Showing posts with label alam perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label alam perkahwinan. Show all posts

Thursday, August 5, 2010

Benda yang Menghantui Aku Setiap Bulan

Setiap bulan, benda-benda ni memang menghantui aku. Selagi tak setel, dia mesti kejar je aku sampai setel.

 

Duit sewa rumah (duduk apartment buruk+lama pon dah saket kepala)

 

Duit maintenance (apartment lama, maintenance fee murah, naseb baek)

 

Duit kereta

 

Bil astro  (sekarang dah tak pakai astro sebab kami jarang tengok TV)

 

Bil streamyx (kami sangat memerlukan internet)

 

Bil Hand phone aku & asri (Sejak dah kahwin, naseb baek bill dah tak berapa nak melonjak)

 

Bil air

 

Bil elektrik

 

Siapa kata jadi orang besar ni best. Setiap bulan dapat gaji ni lah benda pertama nak kena setel. Ni belum ada anak, kalau ada anak, mau lagi berjela lah list bulanan kami..*sigh*

Life Lepas Kahwin

Dulu masa kecik-kecik sebok nak jadi orang besar. Rasa macam seronok sangat lah orang besar ni. Tapi tak sedar sebenarnya, lagi dewasa lagi banyak benda nak kena fikir. Bukan fikir pasal diri sendiri je, pasal orang lain pon kena fikir gak.

Aku rasa macam faydaapppppppp sangat nak fikir benda-benda orang besar kena fikir.

Bila dah besar ni, banyak sangat komitmen yang memanggil-manggil. Nak tak nak, memang kena hadap jugak benda-benda ni. Macam-macam nak kena bayar.

Dulu masa kecik, kalau nak jalan fikir nak jalan je. Sekarang ni kena fikir duit minyak lah, parkinglah. Selangkah keluar, mesti kena keluar duit..

Nak makan, order je apa yang nak. Sekarang kena fikir, duit ada berapa eh dalam poket. cukup ke nak beli.

Nak shopping, pilih je apa nak. nanti ada lah orang bayarkan. Sekarang ni nak buat macam tu, mau kena penyepak je dengan orang kedai tu nanti. Siapa nak bayarkan duit shopping ko tu. Kalau main beli je, siapa nak bayar bill-bill lain?? Adeh………

Setiap kali nak keluarkan duit, banyak sangat benda-benda nak kena timbang-timbangkan.

Mak kata, sabarlah. Ni dugaan orang baru kahwin. Memang macam ni.

Kak Marina cakap, orang baru kahwin memang macam ni. Tengah nak stabilkan ekonomi.

Nyanya cakap, adatlah. Hidup lepas kahwin memang macam ni.

Banyak sangat komitmen aku rasa sekarang ni. Nak bayar tu, nak bayar ni. Rasa macam nak back to student time je. Senang. Tak payah banyak fikir.

Sunday, June 13, 2010

Untuk Isteri Kaki Bola

Bila World Cup start je ramai yang kecoh. Semua orang kecoh cerita pasal bola. Tokei sibuk dok keluarkan produk pasal bola. Iklan semua cerita pasal WC, pasal bola. Yang perempuan pulak akan cakap husband@partner masing2 dah ignore kan dia. TV dah kena book awal2. Kalau ada game, kena lah bagi laluan. Makan hati jugaklah nak tengok drama tak dapatkan. Malam2 tengah syok tidur tiba2 je tidur sorang2. Ni semua penangan WC.

Tapi bagi isteri@GF peminat bola tegar, tak ada bola pon sama je. Konsep dia, asal ada game je memang tengok bola adalah agenda utama.

Sejak dari zaman bercinta, bertunang sampai dah kahwin ni pun kami dok layan bola bila ada game sebab Asri memang peminat bola tegar. Cuma masa sebelum kahwin, jarang dapat tengok sesama sebab masa yang terhad. Tapi setiap kali kalau tengah keluar ada game, maka tema malam itu ialah menonton bola (game bole yang seosonal macam epl, barclay or apa2 cup ang club main mostly tayang malam waktu Malaysia). Dah kahwin ni, memang setiap kali ada bola, setiap kali tu lah aku ngan Asri dok lepak mamak (rumah aku tak ada Astro, Asri pulak memang bila dia keluar nak aku teman maka aku pon terjebak sama tengok bola).

Bagi aku, kalau dah dapat kekasih yang kaki bola, layankan je lah. Kalau busan sangat, buat lah apa yang patut. Macam aku, masa teman Asri, aku layan la cik tenet. Kalau tak ada WiFi, tengok je lah bola tu skali. Busan memang la busan jugak, tapi dah dia insist ajak teman, teman je lah.

Bagus jugak dia layan bola, dari dok nak layan perempuan je, mau lagi makan hati. Nama pon perkongsian hidup kan, maka kongsi je lah hobi dia kalau tu mendatangkan kebahagian.

Macam aku, sebab Asri selalu cerita pasal player bola lah, cerita bola,  game tu lah, game ni lah so aku agak aware pasal bola ni.Secara tak langsung, aku dapat info. Aku pon tau jugaklah pasal bola. Kenallah player2 dunia. Tau lah apa yang berlaku.

Bukan jadi hipokrit, cuma kita berkongsi apa yang dia minat. Takdelah dia rasa takde tempat nak berkongsi hobi. Lagipon Asri pon sanggup melayan aku dengan hobi aku. Tak salah lah kalau aku pulak layankan hobi dia kan.

Bila ada bola, mesti ramai isteri yang makan hati kan. Yelah, dah lah tak dapat tengok drama, en suami pulak sibuk dengan bola tak endahkan benda lain. memang la hati rasa tersirap je kan. Sebab tu aku cakap tadi, share jelah minat dengan dia. Secara tak langsung, kita terima dengan hati tenang. Kalau susah sangat, surf or buat lah apa yang patut. Lepas tu, deal elok2. Bila kamu nak tengok TV, bila time dia boleh tengok bola.

Untuk para suami@kaki bola, agak2 lah bai tengok bola.

 

image

pakai la macam ni masa teman en suami tengok bola. Mesti die tengok bola kejap je nanti..haha..

Thursday, May 27, 2010

Alam Selepas Kahwin #1

Alam selepas kahwin dengan sebelum kahwin amat-amat berbeza. Baik dari pihak kita ataupun belah suami, semua benda nyata berbeza. Ni pengalaman aku yang baru je 2 bulan hidup berumahtangga.

Macam aku sendiri, lepas berkahwin betul2 mengajar aku erti hidup.Serius! Sebelum ni aku rasa hidup tak ada lah complicated sangat. Selain dari masalah stadi dan rakan2, mana ada lagi masalah. Kawan2 pun enjoy je..Cuma ada lah yang problem (masa aku kat Puncak). Tu pun bukan masalah besar sebab aku ada kawan2 lain. En Tunang aku pun selalu je membantu. So bagi aku hidup sangat senang.

Dulu tak payah la nak fikir pasal banyak benda. Yang aku tau, aku kena stadi untuk dapatkan degree. Yang lain2 kak ngah uruskan, dibantu oleh En Tunang tersayang. Dulu kalau tak cukup duit makan, dengan panggilan telefon je da okie. Sekarang ni, kalau tak cukup duit makan, pandai2 lah kau nak survive.

Dulu sebelum kahwin, masa hidup dalam tanggungan keluarga, tak payah lah nak fikir2kan pasal ekonomi sangat. Nak shopping ke, nak apa lantak la ko kan. sekarang ni, belanja kena berhati2, takut terover budget kang merana pulak sementara nak tunggu gaji. Orang luar tak kan amek tahu ataupun sudi pun nak tolong. Nak menekan lagi ada. Kita suami isteri je yang tahu betapa peritnya poket kita ni.


Caption:Budget shopping memang jadi lebih sket le..

Kadang2 lagi perit bila orang dok mengata kita menghabiskan duit suami sebab si suami asek tak berduit. Oih, dia lupa agaknya tanggungjawab suami lagi berat. Lupa ke lelaki kena menyediakan keperluan, kereta, makan, rumah. Semestinyalah duit suami lagi cepat habis dari sang isteri. Bonus kalau isteri sanggup menanggung beban tapi yang melihat tak layak untuk menuduh isteri menghabiskan duit suami ataupun nak cakap si suami kena pijak dengan isteri. Kalau ada isteri yang pernah mengalami perkara macam ni, tolonglah pesan kat encik suami terangkan tanggungjwab suami kepada mulut becok itu.

Sebelum kahwin, kemas rumah, basuh baju, masak semua dah tersedia dah. Mak aku dah buat semua benda. Cuma dia akan bising bila keadaan teruk sangat. yelah, anak dara dia sedikit pemalas..hehe..tapi bising2 mak kita tak sampai kemana pun. Kejap je. tak masuk dalam hati pun. cerita keburukan kita taklah dijajakan ke orang lain. Tak ada pulak orang lain tukang sound kan pasal keburukan kita. Jadi nya emosi sebelum kahwin agak stabil sebab tak ada masalah jiwa yang meruntun2.Tak ada tekanan sebab nak memikirkan orang dok mengata dan fikir yang bukan2 pasal kita.

Untuk yang baru nak kahwin, aku pun baru kahwin jugak. sekarang ni still dalam phase penyesuaian dengan keadaan baru. Memang banyak yang berubah alam selepas kahwin. Dulu bujang, duduk dengan famli, banyak benda dah dibereskan. kalau duduk bujang sekalipun, tu bukan masalah besar. kalau nak makan, beli je kat kedai. Tak payah nak penin2 nak kena masak apa. Basuh baju untuk seorang, kemas bilik bujang yang tak seberapa. Yang duduk dengan famili, dapat pulak mak yang surirumah, jadinya kerja rumah tak adalah berat sangat. Balek kerja, mak dah masak, baju pun dah siap dibasuh. Jadi senang lah hidup. Ada jugak yang memang dari sebelum kahwin dah memang rajin buat kerja. Tapi tak sama buat kerja dirumah sendiri dan buat kerja dirumah mak mertua (kalau duduk dengan mak mertua) sebab kat rumah mak mertua ragamnya lagi banyak. Lagi banyak mata yang memerhati. Lagi banyak hati nak dipuaskan. Kalau yang memang kahwin2 terus duduk sendiri, segala keperluan rumah kene diuruskan sendiri. (kecuali kalau ada maid, kawin2 terus ada maid)

Maid sehot J.Lo is a no-no.Kang bermadu la korang..

Jadi nya kesimpulan yang aku boleh cakap, hidup selepas kahwin dugaan dia lagi banyak. Mental kena kuat untuk terima sebarang perubahan drastik. Suami menjadi watak utama untuk sama2 mengemudi masalah yang timbul. Bukan dok diam je bila sesuatu terjadi.






Thursday, April 8, 2010

perkahwinan

They say that marriage makes a man dizzy, and it's true. As soon as I got a wife, I lost my balance at the bank.

* Men want 3 qualities in wives: Economist in the kitchen, artist in the home & devil in bed. But they get artists in the kitchen, devils in their homes & economists in their beds.

* Q: Why do women live longer than men?
A: Shopping never causes heart attacks, but paying the bill does!

* Before marriage: Roses are red, sky is blue. U r beautiful, I luv u. After marriage: Roses are dead, I'm blue. U r my headache, one day I'll kill u.

* Getting married is very much like going to a restaurant with friends. You order what you want, and then when you see what the other person has, you wish you had ordered that.

* Man: Is there any way for long life?
Dr: Get married.
Man: Will it help?
Dr: No, but the thought of long life will never come.

*aku dapat post melalui emel.

Thursday, April 1, 2010

hidup baru

aku dah kahwin sekarang..aku kerja baru..life aku semua baru..even rambut pon baru..aku baru potong rambut..dah lama aku tak potong rambut pendek macam ni..sori, aku belum ada masa nak cerita pasal wedding..sangat banyak perkara yang berlaku..sekarang ni aku tengah cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang..
rutin aku agak berubah sedikit sekarang ni..cuma life aku agak terisi..rasa lebih bermakna..even baru 2 minggu hidup bersama suami, tidur sebilik, sekatil, tapi aku faham yang selama ni orang cakap kenal suami even die pakai sari pon..aku macam tahu kenapa..
seronok bila bangun pagi, ada orang kat sebelah..sebelum tidur, ada orang dodoikan..bila sejuk tengah malam ada orang boleh panaskan..bila aku tak boleh tidur, en suami akan teman aku bercerita sampai aku ngantuk.tapi aku susah nak merajuk lama..kang tak pasal2 dapat dosa kering..contoh kalau merajok konon taknak pandang dia, bila aku palingkan badan tak menghadap suami makanya sudah berdosa aku kalau suami tak redha dengan perbuatan aku.jadi tak bolehlah nak palingkan muka@badan..walaupun merajuk, hadap je lah muka suami tu..
semua kerja rumah dibuat bersama..biarlah kalau ada orang nak mengata isteri pemalas kalau suami kita tolong buat kerja rumah..mungkin akan ada yang mengata kita queen control, pemalas, buli suami kalau suami tolong kita buat kerja rumah..suami tolong ambilkan barang dikata isteri kaki buli..mulut orang akan mengata semua yang kita buat..yang penting, suami nak tolong.
sekarang bukan macam dulu isteri duduk rumah je..isteri sekarang bekerja..jadi kerja rumah pon kena dibuat bersama juga..kalau isteri duduk rumah pun, yang ada anak ramai, tak salah suami ringankan tulang tolong isteri..
isteri tugas die melayan suami sahaja..bukan orang gaji dirumah yang nak kena layan karenah semua orang..