Showing posts with label workout. Show all posts
Showing posts with label workout. Show all posts

04 August 2016

True Fitness Gym

Yes, finally aku  join gym. After like.. almost 10 years?

Dulu Fitness First sebelum kawin.

Then ngandung ke Sofeya aku quit gym.
Lepas tu breastfeed to tak ada masalah kegemukan. Makan la mcm gajah sekalipun tapi maintain kurus.
Tapi lepas habis breastfeed gemuk la aku..apa lagi!

Then start aktiviti lari2 ni so kurus balik. Terasa cun masa tu.
Pas tu mr p sakit lutut so dgn aku2 skali tak lari. Maka menembam balik.

Sekarang bila dah mencecah 50kg, sedar2 la diri konot.




Sebab gym dekat dgn rumah, harapan nya agar gigih la pegi hari2. 

We started lepas raya haritu. So far pagi2 memang pegi classes dia. Nasib la classes pun banyak.

So far aku dah pegi

- Body Step
- Body Pump
- Zumba
-Sh'Bam
-Grit Strength


Paling aku enjoy, mesti lah SH'BAM!!




Sebab class ni memang menari semata2. Comparing to Zumba, yang ni lagi best. Kalau terer menari lah. Kalau memang tak de bakat menari, toksah ler. Pegi la class lain diam2.Hehek



Body Pump, memang aku suka jugak, sebab mengharapkan class ni la utk bagi tone sikit badan.



Mula2 masuk ni pakai weights sikit2 dulu la ye, jangan ambitious sangat!


And oh ohhh dah lama tak bergym ni dah banyak class baru. 



Grit Strength!



Gambar orang je la, gambar aku belum mampu!


Similar to Body Pump, tapi shorter (dalam 20 mins) but lagi INTENSE!

Konsep HIIT (High Intensity Interval Training) gitu.

Yang ni obviously bukan favourite aku, tapi very effective kalau nak tone badan cepat. So nak tak nak, aku rasa at least twice a week aku nak masuk jugak class ni.


Class lain, boleh lagi la nak gelak2 sengih2 dgn mr p.


Yang ni, menggigil hoih tangan. Sampai pucat muka. 



Tak kurus jugak aku tatau!














22 April 2015

Mi Fit, Mi Band (ke haper ntah nama dia)

So I got this new tracker.




Mi Band nama dia. 



This thing, pakai mcm bracelet kat tangan, and it will track your movements. Kan ke untuk maintain healthy lifestyle, kena at least jalan 10,000 steps a day?

So this can track your daily steps, calories etc.

Murah je kot.. tak sampai seratus rasanya. But only compatible dgn Mi phone lah.




Comes with the charge boleh cucuk kat USB (charger kot, aku tau pakai je semua mr p yang buat)



Ni la rupa dia. Detachable, so boleh pakai lain2 color kot nak matchy2 dgn henbeg :p


Ni gambar semua aku google. Dasar pemalas nak ambik gambar camni la.



So first day aku pakai, and there you go!




Belum pukul 6 petang dah cukup 10,000 steps tahu!!



Terasa terer jap. Tapi dalam hati ada jugak was2. Mcm terer sgt. Padahal it was Thursday and aku puasa. Tapi ada jugak kemungkinan, sebab I feel housewife ni lagi tak duduk diam. Ada je keje nak kena buat.


Second day, tak puasa, and guess what, by pukul 1pm je dah cukup 10k steps.


Ok bertambah was2. Tapi sebab pagi tu aku berlari 20 minit so maybe lah...



16/4 - Thursday

17/4 - Friday 

18/4 - Sabtu 

Aku start pakai tangan kiri. Nak tengok ada beza ke tak. Mungkin bila pakai tangan kanan ni terlebih byk gerak. Ye la aku makan pun angkat turun tangan so ingat aku berjalan kahkahkah..

Fine, tak cukup 10k steps but its Saturday! Plus I slept lepas Asar till 6.30pm sebab migraine teruk ya amat.



19/4 - Sunday

Melampau2 kan stepsnya? Sebab pagi tu KL CAR FREE  MORNING jadi aku dgn mr p lari 10km, and another 5km in the evening. So ok la logik


Then kalau tengok seterusnya agak logik la kan... slightly above 10k steps daily. Ni sampai semalam la..


Tapi macam tak selesa pakai tangan kiri sbb biasa kiri aku pakai jam. Maybe akan ku pakai tangan kanan tapi target tu increase ke 12k atau 15k per day kot..


So gitu lah.. antara effort nak menguruskan badan.


Dah tu je nak citer. Ok bai.



15 April 2015

Activity2 berlari yang terlupa nak cerita

Bila tengok2 gambar baru aku realized ada few running events aku lupa nak update.

Dah tua akak :(



Gambar ambik FB Liza


Gambar pun aku x de, pinjam gambar org je la yeh?


Ni last year, November kalau x salah

MRCA run, dekat One City Subang Jaya. 10km je kot. Masa ni tengah kurus dan fit. Sila la tenung lama2 dan abadikan kenangan indah ini forever sobssss




Ni MCIS run, dekat KL. Mid January haritu

12km tak salah aku. Fitness a bit down the drain sebab badan pun dah tembam.

Baru habis cuti sakan kan bulan 12 tu. 



Rupanya ni la last run aku yang boleh dibanggakan. Lepas ni je, haram tak de lari langsung. Bulan 3 haritu he yg MWM2015 10km last  minute aku masuk


So far mmg tak de lagi event aku register. Sumpah tak konfiden dengan diri sendiri. Umpamanya, sekarang ni aku baru nak start balik eatclean and workout.

Hazab, tau tak?


I tell you, kalau dah ada momentum utk healthy lifestyle tu, jgn la stop. Terbabas sekali sekala tu normal. Tapi to stop for few months, mmg amatlah sakit jiwa raga bila nak start balik.




Ni mr p bagi aku schedule utk lari kat treadmill pagi2.

Nampak tu, BEGINNER ok.. BEGINNER!!!!


After 1st day dia tanya "penat tak? ke nak tambah?"

Without thinking I just said "PENAT!!!!"


Nampak cam senang tapi penat la jugak. Tambah lepas tu aku naik tangga pulak sampai tingkat 12. So no no no... tak mau tambah. Next week kita tambah ok?


Dah la pagi lari, naik tangga. Balik ambik Balqis naik tangga lagi. Petang aku buat strength pulak.


Hoi penat!


Tapi apa nak buat. After about 5 mths of honeymoon lemak dlm perut, I'm guessing I need to take another 5 mths nak get rid of them.


Padan muka sendiri.




09 April 2015

Ironman 70.3 Putrajaya 2015

Ni cerita Ahad lepas.




Bagi yang tak tau,

Ironman = Swim + Bike + Run

Full Ironman means

Swim 3.8km
Bike 180km
Run 42km


Ironman 70.3 means ko kena buat separuh dari di atas


Ada paham?


Kalau betul2 paham sila pitam.


Now sebelum korang speku aku atau mr p yang masuk, no no no.. kitorang (aku especially) belum sampai tahap ni lagi.

Mr p masuk team. Maksudnya bukan buat sorang all 3 events, dia cycle, org lain swim and another run.

Lutut dia (mr p) injured last January (tak ingat aku citer ke tak) berkat main futsal. So aktivity berlari mmg stop kejap. Tu pasal dia masuk cycle je. Cam dia bagus la, ada jugak pasang angan2 nak masuk ironman.

Aku?


Aku???


Jadi support crew pun cukup lah bang!


Anyhoooo


On the day itself, aku dgn anak2 semua pergi tunggu. Tunggu mr p habis cycle, and lepas tu tunggu lagi sorang habis lari.

So all in all dlm kol 3 lebih jugak la baru habis, dari pagi!


Aku yang jadi penunggu ni pun penat satu badan (serious tak tipu) and basah lencun peluh sbb panas ya ampun.

I KENOT imagine korang yang masuk tu mcm mana!


Masa nak tunggu kat finishing line (lari), aku rasa nak tepuk and cheer kat SEMUA FINISHERS!


Sebab, I think you guys are SANGAT HEBAT DAN SANGAT AWESOME!

Tak kira la buat team, and tambah lagi kalau buat sorang. The fact that kau boleh  buat keje gila ni tengah2 panas, and finish the race tu mmg sangat hebat!

Tu baru half ironman ye, belum full.


I think aku appreciate sgt benda ni, sebab aku dah tau betapa penat and hazab nya berlari. Ni pun gaya2 21km je paling jauh aku pernah buat. 

Kau bayang la boleh swim, bike, then RUN another 21km tengah2 panas!!


Mcm mr p, dia actually pernah je ride lagi jauh few times before this. Yg ni cuma 90km (cuma????) tapi what makes it challenging sebab tengahari buta tengah panas.

He said few times mmg nak giveup je rasa. Panas, dehydrated, mabuk, nak minum pun tak lalu.

Tapi mengenangkan ada kawan lagi sorang tengah tunggu nak lari, dia gagahi jugak.




Kiri, bersama support crew hekhek

Kanan, bersama team ironman!


Selalu aku pegi event running, ni first time pegi tengok ironman.

I have to say, perasaan SANGAT LAIN. Like a whole new level. 

Running? Semua boleh buat.. but Ironman? Mannnn... memang hebat sgt kalau kau boleh buat!


Look at their physical pun nampak lain. Badan semua lean and mean. 


Korang kalau nak cari motivation nak kurus, meh la event2 mcm ni. Konfem semangat weih!

OK mari kurus sesama!

#gigihtakmakannasi

29 October 2014

Weight loss 3.0

Kenapa 3.0? Sebab seingat aku ni kali ke tiga seumur hidup aku yang SERIOUSLY nak kuruskan badan, or specifically get back in shape in a healthier way.

Nak diikutkan sibuk kurus, dari dulu2 zaman sebelum kawin lagi gedik nak kurus tapi tak tau cara yang betul. Asyik tahan makan, pas tu eksesais ntah apa, ambil pil la, sapu losyen la.. 

On off gitu gini, biasa2 berat aku 47-48kg.



Weight loss 1.0 seingat aku tahun 2006-2007 camtu.  Berat aku time ni mencecah 56 kg!!!




Bangga plak tuh senyum depan camera!


That is almost 10kg terlebih muatan. Tapi yang best aku tak rasa gemuk. Hebatttt..

Motivation untuk menguruskan badan masa ni adalah..ehem... mr p lah. Time DIA NGORAT AKU (kena bagi besar sbb dia selalu kepoh aku yg usha dia ceh) one of our activities adalah pegi gym sama2. Masa tu pulak ofis aku mmg dekat dgn Fitness First so mmg selalu lah aku join fitness classes.

Time ni makan so so, tak de la menjaga sgt. Tapi sbb aku mmg kuat workout, so berhasil jugak la.



Time kawin 2007. Dlm range 48kg mcm tu. 



Then branak Sofeya, badan x naik2 sbb breastfeed. Makan mmg champion lah aku ni. Sampai org suspect ada cacing dlm perut aku ni sbb asyik makan manjang tapi x gemuk2.


Best sungguh, Mmg syorga.


Weight loss 2.0 hujung tahun 2012, masa tu dah brenti breastfeed for more than a year. Tapi perangai makan cam bela hantu raya masih diteruskan. Hasilnya...




55 kg. FIFTY FREAKING FIVE.

Masa ni mmg agak serious menguruskan badan. Tambah pulak mr p pun sama2 jaga makan and workout and dia sendiri dah berjaya hilang about 30kg. So motivation kali ni adalah kena jadi kurus and cun sbb kalau husband kau kurus and hensem kang sapa susah?


Makan mmg jaga. Workout mmg intense and I started joining running events masa ni.





Malas nak godek gambar, recycle gambar dlm entri sblm ni.

Berjaya turun paling rendah mencecah 46kg. Bodyfat rasanya dlm range 20-21%.


And now, biasa lah.. manusia mmg cepat lupa. Perasan kurus manjang. Makan especially, mmg aku tak jaga for these past few months.



Hasilnya, Weight Loss 3.0 skang ni lah. Sebab berat aku, dah mencecah 50.5kg. Bodyfat dah 22.5%

Citer kat kakak aku, dia nak sedap kan hati

"Hang berat muscle kottttt"

I wish. Tapi kalau perut dah bertingkat2 lipatnya... impossible la muscle.


*nangis*


Sila ambil perhatian, tinggi aku 150cm je. So for 50kg at my height, adalah gemoks.


Skang ni, plan is JAGA MAKAN and WORKOUT.

Baru 2 minggu camtu. Masih x nampak hasil. (acaner nak hasil kalau pegi melaka makan nasi berkodi2!!!)

Tapi tak pe, kita bersabar dan teruskan usaha. 


Hopefully by end of the year dapatlah berat and body fat yang diingini. 

Dah.. tu je nak citer. 











25 April 2011

konot naik beskal



yeap, my first ever cycling event (in fact aku punya first ever sports related event). and the conclusion,

- kaki aku sakit sampai hari ni
- m kumaresan sangat hensem giler babas.

hek hek..  gatal…

mr p bagitau aku last few days kot MPSJ ada organize saja suka suki cycling event, 15km jer pun, plus USJ punya area mana ada bukit2.. jalan flat jer. aku pun, ok lah.. tak de bukit, aku on. kalau ada bukit, sori naik lori makan kari ye bang?

so dgn semangatnyer mlm tu mr p dah bukak tayar beskal, pack semua brg masuk kereta. kol 5.30 pagi dah bangun mandi manda and bersiap. 6.20 bertolak from melawati and terus menuju puncak ke rumah ibu mertuaku. (dekat dgn mpsj)

sampai je, pasang balik tayar beskal and tunggu kawan2 mr p yg lain. 4 of them, plus aku sorang je pompuan gedik.  so kitorang pun pegi la kayuh ke MPSJ (2 minit jer dari rumah MIL aku).

dah ramai participants yg sampai. berjenis2 beskal ada. bebudak pun ada kauuuu.. dlm age 10-15 tahun mcm tu. mr p kata, kalau budak buleh kayuh, takkan aku tak buleh kan? iskk.. da ingat aku ni fit sgt. dlm hati, mampus ler kalau aku last nieh.. malu weihhhh

so event started. ucapan itu ini, light stretching sikit. and jgn tak tau, M KUMARESAN (and another national cyclist, tak ingat nama) pun ada!!!!

mamat tu (M.K) sgt hensem.
sangat!!!
hensem!!!!


 pic googled - kat luar 17 kali lagi hensem!

ala2 bernard chandran gitu.. charming punya hensem. manis. I like! sbb tak de kawan pompuan, tapi aku masih menggedik, dgn mr p pun jadik la aku nak ber drooling. tanpa segan silu aku toleh and cakap kat mr p

“tu ke m kumaresan?? hensem nyer dia!!! hensemnyer!!!”

eh ni citer laki hensem ke citer naik beskal?? kau ni mmg gatal la konot…

ok la. so dah start cycle.. baru kuar mpsj 2 minit aku dah tgk the meter (apa nama benda yg keep track distance kat beskal tu, aku tatau nama) baru 500 meter.. ohh nak nanges.. bila nak habis? hauhauhauh

so kayuh, and kayuh, and kayuh..

oh lupa, masa mula2, dapat route, mr p kata “ehh ada bukit la….” aku dah terbeliak bijik mata. rr p kata “relax la.. kita kan dah training”

riteeee.. takat 2-3 kali tak consider training tauuuuuuuu.. huwaaa. tipah tertipu!!!

so ok.. aku pun kayuh, and sampai the first bukit, somewhere kat nak sampai summit tu.. ok la.. not so bad.

then another bukit.. then another, and another… kaki aku dah nak tercabut. and aku rasa mcm aku ni dah last skali. sbb moto polis dah betul2 blakang aku..

owhhhh nooooooo.

malu tahap dewa. malu ok.. malu!!!

mr p pulak siap jerit2 konon cheer aku suruh come on!! come onnn!!! aku rasa ni taktik dia nak bagi smorang tau yg dia lambat bukan apa.. sbb tunggu bini.. caitttttttt

ramai pulak bebudak yg aku tgk lagi depan dari aku. pelik jugak. takkan aku ni slow nak mampus kan? sampai kan budak 10 tahun boleh potong aku. nak sedap kan hati.. diorang ambik short cut.. ngahahhaha

then mcm dah byk kali naik turun bukit kan.. yg mr p ni pulak keep on insisting “tak pe.. ni last bukit.. lepas ni tak de dah” and keep on saying that phrase for like.. 2-3 times kot?? sampai satu tahap aku dok jerit kat dia “sudahhhh!! i tak nak caya cakap u dah!!! tipu tauuuuuuu!!!”

sib baik laki aku dik non.. kalau org lain mmg konfem aku hempuk dah… hahhaha

so after like 40 (ke 50 minutes)  kitorang pun sampai MPSJ balik.. tapi… u know wat… salah jalan daaa… ntah mcm mana.. ada sorang pakcik tu pegi belok salah jalan, and end up ramai org yg ikut dia.. habis separuh of the participants salah jalan kot.. so kurang 1-2 km la.. tak cukup 15 km.. hmm.. tak per la..

patut la aku rasa mcm aku last.. rupanya salah jalan (nak sedapkan hati. padahal klu jalan betul pun aku last jugak kot)

puas hati. well at least aku habiskan jugak la kan (walaupun salah jalan). sbb byk jugak yg aku tgk dah belok masuk rumah masing2 hahahha (suker ye kau gelakkan org).

dah habis tu, aku nampak M Kumaresan masuk with the geng, naik beskal and masuk terus MPSJ. iskk.. kalau dia jalan kaki, mmg konfem aku pegi tahan dia nak ambik gambar.

oh ye.. ni tak de medal ke menang ke haper.. like I said.. saja suka suki. (nak sedapkan hati hek hek)

mr  p kata lepas ni buleh masuk Malakoff yg 60km cycle tu.

ENAM PULOH?????

u pegi cycle sorang la bang… i jadik cheer leader eh?

jessica alba.. eh.. bukan..

some of us who joined..

tak de byk gambar.. camera man aku (SIL) MIA. elok la jugak.. idak nampak  muka aku tak semenggah..

28 March 2011

jom naik beskal..

ada sekali dulu aku cerita sipi2 yg mr p belikan beskal kan?

well sejak beli tu.. memula semangat naik kauuu.. lepas tu elok jer terletak kat porch umah aku berminggu2. mr p je yg dok naik alternate beskal dia, beskal aku, beskal dia, beskal aku.. :p

jap jap sebelom tu, sesapa yg dah biasa berbeskal berpuluh2 km naik turun bukit segala, tolong pi baca blog lain keh? nanti korang gelak nak muntah hijau baca pengalaman aku naik beskal yg tak seberapa ni. :)

memula naik dulu mmg aku nak muntah kedarah. padahal naik ronda2 kat melawati je pun. adalah bukit sikit2 sana sini, yg tak steep sgt pun mr p bawak aku. but being me, yg dah bertahun2 tak eksesais (dulu ada sekali attempt nak jog kat klcc, but dah tukar keje ni harammmmm) so bila nak kena kerah naik beskal even 10 km pun aku nak nanges!!

seriyes, dah separuh jalan tu aku mcm nak nangis2 cakap kat mr p "alaa.. u pegi la cycle balik rumah, ambik keter meh dtg ambik i boley?"

hmphhh. tak jalan kauuu.. dia kerah lagi aku perabih jugak cycle.

sakit segala sendi2 aku tauuuuuuuuu...

tu citer few weeks ago. last weekend mr p ajak naik beskal lagik. memikirkan rege beskal yg tak berapa nak murah (and memikirkan badan aku yg tak berapa nak kurus) aku pun ikut la cycle.

pagi sabtu kitorang buat rilek2 jer (sbb dah lama tak cycle, kang tekujat otot2 yg yg dah lama diselubungi lemak ni)

petang sabtu mr p ajak naik bukit. sapa tinggal melawati tau tak area bukit kat KK club tu? (ke K club nama dia? aku konfius dgn KK kedai tuh ngahahha).

baru tak sampai 10 meter kot aku rasa satu badan aku dah menggigil lutut sendi makdi tokdi semua nak tercabut segala. tangan aku dah terhuyung hayang pegang handle beskal mcm nak terbalik masuk gaung pun ada.

mr p kat blakang aku dok cheer kasik semangat konon supaya aku jgn stop, sebab kalau stop tgh2 bukit lagi payah nak start balik.

harammmmmm tak jalan!!!

aku stop. pasal aku rasa mcm nak terhuyung hayang sgt dah. silap2 aku masuk gaung kanggg..

mr p kata patah balik, start dari awal.

giler bapak aku rasa mcm nak nanges!!!!


hantar i balik rumah mak aiiiiii!!!

so patah balik ler aku..start panjat bukit dari awal. nak sampai ke puncak (alahhh..tak tinggi mana pun.. aku rasa org yg dah besa kayuh tu boleh naik turun 10 kali sementara aku nak sampai ke atas) tu adalah 2-3 kali jugak aku brenti (but tak turun balik dah). but eventually i made it jugak la.. :)

bangga jap dgn diri sendirik (yg gemuk iniehhhhhh)

aku tabahkan jugak la hati (and kaki) nak kayuh and melepasi bukit berbekalkan semangat nak kurus and pakai skinny jeans.


agak2 lepas sebulan ada harapan x aku nak jadi mcm ni?

jap iklan japs..

haritu aku try sarung skinny jeans kat dorothy perkins. ambik size 8 (dlm hati berkata2 size 6 pun ok kot....) sekalik sarung, mcm sarung nangka daaaaaaaa.... (ada hati nak size 6). terus try size 10 dgn hati yg shedihhhh..

gambar aku pakai skinny jeans ada aku ambik dlm fitting room. tapi tak sampai hati nak tepek kat sini takut korang troma tak mo baca dah blog haku!

ok iklan habis.

so there.. hari ni (monday) satu badan aku sakit dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki.

tapi naper aku tak kurus2 ni haaaa????? 

*all pics googled*

04 April 2006

Hello, (mcm type email plak)
Lama tak update blog…I think ada disease super malas among the bloggers, coz baca few of hardones punya members summer pon malas nak update blog.

Latest update :
1. Abg man my classmate baru dpt baby boy, congratulations. He is so happy… 4 years of waiting for a boy, finally got one. His 3 angel’s are happy as well dpt baby brother
2. Hardones is having reunion on 12 may and I have presentation on 13th! Demnn….how? how? Think hard!! Most prob I will negotiate dgn lecturer either to postpone the presentation or the grup can present without me.
3. I have a new sports activity…SWIMMING!! Hehe…

Semenjak tinggal kondo, baik la guna the facilities ek?
So after balik keje, solat, then bedebusss!!!! Terjun pool kejap… eventho tak tau mcm mana swin sgt, but my fren ader la ajar sket2…so buleh la takat nak menhilangkan kalori tiap2 hari tuh…meanwhile maid and balqis will teman me swim, and balqis will either play kat playground or jalan2 tepi pool teman aku swim. So sweet of her..:)
Last nite..after swim aku teman dia main kejap. After few mins, tgn pon dah kecut, I ajak-ed her naik atas.

Me: balqis…jom kita naik atas..mama nak mandi..
Balqis : alaaa…nanti la…adik nak main..
Me: ok…yg ini last kay? 1 more..
Balqis : alaa…adik naik gelongsor 1,2,3 sampai 10 kay?

Isskk…byk negotiate la plak budak nih..
So she naik the slide sambil kira…. 1….2…..3… pas tuh..

Balqis : ok…adik nak naik jongkit2 kejap..
Aaiikkk…pandai plak in between kira nak ada main lain plak…
Me : ok..tapi cepat sikit..baru 3 ni…lepas ni 4 pulak..

Lepas main jongkang jonkit tuh…

Balqis : ok..adik sambung gelongsor lagi….number 3 okay?
Me : ehhh…skang dah 4 la…tadi kan dah 3 (dlm hati…pandai pulak nak buat 3 dua kali..ingat aku lupa nak kira…)
Balqis : tak der….tadi 2..skang 3… apa la mama niii…

Lepas 3 (again)…”nak naik buai la…” or “nak naik horse la…” isskkk..
Abih kecut satu badan… layan princess sorang nih…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...