana tentang faktor-faktor yang menarik kehadiran pelancong ke negara kita untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tulis rencana tersebut selengkapnya.
Ulasan:
Sebelum menjawab soalan karangan ini, pelajar mestilah menentukan tema karangan tersebut. Karangan ini bertemakan peperangan (T= Pelancongan). Kata kunci soalan karangan ini ialah faktor (K= Faktor), manakala format karangan ini ialah berformat umum, iaitu karangan jenis pendapat yang memerlukan perenggan pengenalan, perenggan isi dan penutup. (F= Rencana). Ringkasnya:

Tema
Pelancongan
Kata Kunci
Faktor
Format
Rencana

Selepas aspek ini ditentukan, barulah calon menulis rangka karangan tersebut seperti yang di bawah ini:
Isi:
1. memiliki pantai yang bersih dan cantik.
2. banyak mempunyai tempat yang menarik
3. mempunyai  makanan tradisi yang enak dan lazat
4. negara kita yang aman dan damai

Perenggan Pengenalan
Perenggan pengenalan hendaklah mempunyai dua jenis ayat, iaitu ayat rangsangan (AR) dan Ayat Arahan (AA). Ayat rangsangan(AR) ialah ayat yang berkaitan dengan tema, manakala ayat arahan (AA) ialah ayat yang menjawab soalan atau kata kunci karangan. Contoh:

(AR) Akhir akhir-akhir ini, negara kita menjadi tumpuan pelancong dari seantero dunia. (AR) Hal  ini menyebabkan sektor pelancongan memberikan sumbangan yang besar kepada pendapatan negara. (AR) Selain itu, industri pelancongan telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. (AA) Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan  pelancong menjadikan negara kita sebagai destinasi mereka.