Teman Bicara

Wednesday, February 24, 2010

Khinzir Haram Vs Lembu Haram?

Mahu dihormati? Mari perbetul diri...


'Kamu mau ke mana, cikgu?'
Seorang pelajar Tionghua menegur. Terasa agak jangal di telinga. Jelak dan kasar. Itu persepsi mula. Atau, ayat lazim yang di guna...

'Aku punya hal, apa kamu sibuk?'

Biadap, tidak beretika, tidak menghormati guru. Mungkin itu yang tergambar di kepala para guru apabila seseorang pelajar menggunakan ayat tersebut kepadanya. Namun, adalah salah jika kita terus membuat negative pre-judgement sebegitu. Bukan niat mereka untuk berlaku kurang sopan tetapi, mereka menghadapi kesukaran dalam memilih perkataan yang sesuai untuk digunakan apabila berhadapan dengan individu yang berbeza level dengan mereka.

Contoh mudah: secara generalnya, apabila kita berbual dengan sahabat rapat, perkataan aku lebih cenderung untuk digunakan. Namun, apabila berdepan dengan kawan baru, orang yang lebih tua, mahupun pihak pentadbir, kita lebih cenderung menggunakan perkataan saya. Kegagalan mereka memahami fungsi dan kesan perkataan tersebut terhadap individu yang mendengar, menyebabkan kebanyakan mereka membuat kaedah pukul rata. Seperti mana penggunaan I dan You dalam Bahasa Inggeris perbualan yang digunakan secara pukul rata, tidak mengira aras. Malahan, perkataan tersebut tetap menjadi medium utama perbualan ibu dan anak. Namun di pihak masyarakat Melayu yang ampuh dengan nilai estetika bahasanya, penggunaan I dan You oleh anak kepada seorang ibu nampak begitu canggung dan tidak sopan. Hakikatnya, itu adalah perkara lumrah bagi masyarakat lain pula. Sementelah itu, perlulah kita cuba untuk memahami jurang bahasa mereka dan tidak melakukan sebarang negative pre-judgement yang tidak berasas.


Seorang sahabat bukan Islam menjemput anda ke rumah terbuka. Katanya, untuk merai kejayaan bersama. Anda bertandang dan bersedia untuk bersantap. Kari kepala ikan, sayur campur, steamboat, dan....tiba-tiba terlihat kerbau pendek masak tiga rasa... heh heh heh
Tanpa banyak soal, anda pun menyumpah seranah di dalam hati, menuduh si sahabat tidak peka dan sensitif dengan diri anda. Kejam sungguh, mungkin itu yang anda fikirkan. Namun, pernahkah anda terfikir bahawa anda sering berlaku kejam kepada suatu golongan? Menjemput sahabat kaum India, kari daging lembu dihidang bersama sayur kailan ikan masin. Atau, anda hidangkan nasi goreng ayam kepada sahabat Cina yang vegetarians. Mungkin ia perkara biasa buat kita kerana melihat masakan tersebut setiap hari. Namun, pernahkah difikir kondisi mereka yang tidak selesa dengan menu makan tengah hari itu? Sikap kita yang tidak sensitif dengan keadaan mereka boleh menyebabkan timbulnya perselisihan faham yang serius.



Kami juga pernah berdepan dengan situasi yang sama. Setiap Hari Raya, keluarga kami akan menyediakan beberapa juadah utama bersama dengan juadah iringan untuk jiran-jiran sekitar rumah, termasuklah yang berbangsa Cina. Namun, kami terlepas pandang untuk mengambil tahu sama ada jiran kami tersebut adalah Vege atau tidak. Sehinggalah salah seorang sahabat menyedarinya dan kami membuat tindakan susulan, untuk menyelamatkan semangat kejiranan. Saya menghormati jiran itu kerana setiap kali Tahun Baru Cina, mereka menghantar makanan-makanan ringan yang berbungkus dan bersifat general. Perbuatan tersebut menunjukkan bahawa mereka saling berbalas budi untuk mengekalkan hubungan harmoni dan pada masa yang sama, tetap mengambil berat hal sensitiviti masyarakat Islam.

Ya, Islam agama rasmi di negara kita. Slogan Islam di mana-mana. Sensitiviti agama kita dihebah merata, menyebabkan masyarakat lain mengambil tahu dan bertindak peka. Namun, adakah kita mengambil tahu tentang sensitivi masyarakat lain? Atau sengaja bersikap tuli telinga?

Islam agama rasmi, agama lain tetap tidak diketepi. Saling menghormati, itu senjata Islam tersebar murni. Semoga menjadi ahli masyarakat yang proaktif dan berkesan.... ^^

3 respons:

Salam Cikgu. Di Sabah ni, pelajar yang rapat dengan cikgu, akan guna perkataan "AKU". mula2 memang lah cikgu bru x biasa, tapi, bila dah lama, kita rasa macam bagus juga macam tu, sebab itu maknanya, pelajar tu dah rapat dengan kita. Dan paling best, sebab mereka dah percayakan kita, then, sudi untuk berkongsi masalah mereka. InsyaALLAH, dengan ilmu gy cikgu ada, dapatlah kita bantu pelajar kita dari TERSALAH ketika membuat keputusan.
Semoga pelajar kita bahagia sokmo ye =)

Phenomenal website!

Almost everyone needs to acquire insurance at one time or another, whether it is
auto insurance, life insurance, health insurance, or homeowners insurance.
These days it is easier than ever to find free insurance quotes from several
businesses in order to find the best bargain. You can also discover how to redeem
oodles of money in free gas when you get your insurance price quotations.

[url=http://freeinsurancequoteshq.com]Insurance price quotes[/url]
http://freeinsurancequoteshq.com

[url=http://www.idea2result.com/]Appointment Setting[/url]

http://freeinsurancequoteshq.com/life/term-life-insurance-price-quote.htm

salam ukhtie
memang mula-mula akn terasa janggal bila seorang pelajar menegur seorang guru dengan perkataan kamu tapi itu adalah kerana kesukaran mereka nak menggunakan perkataan bahasa dalam tatabahasa. Saya biasa hadapi keadaan ini masa mengajar peralihan.namun lama kelamaan mereka akan tahu menggunakan perkataan yang sesuai.