Assalamualaikum WBT
Seketika saya tidak menjengguk ruangan khas untuk Ibu Tunggal ini kerana tiada masa lapang utk membaca setiap satu permasalahan sebelum memberi buah fikiran.
Topik yg saya akan ketengahkan ini agak sensitif. Mohon ya dibaca dengan lapang dada.
Saya seorg yang suka memerhati tingkah orang-orang yang saya kenali sama ada baru atau lama. Lebih-lebih lagi yang berstatus Ibu Tunggal Janda / Balu.
Dalam pemerhatian ini saya sentiasa menjadikan apa sahaja yang saya lihat terjadi pada sahabat-sahabat tersebut sebagai tauladan buat diri saya.
Satu perkara yang membuatkan saya kecewa pada segelintir golongan Ibu Tunggal ialah terlalu mudah dibuai perasaan.
Tidak salah kita bercinta kembali tetapi berpada-padalah dalam menzahirkan emosi yang sedang melanda…
Usah terlalu yakin dan obses pada sesuatu yang terlalu baru dan kelihatan sangat bagus.
“Too Good To Be True”
Banyak lelaki di luar sana SENTIASA melihat Janda / Balu sebagai alat untuk memuaskan nafsu serakah. Berhati-hatilah dalam menyemai perasaan kasih dan sayang. Tidak luak dan tidak rugi jika kalian Ibu Tunggal jual mahal demi maruah diri.
Kenal lelaki-lelaki baru sehari dua dibilang cinta terus kocak jiwa dan pegangan.
Tidak salah menyintai tetapi belajarlah dari setiap kesilapan diri atau sekitarnya.
Usah terlalu cepat menyerah maruah. Istighfar selalu, jaga solat, jaga hati…
Jaga status diri, jangan cemarkan maruah Ibu-ibu Tunggal yang lain kerana perlakuan murahan anda. Ianya sangat sukar untuk kami membersihkan palitan noda yang kalian (Ibu Tunggal yang tidak bemaruah) tinggalkan, dan akhirnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
-----------------------------///----------------------------------
Thanks!
No comments:
Post a Comment