Daisypath Anniversary tickers

12 November 2011

11.11.11

Semalam, tarikh cantik tu la.. Macam-macam gossip, baik dan buruk untuk tarikh tu. Tarikh tu juga telah mencatat sejarah dalam hidupku.

Seperti yang telah kurancang dengan Kak Mie, semalam aku buat pertama kalinya mencecah kaki ke dalam kolam renang UiTM dan Kak Mie dengan jayanya telah mengajar ku berenang. Bermula dengan cara bubbling, floating dan kuak katak. Seronoknya, tak sabar nak tunggu minggu depan, nak berenang lagi dengan Kak Mie.

Selepas selesai sesi renang, badan dah letih. Aku pun ajak Cik Abang tersayang makan tengahari di JM Beriani. Sedapnya nasi beriani kambing. Alhamdulillah.. Terus sahaja kami ke rumah Mak, untuk mengambil Zakwan, dan bercadang untuk pulang ke rumah, sambung study atau stadooo... hehehe. Selepas ambil Zakwan, dalam perjalanan pulang ke rumah, kami dapat panggilan dari Akak Amy, Abby kemalangan di lebuhraya PLUS. Di mana? Seremban. Bimbangkan keadaan adik yang seorang tu, kami bergegas balik ke AB untuk mengambil Balqis. Tak singgah mana-mana lagi, terus sahaja menuju ke lebuhraya PLUS. Terjumpa satu kemalangan di lebuhraya Guthrie, menyebabkan kesesakan untuk kami masuk ke NKVE, jadi kami masuk ikut jalan dalam kawasan Bukit Jelutong. Singgah sebentar di Dengkil untuk isi petrol. Dalam perjalanan ke Seremban, kami terlihat pula sebuah lori terbalik. Ya Allah, selamatkanlah perjalanan kami. Terus lagi, ternampak pula seorang lelaki jatuh motor di tengah-tengah lebuhraya tu. Ya Allah.. mujur kami tak langgar dia. Sempat lelaki tu bangun terhencot ke tepi jalan. Lekas-lekas singgah solat di RnR seterusnya untuk solat asar.

Sampai di Seremban sekitar jam 6 lebih. Terus ke Balai Polis Seremban. Alhamdulillah Abby tak apa-apa. Cuma nampak sedikit terkejut. Setelah selesai urusan dengan bengkel dan polis, kami menunggu Akak Amy dan Ummi pula tiba. Sudahpun masuk waktu Maghrib.

Keletihan masih terasa daripada sesi renang tadi. Teringatkan insiden kemalangan yang kami lihat sebelum tu, terus kami ambil keputusan untuk tidur sahaja di Seremban. Mujur Aishah pernah tinggal di Kuala Pilah. Mahir betul dia dengan selok-belok Seremban. Kuranglah kadar kesesatan kami mencari hotel, dan mujur dapat hotel dengan kadar kakitangan kerajaan.

Alhamdulillah, sekarang dah selamat sampai di rumah. Cuma, keletihan masih terasa. Namun begitu, masih teringat-ingat sesi renang semalam. Seronok sangat dapat terapung dalam air, dan berenang. Kak Mie, Kak Rozi dan Kak Dora, best sangat berenang dengan kamu semua. Kita berenang lagi ye?

Oh ye. Bagi mereka yang teringin nak berenang, di Shah Alam, ada dua tempat sahaja yang ku tahu dibuka kepada umum. Pusat akuatik Shah Alam, dan tentunya Kolam Renang UiTM. Nak masuk Kolam renang UiTM, silalah ikut peraturan seperti dalam laman web mereka ni. Jom berenang! :)

No comments:

Post a Comment