Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap
Memaparkan catatan dengan label 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2013. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Oktober 2013

Borang Transit Pelajar Sejarah T1 T2

Berikut adalah dokumen transit pelajar mengikut eviden (evidence)
Subjek Sejarah (matapelajaran, sej, subjects, history)
Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (t2, ting2, form, F2)

Download
Borang transit pelajar sejarah | Tingkatan 1 | Tingkatan 2 |


Jumaat, 18 Oktober 2013

Borang Transit PBS Matematik T1 T2

Post ini mengandungi dokumen-dokumen transit untuk mempermudah guru-guru dan menjimatkan masa untuk membuat dokumen ini.

Ia mengandungi Borang transit untuk PBS (penilaian berasaskan sekolah, SPPBS)
Subjek Matematik (mathematics, math, m3)
Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Form 1, Form 2)

Ini yang terbaru - Oktober 2013

Download / muat turun
Borang Individu PBS Math | Tingkatan 1 | Tingkatan 2 |

Borang Semakan Semua Pelajar PBS Matematik | Tingkatan 1 | Tingkatan 2 |

Bonus, Borang pemetaan band pelajar (jumlah soalan perlu dijawab pelajar untuk lulus band)



Khamis, 17 Oktober 2013

Soalan Evidence PBS Matematik T1

Berikut adalah soalan-soalan PBS pelajar untuk Matematik Tingkatan 1. Emm ada beberapa soalan yang memerlukan cikgu membuang jawapan siap dalam soalan. Soalan ada yang dwibahasa dan ada yang dalam bahasa malaysia sahaja.

Download soalan mengikut bab
BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 | BAB 10 | BAB 11 | BAB 12

Borang Individu PBS Sivik T1 T2

Berikut adalah borang Transit Individu PBS bagi pelajar untuk subjek Sivik Dan Kewarganegaraan, untuk tingkatan 1 dan tingkatan 2, tahun 2013

Borang Transit Individu Sivik Tingkatan 1
Borang Transit Individu Sivik Tingkatan 2

Isnin, 16 September 2013

Poster Kemerdekaan Ke-56

Menepati masa minggu kemerdekaan dan kebetulan pula hari ini adalah hari Malaysia 16 September, Sek Tinggi Kluang (STK) telah membuat pertandingan melukis poster untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2. Sambil terus pelajar ini dinilai untuk pbs melukis poster. Kira dua dalam satu. Pelajar chegu yang ada pbs ni ada 3 kelas.




Menarik poster sambutan kemerdekaan ni. Belum kumpul lagi, tak tahu ada tempat ke lukisan kat atas ni.

Bila ditanya menarik sangat, chegu serkap jarang je tanya bebudak tu, "Ada masuk pertandingan ke sebelum ni?", terus jawab pernah. Emmm.... patutlah... dah biasa.

Tapi, apapun tahniah sebab menyertai (psstt bukan ke wajib diaorang buat). Lukisan fiatas layak dalam peringkat saringan Chegu untuk hadiah dari sekolah. Tak tahu prestasi kelas lain.

Isnin, 9 September 2013

PSV Tembikar 1TES2

Sambungan dari seni tembikar tingkatan 1, menggunakan tanah liat mainan, hasil keja pbs pelajar matapelajaran seni ni, macam biasa la, chegu akan ambil gambar. Maka, yang kreatif dan menampakkan ciri-ciri rajin terpuji je yang akan masuk ke blog ni.

Jadi, untuk tingkatan 1TES2 ada beberapa hasil yang chegu pilih

Dari Narveena Raj. Tak tahu tema apa ni.
Beberapa jambangan ukiran bunga dalam pasu.
Sangat teliti buatannya.

Beberapa lagi hasil tembikar pelajar.

Sangat memuaskan. Sebelum ni puas dah chegu membebel dgn pelajar kerana tidak membawa tanah liat mainan untuk tujuan penilaian pbs. Hasil ini pelajar bawa dari rumah. Maka tak hairan hasilnya kerana begitu banyak masa yang diberu.

Maka macam biasa, semua hasil yang cantik-cantik datang dari murid perempuan. Chegu bukan nak mendisriminasi, tetapi macam diletakkan seni kraf sesuai untuk perempuan. Tetapi chegu nak menyatakan disini pelopor dan yang telah berjaya membangunkan perusahaan seni seperti ini banyak dari karya orang lelaki. Jadi kenapa pelajar lelaki tak boleh melakukan yang sama.

Jawabnya, tiada minat dan tidak rajin.

Sabtu, 31 Ogos 2013

Reni Reka Halus - Tembikar Ting1

Minggu Ini juga chegu memperkenalkan satu lagi silibus dalam Pendidikan seni visual (PSV) untuk Tingkatan 1 (PBS). Tajuknya Seni Reka Halus Tembikar Tingkatan 1

Bahan - Tanah liat mainan

Kaedah / Teknik
1. Picit / membentuk
2. Lingkaran

Maka ada beberapa gambar evidens yang terbaik untuk 2 kelas chegu

Kelas 1RK2

Nurul Syuhada Bt. Zahari - Teknik picit serta membentuk
(arca/abstrak)
Drp Afini bt. Roslan - teknik lingkaran dan gubahan
(pasu bunga)

Kelas 1RK3
Nur Ifhami Bt Zakaria - Teknik lingkaran
Menariknya adik ini menggabungkan dua warna serta
membuat hiasan/gubahan bintik berselerak
Tahniah dan terima kasih anak-anak muridku, mungkin ini boleh memberi contoh untuk pelajar-pelajar untuk menghasilkan karya yang lebih menarik pada masa akan datang.

Jumaat, 30 Ogos 2013

Sambutan Kemerdekaan ke 56 (STK)

Sekolah Tinggi Kluang (STK) spt yang selalu disebut pengetua, "Sekolah Kluster Kecemerlangan", menyambut hari kemerdekaan ke 56 di dataran perhimpunannya pagi tadi. Majlis sangat meriah dengan setiap pelajar dengan megah dan bangga mengibarkan jalur gemilang. banyak program kecemerlangan sekolah ini buat, memang chegu puji sekolah ni. Sistem persediaan sekolah mengurus pra peperiksaan dan percubaan teratur.

Tema hari kemerdekaan tahun 2013 ini adalah "MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"

poster
Berikut diabadikan gambar saat-saat menyanikan lagu-lagu patriotik (gelagat pelajar mengibarkan jalur gemilang)

Pelajar Tingkatan 6


Semangat diaorang ni
Maka bermainlah difikiran chegu, sangat-sangat tak jauh berbeza kalau dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang pernah chegu mengajar sebelum ini.

Teringat masa di SMK Kanibongan, Pitas, Sabah. blog ni belum terbuat, gambar pun dah hilang - sekolah membuat sambutan countdown malam 31 ogos, chegu bersama-sama guru-guru dan orang kampung, membina pentas dari kayu pokok bakau dan papan lapis, di padang sekolah. Pengalaman ni mana nak dapat lagi dah.

Buat pelajar-pelajar, dan seluruh warganegara - pertahankanlah pengorbanan orang terdahulu untuk anak-cucu kita nikmati. Syukur negara aman dan selamat.

Khamis, 29 Ogos 2013

Download PBS Matematik Tingkatan 2

Disini menyediakan link download untuk guru-guru, soalan-soalan math form 2, evidens PBS.
hiasan

Amaran: Akan ada selingan iklan (ads) selama 5 saat.

Untuk download, [klik link dibawah]
Matematik Pbs bab 1 [http://adf.ly/Uvj5w]
Matematik Pbs bab 2 [http://adf.ly/UvjFv]
Matematik Pbs bab 3 [http://adf.ly/UvjKF]
Matematik Pbs bab 4 [http://adf.ly/UvjOZ]
Matematik Pbs bab 5 [http://adf.ly/UvjR2]
Matematik Pbs bab 6 [http://adf.ly/UvjWJ]
Matematik Pbs bab 7 [http://adf.ly/UvjZj]
Matematik Pbs bab 8 [http://adf.ly/Uvjdz]
Matematik Pbs bab 9 [http://adf.ly/UvjiJ]
Matematik Pbs bab 10 [http://adf.ly/Uvjm0]
Matematik Pbs bab 11 [http://adf.ly/UvjqC]
Matematik Pbs bab 12 [http://adf.ly/Uvjye]

Selasa, 26 Mac 2013

Main Badminton 2013

Alhamdulillah, tahun 2013,  masih lagi chegu dapat main badminton kat Dewan Bentara Dalam SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat (SMKDBD), kalau bandingkan kat SMKSARS1 kat pagoh dulu takde ape2 pun.


Nasib guru-gurunya masih aktif bersukan. Posting baru tahun ni, ramai yang datang dari Sabah, 3 lelaki, jadi cukup2 untuk main dua gelanggang. Tapi diaorang main antara jam 9.00 malam ke 11 mlm, dua kali seminggu je. Kalau Isnin main, Rabu cikgu2 ni main. Kalau Selasa malam, lawannya hari Jumaat malam. Kurang sikit berbanding chegu masa di pitas, sabah dulu, hampir tiap2 petang main tak kira hari hujung minggu kekadang dua kali sehari. Biasa la, kat tempat baru, adalah bezanya.


Bagus cikgu-cikgu ni main, sekurang-kurangnya, tahun ini macam cepat sikit berlalu, kurang 'tension'. Sekurang-kurangnya lari dari memikirkan tugas yang makin tak kunjung habis....

Khamis, 21 Mac 2013

Keputusan SPM 2012


Keputusan SPM 2012 dah keluar hari ini. Mungkin ada yang jauh dari sekolah dan tidak dapat mengambil slip keputusan. Jangan bimbang, boleh semak sementara menggunakan SMS dari jam 10 pg 21 Mac 2013 sehingga 27 Mac 2013.

Caranya:

Taipkan  SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888

cth : SPM 950527126543 HE001A001
sms ke
15888

haha masih lagi angka giliran kat pitas, sabah

Kalau tak berjaya, jangan bersedih.. umur anda masih panjang untuk mencipta kejayaan lain... kalau berjaya Chegu ucap TAHNIAH. 

emmm.. sekarang ni, berjaya akademik tak semestinya menjamin kecemerlangan. Kerja apa pun mesti dengan kesungguhan. Takde kerja senang sekarang, jadi 'jaga" pun dah takleh pulun tidur, tu yang ada kerja 'jaga' chegu dengar banyak kena buang. Sesiapa yang "Malas", dah takboleh hidup dah sekarang ni.

Apa sahaja keputusan peperiksaan yang anda dapat... walau tanpa A, walau terkurang A diterima dengan mengatakan dalam hati "Inilah yang terbaik untuk saya" Semoga ibu dan bapa raikan anda walau apa pun result mereka, peluk lah mereka dan bersama-sama "plan" masa depan mereka. Bukan semua yang tidak ada A atau sikit A tak akan berjaya. Mungkin yang tak ada A inilah yang akan lebih berjaya dari mereka yang berderet A. Dan buat ibu dan makcik dan jiran tak usahlah bertanya atau membandingkan A anak-anak kita. A's is something BUT not everything.....

Rabu, 14 November 2012

Takwim / Kalendar Persekolahan 2013

Takwin untuk cuti dan masa persekolahan untuk tahun 2013 dah keluar.



Jadual persekolahan 2013  telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my).   Sekolah akan dibuka pada 2hb Januari 2013 ( Rabu ) bagi negeri yang hari minggunya Sabtu dan Ahad manakala bagi negeri  Kedah, Kelantan dan Terengganu  sekolah akan mula dibuka pada 1hb Jamuari 2013 ( Selasa ).

  • Tahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2013 ( Ahad & Isnin )
  • Hari Raya Puasa - 8 Ogos & 9 Ogos 2013 (Khamis & Jumaat)
  • Hari Raya Qurban - 15 Oktober 2013  (Selasa)
Negeri yang bercuti Tahun Baru 2013 :

Negeri-negeri yang bercuti pada Tahun Baru 2013 – W.P Kuala Lumpur, W.P Labuan, W.P Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor sahaja.

Johor, Kedah, kelantan, Perlis dan Terengganu tidak bercuti pada Tahun Baru 2013. – rujukan : www.kabinet.gov.my

ShareIt