Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Wednesday, August 7, 2013

Bebelan sehari sebelum raya!

Salam Ramadhan 29

Sekejap masa berlalu, pejam celik hide and seek tetiba dah nak end of Ramadhan.

Begitu jugak kehidupan, sekejap bahagia sekejap menangis sekejap gembira. Itu lumrah biasa yang tak mungkin kita dapat lari kan?

Dan apa yang pastinya,
aidilfitri tahun ni akan dirai dengan kehadiran my new comer 'Baby Ryan'... Si kenit yang sering membuat mama dan ayah membuat sesuatu keje dengan 'zaaasssss' maklum laa kalau lambat kedengaran suara suprano si kenit ni..

erm...
Dan yang pastinya lagi,
kali ni masih tumpang beraya di kampung suami.

Maklumlah keluarga aku tak de kampung.
Suasana beraya di kampung mak aku belum  pernah dirasai.
InsyaAllah tahun depan kot.

Tetiba...
sedikit sebanyak terasa sebak dengan sikap manusia di sekeliling kan?
mengambil kesempatan..
itu semua lumrah alam bila seseorang tahu akan kelemahan kita kan?

kesimpulan yang aku nak buat,
tahun depan...
aku akan beraya di rumah sendiri...
di kala tu, kita tengok pulak apa reaksi manusia sekeliling aku...

Apapun,
dengan hati yang tulus ikhlas..
Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya semua!





Monday, January 16, 2012

Takku sangka Takku duga

Selamat siang semua...

Home sweet home kawan-kawan.. Sekembali ke bumi Semenanjung sudah.

Ewah.. Ewah.. Tajuk entry macam lagu karaoke okeh! Tapi tuu lah hakikatnya.. Konsep Lawatan Kerja bersama FAMA Wilayah Persekutuan dengan barisan AJK Pasar Tani Wilayah Persekutuan. Okeh..

Ceritera kesedihan sebelum pergi berakhir setibanya di Kota Kinabalu.. Macam-macam aku nak cerita.. Dan macam-macam gambaq aku nak upload. Kan setiap gambar ada cerita... Tak caya nengok gambaq ni...


Serupa tapi tak sama...

Dengan En Rodzi.. yang sedang kawat kaki.. lalala

Tapi nak citer ni kena ada feel.. Feel lum mari. Cuma untuk entry kali ni aku upload 2 ke 3 gambaq sepanjang di KK...


Apa lagik?








Dan gambaq yang paling aku sukaa...


sis Hurriyati.. Thanks coz make my world upside down..toink!toink!

Laaayaaaannnnnn...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Saturday, December 31, 2011

KESAH DONGENG 'ANNIVERSARY'

Hey malam..

Malam tahun baru bererti malam anniversary aku ngan my skandal.. Ouwh.. itu cerita laen, tak perlu aku gedik cerita kat sini. cuma aku rasa aku patut berkongsi tips dari bro razzirahman dalam perkahwinan... Tips untuk diri aku ngan my skandla jugek okeh! Jom check it out!


[sekadar gambar hiasan..erk!]


Menyambut ulang tahun USIA percintaan, atau menyambut ulang tahun UMUR perkahwinan, boleh dianggap penting, jika anda dan MASIH CINTA!
Honestly, kalau sambut selepas 1 bulan, 2 bulan atau mengira setiap bulan waktu perhubungan itu lama-lama ianya agak kurang bermakna. Reasons ianya dinamakan ULANG TAHUN adalah semata-mata khas untuk 1 tahun perhubungan atau pengiraannya untuk setiap tahun, barulah ianya cukup bererti. That’s why ianya TIDAK dipanggil ULANG BULAN hehe ;)
In my humble opinion, Anniversary untuk setahun or beberapa tahun bersama atau sudah berapa tahun berkahwin adalah penting. Ianya untuk mengingatkan kejayaan kita yang telah beberapa lama bersama, menyusuri, mengemudi, dan mengembara di alam percintaan yang penuh dengan onak dan duri.
Anniversary to me adalah satu kemenangan so that’s why ianya patut diraikan dengan penuh kesyukuran. Mungkin ada yang tidak menganggap ianya penting, tetapi… Jika anda benar-benar cinta kepada pasangan anda dan mahu kembali menghangatkan perhubungan, anniversary is the best time to do it. Especially, bila anda dan dia telah lama bersama. Berbagai halangan dan cabaran yang ditempuh, cinta pula semakin lama semakin hambar, maka anniversary atau menyambut ulang tahun bersama ini amat penting.
Kembalikan cinta yang pudar, kembalikan  sayang yang hilang, hangatkan semula perhubungan anda berdua dan kenangkan saat-saat bagaimana anda berdua bermula…
Few ideas untuk show your effections for anniversary :-
  • 1. Very sure anda ada gambar bersama waktu awal2 dulu? Atau gambar kahwin? Buatkan lukisan dan frame, hadiahkan kat dia. (Upah orang buat ler) - This definitely will bring back great memories. [erk... adoi, tu taktik lama..]
  • 2. Ingat lagi restoran pertama you all dating dulu? Set a lovely & romantic dinner date di situ, mesti menarik! [alamak, aku ngan my skandal date kat kamsis lah..hehehe]
  • 3. Mungkin juga anda dan dia mula terpikat sewaktu sambutan hari jadi? Buatkan pasti hari jadi itu semula walaupun ianya bukan harijadi anda. Jadikan anniversary anda adalah seolah-olah birthday party anda dan decorate everything just like masa dulu-dulu…Mesti Menarik!
  • 4. 1st time jumpa bulan puasa time lepas sembahyang terawih? Well, its always good untuk lakonkan semula babak menarik itu, mesti menggelikan hati hehe… [my first date, memang dalam bulan Ramadhan]
  • 5.  Ingat lagi hadiah apa yang anda beri buat pertama kali dulu? Berikan hadiah yang sama, but better!
  • 6. Holiday is always the best thing to do especially bila sudah tawar je perkahwinan tu kan. So, how about bersama pergi bercuti ke tempat pertama percutian dulu? Snorkelling? Swimming? Island hoping? Fishing? Whatever…as long as can bring back memories that can make both of you feels so in love again.
  • 7. In case, tempat pertemuan dah tak ada. Atau jauh, atau tidak dapat pergi lagi. Anda dan pasangan anda can always BERPAKAIAN seperti 1st time dulu hehe… Ingat lagi? Tak ingat dah? Haiiihh camana ni hehe…cubalah ingat apa pakaian yang dipakai, warna apa yang dipakai dan pakai semula. Set a date similar to the place.
  • 8. Lagu-lagu anda berdua? Ada ke tak ada? Jika ada, great! Belikan Ipod mp3 player, hadiahkan kat dia letak banyak-banyak lagu kat dalam Ipod tu…bila dia buka hadiah dia, bukan Ipod je yang ada lagu-lagu masa duk bercinta dulu-dulu pun ada, very cunnn!
Banyak lagi cara-cara untuk meraikan perhubungan yang telah sekian lama terjalin. Samada anda mahu atau tidak mahu je. Pasangan yang berjaya selalunya adalah pasangan yang sentiasa mahu berusaha untuk mengubah perhubungan mereka setiap masa agar sentiasa fresh & harmony. Are you that couple?.. Yes, i am!
[ Lagik ikan gambor hiasan...]
If you’re not, you have to start thinking to make a better life. Because if you just want to keep blaming other people, blaming life, and the world…you’re at lost of your own life.

HAPPY ANNIVERSARY MR MAT RIDU! 


Friday, September 9, 2011

Ziarah ke namanya ni?

Dah seminggu empat hari kita berada dalam bulan Syawal yang mana masih lagi terasa kehangatan suasana hari raya dengan amalan ziarah menziarahi dan kunjung mengunjungi antara satu sama lain. Kerana itu, adalah sangat rugi sekiranya kita tidak mengamalkan amalan ziarah menziarahi sesama kita, khususnya saudara kita yang dekat mahupun jauh, termasuk menziarahi jiran tetangga, rakan sepejabat atau sahabat handai. 

Amalan ziarah membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang susah menjadi senang dan sebagainya. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan yang dinamakan hubungan silaturrahim.

Erm... aku rasa semacam bila pos entry cam gini.. maklum lah, kalau tak raya memang tak nampak batang idong aku nie.. bukan tak mau menziarah tapi bila ziarah menziarahi ni macam-macam cerita dongeng dan klasik kuar, kadang kala sesi perli memperli.. aku nie dah laa jenis panas ati.. kang dari sesi ramah mesra terus berkelahi kang! adoi! tapi aku respek kat my skandal, makhluk mana-mana perli ke, smash ke walopun tak de pasal tapi diorang suka cari pasal, my skandal tetap senyum dan anggap benda tu macam air longkang! erk... aku? dalam kete, aku akan mengomel tak henti-henti dan my skandal akan berkata "biarlah orang nak kata apa.. kita bukan minta duit dan makan dari diorang kan?" betul tuuu... aku sokong! tapi aku tetap nak marah..perangai hodoh aku yang tak bley nak tepis...  

tengahari tadi...
my phone berbunyi.. moksu rupanya.. ajak datang rumahnya di Batangkali ada makan-makan famili, kadang kala lain macam pulak bunyinya bila dia kata "kalau boleh ucu nak kumpul adik beradik" aku balas "orang tak gerenti mak boleh pegi" [aku tau mak ada jemputan kawen] moksu cakap "alaa..pujuk lah mak tu" aku balas "orang try.." ~~ see.. tu yang buat aku terkedu kekadang nak gi ziarah sedara mara ni.. lebih baik aku ziarah kawan-kawan sengal aku.. hukhukhuk...

okiess.. 
dah nak balik laa.. kalau manyak idea aku sambung lah kat umah, kalau tak.. entah bila-bila je laa aku updated blog tertakluk kepada tahap kerajinan aku yang macam BSKL ni.. daaaa kalian ~


Rahmat Jumaat

Salam Jumaat...
Hari yang mulia penghulu segala hari.. bangun dengan tergesa-gesa jam 5:50 pagi walopun tido jam 1:30 pagi maklum lah balik meeting pun dah lewat! bak kato orang tuo-tuo, ayam pun dah berkokok dah! ececeh...

Jumaat, hari yang banyak menduga kesabaran aku. 
Bermula dengan karenah WQK yang manja tak bertempat. ada ke patut time nak gi keje baru nak wat hal? OMG... terbantut aku makan nasi goreng pagi ni.. Okies, inisiatif laen adalah dengan merempit lah! harussss gitu kalau WQK dah wat hal. WRV pulak dah kuar pepagi lagik. sabor je laa! 

Memang dahsyat lah! aku ngan my skandal tiba opis lewat dah dekat pukul 8:00.. aku tak tau apa nasib my skandal nanti sebab CC dia agak tegas.. pepandai laa dia menjawabnya.. aku? sib baik aku nie pandai cover.. tak pe..

Sedang menjamu mata di FB tetiba my boss call..

Boss : Shima, surat-surat semalam u tak bagi kat I ke?
Aku : Saya dah letak atas meja boss, dan saya tengok dah tak ada. Boss dah ambik!
Boss : Tak ada surat-surat untuk PFN tu. Saya dah carik dah nie..
Aku : Saya dah letak atas meja boss, surat-surat dah tak ada dan kosong. Cuba boss cek betul-betul..
Boss : Memang tak dak laa.. tak apa lah! [suara loghat utara dan berasa hampa dengan aku?]

Lima minit kemudian...

Boss : Shima, saya dah jumpa surat-surat tuu.
Aku : Erm.. kan saya dah cakap, boss dah bawak dah...
Boss : u tak taruk dalam enveloped..
Aku : [patut ke? aku dah compiled untuk PFN sign] Ouwh.. kan saya dah klip kertas besar kat surat-surat banyak tuu..
Boss : Ok. Saya minta maaf..

Ye.. itulah yang sepatutnya.. dah wat salah len kali mintak maaf, bukan main terjah jer.. orang jadi boss, awak pun nak jadik boss.. tapi habuk pun tarak! Aku memang marah ngan boss aku nie.. dah 2 bulan dia jadik boss tapi aku tak tengok keberkesanan dia menjadi boss aku dan bro-bro kat sini.. asyik menggelabah ke hulu ke hilir.. tup..tup.. nak ubah itu ini. Sebenarnya, prestasi sorang boss pun patut dinilai oleh staff bukan boss jer yang bagi markah SKT ye dop? 

Aku bukan tak pernah bekerja dibawah boss yang fussy.. dari sepucuk surat yang disuruh taip, dibetulkan bait-bait ayat menjadi lapan helai kekadang... tapi aku suka sebab bekas boss aku a.k.a mantan TKP tu bagus dan tak menggelabah.. Sorang lagi boss, arwah Hj Munimbar boss yang aku lapor diri dulu.. pun okeiss! tak pernah nak menyusahkan staff dengan keje-keje diluar bidang.. dan ada lagi sorang, bekas boss aku Hj Mastro.. pun sorang boss yang baik walopun muka garang tapi kalo orang tak tau kata boss aku sombong tapi percayalah, bekas boss aku adalah yang slow and steady tapi smart dalam keje.. tak pernah menggelabah dan gopoh.. selalu menyenangkan staff terutama aku nie.. [hukhukhuk..sedih pulak]

Ouwh... aku terlebih emo pulak!
Walopun terlebih tahap emo aku hari nie, percayalah pada rezeki.. tetiba ada cawangan yang wat open house kecik jemput aku makan pulak! bagaikan orang marah diberikan makan.. [erk, ada ke falsafah begitu? ** abaikan!] hehehe ~~ okieess.. aku dah tak marah dah! Lalala...




Amacam teruja tak? hehehe... selamat berhujung minggu yang dipenuhi dengan open house rumah saudara mara dan kawan-kawan! Chiiiaawwww!


Tuesday, September 6, 2011

Tak sangka di hari raya

Salam Lebaran...
Masih dalam mood raya walopun tahap kesihatan tidak baik...

sekejap je masa berlalu kan? dan dah lama rasanya aku tak updated blog aku ni..banyak citer tapi idea tak ade! penin* pun ia gak.. sebelum raya lagi aku dah diserang asma a.k.a sesak napas al maklumlah bila buka puasa mentedarah ais kojenya... dan dalam minggu raya pun aku sekali lagi diserang asma plus batuk... terbaaaeeekkk! sakit woh dada nie! apa-apa pun aku bersyukur.. 

raya tahun nie, aku mulakan berayakan sakan kat rumah baru laa.. my home is my paradise bak kata omputeh.. adik beradik aku balik untuk merayakan hari raya yang tak seberapa kat rumah nie.. cuma my big bro jer yang balik sehari awal dan chow maklumlah nak beraya di oversea laa katakan.. [bior lah orang banyok wit..hukhuk] petang raya baru kami sekuarga bertolak balik ke rumah keluarga belah my skandal.. aku? mana ada kampung? idop aku kan bagai anak yatim piatu tak ada sesapa walopun di hari raya! sebab tuu manusia sekeliling suka ambik kesempatan... **tut**

ada banyak citer yang bagaikan tajuk hot chat hot fm hari nie...tapi tak baik bila membuka pekung di dada, iye dop? walopun apa yang terjadik nie bukan kepada aku tapi tempiasnya terkena gak melekit! terjadik kepada seorang ibu yang mempunyai 2 cahaya mata, sorang lelaki dan sorang perempuan.. yang perangai si anak lelaki, memang baik dan menyanjung tinggi ibunya yang banyak berkorban demi kebahagiaan anak2.. yang si anak perempuan, nauzubillah.. perangai kadang kala tak seperti manusia..kewarasan hilang entah dari mana datang sakit hati dia terhadap si abang.. hampir setiap tahun, dia susahkan abangnya dari pelbagai aspek.. hinggakan pernah si perempuan ni memberontak di pagi raya pertama, maka dengan tergesa-gesa si abang pergi ke mydin untuk membelikan si adik kuih raya memandangkan rumahnya tiada persiapan raya... si laki perempuan nie goyang kaki? 

ianya terjadi lagi di lebaran tahun nie...
kali nie lain pula, disebabkan tiada kereta aka kenderaan untuk berjalan raya maka, hendaklah ditumpangkan si anak-anaknya yang berderetan tu dalam kereta si abang.. [kalau kete si abang tu MPV atau HARRIER atau yang sewaktu dengannya tak apa.. tapi, kereta si abang cuma **** sahaja...] dalam kete tuu lah nak angkut mak dan si ayah untuk keluar berhari raya di rumah saudara mara, rakan taulan.. bukan sahaja tu, malah anak si abang dah besar dan seharusnya berada dalam keadaan rileks dalam kenderaan sendiri dan bukan berhimpit... dek kerana si abang bercakap secara baik dan sopan si adik cukup marah dan menengking serta jerit menangis melalui telepon di pagi raya ke-2... bosan kan? abang cukup baik dan cool.. apa si adik nak semua diturutkan... sehinggakan di'lahanat'kan oleh adik  pun masih tersenyum walhal sebelum nie seseorang yang cuma 'memaki hamun di fb dengan berkata celaka' pun si abang tak maafkan.. kononnya keluarga beliau tak pernah berkata demikian.. 'lahanat' yang diterima bukan dituju kepada si abang malah si isterinya juga.. tapi, sabar lah! si isteri bukan pendendam tapi ianya harus diajar ~ 

konklusinya : aku semakin sedih bila tengkingan melalui telepon itu ditujukan khas buat si ibu yang baik hati dan abang yang sangat cool.. ouwh, dengar perempuan.. kau mempunyai 4 orang anak perempuan yang sedang menginjak remaja. segala apa yang kau buat adalah depan mata mereka.. satu hari nanti kau pasti terima balasan setimpal sebagaimana kau buat pada ibu dan abang kau.. **peringatan untuk diri sendiri juga!

Okieess...
best kan citer yang tak pernah disangka di hari raya.. insaflah nokssss!


Friday, August 12, 2011

Kad raye

As salam Ramadhan ke 12 ~~
si anak-anak kecil sangat ligat menghitung hari nak raya, yang si mama ngan papa agak berpeluh ketiak mendengar si anak mengira detik syawal.. Ouch.. itu aksi sebilangan keluarga lah walopun bukan yang sedang aku alami.. hehehe! sekarang nie, terasa my kids dah dapat kad raya di hari ke3 puasa.. so sweet! datangnya dari sorang gegurl yang chubby menurut kata my big boy, Totoi... namanya juga sweet, Juju! hehehe... yang kelakarnya si kakak siap kata "mama, nie nak kena balas nie.." adussss!

Seterusnya... kesebelas hari berpuasa, tup..tup..terima kad raya dari sorang abang opis aku.. ouch, terharu say kata-katanya. maklumlah dah 6 tahun berganding bahu bekerjasama.. pahit manis masin masam semua dah rasa! hehehe~ thanks abang izam atas ingatan!

Actually, ramai yang kata KAD RAYA nie membuang masa sebab dah ada teknologi moden, tapi bila kita imbas kembali.. kad raya nie sangat nostalgia kan? haaisshhh....


Tuesday, August 9, 2011

Bonus Ouwh Bonus!

Salam Ramadhan ke - 9 dah untuk hari nie.. dikesempatan nie, aku nak ucap selamat berpuasa walopun aku lambat seminggu untuk mengucapkan kata-kata itu...

makin lama makin malas untuk meng'updated' blog nie, sibuk dengan cekelat aku lagi, lum on projek kuih raya mak lagi tuu.. ouwwh... tidak! malam tadi korang tengok berita tak? sah..sah.. berita yang belum pun cukup 24 jam tu, dah heboh seantero kan? dapat bonus setengah bulan gaji... pelbagai reaksi aku nengok diorang nie.. ada yang begitu memanjatkan syukur (Alhamdulillah) malah ada yang merungut tak mo sokong kerajaan lagik? macam bongok je kekadang... dari tak merasa langsung ye dop? 

Tapi, keluhan mereka-mereka ini ada betulnya.. dengan kewangan sekarang nie, tshirt kat mydin pun harga dah setanding parkson dah... bebaru nie, aku ngan my skandal bawak my kids shopping baju raya pun dah cukup terasa.. untuk 3 orang je bajet kami memang lari, estimated RM600 for 3 kids.. tapi dah melebihi sehingga menjangkau RM700++.. kasut raya belum lagi tuu.. padahal dah abis bajet dah tuu! belum lagi turn my skandal shopping, sebab style dia shopping tak suka sekali dengan my kids.. tak bley concentrated katanya.. sekali shopping RM1k++, itulah perangai my skandal.. aku? aku baju bundle jerk! huwaaaaa... tak terpikir lagi untuk diri nie.. sebab aku suka shopping last minit, tak pun time my skandal shopping nanti, aku buat-buat lah muka sedih untuk dia offer aku beli sehelai dua blouse + jeans... muahahaha... tu lah yang paling manisssss...

Ouwh.. korang dengar  hot chat HotFM pagi nie kesah 'Bonus aku yang punya'.. kebetulan pulak aku ngan my skandal dah berjanji, kali nie kalau bonus.. lu..lu punya.. wa..wa punya! hehehe~~ bukan apa.. kekadang kesian jugak pada dia ngan diri aku sendiri.. sampai nak beli kehendak sendiri pun terbatas dek kerana nak share semua benda.. sharing is caring bukan pada bonus... hurm.. okeh laa.. menanti masuknya bonus untuk membeli kehendak hati! lalala~~  

Mode : Sabar menanti!

Thursday, July 7, 2011

aku perlu cuti dan menyendiri

Hye Ollss!

tadi aku buat entry tajuk sabar... 
tapi aku rasa SABAR aku dah nak meletopss nie, apatah melihat rakan-rakan dok bergoyang kaki since tukar pentadbiran baru nie. tak ada kerjasama langsung! 

aku nie mana pernah luah mentah-mentah pada orang yang aku tak puas hati. paling tidak blog nie laa jadi pelepas amarah yang marah nie..  masing-masing ego, berlagak macam perfect depan boss baru tu. aku tak patut cerita di sini tapi aku rasa aku patut cerita. sorang manusia lagak macho dan ego serta mengandaikan semua kerja dia buat perfect dan terbaik. sorang lagi low profile tunggu di arah ke hulu ke hilir... sorang lagi mengaku boleh buat tapi kat belakang kutuk boss kaw-kaw.. ntah apa-apa ntah diorang nie.

aku? aku di posisi belakang tabir je.. 
memang dari dulu aku macam tu tak pernah nak enterframe lebih sebab aku sedar aku cuma pencacai dan sisa graduan yang kelulusannya tak boleh digunakan di mana-mana... 

aku nak cuti..
itulah yang terbaik sebelum aku muntah bila semua fail diletakkan atas meja aku dan mereka buat aku macam tak ada perasaan nak beristirehat macam mereka yang sedang berpoya dengan chat! Denagr je aku nak cuti semua manusia dalam opis tu macam tak BESH jerk.. maklumlah apa yang boss nak belum siap! ada aku kesah? sebab boss tak arahkan aku.. boss arahkan korang tapi korang yang sub- kan keje kat aku... 

Okiesss..
tengkiyu blog menjadi tempat melampias kemarahan aku yang merah menyala nie!


Wednesday, July 6, 2011

Privasi handphone aku...

As salam kalian...

Salam 1 Malaysia jugak tanpa kompromi kaum! Erk.. hehehe! Rajin tetiba nak updated pepagi buta, ingat nak berkarya on da' way ke opis thru iphone tapi rasa cam wanita sibuk yang tiada masa depan pc pulak.. lain lah kalo aku dah memang tunggu masa nak tido dan berbaringan malas atas katil, iye dop?

Topik bualan pagi di Hot FM ari nie cukup menarik pada aku. Kalo ikutkan mau jerk aku menelipon tapi rasa cam sama je citer pemanggil-pemanggil dengan aku.. lebey baik tak yoh.. kang bosan lak FBI, Usop Wheelchair dan FF.. Topik today kalo korang dengor PRIVASI TELEFON BIMBIT PASANGAN !


Wah.. hangat dok? 
Moh aku kupas sedikit cerita pasal handphone dalam idop aku neh...

Aku rasa pada diri aku PRIVASI HANDPHONE nie dah tak ada.. bak kata my skandal, kita kena telus dan jujur [dah macam tagline PDRM pulak].. aku dan dia memang tak ada rahsia bab tepon dan sms... tapi kadangkala kawan-kawan bikin spoil.. pernah aku terkena tak silap aku tahun 2008 gitu.. my opismate En R send sms dengan panggilan 'yang'.. aku tau rata-rata kawan-kawan memang gitu even yang perempuan pun selalu sms dengan kata-kata manja dan gedik, tapi itu perempuan kan? tak de lah menjengkelkan sangat. Ia menggoyahkan kepercayaan my skandal pada aku masa tuu..Fuhh, jenuh gak laa aku cuba buat biasa. En R nie memang suka buat lawak sampaikan pada kakak-kakak opis yang dah berumur pun gitu gak bunyi sms nya.. yang wat aku tergelak dan rasa sangat bertuah [terasa diri disayangi dan dihargai] bila my skandal balas sms tuu 'Abang R***, nie wan lah.' 

My skandal bagi nasihat kaw-kaw pada aku.. aku terima tapi dia tak marah cuma dia takut bila aku sangat ramah.. katanya En R tu dahlaa duda.. hati-hati katanya! adoi, jauh kat sudut hati aku.. dalam unit aku semua aku anggap ABAH ANGKAT.. hehehe! sebab semua hampir sebaya mak ngan ayah aku.. 

Dan bermula dari waktu tuu...
En R tak pernah lagi menghantar sms begitu..sms dia okeh, tapi dibelakang ayat mesti ada 'yang'.. erm.. korang jangan buat cam gitu tau! kalo itu salah satu dari hobi korang berenti laa yep! 

Lagi satu my skandal pasti akan cek time nak tido segala sms dan  call yang aku buat dan terima.. dia pun suruh aku tengok sms dan call dia tapi aku tengok tanpa ada rasa sangsi.. walopun ada perkataan SAYANG dari kawan dia tapi sehingga hari nie aku masih tak kesah sebab perkataan tu datang dari En Yas**.. hehehe!

Dan dalam kes nie...
aku membuat kesimpulan yang my skandal sangat sayang aku!  **smile!



Tuesday, July 5, 2011

Aku TAK marah..


Aku TAK marah --> Cuma mungkin marah tuu pandangan kasar korang sebenarnya atau saki baki lama.. erk?

Jom aku try pinjam ayat yang telah di 'translated' dalam Bahasa Melayu ~Aku TAK mempunyai apa-apa hubungan dengan wanita itu, Ms Lewinsky. Kata bekas presiden Bill Clinton. 10 bulan kemudian, Clinton membuat permohonan maaf secara terbuka kerana kesilapannya bersama Lewinsky. (Ni contoh ye! Sila jangan banned aku!)

Atau pun..
Aku BUKAN nak menyibuk, cuma nak tanya --> Pandangan mata kasar macam menyibuk la jugak tu.
Okeissss korang!

Menggunakan kata-kata negatif hanya membawa kita berhenti pada masalah, bukan pada jalan penyelesaian. Kalau kita betul sekalipun, mungkin pendengar yang berkomunikasi dengan kita akan menyimpan rasa sangsi, ragu-ragu, sentap, touching dan ntah apa-apa perkataan yang sewaktu dengannya terhadap kenyataan kita, kerana perkataan sepertiTIDAK seolah-olah menguatkan dan membenarkan realiti yang sebenarnya ingin kita sembunyikan.Jadi, apa solusi untuk tidak berkata-kata negatif? Berkatalah yang positif dan baik-baik saja. Jika ingin menegakkan kebenaran sekalipun, elakkan mengunakan perkataan TIDAK, tetapi memberi penjelasan dalam perkataan yang positif. Daripada menggunakan perkataan TAK BOLEH dan JANGAN, cadangkan alternatif. Ini lebih positif dan lebih diterima.

Abiss tuu.. nak guna perkataan apa yep? 
Moh pikir-pikirkan...



Mood ala-ala model.. walopun tiada kaitan dengan entry tapi saje nak letak.. hehehe!

Sunday, July 3, 2011

Mengapa ada benci?



Assalaamu’alaikum w.b.t

Isnin yang damai dan angin sepoi-sepoi bahasa di pagi hari nie, terpanggil aku nak menghujahkan sikap manusia.. cuma layakkah kita membenci seseorang? Okiesss.. Orang yang membaca artikel ni dan kalau KAU antara salah sorang yang membacanya lepas kau baca kau pi duduk bawah pokok dan renungkan apa yang pernah kau buat dari kau kecil sehingga sekarang.. adakah kau juga salah seorang yang dibenci manusia lain? Renung-renungkan~

Mengapa ada benci?
Ya , suatu pertanyaan yang sudah zaman berzaman sentiasa ditimbulkan. Manusia memang tidak lari dari bersifat benci-membenci dan tak kurang juga yang membenci pada permulaan tetapi akhirnya sayang. Dan telah popular juga pepatah tak kenal maka tak cinta. Sebelum kenal benci bukan main, tetapi selepas kenal rapat maka timbul pula rasa sayang. Dan selepas hati dah sayang, hilang semua benci-benci lama jadi nostalgia sahaja.

Tetapi ada pula yang dah lama sayang, tetapi datang kemudiannya rasa benci yang teramat. Akhirnya percintaan yang sudah lama terbina berakhir dengan perpisahan. Dulu amat mudah mengucap sayang, tetapi kini bukan main muak dan benci sehingga tidak boleh bersefahaman lagi. Maka kita lihat di situ, begitu mudahnya manusia membenci sesama manusia sedangkan ada jalan untuk menyayangi. Tetapi apabila hati sudah dikaburi, syaitan sudah menguasai, jalan kasih-sayang sudah tidak dapat dilihat lagi. Yang ada hanya pintu kebencian yang menguak luas.

Mengapa perlu membenci, sedangkan kita tahu kebencian boleh mengundang kesengsaraan? Mengapa perlu membenci sedangkan kita tahu ianya akan menghuru-harakan keamanan? Jika kerana harta, pangkat dan rupa kita membenci manusia, maka kita sepatutnya malu kepada diri sendiri kerana masih tidak bersyukur dengan seadanya pemberian dari Allah S.w.t.

Benci berbeza dengan marah. Marah ada tahap-tahapnya. Ada manusia yang jenis marahnya sekejap, ada yang tak hilang2 berbulan lamanya. Maka jika sekiranya kita ada tidak berpuas hati dengan manusia yang lain, adalah perkara yang biasa jika kita marah pun. Tetapi sebaiknya kawal lah kemarahan itu. Cuma apa yang saya mahu tekan kan di sini, marah itu adalah perkara biasa sebagai seorang manusia. Tetapi kerana ketidak puas hatian kita kepada seseorang itu sehingga membuatkan kita benci kepada nya, itu bukan lagi lumrah, tetapi itu sudah melampau. [yang makan cili sila rasa kepedasannya.. sebab ini bukan ayat aku sendiri, ini dari mereka-mereka yang alim..huhuhu]

Cer korang  baca contoh kat bawah nie supaya korang sedar yang korang bukan manusia yang sempurna dan masih dalam proses menuju kesempurnaan...
Aku bagi contoh jika ada segolongan manusia yang sesat dari ajaran Islam yang tulin. Biasanya kita akan marah-marah golongan tersebut dan menyimpan perasaan benci kepada mereka. Sehingga kita lupa apa yang sebenarnya patut dibenci leh kita. Yang patut dibenci adalah perangai atau perbuatannya itu, bukannya tuan empunya diri yang membuat angkara itu. Sepatutnya apabila ada seseorang yang sesat jalan, kita lah yang perlu membimbingnya, bukan terus membenci, memulaukannya dan melebih2 (GHULUW) dalam beragama. Kita lah yang sepatutnya memberi panduan, memberi hujjah2 kepadanya sampai dia kembali ke pangkal jalan. Maka semua itu perlu dilakukan dengan sabar, bukannya dengan jalan membenci , kutuk-mengutuk, caci-mencaci dan busuk hati padanya.

Kita imbas sejarah Nabi Muhammad S.a.w, baginda ketika mahu menghembuskan nafasnya yang terakhir, bukan nama anak beranaknya yang disebutkan, tetapi umatnya. Sebagaimana yang kita tahu, bukan semua umat Nabi Muhammad S.a.w ini mengakunya sebagai nabi, tetapi nabi tetap menyebut2 ummati ummati. Kerana kasih dan kesian belasnya nabi pada umatnya ini. Tetapi adakah kita ini ada kesian belas terhadap sesama saudara kita yang masih berada dalam kejahilan, kesesatan dan sebagainya?

Pemikiran kita ini diajar dari dulu lagi agar memandang negatif dan terus membenci kepada golongan yang tersesat. Tanpa kita berfikir bagaimana cara untuk mengembalikan dia ke pangkal jalan dengan berhikmah. Sememangnya bukan semua cara kita ini berjaya membuatkan orang2 yang tersesat itu dapat kembali ke pangkal jalan, tetapi sekurang2 nya kita mencuba dengan sebaik mungkin. Bukannya dengan hanya menuduhnya sesat , kemudian memulaukannya dan membencinya terus. Kita tidak tahu sama ada orang yang kita benci itu adalah ahli syurga atau bukan. Mana lah tahu di akhir hidupnya dia diredhai dan diampuni dosa2nya oleh Allah kerana kebaikan hatinya, maka jadilah dia ahli syurga nanti insyaAllah. Tetapi kita ni, kita dapat tentukan ke kita ahli syurga atau tidak? Adakah anda sangat yakin bahawa anda adalah ahli syurga sedangkan di hati anda masih ada perasaan benci sesama saudara Islam, masih ada busuk hati, buruk sangka, berniat jahat dan seumpamanya?
Nasihat aku pada korang yang rasa diri korang perfect pada kami yang serba kekurangan ni..

Maka aku nasihatkan diri aku dan sesiapa sahaja, agar kita sama2 perbaiki akhlak kita. Kerana Nabi Muhammad S.a.w diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Tidak dinafikan kita ini ada mempunyai sifat marah, tetapi semoga kita dapat mengawal dengan baik sifat marah yang tercela ini. Kalau nak marah sangat pun, marah lah sekejap jer, kemudian ambil air wudhuk dan buat apa sahaja yang baik untuk redakannya. Dan jangan lah dibiarkan kemarahan itu berjangkit kepada kebencian pula. Malah yang sebaiknya adalah kita cuba sedaya upaya untuk menanamkan rasa kasihan belas kepada golongan yang kita marahkan itu. Bak kata pepatah, marah2 sayang. Marah kerana sayangkan dia kerana tidak mahu lihat dia dan orang lain susah di kemudian hari. Wallahu a’lam
**Nota kepala - aku sedih dengan kejadian disekeliling aku kerana dalam hidup aku, aku pernah membenci tapi aku benci perangai seseorang, berlainan sikap manusia itu yang membenci seseorang sehingga mati. Bukan itu sahaja, aku pernah membenci salah seorang kaum keluarganya, tapi aku segera memaafkannya kerana aku sedar masih jauh perjalanan hidup aku dan aku takut orang lain membenci aku.. Nasihat aku pada KORANG dan juga diri aku sendiri..berhenti membenci seseorang kerana sedikit sebanyak hidup kita pasti ada effectnya. Kita sakit, kita susah itu semua penangan sikap angkuh kita sendiri. Manusia yang kita benci semakin sedar akan KEPARATAN hidupnya satu masa lalu, sehinggakan berjabat tangan pun kita buat tak nampak. Wallahualam.. itu antara diri sendiri dengan Allah S.W.T... Sekian!







Thursday, June 30, 2011

seminggu yang terus berlalu...

Minggu yang sangat sibuk..
Istilah yang macam gamp*** jer. Bukan sebab aku keje tapi terlalu banyak peristiwa mengejutkan Dan tak terduga dek akal berlaku di sekeliling aku.

Bermula Dari Senin, dah mula menampakkan kesuraman apabila mendapat perkhabaran yang MAK abang rodi dah meninggal dunia jam 11 pagi. Yang pergi tetap pergi.. Takziah Dan banyakkan bersedekah Al-Fatihah buat arwah.

Selasa macam biasa..
Terus berlalu!

Rabu datang Dan tak terduga aku dikejutkan dengan berita yang hampess bila bos aku kena tukar cawangan maka, aku bakal mendapat boss baru? Ouwwhh.. Bertukar pemimpin, kalo dulu corak pimpinan ala Tun M tapi mungkin yang baru ala Najib kot? Hehehe... Yang sedih bila boss aku sendiri terkejut diberitahu oleh seorang reporter TERJAH (nampak sangat suka jaga tepi kain Kak Limah kan)... Boss aku belum sempat bukak Surat, tapi reporter ni boleh naik sampai opis aku tingkat 3 semata-mata nak g tau boss aku.. Memang hangen aku tengok makcik ni.. Nak cerita lelebey aku Akan wat entry special pasal boss aku.. Tunggu je lah!

Khamis penuh rahmat..
Anak aku si Daniel pulak demam Dan muntah-muntah.. Waduh, apakah ini dugaanMu? Aku redha Dan pasrah. Dengan perangai anak-anak yang semakin membesar Dan kenakalan yang melampau kadang Kala buat aku terkesima bila my skandal tiada di sisi... Huwaaaaaaa...

Lagi Hal nak cerita bila kawan-kawan Putrajaya ajak join Holiday ke Haadyai pada 16/7 sampai 19/7.. huhu.. Hati sangat gedik, tapi aku tau halangan setebal Dan sekeras tembok German.. Korang pernah tengok tembok german tuu? Hehe.. Sori, aku pun tak pernah... Arrghhh apa-apa aje! Bior ku pikir..

Adusss penat lah tangan..
Nak tido sebab 'capek'.. Bye all!



Sent from my iPhone

Tuesday, June 21, 2011

**Omongan kosong aku

Fuih.. seminggu dah aku tak updated dan jenguk blog nie.. bizi memfotostat dan skop keje dah macam opis boy skang sejak unit kami sedang melancarkan pilihanraya Pasar Tani Wilayah Persekutuan.. mana ada orang yang terror mengolah mesin, dari tak pandai me'repair' mesin terus jadik technician.. alahai idop! Dalam kekalutan nie jugaklah my skandal sedang berhempas pulas out station kat Kuantan.. [hurmmm..nak kena gi spot check gak kat sana tuu... hahaha..tetiba *wink*wink] Aaarghh entry ku semakin lari topik.. Ooh tidak!

Esok aku ingat nak plan cuti..bley ke aku plan seraya beritahu pada boss aku? siot.. boss aku gi kursus tapi itu tak bermakna aku hoorey okeh, aku tetap ambik cuti tahun.. banyak benda aku nak urus esok, dengan report kad my kids si kakak dan abang jugak pakcu yang memang menjadi tanggungjawab aku... pas tu, aku kena berhempas pulas uruskan bisnes aku nie.. huhu~

Baru nak gi ambik report kad, aku dah seriau semacam malam nie.. hahaha! sangat sengal mama kamu nie! Okiesss.. nak tido lah.. eh, tak.. nak main farmville! hahaha~ adiooosss


Monday, February 28, 2011

saman ekor...


sangat seronok bila semua nya dah settle! saman sudaa dibayar...[padahal tuu merupakan saman ekor] kadang kala rasa cam tak adil lak kan dengan saman ekor nie...agak korang laa, betul ke tepat saman ekor nie? kompius jugak..hohoh!



Thursday, February 24, 2011

Lama tak ke sana..

Lama tak ke sana rasanya... Memang merancang ke sana! tapi ~~ masa dan keadaan belum mengizinkannya! godek my pinky lappy nie terjumpa lak pixa nie.. adoyai!



Wednesday, February 16, 2011

bawaku terbang!

pagi tadi ~
mood bermalasan untukke opis.. tapi semangat dikuatkan demi nak bajet cuti! hahaha~~ [sengal jerk] gelak yang tak berapa nak ikhlas nie sebab kepala otak dee dibebani sesuatu yang sangat penting dan ia harus dipikirkan! macam-macam yang terjadi bermula dari minggu lepas?
  • minggu lepas - jumaat malam sabtu dan sabtu malam minggu! dah dua malam tuu perumahan dee BLACK-OUT... dua malam okeh? first nite, dee memang confirm tak tido langsung sebabnya hati terasa susah bila tengok ke tingkap tak de sorang pun yang dok kat luar ke apa ke? hissshh... jiran tetangga area umah dee macam tak de perasaan je! ntah apa-apa ntah! kesian my little bee yang kena gigit nyamuk.. huhuhu~~
  • senin petang - sekali lagi black-out! BENCI!
  • selasa pagi - sedang mengemas umah, tetiba ada orang bagi salam.. rupanya RT di kawasan perumahan kami, dee agak kaget memula sebab tak de sape kat umah cuma dee ngan my kids je.. abang tuu kata, nak ke tak nak isi form nie dan hantar ke rumah No 22 ~~ okeh, masuk ke rumah dan duduk di tangga sambil membaca intipati edaran tuu.. punyalah terkejut bila membaca part 7 KES SAMUN SENJATA API? Hohoh~~ kesilapan ke atau kebetulan eh... hati meluap dan bertambah berkali ganda rasa benci duduk kat sitOooo...Bawaku terbang! please!
  • malam tadi ~ sedey tengok keadaan my big boy's - Daniel.. dia tak sihat! dada berbunyi bagaikan asma... selsema lagi + demam! kesian dia!
Rasa sedikit tertekan bila macam-macam yang menimpa! "Bawaku terbang!"


Monday, February 14, 2011

HOT TIKET! PANAZZZZ~~

sejak akhir-akhir nie dee bagaikan dah jatuh tangga hati dengan HOT TICKET! wow... satu rangkaian yang sangat sukses, gojes dan terbaeeek laa orang kata [buat masa nie laa..hikhik] 
sila jangan salah anggap juga tentang penggunaan prepaid memandangkan sebelum nie dee memang bantai guna line! bill sebulan tak lari dari RM300 sorang! bayangkan~~ [hohoh..sangat ngeri!] melalui langkah penjimatan nie membuatkan dee bley menyalurkan wang ke jalan lok yew laen... bley berjimba! bersms dengan my skandal tanpa jemu dan muntah! huhu~~ sayalaa manusia paling bahagia!
bayangkan top up RM20 dan guna selama suploh hari tanpa had!hoh~~ dengan keadaan dee yang bagaikan bercintun [maklum laa my skandal kan jauh dimata tapi dekat dihati - pinjam tagline TV9] HOT TICKET  adalah pilihan yang amat sesuai! jom ramai-ramai guna! sangat berbaloi-baloi laa~ dee nie berkata-kata bagaikan duta hotlink lak kan?
sila bayar royalti! lalala~~~

Sunday, February 6, 2011

emo!

Banyaklah orang menanam pulut,
Menanam pulut di tepi perigi,
Banyaklah orang karam di laut,
Saya seorang karam di hati!

sekejap je dah nak monday balik...
my skandal pun dah nak terbang balik ke KK besok pagi..

Sekian!


Wednesday, February 2, 2011

rindu sudaaa...

rindu sudaaa mau pakai benda neh!
nak buat kena gi merayap uptown tak pun downtown..
huhuhu~~