Showing posts with label tunjang fizikal dan estetika. Show all posts
Showing posts with label tunjang fizikal dan estetika. Show all posts

Aktiviti Di Prasekolah 2016 | Itik 3D



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu. 21 September 2016


Ini adalah entri yang dah berkurun lama. Tak dapat nak up di blog sebab masalah celcom hari tu. Masa tu idea memang mencurah-curah tapi internet pulak buat hal. Ini merupakan aktiviti di kelas Prasekolah Cikgu Faiz. Pada hari tersebut murid-murid membuat aktiviti fizikal dan estetika. Jom kita tengok murid-murid ini membuat itik 3D.



Mula-mula sekali, murid dikehendaki mewarnakan gambar itik tu cantik-cantik. Boleh ikut warna yang telah dinyatakan pada lembaran kerja. Kalau nak senang, buat satu contoh gambar itik yang telah siap diwarnakan.





Bila dah siap warna, murid boleh menggunting gambar itik mengikut garisan luar gambar. Untuk mengelakkan daripada salah faham, Cikgu Faiz akan tunjuk cara bagaimana nak menggunting gambar itik tersebut. Biasa la murid-murid Prasekolah ni kan. Kadang tu ada yang tersilap gunting.





Bila kita dah tunjukkan cara bagaimana nak gunting gambar itik tu barulah mudah untuk murid menjalankan aktiviti.





Bila dah siap gunting, Cikgu Faiz akan bantu mencantumkan bahagian itik supaya ianya menjadi seperti gambar di atas. Nampak macam itik sedang berenang di kolam.





Senang je kan. Bukan boleh buat di sekolah aje malah di rumah pon sesuai sangat untuk mengisi masa lapang anak-anak. Di sini Cikgu Faiz kongsikan juga lembaran kerja itik comel ni. Rasanya tahun lepas pon Cikgu Faiz ada buat jugak entri pasal itik ni. Budak-budak memang suka sangat kalau buat aktiviti macam ni. Selamat mencuba !


p/s : sumber gambar lembaran kerja dari google.


Yang menaip,

Aktiviti Di Prasekolah | Aquarium Ikan Saya



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 02 April 2016


Ini merupakan aktiviti 2 minggu yang lalu. Dah lama nak update tapi line internet tidak mengizinkan. Aktiviti ini boleh digunakan untuk mata pelajaran matematik dan kreativiti estetika. Aktiviti ini boleh digunakan untuk tema haiwan di air. Selain itu, aktiviti ini bertujuan untuk melatih perkembangan motor halus kanak-kanak.



Mula-mula murid perlu mewarnakan gambar serta melorek nombor 1-5.




Bila dah siap warna baru boleh gunting gambar ikan dan murid akan menampal mengikut kreativiti masing-masing.



Nombor 1-5 tu Cikgu Faiz minta murid tulis guna warna hitam sebab baru nampak terang dan jelas nombor tu.



Semasa menjalankan aktiviti ini, guru perlu menerapkan unsur-unsur keselamatan supaya murid tidak mengacu-acukan gunting kepada rakan dan tidak menggunting benda lain selain kertas yang diberi itu.



Murid-murid Cikgu Faiz ni memang suka kalau buat aktiviti macam ni. Bila buat tu masing-masing tekun dan tidak terlalu bising.



Dan inilah hasilnya... Semua dah ada aquarium ikan masing-masing. Yang penting, semua pon seronok.



Di sini Cikgu Faiz sertakan lembaran kerja ni korang boleh la download dan buat di rumah bersama anak-anak. Cikgu Faiz dapat pon dekat google je. Hihi. Sekian.



Yang menaip,

Topeng Buah Manggis



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 22 Mei 2015


Kali ini Cikgu Faiz nak kongsikan gambar-gambar anak murid yang begitu seronok sekali sebab dapat bawak balik topeng buah manggis. Huhu. Ini dua minggu lepas punya aktiviti. Heh, biasa la Cikgu Faiz memang suka up cerita yang dah basi ni. Huhu. Pada hari Jumaat kalau tak silap, pagi tu Cikgu Faiz dah jalankan aktiviti membuat topeng manggis ni.



Bukan main bersemangat lagi budak-budak ni melukis, mewarna dan menggunting gambar manggis tu. Huhuhu. Cikgu Faiz siap cakap lagi, siapa warna tak pekat dan tak rata cikgu tak nak tampal topeng dia dekat papan kenyataan. Huhuhu. Biasa la kadang-kadang budak ni nak cepat siap je. Bila dengar je cikgu dia cakap macam tu mula la masing-masing mewarna dengan tekun dan berhati-hati.




Ini merupakan topeng yang pertama murid-murid ni. Itu yang teruja sangat tu. Cikgu Faiz cuma tolong gunting bahagian mata dan menampal lidi di bahagian belakang topeng. Bab melukis, mewarna dan menggunting semua murid-murid yang buat. Cikgu Faiz mintak diorang lukis hidung, mulut dan kening. Bila semua dah siapkan topeng masing-masing, Cikgu Faiz suruh simpan dalam laci. Setiap murid akan diberikan laci masing-masing iaitu tempat untuk menyimpan buku dan hasil kerja mereka.


Seterusnya aktiviti pembelajaran diteruskan lagi. Heheh. Kali ni Cikgu Faiz siap cakap, siapa yang tulisan tak cantik dia tak boleh bawak balik topeng. Huhuhu. Biasa lah cikgu ni kena psiko sikit. Bila dengar je cikgu cakap macam tu masing-masing akan menulis dengan kemas dan berhati-hati. Huhuhu. Pendek kata, semua kerja pon kena kemas sebab nanti tak dapat bawak balik topeng buah manggis. Hahaha.




Tiba aktiviti yang terakhir sebelum kelas tamat. Siapa yang dah siap kerja boleh beratur dan boleh bawak balik topeng masing-masing. Yang belum siapkan kerja tu apa lagi, cepat-cepat la diorang siapkan. Hahaha. Psiko lagi cikgu. Aiii, dah macam-macam rupa topeng manggis dah. Mana satu nak pilih untuk ditampal di papan kenyataan ye? Akhirnya Cikgu Faiz memilih satu topeng murid yang memakai baju pink tu. Huhu. Itu je yang nampak menyerlah. Yang lain-lain tu masih boleh diperbaiki lagi. Semua pon cantik. Sekian.


Yang menaip,

Kolaj Aiskrim



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Hari ni sembilan orang murid je yang datang. Huhu. Yang lain tu balik kampung kot. Sebenarnya hari ni Cikgu Faiz nak share tentang aktiviti pada beberapa hari yang lalu. Aktiviti ini merupakan tema makanan. Murid-murid dikehendaki membuat kolaj aiskrim bersama kumpulan masing-masing.



Menampal kertas warna pada aiskrim masing-masing...




Ada tiga warna yang digunakan iaitu kuning, hijau dan ungu...




Koyak dan tampal je.




Bila dah siap tampal, baru boleh gunting aiskrim tu kemudian ditampal pada kertas lain untuk membentuk aiskrim yang yummy... Sebelum tu jangan lupa warnakan kon aiskrim tu ^ ^




Hasilnya....



Dekat atas ni contoh lembaran kerja yang Cikgu Faiz guna bagi aktiviti ini. Kalau berminat boleh klik pada gambar dan save ^ ^




Salam sayang,

Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak | Rajin Adik Rajin



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Cikgu Faiz kembali lagi dengan aktiviti bersama kanak-kanak. Hehe. Untuk hari ini Cikgu Faiz nak share aktiviti nyanyian lagi ye. Semua dah sedia??? Jom kita mulakan !


google.com

Aras : Sederhana

Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Menyanyi lagu dengan irama dan intonasi yang betul sambil membuat pergerakan.
  2. Bercerita tentang ahli keluarga masing-masing.
  3. Mengamalkan rasa kasih sayang, hormat menghormati dan tanggungjawab terhadap keluarga.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas. Ia sesuai untuk kanak-kanak memupuk rasa kasih sayang dan tanggungjawab terhadap ahli keluarga yang lain.

Bahan / alatan : Video atau slide tentang keluarga.

Persediaaan guru : Membuat slide atau video tentang sebuah keluarga. Menyediakan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Senikata lagu
Rajin Adik Rajin

Rajin adik rajin,
Rajinlah belajar,
Bila besar nanti boleh tunjuk ajar,
Ayah juga ibu gembira selalu,
Melihat adikku rajin baca buku.


Prosedur :
  1. Guru menayangkan video atau CD tentang sebuah keluarga.
  2. Guru menasihatkan kanak-kanak agar sentiasa menyayangi ahli keluarga masing-masing.
  3. Guru meminta seorang kanak-kanak bercerita tentang ahli keluarga masing-masing.
  4. Guru memberi peluang kanak-kanak bercerita.
  5. Guru menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan atau bermain kerincing.
  6. Kanak-kanak mendengar nyanyian guru. 
  7. Guru menyebut senikata lagu diikuti oleh kanak-kanak.
  8. Guru meminta kanak-kanak bertepuk tangan atau bermain kerincing mengikut rentak lagu.
  9. Guru dan kanak-kanak menyanyi bersama sambil bertepuk tangan dan bermain kerincing.

Cadangan : Guru boleh meminta kanak-kanak bercerita tentang adab dan cara menghormati ahli keluarga yag lain.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Menyediakan lembaran kerja yang mempunyai gambar perkara yang baik dan tidak baik dilakukan sewaktu menjaga adik kecil di rumah. Minta kanak-kanak memilih dan memadankan gambar yang sesuai dan tidak sesuai.


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil, Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak (2011), Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Salam sayang,

Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak | Tepuk Amai Amai



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Huargghhh.. !! Mengantuknya. Semalam Cikgu Faiz menyepi sebentar kerana pergi ke rumah makcik di Hulu Langat. Bermalam di sana semalam. Sekali sekala balik kampung memang best sebab suasananya sejuk je terutama pada waktu pagi. Tapi bila waktu tengahari memang panas. 


Baiklah, tanpa melengahkan masa sementara mata ni masih mampu bertahan, Cikgu Faiz nak berkongsi satu lagi aktiviti bagi tunjang Fizikal dan Estetika. Sebelum belajar, tarik nafas dulu ye ^ ^ Bagi sesiapa yang terlepas untuk belajar lagu Sayang Ibu Ayah boleh KLIK SINI.


Sumber gambar : GOOGLE



Aras : Sederhana

Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Menceritakan tentang diri sendiri dan tentang ahli keluarga masing-masing.
  2. Menyanyi lagu dengan irama dan intonasi yang betul.

Penerangan aktiviti : Pemupukan nilai kasih sayang dan tanggungjawab terhadap ahli keluarga yang lain.

Bahan / alatan : Kad gambar bayi dan gambar sebuah keluarga.

Persediaan guru : Membuat kad gambar sebuah keluarga dan menyediakan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Senikata lagu :
Tepuk Amai Amai
Tepuk amai amai,
Belalang kupu-kupu,
Tepuk adik pandai,
Emak upah susu.
Susu lemak manis,
Santan kelapa muda,
Adik jangan nangis,
Emak nak buat kerja.


Prosedur :
  1. Guru meminta kanak-kanak duduk dalam bulatan.
  2. Guru meminta seorang kanak-kanak bercerita tentang ahli keluarga masing-masing.
  3. Guru menunjukkan kad gambar bayi dan bercerita tentang bayi tersebut.
  4. Guru meminta kanak-kanak yang mempunyai adik kecil bercerita tentang adik mereka.
  5. Guru menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan atau bermain kerincing. Kanak-kanak mendengar nyanyian guru.
  6. Guru menyebut seni kata lagu diikuti oleh kanak-kanak.
  7. Guru meminta kanak-kanak bertepuk tangan atau bermain kerincing mengikut rentak lagu.
  8. Guru dan kanak-kanak menyanyi bersama sambil bertepuk tangan dan bermain kerincing.
  9. Guru menasihatkan kanak-kanak agar sentiasa menyayangi dan menghormati ahli keluarga masing-masing.

Cadangan : Guru boleh meminta kanak-kanak melakonkan watak sebagai abang dan kakak yang bertanggungjawab menjaga adik kecil.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak melukis dan bercerita tentang ahli keluarga.


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil, Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak (2011), Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Salam sayang,

Muzik dan Lagu Kanak-Kanak | Sayang Ibu Ayah



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Alhamdulillah, sekarang ni suhu badan Faqih dah mulai turun. Panas sudah berkurangan. Harap-harap esok Faqih kembali sihat seperti biasa. Lamanya Cikgu Faiz tak update aktiviti prasekolah di blog ini. Jika dilihat pada senarai carian, pengunjung kerap mencari bahan ilmiah berbanding cerita-cerita lain di blog ni. Syukur. Baiklah untuk tidak melengahkan masa sementara Faqih masih tidur Cikgu Faiz nak update aktiviti nyanyian untuk murid prasekolah / tadika dan yang sewaktu dengannya. Nak ajar anak di rumah pon boleh ^ ^




Sumber gambar : SINI



Aras : Rendah

Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :
  1. Menghargai dan menyatakan kasih sayang kepada ibu bapa.
  2. Menyanyikan lagu dengan irama dan intonasi yang betul.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu mahu pun berkumpulan. Kanak-kanak digalakkan melakukan pergerakan anggota badan ketika menyanyikan lagu ini.

Bahan / alatan : kerincing

Persediaan guru : Menyediakan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Senikata lagu :

Sayang Ibu Ayah
Satu satu saya sayang ibu,
Dua dua saya sayang ayah,
Tiga tiga sayang adik kakak,
Satu dua tiga sayang semuanya.


Prosedur :
  1. Guru meminta kanak-kanak duduk dalam bulatan.
  2. Guru meminta seorang kanak-kanak bercerita tentang ibu bapanya.
  3. Guru menerangkan tentang nilai kasih sayang dalam keluarga.
  4. Guru menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan atau bermain kerincing.
  5. Kanak-kanak mendengar nyanyian guru.
  6. Guru menyebut senikata lagu diikuti oleh kanak-kanak.
  7. Guru meminta kanak-kanak bertepuk tangan atau bermain kerincing mengikut rentak lagu.
  8. Guru dan kanak-kanak menyanyi bersama sambil bertepuk tangan dan bermain kerincing.

Cadangan : Guru perlu menerapkan nilai kasih sayang di antara ahli keluarga.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak melukis dan bercerita tentang ibu bapa masing-masing.


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil, Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak (2011), Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Salam sayang,

Melukis Bentuk Segi Empat Sama



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Dah lama tak share aktiviti di blog ni semenjak laptop tak sihat beberapa minggu yang lalu. Malam ni Cikgu Faiz nak update tentang aktiviti melukis bentuk segi empat sama. Jom kita mulakan. 


Aras : Sederhana

Sasaran umur : 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali bentuk segi empat sama sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat bentuk segi empat sama.
  3. Menghasilkan bentuk segi empat sama secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai bentuk segi empat sama.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan pelbagai saiz blok mainan yang berbentuk segi empat sama.

Persediaan guru : Menyediakan pelbagai saiz blok mainan yang berbentuk segi empat sama dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Prosedur :
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru menunjukkan pelbagai saiz blok mainan yang berbentuk segi empat sama kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan bentuk yang ada pada blok mainan tersebut.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis bentuk segi empat sama.
  5. Minta kanak-kanak imbas kembali blok mainan yang berbentuk segi empat sama dan melukis bentuk segi empat sama.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Selain blok mainan yang berbentuk segi empat sama, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai bentuk segi empat sama serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang berbentuk segi empat sama.


Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Salam sayang,

Tiga Konsep Yang Berbeza Dalam Proses Mendengar Muzik



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


google.com.my


Kanak-kanak amat menggemari muzik. Sejak kecil lagi, kanak-kanak mudah tertarik kepada bunyi-bunyi muzik dan lagu yang diperdengarkan oleh ibu atau penjaga mereka. Muzik adalah bunyi dan ia melibatkan pendengaran. Mendengar menjadi asas kepada muzik. Telinga sentiasa terbuka dan menerima pelbagai bunyi walaupun tanpa disedari. Ada kanak-kanak yang perlu mendengar muzik atau lagu yang dinyanyikan oleh ibu atau penjaga mereka sebelum melelapkan mata. Semasa tidur, ada bunyi yang boleh menyenyakkan lagi tidur kanak-kanak malah menjadi efek kepada mimpi dan ada pula yang boleh mengejutkan kanak-kanak.


Tiga Konsep Yang Berbeza Dalam Proses Mendengar Muzik.


Pasif

Terdapat beberapa buah kedai dan pusat membeli belah yang sentiasa memasang muzik dan lagu di premis mereka. Semasa kanak-kanak berjalan di pusat membeli belah tersebut, mereka tidak ambil peduli langsung tentang muzik tersebut. Proses ini dianggap pasif kerana tidak melibatkan sebarang proses penghayatan.


Aktif

Keadaan berbeza apabila berada di rumah, di mana kanak-kanak sering menonton rancangan berbentuk hiburan di televisyen, mereka mendengar dan menghayati persembahan tersebut. Ia melibatkan proses antara pendengaran dan pemikiran (otak) dan imaginasi. Proses ini dianggap mendengar secara aktif.


Efektif

Keadaan ini agak berlainan apabila kanak-kanak ditugaskan untuk menjadi pengadil dalam sesuatu persembahan nyanyian, di mana dia perlu mendengar, membuat penilaian dan memberi respon kepada persembahan tersebut. Proses ini memerlukan latihan serta asas kemahiran yang lebih berbanding dengan dua proses di atas supaya ia menjadi lebih efektif. Mendengar juga merupakan satu proses imaginasi yang melibatkan aktiviti mendengar secara aktif dan efektif. Contohnya, bila kanak-kanak mendengar radio nyanyian artis kegemaran, mereka juga dapat membayangkan lenggok badan penyanyi tersebut.


Kanak-kanak yang diberi latihan tentang muzik dapat membuat lebih imaginasi terhadap muzik dari aspek kord, pic, melodi dan lain-lain elemen yang berkaitan dan yang kurang latihan juga mampu membuat persepsi mengikut kemampuan tersendiri. Di sini tidak timbul istilah "tone deaf". Setiap kanak-kanak yang boleh mendengar dapat memberi perbezaan antara bunyi kereta api dan wisel pengadil atau bunyi dari bengkel besi dan bengkel perabot. Mungkin terdapat perbezaan tentang ketepatan membuat persepsi terhadap sesuatu bunyi dan ini boleh dibentuk melalui latihan.


Untuk mempertingkatkan kualiti dan kemahiran dalam apresiasi muzik, kanak-kanak perlu banyak pendedahan, mendengar dan pandai membuat penilaian peribadi berdasarkan elemen-elemen muzik tanpa berpandukan kepada pengaruh luaran seperti rakan, media atau rupa paras penyanyi.


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil, Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak (2011), Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Yang benar,

Memahami Muzik dan Aspek Muzik



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


google.com



Untuk memahami sesuatu muzik itu bergantung kepada tahap kefahaman dan pengetahuan yang sedia ada pada setiap kanak-kanak. Perbezaan tahap kefahaman terhadap muzik berbeza antara setiap kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak itu mungkin mempunyai lebih ataupun kurang pemahaman dan penghayatan jika dibandingkan dengan individu yang lain. Faktor perbezaan ini bergantung kepada beberapa sebab seperti pengalaman, minat, pengaruh sosial (keluarga, rakan, masyarakat, media) dan pengetahuan dalam muzik.


Aspek Muzik


Terdapat empat aspek muzik iaitu nyanyian, pergerakan, pendengaran dan bermain alat muzik. Setiap aspek ini boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak. Guru-guru atau penjaga perlu bijak mengenal pasti aras dan tahap kesukaran aktiviti bersesuaian dengan kanak-kanak.


Nyanyian

Kanak-kanak sangat suka mendengar muzik dan menyanyi. Muzik dan lagu mampu menghiburkan hati kanak-kanak dan suasana menjadi sangat menyeronokkan. Kanak-kanak boleh menyanyi secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Lagu-lagu yang dinyanyikan pula adalah lagu-lagu yang menjadi kegemaran rakan-rakan sebaya mereka. Semasa memilih lagu, kanak-kanak pada awalnya memilih lagu yang mengandungi banyak pengulangan lirik serta melodi.


Terdapat berbagai jenis lagu seperti permainan jari, lagu beraksi, lagu tradisional, lagu permainan, lagu unsur nasihat dan ucapan serta lagu serantau.


Pergerakan

Secara asasnya, terdapat dua pergerakan iaitu pergerakan lokomotor dan pergerakan nonlokomotor. Pergerakan lokomotor melibatkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain beserta beberapa aktiviti berlari, melompat dan berjengket. Pergerakan nonlokomotor pula adalah pergerakan dalam pelbagai bentuk tetapi berada atau pun berdiri di satu tempat sahaja.


Pergerakan Semasa Menyanyi

Pergerakan sebegini sering dilakukan oleh kanak-kanak dan pergerakannya adalah seiring dengan irama dan lirik lagu. Kanak-kanak berasa sangat bermotivasi dan bersemangat ketika menyanyi dan membuat pergerakan.


Pergerakan Kreatif

Pergerakan ini merupakan pergerakan yang bebas mengikut kreativiti kanak-kanak. Pergerakan ini melibatkan tiga elemen iaitu ruangan (atas-bawah, kiri-kanan, depan-belakang), kuasa (berat-ringan, tegang-regang, tajam-licin) dan masa (cepat-perlahan, panjang-pendek, detik).


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil (2011), Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak, Galeri Ilmu Sdn. Bhd.


GALAXY WONDERLAND YUNA


Yang benar,

Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

google.com.my



Mengapa menggunakan muzik?

Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Pada usia tiga hingga lapan tahun merupakan tempoh yang sangat penting bagi perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak belajar berinteraksi dengan ibu bapa, keluarga dan rakan sebaya. Kanak-kanak akan belajar berdasarkan pemerhatian mereka terhadap cara dan tingkah laku individu di sekeliling mereka berinteraksi. Cara didikan dan asuhan memperkayakan pengalaman kanak-kanak dan membantu mempertingkatkan kepintaran kanak-kanak.


Muzik pula merupakan salah satu elemen yang sangat penting bagi perkembangan diri kanak-kanak. Menurut ahli psikologi terkenal, Howard Garner (1983), kecerdasan muzik adalah sama penting seperti kecerdasan linguistik, kecerdasan matematik, kecerdasan kinestetik, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal.


Muzik membantu pertuturan kanak-kanak

Bahasa penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta dan mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara. Semakin meningkat usia kanak-kanak, semakin banyak perkataan yang diketahuinya. Ibu bapa, keluarga dan guru-guru digalakkan menggunakan perkataan yang sesuai ketika berinteraksi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak dipercepatkan, prestasi perkembangan kognitif atau inteleknya turut meningkat dari semasa ke semasa. Untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak, ibu bapa digalakkan berkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu proses perkembangan bahasa dan minda. Aktiviti-aktiviti tersebut hendaklah dijalankan dalam suasana yang menyeronokkan kanak-kanak. Kekerapan bertutur dalam sesuatu atau lebih bahasa akan dapat menajamkan kemahiran berfikir kanak-kanak.


Justeru, melalui muzik, ibu bapa dan guru-guru boleh membantu pertuturan kanak-kanak dan memperkayakan perbendaharaan kata mereka. Kanak-kanak pasti teruja untuk menggunakan ayat-ayat atau perkataan dari bait-bait lagu yang dinyanyikan bersama rakan sebaya.


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil (2011), Muzik Dan Perkembangan Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.


GOLD INVESTMENT


Yang benar,

Bentuk bulat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

google.com.my


Aras : Rendah

Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali bentuk bulat sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat bentuk bulat.
  3. Menghasilkan bentuk bulat secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai bentuk bulat.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan bola pelbagai saiz.

Persediaan guru : Menyediakan bola pelbagai saiz dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Prosedur :
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru menunjukkan bola pelbagai saiz yang berbentuk bulat kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan bentuk yang ada pada bola tersebut.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis bentuk bulat.
  5. Minta kanak-kanak imbas kembali bola pelbagai saiz yang berbentuk bulat dan melukis bentuk bulat.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Selain bola, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai bentuk bulat serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang berbentuk bulat.


Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Yang benar,

Garisan bertitik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah... Cikgu Faiz baru pulang dari membeli-belah tadi. Takde la shopping sakan cuma borong susu Dutch Lady dan pampers je. Lepas tu beli barang-barang penting sikit. Hmm... harga susu Dutch Lady tengah murah tu yang borong sampai lapan pek. Stok susu untuk Faqih. Hehe. Siap shopping terus mengisi perut pulak. Sampai je rumah, tak lama lepas tu Faqih pon tertidur dengan sendirinya. Hehe. Penat sangat la tu. Kalau tak jangan harap Faqih nak tido awal macam ni.
Baru senang sikit Cikgu Faiz nak ajar tuisyen ni. Hehehe. Jom kita mulakan...


Aras : Tinggi

Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali garisan bertitik sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan bertitik.
  3. Menghasilkan garisan bertitik secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan bertitik.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan kain meja yang mempunyai corak garisan bertitik.

Persediaan guru : Menyediakan kain meja yang mempunyai corak garisan bertitik dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Contoh :


Prosedur :
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru menunjukkan kain meja yang mempunyai garisan bertitik kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan corak yang ada pada kain tersebut.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis garisan bertitik.
  5. Minta kanak-kanak imbas kembali corak yang ada pada kain meja yang mempunyai garisan bertitik dan melukis garisan bertitik.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Selain kain meja, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai corak garisan bertitik serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan bertitik.


Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Yang benar,

Garisan berduri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


google.com.my


Aras : Tinggi

Sasaran umur : 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali garisan berduri sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan berduri.
  3. Menghasilkan garisan berduri secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan berduri.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan model durian yang mempunyai duri yang tajam.

Persediaan guru : Menyediakan model atau gambar durian dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Prosedur :
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru menunjukkan model atau gambar durian yang mempunyai duri tajam dan bersoal jawab dengan kanak-kanak.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis garisan berduri berdasarkan corak duri tajam durian.
  5. Kanak-kanak melukis garisan berduri berdasarkan corak duri tajam durian.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Selain model atau gambar durian yang mempunyai duri tajam, guru juga boleh menunjukkan video atau objek lain yang mempunyai corak garisan berduri serta memastikan kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan berduri.


Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Yang benar,

Garisan bergerigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


google.com.my


Aras : Sederhana

Sasaran umur : 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali garisan bergerigi sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan bergerigi.
  3. Menghasilkan garisan bergerigi secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan bergerigi

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan gambar gergaji.

Persediaan guru : Menyediakan gambar gergaji dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Prosedur :
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru menunjukkan gambar gergaji dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan corak gigi gergaji tersebut.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis garisan bergerigi berdasarkan corak gigi gergaji.
  5. Kanak-kanak melukis garisan bergerigi berdasarkan corak gigi gergaji.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Selain gambar gergaji, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai corak garisan gerigi serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini. Selepas aktiviti melukis garisan bergerigi melintang, guru boleh mengadakan aktiviti melukis garisan bergerigi menegak bersama kanak-kanak.


Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan bergerigi.


Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




With love..,

Garisan beralun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari ni kita akan belajar tentang cara-cara untuk melukis gambar di bawah. Gambar apa agaknya ya..?


Ya... itulah garisan beralun. Tapi gambar di atas di dah jadi corak beralun pula. Takpe. Lebih kurang je kot. Jom kita mulakan kelas...


Aras : Sederhana

Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali garisan beralun sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan beralun.
  3. Menghasilkan garisan beralun secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan beralun.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan benang kait.

Persediaan guru : Menyediakan benang kait dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Prosedur :
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru membuat demonstrasi menggunakan benang kait untuk membentuk garisan beralun.
  3. Edar seutas benang kait kepada setiap kanak-kanak untuk membentuk garisan beralun.
  4. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  5. Guru membuat demonstrasi melukis garisan beralun berdasarkan bentuk yang dihasilkan daripada benang kait.
  6. Kanak-kanak melukis garisan beralun berdasarkan bentuk yang dihasilkan daripada benang kait.
  7. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  8. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Guru juga boleh menggunakan wayar lembut, tali rafia atau tali guni untuk membentuk garisan beralun serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan beralun.


Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




With love..,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...