Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Pendapat saya tentang filem 'Katerina'



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Cikgu Faiz baru je selesai menonton sebuah filem tempatan yang sememangnya ditunggu-tunggu iaitu 'Katerina'. Ramai yang cakap filem ni bosan. Tapi Cikgu Faiz rasa takde la membosankan. Cuma jalan ceritanya agak biasa dan seperti kata mereka-mereka di suratkhabar, filem ini hampir keseluruhannya sama dengan jalan cerita di dalam novel. Heh, Cikgu Faiz dah baca novel tu dan memang betul. Cuma ada sedikit yang lain. Tapi takpe. Bukan senang nak adaptasi dari novel ke filem kan.



google.com.my


Cikgu Faiz rasa Maya Karin telah membawakan watak Katerina dengan baik. Mula-mula tu bila dengan watak Katerina yang asalnya dilakonkan oleh Fazura, Cikgu Faiz rasa macam pelik sebab rasa macam tak best je bila Maya Karin yang membawakan watak tersebut. Ternyata, telahan Cikgu Faiz tidak benar sama sekali kerana sepanjang filem ini dimainkan, Cikgu Faiz tidak berganjak di dari depan laptop. Huhu. Ini pendapat Cikgu Faiz je. Lain orang, lain citarasa.


Ada part lawak yang menampilkan Ning Baizura yang terlantar sakit di hospital. Hehe. Yang tu memang tak boleh belah langsung. Huhu. Kelakar betul bila tengok Ning Baizura berlakon tadi. Huhu. Terus watak dia mati dekat situ jugak dan tak sempat nak buat apa-apa.


google.com.my


Walaupun ramai yang mengatakan bahawa filem ini tidak best, Cikgu Faiz tetap berasa sebak apabila menontonnya tadi. Huhu. Pertama masa part Katerina ternampak Kasyah dan Athirah di dalam LRT. Tak tahu la tiba-tiba je bergenang air mata ni. Huhu. Lepas tu masa Athirah sakit dan meninggal lagi la sedih. Huhuhu. 


Watak yang paling menyampah sekali ialah Hisyam yang dibawa oleh Bront Palare. Eee... rimas betul la tengok Hisyam yang suka marah tak tentu pasal. Lepas tu asyik kelam kabut je. Penat Cikgu Faiz tengok. 


Keseluruhannya filem ni tidaklah mengecewakan sangat. Bagi Cikgu Faiz la. Hehe. Lepas ni nak tunggu sambungan novel ketiga pulak. Sekian.


KLIK SEKALI JE


Yang benar,

Tolong Saya Boleh ?


Assalamualaikum.


Amboi... bukan main lagi anak bujang sorang ni bergaya dengan topi keledar abah. Nak ikut jejak langkah abah jugak ke? Macam-macam la Faqih ni. Err.. sebenarnya bukan ini yang Cikgu Faiz nak cerita. Ini lebih kepada pertanyaan dan ingin meminta pendapat daripada anda semua ya.


Hari Sabtu ni birthday Encik Suami. Biasalah kan kalau dah hari lahir tu mesti la ada sesuatu sebagai hadiahnya. Tapi kan, Cikgu Faiz buntu dan tak tahu nak bagi hadiah apa la. Harap korang dapat membantu memberi cadangan hadiah apa yang sesuai. Encik Suami ada request dua benda tapi Cikgu Faiz rasa benda tu macam tak sesuai je.


Apa kata korang? Sambil-sambil bagi pendapat tu boleh la layan gambar bikers sorang ni.





Gelak sampai tak nampak mata.





Best sangat ke pakai topi keledar abah tu?





Muka kontrol hensem.





Tulisan berwarna hijau telah diedit oleh Encik Suami yang begitu gilakan warna hijau. Huhuhu.




With ♥..,

Paint??? Macam tak ok jer.



Assalamualaikum.


Hari ini tepat jam 12 malam 11 Disember 2011 aku telah dikejutkan dengan satu ciuman hangat sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran. Hihi. Eh, sebenarnya bukan nak cerita pasal ni tapi pasal gambar kat bawah ni ha. Cuba tengok.





Nampak ganas tak? Haha. Yang sebenar-benarnya gambar ni telah diedit oleh suami cikgu Faiz. Tak sangka suami saya pandai bab edit gambar ni. Huhu. Bila ditanya edit guna apa dia kata guna PAINT je. Cikgu Faiz memang tergelak besar bila dengar perkataan PAINT. Hihi. Jahatkan.


Dulu program PAINT ni simple sangat-sangat. Yang saya tau kita cuma boleh melukis je. Tapi tak sangka suami saya tu pandai jugak godek-godek PAINT ni. Haha. Yela, sekarang ni kan orang semua sibuk edit gambar guna photoshop tak pon photoscape ataupon Adobe Illustrator. Tup tup suami saya boleh edit guna paint.


Bila suami saya tunjuk program PAINT tu saya berkata, ooooo...... Boleh edit jugak eh ? Hihi. Punya la lama tak bukak PAINT. Tiba-tiba dah jadi lain. Korang pulak pernah tak guna PAINT ni? Ataupon korang guna program lain untuk edt gambar?? Cer share. Hik.

Nak Tukar Lagu Tema La...



Assalamualaikum ya habibi ya maulana. Hari ini sangat mudah (mood untuk harini). Best sangat sebab harini macam-macam aku makan. Hahaha. Aku memang suka makan sebab aku nak gemukkan badan aku yang melidi ni. Ehek.


Esok cuti sehari. Ahad ada sukan sekolah. Mulai Isnin sampai Ahad depan cuti. Dapat la aku berehat sebentar daripada perkara-perkara yang memeningkan kepala otak ni.


Err... sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita tapi aku sebenarnya nak mintak pendapat korang. Pasal lagu tema blog aku. Hihi. Rasanya semua dah sedia maklum bahawa lagu blog aku adalah lagu tema telenovela Bella Calamidades. Yang tak tau tu confirm tak pernah jenguk blog aku kan. Huhuk.


Tadi tiba-tiba plak terfikir nak tukar lagu. Tapi aku belum putuskan nak letak lagu apa. Agak-agak korang lagu apa yang sesuai. Balada, pop rock, rock kapak, korea, etc?? Pendapat korang ni penting sebab korang kan kawan aku. Kan kan.... Tiba-tiba je aku jadi blur.


Salam :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...