pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, August 5, 2011

OTAK:BERPUASA TIDAK MENJEJASKAN PENYUSUAN BAYI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

masa berpuasa ni kadang-kadang penyakit yang tak ada pun jadi ada...hihi...ada yang tak gastrik,bulan puasa ni jadi gastrik pulak.ada yang kena pedih hati lah dan macam-macam...apa pun kembali kepada fikiran otak kita.kalau otak kita berkata BOLEH maka semuanya jadi boleh.tapi kalau OTAK dah kata tak boleh,maka memang tak bolehlah jawapnya.maka di sinilah letaknya peranan OTAK pada kita.

sama juga dengan penyusuan bayi ketika berpuasa.bagi CITH,al hamdulillah mampu melakukannya sejak dulu dan sekarang juga meski pun si kecik ni dah 2 tahun 3 bulan.apa yang penting:
1.peranan OTAK yang membolehkan kita berfikiran BOLEH
2.pasang niat-niat nak berpuasa dan menyusukan anak kerana Allah Taala
3.cakap pada bayi/anak tadi yang mama berpuasa tapi dalam masa yang sama tetap beri susu juga
4.makan jangan nak diet.sebab kalau tak makan memang kuranglah susunya.

kebetulan masa CITH nak masukkan entri ni tadi,dalam suratkhabar hari ni pun ada artikel berkenaan menyusu bayi di bulan puasa.:

JIKA anda fikir puasa mengurangkan kualiti serta pengeluaran susu badan lantaran tidak makan dan minum, dari terbit fajar hingga terbenam mentari, tanggapan itu adalah meleset sama sekali.
Ini kerana ‘kerancakan’ pengeluaran susu sebenarnya berpunca daripada semangat, tanggapan serta minda positif untuk si ibu terus menyusukan bayi mereka.

Salah tanggapan berkenaan timbul lantaran kurang maklumat mengenai penyusuan. Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Laktasi, Rita Rahayu Omar, berkata banyak kajian membuktikan puasa tidak menjejaskan komposisi susu ibu kerana tubuh wanita berkemampuan menghasilkan beberapa adaptasi metabolik, untuk memastikan pengeluaran susu tidak terjejas sungguhpun berpuasa.

“Tetapi jika berlaku dehidrasi yang kritikal, ia mungkin terjejas sedikit. Oleh itu, ibu perlu pastikan mengambil jumlah cecair mencukupi, di samping tahu menilai keadaan kesihatan sendiri. Jika ia memudaratkan kesihatan anda atau bayi anda, maka haruslah berbuka. "....selanjutnya dalam akhbar hari ini*


ALAHAI

Thursday, August 4, 2011

JAWATAN KOSONG DI BULAN RAMADAN SAHAJA!

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

dalam bulan-bulan puasa ni rupanya ada jawatan kosong yang ditawarkan untuk kita.cuba tengok iklan ni.CITH dapat posting di FB CITH.mulanya tak berapa perasan.tapi bila diklik untuk dibesarkan maka inilah rupanya.respon?terdiam seketika dan barulah perasan sampai begini sekali caranya untuk kariah masjid ini mahu mengajak kita semua mengimarahkan masjid di bulan Ramadan yang mulia ini.khususnya kaum lelaki-satu peluang yang patut direbut untuk memohon jawatan ini.

CITH:hanya mampu menunaikan di rumah.mudah-mudahan dapat juga mengisi kekosongan jawatan ini.

ALAHAI...

Monday, July 11, 2011

SEAFOOD LIVE AT CARREFOUR WANGSA MAJU

Assalammualaikum semua pengunjung CITH.

tengahari tadi,CITH ke Carrefour yang berdekatan di sini.apa yang menarik? Carrefour dalam pengubahsuaian reka letak barangannya.senang kata nak upgrade lagilah operasi mereka!apa taknya,banyak sangat pasaraya menuntut kepada persaingan mendapatkan pelanggan dan margin keuntungan.

satu yang menarik ialah ini.sebelum ni tak ada pun koleksi seafood yang masih hidup macam ni ada kat sini.semua ini nampak masih hidup dan pastinya segar.bukan orang dewasa saja yang teruja nak tengok dan nak kenal pelbagai spesis kepah yang ada,bahkan kanak-kanak pun sama seronok nak tengok.

apa taknya,banyak yang tak kenal.biasa tu kenallahsiput,kerang,kepah,kupang,tiram,belangkas tapi ada juga namanya yang memang tak pernah dengar apa tah lagi melihat rupanya.sekurang-kurangnya apa yang disediakan oleh Carrefour di sini satu langkah yang bijak.

CITH pun try beli kepah ni.balik rumah masak yang simple saja.niat nak test dulu kesegarannya.bukan apa,CITH alah sikit seafood yang dah lama.silap makan alamat pergi kliniklah lepas tu.tapi makan yang ini memang segar.syukur tak ada apa.

CITH hanya tumiskan bawang putih,merah dan halia.lepas tu titikkan serai dan cili padi.bubuh sedikit garam dan air.lepas tu masukkan kepah.bila dah terbukak kulit tu, maknanya dah boleh angkat.rasanya? emmm boleh tahan

ALAHAI...

Friday, June 24, 2011

SIMPAN HARI INI UNTUK GUNA MASA DEPAN


Assalammualaikum semua...salam pagi Jumaat moga berkat apa jua yang kita lakukan hari ini dan hari-hari seterusnya.

bercakap pasal hari ini dan hari mendatang,CITH rasa "tersentak" seketika apabila baru sejurus tadi melayari FB Dr Niki Shuhada Shukor( perunding kewangan)mengenai kos perbelanjaan yang diperlukan untuk masa hadapan.(foto oleh:GOOGLE.COM)

bukan selama ini CITH "tertidur dalam sedar",CITH akui semakin hari,semakin kecil nilai wang kita.kalau dulu dengan RM50-sekali ke pasar tani mampu membeli keperluan seminggu tapi kini tidak lagi.adakah barang semakin mahal atau kuasa beli kita yang semakin rendah?jawapannya: kedua-dua faktor itu adalah benar apatah lagi dikaitkan dengan kadar inflasi yang nampak sedikit tetapi TETAP memberi kesan.

JADI?perlu simpan hari ini untuk guna masa depan.guna untuk apa?yelah macam kita yang tak makan gaji ni kata beliau,sediakan tiang-tiang:
1.PERSARAAN DIRI SENDIRI
2.KECEMASAN
3.ANAK-ANAK- pecahannya:-
i.pendidikan
ii.keperluannya- kereta,rumah-mak bapak kena bantu sediakan "duit muka"
iii.majlis kahwin

melihatkan 3 senarai ini,rasa macam semua tak cukup.tengoklah hari ini biasiswa memang dah sukar nak dapat.pinjaman PTPN-ada interest juga,maka kitalah mak ayah ni kena menabung untuk mereka dari sekarang.

kalau baru dapat kerja,belum tentu mampu untuk membayar duit muka kereta atau rumah.pastinya masa tu nanti (10-20 tahun akan datang) harga kereta dan rumah(khususnya rumah) meningkat menggila!takkan sampai dek mata kita nak tengok anak sendiri hidup tak sempurnakan...so,kita kena tolong...JADI KENA SIMPAN SEKARANG.

ada anak perempuan? kos majlis kahwin pastinya menjangkau puluh ribu atau silap-silap ratus ribu!...KENA SIMPAN SEKARANG

ada anak lelaki? kos majlis+duit hantaran kawin pasti mencecah puluh ribu atau ratus ribu juga...yelah kalau sekarang paling-paling wang hantaran RM10 ribu.bagaimana 10@20 tahun akan datang?...KENA SIMPAN SEKARANG

pendek kata semuanya harus bermula dari perubahan sikap SEKARANG.kalau dulu arwah mak abah tak perlu nak sediakan semua ini,cukup sekadar memberi sekolah.selebihnya anak-anak mencari harta sendiri TETAPI zaman ini,kitalah mak abah ini yang harus memikir dan berbuat sesuatu untuk masa depan anak-anak kita.kenapa?kehidupan makin mencabar kini dan akan datangDUIT penting untuk kelangsungan hidup di samping otak yang berilmu...

ALAHAI...kesian anak-anak mama...

Tuesday, May 24, 2011

PENYUSUAN SUSU IBU MENUNTUT PENGORBANAN DAN PEMAHAMAN

Assalammualaikum semua...

sukalah CITH nak berkongsi serba sedikit ilmu yang tidaklah sebanyak mana pun.rasanya ada di antara kalian yang lebih berpengalaman dan banyak pengetahuannya.moga kita sama-sama dapat bertukar-tukar ilmu ini.

bila mendapat baby,soalan yang klise ditanya oleh saudara mara,sahabat taulan ialah; " baby kasi susu apa?" kalau pulak dilihat si ibu itu 'sihat walafiat' soalan selanjutnya akan jadi macam ni; "la,tak kasi susu badan ke?" dan begitulah selanjutnya soalan demi soalan.

masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat apatah lagi sebab musabab mengapa baby mereka diberi susu formula atau susu ibu.bagi CITH sendiri,memang daripada Sakinah dulu pun memberi dia susu ibu tetapi tidak eksklusif.bila time Hakimi-al hamdulillah dia dapat menyusu sepenuhnya.apa yang dapat CITH simpulkan di sini ada beberapa sebab mengapa memilih susu ibu.antaranya:
1.satu cara perancangan keluarga secara semulajadi.-bagi kes CITH menyusu menyebabkan tidakhadiran period.6 bulan yang awal memang free-selepas itu barulah period seperti biasa kerana baby tidak menyusu sepenuhnya dengan kita -baby dah mula makan.

2.sangat mudah untuk memenuhi permintaan-apa taknya,supply senantiasa bersedia untuk menerima isyarat daripada baby.mampu memenuhi permintaan dengan pantas.

3.mudah nak bergerak -menyusu badan ni tak perlulah nak bawak segala air panasnya,susu,bekas simpanan panas dan sebagainya.sangat mudah untuk dibawa ke sana ke mari.

4.satu cara merehatkan diri-yang ni ada positif dan kontranya.untuk positifnya-bila kita menyusukan baby bermakna kita rehat seketika daripada semua kerja.yelah,susu kita siapa pulak yang boleh tolong kasikan...nilah masanya untuk rehat seketika.kadang tu tertidur sama dengan baby...hihii...

5.kurus semulajadi-percayalah,dalam proses penyusuan ini-makan banyak mana pun badan akan jadi kurus.sebab apa? sebab apa yang kita makan tadi diproses untuk dijadikan susu yang seterusnya diminum oleh baby.maka memang ia tidak tersimpan diam dalam tubuh badan kita.tu yang boleh jadi kurus tu.

6.membantu pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan-rahim cepat berada dalam keadaan sediaada.- ni orang tua kita kata,'rahim kecut' .

7.jimat belanja-ni yang paling menguntungkan.masa nilah dapat berjimat.yelah tahu-tahu jelah harga susu di pasaran sekarang kan...

8.membentuk hubungan yang intim dengan anak-ni memang special.hanya mereka yang merasanya tahu bagaimana hubungan itu.it's so sweeet...

itulah antara apa yang CITH dapat rasakan yang boleh CITH share dengan kalian.memang ada juga kadangkala berada dalam situasi yang tidak selesa khususnya bila time nak menyusu di tempat-tempat awam.yelah time baby nak tu dah tak boleh nak tahan-tahan lagi jadinya terpaksalah buat apa cara sekalipun.masa nilah,kita menutut pemahaman daripada semua orang khususnya orang terdekat.dalam kes CITH ni,selalunya masa dulu mesti bawak 'shawl' sebagai langkah keselamatan keluar rumah.jika tiada tempat untuk menyusu,shawl inilah yg jadi penyelamat di samping pakwe CITH yang akan cover.

pernah juga satu ketika-dalam perjalanan bersiar-bersiar di tangah bandar-baby dah nak sangat cinta dia.terpaksa berdiri membelakangkan dinding bangunan sambil dicover oleh pakwe CITH.menyusu tetap menyusu.nasib baiklah,baby CITH ni sangat fleksibel orangnya.dia mampu menyusu dalam apa cara sekalipun...hihii pasal tulah CITH katakan,penyusuan ini menuntut pengorbanan dan pemahaman.kalau tidak kita yang cepat rasa malu,stress,penat dan sebagainya.

untuk menambah susu,pelbagai petua yang CITH amalkan.semata-mata ingin menyusu baby sehingga 2 tahun seperti target CITH.antaranya:
1.minum susu
2.makan banyak
3.sayur sawi,lobak putih,bayam
4.ambil air secukupnya
5.setiap kali lepas menyusu-perah susu dan simpan.lagi banyak kita supply susu,maka kilang susu akan sentiasa aktif untuk mengeluarkan susu.beri je seberapa banyak susu pada baby.terutama jika ada baby yang jaundis.keraplah kasi susu ibu.insya Allah dengan izinNYA tidak melarat.
6.sematkan dalam minda,hati yang kita boleh menyusukan baby
7.DOA - nilah petua yang CITH rasakan sangat penting.tanpa doa dan izinNYA mana mampu untuk menjayakannya.hanya DIA yang maha perkenankan doa kita.

sehingga ke hari ini-Hakimi dah mencecah 2 tahun-al hamdulillah dia masih menyusu badan lagi biar pun diusik oleh untie2 nya...hihii....dia tetap nak CINTA...tak tahu pula bila dia akan rasa jemu...

ALAHAI...

Friday, February 25, 2011

PERKESO-FAEDAH PENGURUSAN JENAZAH

Assalammualaikum semua...salam Jumaat,moga mendapat keberkatan kita semua hari ini.

satu info yang nak dikongsi bersama ialah tentang PERKESO atau orang kita sebut SOCSO-Pertubuhan Keselamatan Sosial.kalau yang bekerja swasta pastinya dah biasa dengan nama ni.

salah satu benefit PENCARUM yang mungkin ada antara kita yang tak tau, atau tidak perasan atau tidak diberitahu ialah tentang FAEDAH PENGURUSAN JENAZAH/MAYAT.

Faedah akan dibayar (boleh dituntut) dari PERKESO sekiranya pencarum meninggal dunia akibat sebarang sebab.Pembayaran faedah akan dibayar kepada waris atau pihak yang menanggung perbelanjaan pengkebumian. Amaun yang diberi adalah sebanyak RM 1500 atau kos sebenar pengkebumian (yang mana lebih rendah) berdasarkan resit yang dikemukakan.

pembayarannya adalah secara tunai dan boleh dapat cash pada hari yang sama dengan syarat mengemukakan surat kematian@surat pengkebumian yang sah.(janganlah nak main tipu-tipu pulak kan...)
(sumber:pengalaman seorang saudara yang kematian suaminya baru-baru ini)

ALAHAI...

Monday, February 21, 2011

BERINGAT SEBELUM KENA

Assalammualaikum semua...

ketemu kita dalam entri kali ni.macam biasa,hari Isnin mulalah rutin seperti biasa.dah berehat 2 hari di hujung minggu,harapnya lebih bertenaga untuk meneruskan hari-hari mendatang.hihi...

oklah,satu info yang hendak dikongsi bersama dengan kalian semua untuk peringatan kita khusunya yang memandu kenderaan.

BERHATI-HATI PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA
(by Bomba Selangor on Wednesday, February 16, 2011 at 8:31am.terima kasih Khalsom Samad)

salah satu teknik terbaru mencuri kereta ialah dengan cara begini:
sewaktu kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya seterusnya kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

masa inilah kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yang melekat ditengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita.. jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

bila kita sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk ke dalam kereta dan memecut pergi.dia mungkin akan merempuh kita dengan laju semasa mereka melarikan kereta kita.

khususnya kepada kaum hawa,perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci-kunci kita. rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi oleh penjenayah!

JADI jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita atau pun di hadapan, teruskan memandu. tanggalkan kertas itu kemudian jika tidak terlalu menghalang pandangan atau berhenti di tempat yang terbuka.

AKU? penjenayah memang seorang yang kreatif dalam misi dan visinya,moga kita dijauhkan daripada semua yang tidak baik.amin...

ALAHAI...

Friday, February 18, 2011

APA ITU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI ?

Assalammualaikum semua...moga Jumaat ini membawa kebaikan untuk kita semua.

hari ni,aku tumpang gembira dengan kejayaan yang diperolehi oleh sekolah Sakinah.apa taknya,komitmen dan kerja keras guru-guru dan pihak ibu bapa akhirnya membuahkan hasil bila mana tersenarai dalam Sekolah Berprestasi Tinggi

(sumber:Berita Harian 18/2/11)
23 Sekolah Berprestasi Tinggi)

1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
15. SK Convent Muar, Johor
16. SK Seri Biram, Pahang
17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
20. SK Sultan Ismail, Terengganu
21. SK Jalan Tiga, Selangor
22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
23. SJK(C) Lick Hung, Selangor.

senarai ini melengkapkan jumlah sebanyak 43 buah sekolah di seluruh negara untuk tahun ini.

apa tu sekolah berprestasi tinggi (SBT) tersebut?

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) adalah sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam pendidikan dan juga antara usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.


Matlamat utama : untuk menjadikan sekolah berprestasi tinggi (SBT) sebagai tanda aras kecemerlangan bagi dicontohi sekolah lain terutama sekolah kebangsaan.

Sasaran : untuk mewujudkan 100 buah SBT menjelang 2012.

Aspek ditekankan : inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Autonomi yang diberikan kepada sekolah-sekolah ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menjana daya kreativiti guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang paling efektif. Kita ingin lihat idea-idea yang lebih berani dan segar untuk meningkatkan pencapaian murid muncul dari sekolah-sekolah berprestasi tinggi.

SBT adalah sebagai makmal idea-idea kreatif pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah. Matlamat akhir SBT bukan sekadar memberi pengiktirafan terhadap kecemerlangan sekolah, tetapi memastikan kecemerlangan sekolah dapat memberi impak yang positif ke atas pencapaian setiap murid.

Antara Kriteria untuk dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) adalah :

1. Mana-mana sekolah tidak kira sama ada sekolah bandar atau luar bandar atau pendalaman yang mencapai sasaran kecemerlangan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan akan diiktiraf sebagai SBT serta mendapat kemudahan serta ganjaran yang sama.

2. SBT perlu memberi sumbangan kepada sekolah lain melalui program mentor oleh guru SBT, perkongsian bahan dan pengetahuan, perkongsian amalan terbaik dan pertukaran pelajar.

3. SBT juga perlu mengekalkan hubungan baik dengan sekolah dan universiti untuk mencapai persefahaman bersama.

4. Pada masa sama, SBT perlu menekankan kepada ciri-ciri untuk pembangunan berterusan status mereka melalui peningkatan pelan strategik, pengurusan, program akademik dan kokurikulum sokongan.

5. SBT perlu memastikan peningkatan tahap prestasi (akademik, kokurikulum dan sukan) serta program jalinan dengan universiti tempatan atau luar negara.

6. SBT harus menjayakan lebih banyak program melibatkan komuniti sebagai penanda aras kepada sekolah lain, peningkatan jumlah guru dan murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua pelajar.
(Sumber : Utusan Malaysia)

AKU? nampaknya kalau dah sekolah namanya SBT,lepas ni mak bapak pun tempias sama untuk lebih mengajar anak-anak.mak bapak tak boleh lagi nak bersenang-lenang macam biasa-biasa.

ALAHAI...

Wednesday, February 2, 2011

KETAHUI HAK KITA DENGAN POLIS

Assalammualaikum semua...

ada yang dah pergi bercuti?balik kampung hari ni?selamat memandu,selamat pergi dan selamat balik kembali dengan selamat untuk semua.aku?esok baru nak pergi berjalan.hari ni pakwe masih kerja lagi.hihii...

oklah,nak share satu info yang aku rasa sangat bagus kita semua ketahui.info ni aku dengar dan salin daripada perbincangan dalam MHI tadi bersama Datuk Khairul Anwar Rahmat-peguam sivil dan syarie berkenaan HAK KITA DENGAN POLIS.(foto:GOOGLE.COM)yelah,kadang-kadang tu secara tak sengaja kita ditahan oleh polis misalnya dalam sekatan jalan raya,sewaktu nak masuk kereta dari tempat parking atau di mana sahajalah.masalahnya,kita tahu tak KITA ADA HAK untuk beberapa perkara tersebut?mungkin tak tahukan atau pun kurang arif.apa yang kita tahu,bila polis tahan tu maknanya kita salah dan rela dibuat apa sahaja.ITU ADALAH SALAH SAMA SEKALI!

kita ada hak yang dilindungi oleh perlembagaan.berikut ini aku nyatakan apa yang telah aku salin sebentar tadi:

1.jika yang menahan kita tidak beruniform-
-kita ada HAK MEMINTA polis tersebut menunjukkan kad kuasa mereka:
*kad biru = inspektor dan ke atas
*kad kuning = inspektor dan ke bawah
*kad merah =digantung tugas-ni memang tak boleh menahan kita!

2. jika tak beruniform,kita SALIN NAMA DAN NO ANGGOTANYA

3. kita hanya berhak menjawab 3 soalan wajib SAHAJA iaitu:
* nama
* alamat
* no kad pengenalan.
sekiranya soalan polis lebih daripada ini,maka kita ADA HAK untuk bertanya
sebab KENAPA DITAHAN

4. kita ADA HAK untuk melihat waran tangkap yang ditulis dengan nama kita

5. kita ADA HAK untuk menghubungi anggota keluarga /peguam untuk
memaklumkan situasi kita ketika itu.

ketika ditahan,adalah HAK KITA UNTUK TIDAK membenarkan polis memasukkan tangannya ke dalam kocek@saku seluar kita.SEBALIKNYA ADALAH HAK KITA sendiri yang mengeluarkan semua barangan yang ada dalam saku poket kita itu.

kita hanya perlu menunjukkan kepada mereka satu per satu barangan yang ada dan menunjukkan saku kita telah kosong.

ketahui bahawa pihak polis HANYA BOLEH menepuk-nepuk bahu@belakang badan kita dengan sopan.(sekiranya wanita-polis wanitalah yang akan buatkan dan begitulah sebaliknya.jangan KITA BENARKAN POLIS BERLAINAN JANTINA pulak untuk menyentuh tubuh badan/anggota badan kita dengan sesuka hati. inilah selalunya kes pencabulan boleh BERLAKU!

sekiranya kita memang ditahan,kita HARUS MAKLUM bahawa hanya berhak menahan kita hanya selama 24 jam untuk disiasat.sekiranya lebih daripada itu,kebenaran daripada majistret harus dipohon.

di sini adalah menjadi HAK KITA untuk mengambil pendekatan:
1.menyatakan yang kita nak berdiam diri
2.memerlukan peguam untuk mewakili/menasihat kita

keadaan semasa di lokap tahanan, adalah HAK KITA untuk:

1.menyerahkan segala barangan peribadi kita kepada pihak polis dengan
dicatatkan satu per satu.

2.BERHAK untuk mendapatkan makanan

3.BERHAK untuk mendapat rawatan sekiranya sakit

4.BERHAK untuk menunaikan tuntutan agama

5.BERHAK untuk membersihkan diri dan dapatkan set pakaian bersih untuk
beribadat

-moga sedikit info ini,kita akan lebih MAKLUM DeNGAN HAK yang kita ada.

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala