Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Terfikir dan Berfikir

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Terfikir..yee..aku terfikir..bila terfikir terus berfikir..selama ni aku takda matlamat dalam hidup..just follow the flows..tiada cita-cita. kalau ade rezeki dekat situ just grab..tiada impian sebab rasa tak mampu nak capai impian yang tinggi-tinggi. malas berfikir sebab berfikir memeningkan kepala aku sendiri.  But now, when my age almost 26years, i start thinking..thinking about my life..what actually i want in my life. takkan nak jadi remaja 25 years yang masih makan gaji, masih duduk bersama parents, masih habiskan masa dengan perkara-perkara lagha..i need to improve my self..berkawan dengan ramai orang. dengan orang-orang yang berjaya. yes! that's it! i need to read more because before this aku sangat2 tak suke membaca..surat khabar pun taknak baca. hish! terok bebeno. before this, aku seorang yg less confident! sentiasa merasakan idea yang aku dapat tak bernas. kadang-kadang tak berani nak keluarkan pendapat sendiri. but after i join herbalife family dan lihat kejayaan rakan2 sebaya banyak yang dipelajari. aku belajar cara nak dapatkan keyakinan diri. baru aku nampak matlamat hidup. baru terasa sangat rugi tak sedar benda-benda ni dari awal.

so, to all my readers, please doakan kejayaan aku. aku nak jadi seorang insan yang berjaya didunia dan akhirat. InsyaAllah..Teringat kata-kata my sponser yang beri makna sangat dalam pada diriku..
"Big success usually comes after the worst moment of your life that everything u plan doesn't work, everything u work for lost and every single thing in the world turn their back on you..The best results often comes after the WORST moment of your life..If this happen..get back up stronger because u are closer to your goals than anyone else. CHALLENGES is there to make you realize how strong u are".
Apapun yang kita buat dalam dunia ni ingat semua kerana Allah s.w.t..ikhlas adalah kuncinya. jangan sekali2 berpaling pada agama. diwaktu jatuh dan bangun sujud pada hanya Allah s.w.t.

Gambar Hiasan ;p


Wish me luck.
Salam =)


Resdung Improve!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

err cane nak start cerita eh..ok berdasarkan tajuk diatas..actually aku ade penyakit resdung..tapi tahap yang light2 je la..setakat kalau kena habuk pastu bersin tak henggat dan terus selsema tu memang aku la..sebab tu mak aku malas nak suruh aku buat keje kemas-kemas yang berkaitan dengan habuk-habuk ni..hihihi..*lega*. Hidung aku tersangat sensetif dengan habuk. kalau terpaksa buat kerja2 mengemas ni aku kena jadi ninja..tutup hidung dengan mulut pakai kain. pastu pakej main lawan pedang..hehe..tu tipu..dan aku agak allergic dengan udang. kalau makan udang nanti mula la  mulut gatal-gatal pastu nak naik bintik2 kat area mulut..dulu tak pun..2 3 tahun kebelakangan ni baru jadi..da la aku hantu udang..memang aku balun jer..ade aku qesah..cacat sementara takpa, asal dapat makan..erk -.-'

Tapi haritu aku tersangat rajin nak kemas bilik yang tersangat super sepah tu kepada gurly bedroom. siap pergi Ikea beli perabut..almaklum la aku sekarang ni buat partime as personal wellness coach. so aku kene ade satu workplace dekat rumah..memudah kan aku membalas semua pertanyaan customer dan promosi.

So benda paling penting adalah dapatkan kerusi dan meja kecil untuk bilik yang kecil ni and i got what i want!! cuma chair tu je terpaksa tukar sebab color yang aku nak xde..sedih gile! but never mind..

Penat aku mengemas sorang2..angkat perabot sorang2..berhabuk sorang2..adei berpoloh-poloh..tapi yang aku noticed, aku langsung tak tutup hidung aku ala-ala ninja tu taw..and langsung tak bersin sepanjang proses kemas mengemas tu!!!!! waaa..improvement yang sangat bagus! Alhamdulillah..One more thing, dari pagi sampai ke malam tak makan ape pun, breakfast and lunch dengan F1 Shake Nutrition Mix and teamix saja..awesome! kalau dulu xmakan siap la mengigil tak boleh nak buat keja da. But bagus eh shake ni..dalam pukul 9 malam macamtu after siap kemas2 baru la menikmati makan malam...lambt! but perut sangat nice..tak meragam and energy memang superb la..sebab lepas dok kemas-kemas tu boleh lagi reply pertanyaan customer dekat fb.hewhewhew.Thumbs up pada teamix lemon & hibiscus ;)

Inilah hasilnya setelah seharian habis kaki dan badan2 sakit selama satu hari..but no problem..i like it..after ni bole cat kaler pink..dan semua nya nak pink la..agaga..

My new workplace!!I love my desk..kecil dan comel..

jimat duit.pakai barang-barang yang terpakai sajo.

Step  by step..one by one..semoga Allah murahkan rezeki..dan tolong doakan kejayaan saya ye!! =)
anyone yang memerlukan personal wellness coach untuk menurunkan berat badan atau improve resdung macam aku..just let me noe..coaching free, i love to share my knowledge.. whatsup 0123553059 or just leave ur message at my fb inbox.. ;)

Salam.

Thursday, October 11, 2012

KALAULAH DIA TAHU...SEKEPING KERTAS INI ADALAH UNTUK DIRI NYA..

Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi, 10 Oktober 2012. Sebuah kereta buatan Malaysia menyusur laju dari Jitra ke Sintok kerana ingin menghadiri Majlis Konvokesyen ke 25 Universiti Utara Malaysia. seorang gadis berbaju kurung moden dan shawl warna merah jambu yang akan bergraduasi pada hari ini. Dia hadir ke Majlis itu bersama keluarga tersayang.

"Belajar rajin-rajin tau, nanti dapat masuk U Ambil duit ayah dalam bank tu buat belanja belajar". kata seorang ayah yang sedang tenat 7 tahun lalu kepada anaknya perempuannya. Ayah yang sedang nazak terbaring lesu di atas tilam itu juga sempat berpesan pada isteri dan juga rakannya agar dikeluarkan duit simpanannya di dalam bank untuk anaknya yang baru mendapat keputusan SPM itu. Tapi...permohonan anaknya untuk ke Universiti tidak berjaya. hanya politeknik yang menawarkan tempat. Demi untuk menjaga hati ayahnya yang sedang tenat itu, anak pun berkata yang dia berjaya masuk ke Universiti. demi untuk melihat ayah gembira dan impian ayah tercapai.

Gadis berbaju kurung moden merah jambu itu cuba untuk menahan sebak didada, menahan sebak agar air mata tidak jatuh. tidak mahu solekan tipis di mata tercemar dan tidak mahu orang di dalam kereta perasan! cepat-cepat memori 7 tahun lalu dipadam dan dialih pada perkara yang menggembirakan agar air mata terhenti! sambil jarinya laju menaip sesuatu di blackberry miliknya.

Sampai di pintu gerbang Universiti Utara Malaysia. kereta terus menyusur menuju ke Dewan Muazam Shah. hati berasa tenang. tidak gementar seperti hari semalam. Para graduan berkumpul dahulu di Dewan Tan Sri Omar untuk mendengar taklimat, kemudian bersama ke Dewan MAS. Blackberry nya berbunyi. Ada seseorang yang BBM. BBM itu berkaitan dengan apa yang telah gadis itu taip semasa perjalanan ke UUM sebentar tadi. BBM itu memberi kesan tapi cepat-cepat dia menutup semula messenger tersebut! Setiap langkah menuju ke Dewan MAS, hati terasa sesuatu. terasa sayu. Perasaan itu semakin kuat tatkala kaki melangkah masuk ke dalam dewan dan seterusnya duduk di tempat yang telah dikhas kan.

Gadis itu membelek lagi blackberry dengan cover merah jambu nya itu. Lagi sekali, ada sesuatu yang telah menarik perhatiannya yang berkaitan dengan sesuatu yang ditaip semasa perjalanan ke UUM tadi. Kali ini, dia sudah tidak dapat menahan perasaan. Dia duduk diam tidak bergerak kerana tidak mahu rakan disebelah perasaan yang air mata hampir gugur. Hati terlalu sedih dan sayu! acap kali cuba untuk buang jauh-jauh perasaan itu. 

Fikiran menerawang jauh teringat arwah ayah. Ayah lah sebenar-benarnya insan yang banyak memberi motivasi dan semangat. Ayah lah penyebab dia melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading. Janjinya pada arwah ayah sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir tercapai jua. 6 tahun dia belajar demi mendapatkan segulung ijazah. harapan ayah melihat anak ke menara gading tercapai jua. Sebab itu dia sebak! Alangkah bahagianya dia rasa kalau ayah tercinta bersama meraikan kejayaan itu. Ingin dia nyatakan bahawa sekeping kertas ini adalah untuk ayah!

Ah..perasaan tidak boleh terus dilayan! nanti hilang pula seri diwajah. Senyum..dia terus tersenyum untuk menghilangkan duka kerana sebentar lagi dia akan berada di atas pentas untuk menerima segulung ijazah. Walau ayah tiada lagi didunia ini. tetapi ayah sentiasa berada di hati.
"Finally, after a years, today is the day..ayah, kalaulah engkau tahu, sekeping krtas ni adalah utk kamu. walaupn ayah tiada disini but u still in my heart. Al-fatihah."
Ayat itu lah yang telah menyentuh hati rakan-rakan BBM dia. Dan itulah yang sebenarnya dia ingin luahkan. 

Kepada Arwahyarham Talib Bin Yusof..ketahuilah bahawa anakmu sangat berbangga kerana memiliki dirimu sebagai ayahnya. dan kepada Hapsah Binti Hashim, terima kasih mak sebab sentiasa support anakmu untuk terus menuntut ilmu. anakmu ini tahu ramai yang mempertikaikan niat ini untuk sambung belajar kerana kondisi kewangan keluarga kita. tapi mak sentiasa support untuk terus belajar hingga peringkat tertinggi. hati nak sangat sambung lagi. tapi terpaksa ditahan kerana masalah kewangan. Dia tahu dia bukanlah dari keluarga senang, yang dimana parents boleh support untuk belajar. Berpijak pada bumi yang nyata. mungkin sekarang belum masa nya tapi suatu hari nanti InsyaAllah. 





Al-Fatihah untuk Allahyarham Talib Bin Yusof.


Friday, September 28, 2012

Lebih baik jika dia mencintai kita lebih dari kita mencintai dia

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Sempena jumaat yang indah ini..aku nak share sikit pasal ayat ni:
"Lebih baik jika dia mencintai kita lebih dari kita mencintai dia"
ermmm betol ke?? dulu yes i do! aku carik benda ni..but susah la sebenarnya..macamane la kita nak cinta orang yang kita cinta suam2 kuku tu je? ;p

TAPI....sebenarnya betul sangat perumpamaan tu..SEBAB..kita boleh mengubah dan mendidik diri kita untuk mencintainya dan memberi yang terbaik kepada sebuah perhubungan..tapi sangat sukar untuk mengubah orang lain untuk menyintai kita sepenuh hatinya..

hiduplah dengan orang yang boleh membahagiakan kita dari orang yang menyakiti hati kita je tapi kita terpakse rela sebab kita sayang die..hamaigad!! paham x? hahaha.

Ok la..aku nak pergi membeli dan belah di jusco..hooyeah!

Bye!


Friday, September 7, 2012

Andai Aku Bercinta Lagi...

Bismillahirahmanirahim..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

SubhanaAllah,
Walhamdulillah,
WalailahaillAllah,
WaAllahuakbar,

Assalamulaikum wbt.

Wah3!! terlalu banyak perkara yang dipendam seorang diri selama ni..sekali berblog nak masukkan semua. nak masukkan semua perkara yang dipelajari dalam tempoh berdiam diri. Nak kongsi kepada semua! Aku bukanlah wanita solehah tapi cuba untuk mengubah diri menjadi solehah..insyaAllah =)

Aku akui aku pernah terjebak dalam kancah 'couple'.
couple dalam tempoh yang agak lama.
tapi malas nak cerita bab-bab couple ni sebab baru sekarang aku rasa benda tu lagha, buang masa je...aiyark =.='

Kenapa la baru sekarang sedar kan? tapi syukur sebab Allah masih beri peluang untuk aku bertaubat.
Allah baru uji sikit, tapi Alhamdulillah mata hati aku terbuka luas untuk melihat hikmahnya.
Aku perbanyakkan membaca bahan-bahan ilmiah berkaitan hubungan cinta sesama manusia. Ternyata selama ni aku leka dan alpa dengan godaan syaiton semata. syaiton yang bersorak riang bila dapat menyesatkan anak-anak adam.

Sekarang dan Andai aku bercinta lagi..
Aku mohon agar Allah kurniakan aku seorang imam yang dapat membimbing aku, ahli keluargaku serta zuriatku.
Aku mohon seorang insan yang yang dapat mencintaiku kerana Allah Ta'ala.
Aku mohon seorang insan yang dapat membimbing aku di dunia dan akhirat.
Hanya itu yang aku pandang..aku tidak perlukan seorang yang berjawatan besar, berharta benda, kacak bergaya yang dimana dulu itu tidak lari dari perhatianku.
Sekarang cukuplah seorang imam untuk ku..tempat untuk aku bertanya tentang agama..agama..iye agama..

Mula berhenti untuk mencari yang sempurna dan soleh.
tetapi cuba sedaya upaya untuk mensolehahkan diri ku.
Kerana "yang soleh untuk yang solehah' kn?

Andaiku bercinta lagi,
Aku mohon Allah jauhkan aku dari segala bentuk maksiat yang dulu dipandang enteng saja.
yang aku anggap remeh dan tak pernah terfikir bahawa perkara-perkara itu dimurkai.
Aku inginkan sebuah hubungan yang halal.
Hubungan yang diredhai Allah.
yang bebas berpimpin tangan, berucap cinta dan rindu tanpa salah.

Aku nak kahwin???
Jawapannya..IYA.
Aku nak kahwin..
Jodoh itu rahsia Allah..Tapi Allah juga tak suruh kita tunngu je jodoh tu datang bergolek. kita perlu berusaha diringi doa tanpa putus kita juga berhak untuk memilih yang terbaik ikut kepada kehendak kita. InsyaAllah. yang penting Doa dan S to the A to the B to the A to the R..SABAR! :')

Sumber: google

"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang sangat indah." 





ISTIQOMAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani..

Assalamualaikum wbt.

Lamanya tak update blog! lama sungguh! sangat lame! ishk terlalu lama! aiyoyo lamanye... :)
Entry sebelum ni pun macam tergendala..memang sangat tak istiqomah la hati ni untuk menyambung cerita langkawi tersebut. Nak update sekarang macam burppp xlayan =.='

Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam tempoh mendiam kan diri di blog ini..terlalu banyak dugaan dan cabaran hidup yang berlaku. Berlaku perubahan besar dalam hidup dan aku mula mengenali erti sebuah kehidupan sebenar..ececeh pepoyos je ayat. tapi itulah kenyataan =.='

Ramadhan yang lepas telah mengajar aku banyak perkara baru dalam mendekatkan diri kepada-NYA, sedikit demi sedikit aku cuba untuk berubah menjadi seorang muslimah yang betul-betul dikehendaki islam, yang telah digariskan di dalam AL-quran dan As-suunah.

Bukan senang mahu mendekatkan diri kepada-NYA, ada saja cabaran dan dugaan. semua tu perlu ditepis. Jujur aku cakap perubahan ini berlaku setelah aku diberi ujian yang alahai kecil sangat..ala-ala celah2 gigi gittew..tapi biasa lah aku manusia lemah yang tipis sabarnya. Melalui Ramadhan kali inilah aku mengenali majlis-majlis ilmu yang dulu aku sangat malas nak pergi. aku mula mengenal tahjud yang boleh dikira dengan jari berapa kali aku bangun untuk melakukannya. mula melakukan dhuha yang tak pernah aku nak buat. Teruknya lah kak temah ni!!! 

Masih dalam proses merubah diri. seriously BUKAN MUDAH!! syaiton sentiasa membisikan perkara-perkara yang munkar! Paling sukar adalah untuk melawan NAFSU! Ya nafsu..nafsu yang macam-macam tu =.=' #YaAllahKauIStiqomahKanLahAku..


Friday, February 10, 2012

Bekerja

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah di atas rezeki yang telah diberi. akhirnya saya dah bekerja.walaupun tidak lah gah sangat keje saya namun tetap bersyukur dengan apa yang telah diberi. bukan senang nak senang ni, pelahan-pelahan kayuh la labu oi!

tempat kerja saya terletak di percint 4 putrajaya..so oleh kerana saya insan hina yang tiada apa-apa..kena lah saya back to basic. pergi dan balik kerja dengan limo siap ber driver lagi..mampu???haha..pergi balik sehengget aje..jimat-jimat.hihihi..itulah ia bus Nadi Putra. hoyeah..menetap lah pulak di Percint11 rumah kakanda saya. bila cuti kenalah menagih simpati orang untuk membawa saya pulang ke kampung halaman di bandar baru bangi..haaa kurlas kau temah!!mana2 aje ade orang bawak.mampu????hak3..

dah-dah saya nak bekerja pulak. karang ada yang mengata orang keje kerajaan ni memang tak de keje eh???dok update blog aje keje nye.hakhakhak. tak rela mak noks!!

adios sugus!

Friday, January 13, 2012

Berusahalah wahai si penganggur

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Entry pertama di tahun 2012..pergh bapak teruk kau blogger! bila dah duduk di rumah patut banyak masa terluang untuk mengupdate tapi tak ada idea la nak mencarut ape..adoi apapontakboleh ;p

sejak 2 3 menjak ni baru lah giat nak mencari kerja..mengelupur kejap bila tahu yang rakan-rakan seperjuangan telah mula melangkah ke alam pekerjaan..yang aku masih diawang-awangan..semangat ditanam dalam diri..muka harus ditebalkan setebal kamus dewan edisi terbaru. adui..rembat je apa pun peluang yang datang kerana pengalaman adalah yang terpenting..gaji tolak belakang dulu..

Bumi Allah ini besar..rezeki ada dimana sahaja..terpulang pada kita untuk mencarinya. Berusaha dengan bersungguh-sungguh dan bertawakal. Jika masih tak dapat kerja tu bersabar lah, mungkin rezeki kita belum ada lagi..tetapi mungkin rezeki yang lebih besar menunggu di hadapan..insyaALLAH..setiap kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya ;)

Kerja itu adalah ibadah..kerja kerana Allah dan aku ingin memanfaat dan mengaplikasi segala ilmu pengetahuan dalam bidang yang dipelajari selama 6 tahun kepada yang sepatutunya justeru memberi manfaat kepada komuniti setempat, agama dan negara.

FIGHTING SAHABATKU ;)

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday..bersama teman baik ketika LI tahun 2007..we've meet after 4 years!

Siti Bahiyah u still in my mind ;)

Aku si capek!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.

Lama kan tak update blog? tapi still ade yang melawat..terima kasih awak!! ;)
Hari ni dapat lah mengupdate blog siap tukar header baru lagi..class kau maria!
Yesterday my bad day! sebab semalam harini aku MC..Dislike mc.
disaat akhir di PICC ni la aku nak buat hal. buas sungguh..

ceritanya semalam ingat nak pergi la naik cruise dengan family sebab ada tiket yang valid till this friday..aku memang awal-awal lagi da beli tiket ni sebab half price. dengan confidentnya aku pergi sana ingat nak naik cruise pukul 6.45pm sebab orang tu kata that time kita dapat tengok matahari terbenam. so nice!

Pergi je rupa-rupanya pukul 6.45 tu time weekend..erghh!!! bengkek je. tapi takpe la..tak da rezeki. so plan nak pergi la wednesday yakni hari ini..Time nak balik tu dok la snap gambar 2 3 keping..nah gambar nye:




Then, the last picture aku lah snap..after snap berlari la dekat kereta nak balik cepat sebab da maghrib kan..
tibe-tibe aku terus hilang dari pandangan mata orang ramai..terjelepuk kebawah hampir mencium hincik tayar BLM..pergh..siap bunyi krek-krek lagi..kaki tak boleh nak gerak dah..tapi yang kelakarnya aku siap gelak sakan sebab jatuh. atoi kelaka..nasib baik tak ramai orang..cis bedebah punye longkang..apa rasionalnya anda disitu ah???

ni lah gmbar bertuah tu..dan longkang tu la buat aku mencium hincik tayar kesukaan ku..grr.
Dan akibat dari itu, kaki bengkak!! sakit siot. pergi klinik Zalfah, doktor pon terkejut tengok bengkak kaki aku yang begitu cepat membesar..Doktor bagi ubat and then suruh aku pergi buat x-ray. dkhuatiri tulang patah atau retak atau muscle injury..dah! pucat aku dengar..mana boleh dengar sakit2 ni..aiyoo..aku nak kerja tapi doktor tu bagi MC..erghh..



Dan pagi tadi dah buat x-ray..doktor cakap it's normal..alhamdulillah..legaaa...tapi takda siapa dibenarkan usik kaki aku..kalau taknak kene tendang la..


Yeah..esok datang office dengan gaya jalan terbaru dari aku..jalan si capek! baru style!

Moral of the story..sila pandang jalan ketika jalan!

Sekian ;)


Monday, September 5, 2011

pergh...lama gila tak update blog. sekarang update!

Assalammualaikum wbt.

Perghhh..seperti tajuk di atas..lama tak update kan..sebab bulan lepas aku ditempatkan di unit busy..yakni unit penyelarasan majlis ataupun sales and marketing la..asal nak update je call masuk..ar da tu cane?? terpakse la melupakan hincik blog aku ni buat sementara waktu. kerja lagi penting kan??? dan sekarang ni baru masuk unit baru..iaitu f&b.huhu..cano lak kojo eh nie..sebulan gak den kono dok sini..hari ni lepas report duty kat f&b aku dok jaga jap tempat PA bos sebab harini semua pun cuti..boring ramai yang tak da  ni. so dengan bijaknya aku memanfaatkan masa-masa  yang terluang dengan melengkapkan buku log dan mengupdate blog..hehe..bijak2.

Dah malas nak merapu meraban tak tentu hala dengan kisah peribadi yang buhsan ini. dan walaupun da terlewat, tapi still nak wish SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA!!!

Wednesday, June 22, 2011

Oh sangat mencabar nak cek result exam sem ni!

Assalammualaikum wbt..



keputusan exam bagi semua kampus UUM seluruh Malaysia di keluarkan pada 20 June 2011..tapi aku hanya dapat cek pada 22 June 2011..giler ah!! tak pernah aku buat selamber derk badak aku jer x tengok result exam..tanya kawan-kawan lain semua da cek..ishk3..kalau tak..memang mengelitis aku nak tengok..tapi faktor-faktor lain yang menyebabkan aku tak tengok ialah..portal uum yang banyak songeh lak sem ni, taktaw la kena godam ke hape..pastu tenet umah aku lak yang lagi banyak songeh mongeh..then, kerja banyak kat opis..lastly sebab gigi aku sakit!!!!!! walaupun gigi dengan tangan cam jauh jer jaraknye..tapi bila gigi aku sakit..otak aku pon down sekali..ishk3..

sekali datang kerja hari ni terus bukak portal da..nasib baik portal sudah effisen dan cekap sekali..sekali klik je..jeng jeng jeng...ALHAMDULILLAH..keputusan terbaik yang pernah aku dapat sepanjang degree aku ni..mak ai nampak sangat aku teruk kan!!!haha..

Dah..terbaik aku tu tak lah baik sangat macam kawan-kawan yang lain..just enough for me..walaupon!!! hanya sangat-sangat beryukur pada mu ya Allah..dengan rezeki mu ini..


Friday, June 3, 2011

Khawin lagi!!

Assalammualaikum wbt..

waahh my fren khawin lagi!!! tp kali ni melibatkan diri aku sebelum, semasa dan selepas event..jeng2..excited nak tengok boria..hahaha..apa tugasnya nanti sama-sama la kite tunggu gambar untuk di upload..yang pasti it's different!

actually hari tu da belambak buat entry..lepas tu ade prob pulak mase upload gambar..memang berangin la kan..ah!!!! grrr..nanti-nanti lah post..walau da basi!! nak upload jgk!

sekarang praktikal..so busy sikit lah..malas  nak on9..hehe. ni pon kat opis..tengah rehat..hmm..tak sabar nak balik..jap lagi balik siap2 kat rumah terus ke Bangi Golf Resort..nad nikah kat sana! walaupun tempat keje aku dekat dengan Pullman (tempat nad bersiap-siap) tapi aku balik rumah jer la..senang sikit siap dekat rumah kan..hohoho..nak sambung buat keje..adios!

Friday, May 27, 2011

syukur so far so good

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah sesi pengajian di UUM setakat ni dah selesai..mintak-mintak keputusan exam baik dan tak repeat paper..Ya Allah mudah-mudahan..seminggu berhempas pulas mengadap buku2..penat sangat jawab paper yang berderet-deret nih. huh!

Sekarang di rumah..cuti seminggu jer..lepastu praktikal pulak. aiyoo..i'll miss uum life and semua insan yang pernah di kenali di uum.

sangat berhempas pulas aku study taw dengan makcik2 kantin..tak caye? ce tengok nih;

ha kawan2 pon turut serta
takde lah gempak sangat.hee.
sambil tengok tivi baru best!
memang dasar makcik kantik! makanan takkan tinggal.hehe.

ni gambar terakhir aku amik semasa di uum.baru keluar dewan exam.
semoga semuanya berjalan lancar. one stage a head =)

BELAJAR KERANA ALLAH

Monday, May 16, 2011

Maaf! Peperiksaan Sedang Dijalankan

Assalammuaikum wbt..

pergh berhabuk gile blog aku ni..lame tak update..almaklum la..seperti tajuk di atas..exam mood sedang melanda..dan aku akan marathon 5 paper -.-'

tak suka paper deret2 ni..penat sangat nak study! sampai dah muntah darah tengok buku..fenin2..

okeh dah! tu jer..saje nak merapu..cam bosan tengok blog tak hupdate..muhahaha..

bye3..

p/s: wish me luck! nak terjah blog orang pon takde mase -.-'

Saturday, April 30, 2011

Pulau Payar Awesome!

Assalammualaikum wbt..

Siapa pernah ke Pulau Payar?? i bet tak ramai yang dah sampai tempat tu. huhu..sebab tempat tu exclusive sangat..tiada pelancong yang dibenarkan tido di pulau payar..ops before that, tahu ke pulau payar terletak kat mane?haha..well it's located in Langkawi. mengambil mase lebih kurang satu jam untuk sampai dari Jetty Kuah.

Haa kenapa tempat tu tak dibenarkan untuk pelancong bermalam? sebabnya Pulau payar merupakan kawasan taman laut malaysia. tempat tu ada carrying capacity. feri bawa pelancong boleh datang 2x saja. pada pukul 9pagi untuk hantar pelancong ke pulau payar, dan pukul 3 nak ambil pelancong balik. boat terakhir pada pukul 3..kalau lambat tido la sorang2 kat pulau payar tu..huhu. tapi aku pernah tido kat sana!!! yeay lucky of me and friends..because we did a 'Marine Education & Conservation' there. so after 3petang o'clock..that island is ours.hahaha..mmg syok la bile dalam pulau tu ada kami2 je.

actually why i said pulau payar exclusive and expensive because..untuk snorkeling selama 5 jam je dah kena bayar RM250 and above..kalau nak tido sana pulak dah beribu. tapi tak semua boleh tido sana. VIP pon kdg2 susah nak dapat permission. moslty pelancong dekat pulau tu adalah pelancong luar. susah nak jumpe domestic tourist.

tempat tu sangat cantik! agak jauh jugak kami snorkeling. coral masih banyak dekat situ.but beware because banyak landak laut. landak laut ni berbisa taw! so kalau air surut tu susah sikit la nak snorkeling. asik nak terlanggar coral jer. kita tak boleh sentuh coral!!! sebab coral tu akan mati! sian ikan2 dilaut kalau coral mati. nanti depa takda makanan dan tempat membiak..pastu nanti dia xnak datang tempat tu lagi. sape yang rugi? generasi akan datang jugak yang rugi.

the best part in pulau paya is..we can see the baby shark! serious! but i takot lah..haha..tapi trust me baby shark dekat sana jinak2 berlaka. dia tak makan orang. just jangan bagi makan la dekat baby shark ni. so now lets enjoy pulau payar view!




















Junggle trekking ke menara tinjau

arrived..we can see pulau segantang from here. the nearest island with pulau payar

kami snorkeling sampai ke langkawi coral tu taw..best!! tmbh dengan melawan arus lagi.pergh penat.



Talk about marine education

BBQ nite.

at the morning ok. senamrobik.wehuu..

beautiful vi





Event Cl



Jernih sangat seyh air dia






Fish feeding



Look!! baby shark!


Sayonara Payar Island!

KEINDAHAN HIDUPAN LAUT PERLU KITA JAGA DAN PELIHARA KERANA IA BUKAN MILIK KITA TETAPI KITA PINJAM DARI GENERASI AKAN DATANG