Hi 2016

  • 5
2016 ni adalah tahun yang mencabar bagi aku. 

Mula-mula sekali ialah perpindahan ke Pulau Mutiara. Kenapa jauh sangat orang tanya. Apa yang boleh aku katakan sekarang adalah rezeki. Mana pernah aku terfikir aku kan keluar dari negeri Selangor/KL. Jauh daripada kawan-kawan dan keluarga. Baru aje nak biasakan diri jadi warga Shah Alam.

Tapi bila kita berada dalam keadaan yang terdesak dan panggilan peluang tiba-tiba datang. Buat apa kita nak sombong pada rezeki yang Allah bagi. Betul tak?

Jadi, bila suami dapat kerja di Pulau Pinang. I told him " Just grab it"

Setelah 4 bulan di Pulau Pinang.  Aku masih tak boleh jawab bila orang tanya "Best kan duduk Pulau Pinang?"

Yang boleh aku katakan buat masa ni adalah, tanya semula dalam masa setahun.

Gunting rambut pertama di Pulau Pinang.

Abang-abang

  • 1
Nazim tolong bentang tilam. Sambil adjust tilam. Dia cakap "Macam ni ke nak jadi abang?"

Mama jawab "Macam tu lah nak jadi abang. Nanti adik nak tidur, abang tolong bentangkan tilam" 😍😍

 Usai bentang tilam dan susun bantal. Nazim keluar dan bgtau Iqbal "Kalau nak tidur, tidur dalam bilik mama. Ajim dah bentang tilam" 😍😍😍

Abang-abang sangat.

Checkup 16 Weeks

  • 1
Baru lepas checkup, scan dan review result t3/t4. 
Akan ulang t3/t4 blood test sekali lagi in 6 weeks. Kalau waktu tu TSH mengada-ngada. Baru dia decide nak hantar jumpa combine clinic ke dak. 
Walaupun berat emak turun. Baby membesar dengan jaya ikut carta umur. Alhamdulillah.
Mood apa tah harini. Dok muntah-muntah pula dalam kereta. But all is well.

Iqbal - Jubah

  • 0
Harini nak pakai jubah pergi KAFA. 
Tak apa, iqbal ada nenek Arab kat Singapore.


Sekarang hari Jumaat nak pakai jubah.

Dush Dush

  • 0
Iqbal ingat dia boleh balik muka lebam dan mak dia tak perasan. 
Dan ayah dia ingat anak lelaki dia nak cerita kisah muka lebam kat mak dia. Tak. Mak dia yg interrogate. 
Pastu dorang ingat akan lepas tanpa mak ni membebel-bebel pasal etika nak bertumbuk kat sekolah. Nasib iqbal igt utk jangan mula dulu.
Dan apa faedah kalau berlumba siapa masuk kelas nombor 1 ?!!!!! Who care???? A 7 yrs old boy does. Ampeh.

Nazim - wet kiss

  • 0
Nazim once a wet kisser. 
Selepas berlatih sekian lama, dia dah ok dah. 
Pagi tadi, selepas iqbal keluar dari kereta dengan abah ke sekolah. Nazim mengadu pada aku. 
" Mami, iqbal tak nak ajim cium. Tengok bibir ajim. Kering kan? Tak ada air liur. Ada minyak aje" 
Alahaiii lah. Terus aku cium dia. Kesian la budak lovey dovey si cenajim ni. Iqbal dah besar rasa tak cool nak kena cium ngan adik dia. 
Mulut minyak sikit sebab makan keropok yang nenek Sijangkang gorengkan.

Iqbal - Baby ok?

  • 0
Muka selenger Iqbal masa balik dari sekolah. 
Masuk dalam kereta. Perkara pertama dia tanya " Mama, baby ok? " since dia tahu mama checkup baby pagi ni. 
Keep this up sampai dewasa dan bertuahlah perempuan yg jadi suri hatinya. Ameen Ya Rabb.

Chevron feature wall.

  • 3
Ini adalah projek gila pertama bersama suami. Chevron wall. Ini bukan wallpaper. Ini adalah projek cat mural kami. Hihihihi.





Aku akan ceritakan bagaimana kegilaan ini bermula. Dah macam mana kami hasilkan dinding yang shabby chic ni.

Cun kan?

Posted using BlogPress from my iPhone

Nazim dan mama

  • 0
Nazim moody sebab jalan-jalan tengok barang yang mama dia suka. Dia sibuk ajak pergi barang cantik yang dia suka. Tapi mama ralit cuci mata barang-barang dapur.

Nazim: Mama tak boleh beli apa-apa.

Mama: yang ni cantik tak? (Tunjuk mug kaler kuning)

Nazim: tak cantik!!!

Mama: yang ni? (Bekas butter kaler kuning)

Nazim: tak boleh beli.

Mama: (pilih pinggan ada gambar bird comel kaler merah) yang ni boleh beli tak?

Nazim: (muka annoyed) ........... Mama belilah!

Ahahhahaha.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Ramadhan Kareem

  • 1



Lamanya tak mengadap blog. Setiap kali pun berjanji tak akan abaikan blog ni. Revive-kan semula blog ni. Tapi sekian kali itulah mungkiri janji.

Sampai lah ke Ramadhan yang ke 1436. Alhamdullillah di panjangkan usia dapat menemui ramadhan yang ke sekian kalinya.

Kali ini sambut ramadhan di rumah sendiri. Lokasi somewhere in Jalan Kebun. Syukur sangat. Iqbal pun sudah masuk 6 tahun. Dia nak belajar-belajar puasa. Jadi 1st ramadhan ni, ajak Iqbal sekali bersahur. Nazim pun sibuk nak join tapi memang ikut-ikut ayam sahaja.

Jadi sempena ramadhan kali ini. Saya ucapkan selamat kepada semua pembaca jika ada. Jika tidak, ini akan menjadi kenangan di masa akan datang. :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Selamat Datang 2015

  • 2
Alahai, sengaja nak buat satu posting sebelum 2014 berakhir.

Ini adalah kata-kata daripada Iqbal Wafiq pada abahnya

"Abah tu tengok tv dekat sangat. Sebab tu la rabun" - Iqbal Wafiq. Dec 2014.

Harap Iqbal besar jadi anak yang soleh dan hormati orang tua. Iqbal cuma mengajuk nasihat abahnya supaya jangan tengok tv dekat-dekat, nanti rabun.

Ini lah namanya, what you give, you get back.

Iqbal belum register sekolah lagi

  • 2
Bulan ni dah November dan Iqbal belum lagi register sekolah mana. Iqbal wajib register pada tahun ini. What a bad parent we are.


Kalau tak dapat nak register sekolah macam mana? Mampu nak bayar sekolah private ke?


Jawapannya ialah tidak. Dan kena google cara-cara register sekolah. Gila betul lah kitorang laki bini.

Dua Aktiviti didalam jam (kesesakan lalu lintas) ketika berada dalam kenderaan

  • 4
Bilamana aku berada dalam kereta antara waktu ke tempat kerja atau balik kerja, biasanya aku akan berada dalam kereta sekurang-kurangnya 40 minit ( kalau trafik tu perperangai baik )- 1jam lebih (jika trafik waktu itu macam *toot*).

Ini adalah aktiviti-aktiviti yang aku akan lalukan. Biasanya dalam kereta perjalanan pulang kerumah.

1. a . Telefon ibu/ayah. Ini adalah masa yang sesuai untuk anda catch up dengan ibu dan ayah. Jika buat dengan kerap. Bila telefon berbunyi aje, lebih kurang pukul 6 lebih. Mesti ayah dah sound pada mama, " Tuuuu anak call tuuuuuu ". Ayah selalu buat perbuatan kita ni macam menyusahkan dia, kena angkat telefon. Tapi sebenarnya mak ayah kita akan gembira.

Aku kongsi tips ni dengan kawan ofis. Dia amalkan dan ayah dia pun sama dah tau bila anak dia telefon. :)

 b. Telefon rakan baik. Kalau korang ada kawan baik macam aku. It is really something lah.



2. Zikir. Ini adalah amalan yang di cadangkan oleh  abang aku. Dia mencari amalan sunat yang bagus.
Imam Ahmad, Ab Dawud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim. Daripada Abdullah bin Abbas beliau berkata, Rasulullah bersabda: 
Barang siapa memperbanyakkan istighfar (mohon ampun kepada ALLAH), nescaya ALLAH menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan ALLAH akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka.
Cara untuk istighfar: Astaghfirullahalaziim innallaha ghafururrahim - 100x

Seriously, susah sangat nak habiskan 100 kali masa mula-mula tu. Tapi lama-lama, rasa senang.

Ini adalah antara perkara-perkara yang saya buat semasa dalam kereta. :) Kalau telefon tu jangan lupa pakai handsfree. Kalau kena dengan pak polisi, jangan menyesal pula. :P

Macam mana nak tau apa warna kegemaran anda?

  • 0
Sila tengok koleksi barang-barang anda, dan nampak pattern warna. Seperti dibawah ni.





Nampak tak warna yang paling kerap berulang?

Itu warna kegemaran anda.

Nampaknya aku punya adalah semua tg ada elemen merah, pink dan hitam.

Good at it

  • 2
You may not love what u do.

But you do it because you are good at it.

I want to do it. Because i love it. And be good at it. Boleh tak???


- Posted using BlogPress from my iPhone
  • 0
I took a leap of faith yesterday.

Hope that i will istiqamah.

Freaking me out

  • 1
I break down tengahari tadi. But sometimes when we have a good collegue, they will console you rather than bakar your feeling.

Seriously sometimes i am glad that i am surrounded with a very good people. But maybe, just maybe, i am too naive to realize that they have a different agenda. Pernah rasa begitu tak?

Something made me scare and hopefull in the same time. Keluar daripada comfort zone itu bagus. Bukan??

Kalau cita-cita tu tak menakutkan kau, maksudnya cita-cita tu tak cukup besar. This freak me out. Sooooo.. think it is BIG enough.

Syura... are u up to it?

Nekad

  • 2
Sometime kita rasa kita dah nekad. Aku rasa aku dah nekad nak buat sesuatu. Tapi kemudian aku 'chicken out' dan tak jadi nak meneruskannya.

Tapi kali ni aku akan juga. Aku perlukan plan yang baru dalam masa 3 bulan ni.

Boleh!


Kan?

Avatar dah tukar!! Yay!!

Avatar aku dah tukar dah. Semalam Amyz tegur kenapa avatar muka mamat mana tah. Aku pun berusahalah untuk menukar avatar tu jadi muka aku.

Tau dak berapa kali aku google bende macam mana nak buat screen capture dalam mac ni. Nak keluarkan notepad pun aku terkial-kial. Aku rasa sekarang ni dah ok sket skill aku menggunakan mac ni. Harap kerajinan ini berterusan.

Misi aku adalah untuk teruskan content dalam blog ni. Aku rasa its nice reading what i was before and what i am now. :)

p/s: Suami saya baru balik daripada meeting, dan tegur kenapa ada gambar lelaki dalam avatar blog ni? Nasib baik dah tukar. Tak payah nak explain panjang lebar. :P Baca juga dia blog ni. Huhhuhuhu

Frosting Monster

  • 0

Nazim makan creamcheese frosting daripada spatula.

Iqbal makan creamcheese frosting daripada piping bag.

Iqbal: Mama!! Iqbal macam kek!! (Sambil pipe creamcheese dakam mulut)

- Posted using BlogPress from my iPhone


Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers