Mula-mula macam malas nak cerita, tapi bila fikir-fikir balik, saya mahu orang tahu kebaikannya dia dan mendoakannya.
Semasa transit di Bahrain, saya bersama dengan salah seorang mangsa kemalangan yang berlima tu. Menjadi tanggungjawab untuk memastikan keadaan si adik dalam keadaan yang baik., kan Yanna? hehe. Sampai di airport, Yanna nak makan ubat. Jadi, saya pun berjalan-jalanlah mencari kedai yang ada jual air mineral.
Saya bertanya kepada kakak penjaga kedai, bolehkah saya membayar dalam USD.
Ye, memang boleh, tapi sayangnya mereka tiada baki dalam USD. So, ingat nak gerak pergi kedai lain dah. Tapi tiba-tiba di sapa oleh seorang lelaki kulit putih (mat salleh), berusia linkungan 40an.
" What do u want to buy miss?"
"Mineral water"- jawab saya ringkas sambil membalas senyumannya.
"But she said she has no change for USD"
"Yes, but its ok, i'll buy at another shop"
"Hmm, what about if i pay for u?"
"No, thank you sir, i can go to another shop"
"No, no, no, let me help you. Do u want some cookies?"
"No, thank u sir, just a mineral water"
Masa ni, lelaki tu memandang pada kakak kedai sebagai tanda isyarat yang dia akan bayarkan untuk saya. Oh, lelaki ni bayar guna kad kredit.
"But sir, i already swipe your credit card"- jawab kakak kedai yang comel.
"Hmm, its ok, can u do it one more time so that i can help her"
" Yes, but the minimum is 5BD. That will just cost [ ] --> tak ingat. hehe
"Its ok, how about if i take another things so that the total will be 5BD?"
Maka lelaki tersebut minta kakak tu tambahkan beberapa makanan untuk cukupkan nilai 5BD tu. Juga sekali lagi beliau mempelawa saya untuk mengambil biskut. Tapi mestilah tolak, malu kot. Cukuplah air je yang free. :)
"Im Danny, whats ur name?"
"Sharifah"
" Sharifah, i want u to enjoy ur time here. I want everyone to be happy. Just enjoy the beatiful scenery."
"Thank u so much sir!"
Sepanjang duduk di tempat menunggu, saya memerhatikan Mr. Danny. Sungguh, dia orang yang sangat ceria. Tak lekang dengan senyuman. Hampir semua orang disapanya. Baik berkulit putih, hitam, hidung mancung ke tak mancung ke, dewasa, mahupun kanak-kanak. Kagum melihat peribadinya. Pasti disenangi orang. Kalau Mr. Danny pun dah cukup baik, apatah lagi akhlak rasulullah. Mesti super duper hebat dan mampu menpengaruhi jiwa-jiwa manusia.
Saya mahu semua orang doakan Mr. Danny. Doakan yang terbaik untuknya, mana tahu satu hari nanti dia akan bersama kita. Ya, bersama dalam agama kita.
Sungguh, saya sangat kagum dengan beliau. Disenangi semua orang.
Bila bercerita pada kawan-kawan tentang Mr. Danny, saya akan describe dia " Macam sesuai lah kalau dia nak berlakon jadi doc dalam cerita House"- ^_^
ps : Eh korang, kalau ada salah grammar ke apa ke, bagitahulah saya. English saya memang teruk pun. T____T. Bantulah saya ye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kalaulah mr danny tu leh baca ni..bangganye dia..terharu..
semoga Allah membuka hatinya :)
bertuah dpt orang macam tu lebih2 lagi sebagai pendakwah :) ameen, ya Rabb
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
约炮交友直播间平台 , 交友吧 , 美女视频直播 , 国际交友网站 , 徵婚交友网站 , 相亲网 , 徵婚交友讨论区 , 免费视频聊天 , 视讯聊天室 , 104meme影音视讯聊天室
Post a Comment