Daisypath Anniversary tickers

19 January 2013

Cerita sihat.. dan lebih sihat...

Alhamdulillah, aku kini rasa makin sihat, walaupun di dalam keadaan stress dan sibuk dengan pengajian. Banyak kisah sihat dan cergas, aku akan kongsikan dalam blog baru ku: Famili Cergas Cantik Ceria.. Jom kita jenguk blog baru tu ye?

Tips terbaru, tentang tiada lagi gusi berdarah.. :)
http://familicergasceria.blogspot.com/2013/01/tiada-lagi-gusi-berdarah.html

12 January 2013

Berdiri waktu solat itu wajib..

Ada banyak sebab, orang tak dapat solat berdiri. Islam itu indah, ada rukhsah jika tak mampu solat berdiri. Boleh solat duduk. Namun, banyak kesilapan yang kita pernah lakukan, cara solat duduk. Yang mana wajib berdiri sebelum duduk masa solat. Aku juga pernah buat silap itu, mari kita sama-sama perbaiki cara solat kita.. :)

1 January 2013

Genap dua tahun

Okay, malam ni, genap dua tahun aku bergelar pelajar. Saat ini, sudah masuk tahun ketiga. Sepatutnya final year.. Tetapi, dengan kadar kelajuan ku menjalankan penyelidikan, aku tidak berani mengumumkan ia tahun terakhir. Namun, aku akan tetap berusaha!!

28 November 2012

Karenah penjawat awam?

Tajuk macam tipikal, tapi hari ni aku tetap mahu berkongsi perasaanku. Biar aku berikan sedikit senario...

Telefon ke pejabat kerajaan, minta sambungkan kepada pegawai tertentu, dapat jawapan:"Puan Xyz tak ada di tempatnya la cik.. nak tinggalkan pesanan? Nanti saya pesan dia telefon semula. ". Kalau kita tunggu panggilan semula tu, tunggu kucing bertanduk lah jawabnya...

Atau mungkin bila kita pohon sesuatu, dia akan kata dokumen tak lengkap lah.. Sedangkan dalam website takde mohon sebarang dokumen pun..

Sebenarnya aku ingin meluahan kekeciwaan ini kerana aku juga sering menjadi mangsa penjawat awam yang sebegini rupa. Puas aku cuba ubah mentaliti terhadap kakitangan awam ni. Tapi ini juga hakikatnya...

Baru-baru ini, ketika menguruskan pendaftaran Balqis di JPN, pegawai di situ beritahu, permohonan ku tidak lengkap. Sedangkan itu sahaja dokumen yang aku ada. Bila aku rujuk dengan JKM, sebenarnya dokumen ku tiada masalah... Pegawai di JPN tu pegawai baru katanya.. Dia tak tahu cara. Setelah 2-3kali turun naik JPN, akhirnya beliau terima borangku. Tapi, berkeras tidak mahu proses failku kerana katanya belum cukup tempoh. Aku siap merayu agar diusahakan perkara tersebut kerana mengikut akta, memang sudah cukup tempoh. Malangnya pegawai tak berhati perut tu tetzp berkeras, "kami hanya akan proses pada 18November". Itulah ayat yang akhirnya ku telan sahaja pada bulan Julai dulu.. Sabarlah Zaidah, mungkin ada hikmahnya..

Hari ini, 27 November, suami ku sengaja buat panggilan ke JPN untuk mengetahui status fail kami. "Kami baru nak buka fail...". Maknanya kalau suamiku tak menelefon, maka sampai sudah permohonan kami tidak diproses.

Aku sungguh kesal dengan kejadian ini. Jabatan Pandaftaran Negara, cawangan Shah Alam, sangat mengecewakan! :

2 September 2012

Hidup mesti diteruskan...

Isnin lalu, Professor Datuk Dr Marzuki, penyelia pengajian PhDku, telah kembali ke rahmatullah. Pemergian beliau bukanlah satu kejutan, memandangkan beliau telah setahun menderita sakit. Namun, pemergian beliau telah memberi kesan buat hidupku, serta sahabat seperjuangan pengajian, Cik Lin. Beliau merupakan seorang penyelia yang sangat kami hormati dan sayangi. Semasa hayatnya, beliau seorang yang sangat bersemangat menjalankan penyelidikan dan sentiasa memberi inspirasi buat para pelajar. Walaupun, aku pernah mendengar kritikan rakan sekerja, mengatakan beliau sangat tegas dalam menilai hasil penyelidikan, namun bagiku itu adalah satu bonus yang ku terima, kerana ketegasan beliau memaksa aku meneruskan perjuanganku. Disiplin beliau sangat ku kagumi. Kerendahan hati beliau sangat memukau, pangkat dan jawatan tidak menjadikan beliau seorang yang sombong, malah sangat merendah diri. Sebanyak mana ilmu yang diperolehi seorang Professor, tidak menjadikan beliau seorang yang angkuh. Al-fatihah... Semoga Allah tempatkan beliau bersama orang-orang yang beriman...

Selepas kehilangan penyelia, aku banyak merenung memikirkan perjalanan hidupku serta pengajianku. Sambil melayan karenah dua anak kecil yang belum mampu memahami masalah yang dihadapi mama, memang mencabar sekali. Anak-anak sudah mula pandai bermain, bergaduh, memberontak, melawan kata. Aduh, sungguh tercabar kesabaranku. Acapkali, jari-jariku mencubit peha si kakak, kerana terlalu sakan mengusik si adik. Si adik juga, tidak kalah. Suka benar mengusik dan menangis sekuat hati pabila diusik.

Terfikir pula, begini agaknya karenahku dan kakak sewaktu mak dan ayah membesarkan kami. Banyaknya karenah, tapi mak dan ayah tidak pernah mengalah atau berhenti menyayangi anak-anaknya. Ya Allah, banyaknya dosa yang pernah kulakukan terhadap mak dan ayah. Tapi, mak dan ayah tak pernah membenci.Tak pernah juga mengungkit segala karenah kami dahulu. Ya Allah... Tetapi sebagai anak, kita sering terlupa. Tanpa mak dan ayah, siapalah kita? Mak, yang berjaga saban malam, kerana anak yang sering terjaga malam minta disusu. Ayah yang bersengkang mata, kerana risaukan anak yang demam, risau kalau-kalau suhu meninggi. Anak, yang sentiasa meminta, menagih perhatian, bila dah besar, terlupa semua jasa mak dan ayah. Sibuk melayan keluarga sendiri, terlupa akan mak dan ayah yang kini memerlukan kita. Marilah kita sama-sama cium tangan mak, cium tangan ayah, mohon keampunan atas segala dosa, dan teruskanlah berdoa buat mereka.


28 August 2012

Pemergian Penyelia Kesayanganku

Lewat senja semalam, Prof Datuk Dr Marzuki Khalid, penyelia utama pengajian PhD ku, telah kembali ke rahmatullah di rumah beliau. Sememangnya, Prof telah lama menderita sakit kanser, sejak setahun lalu. Ketika mendapat berita pemergiannya, aku terkelu seribu bahasa. Terasa kehilangan seseorang yang sangat aku hargai. Beliau sudah seperti seorang bapa buatku. Bergegas aku bersiap dan ku bawa suami serta anak-anak menziarahi keluarga Prof. Isteri Prof, yang juga merupakan penyelia kedua ku, kulihat dalam keadaan tabah.

Dengan pemergian Prof, aku terasa seperti kehilangan arah tuju dalam kajianku. Selama ini, hanya Prof seorang yang mengetahui kerja-kerja ku. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan pengajianku. Berikanlah aku hidayah untuk mencari jalan keluar bagi setiap masalah dalam kajianku.. Ya Allah...

1 August 2012

Perjalanan menyusukan seorang khalifah Allah

Sempena minggu ini, Minggu Penyusuan Susu Ibu, aku ingin mencoret sedikit perjalanan penyusuan anakku. Kini, sudah setahun dua bulan usia anak teruna ku. Dan, sudah setempoh itu juga disusui dengan susu ibu. Aku bersyukur kepada Allah, kerana masih mampu menyusui sehingga hari ini. Dan insyaAllah akan kuteruskan sehingga usianya dua tahun.

Perjalanan ini bukanlah satu perjalanan yang mudah. Sebelum ini, aku meneruskan pengajianku di pejabat, maka proses mengepam agak sukar bagiku. Bukan masalah privasi, kerana aku duduk sebilik dengan seorang lagi rakan sekerja yang memahami. Tapi, lebih kepada masalah nak berulang ke bilik air yang agak jauh, untuk membersihkan peralatan mengepam. Menjadikan aku malas hendak mengepam. Jadi, aku ambil keputusan untuk study di rumah. Aku melabur sedikit, membeli meja study baru yang lebih selesa untuk mendapatkan mood study di rumah, dan yang penting jauh daripada katil. :)

Namun, jumlah susu yang dihasilkan juga turun naik, bergantung kepada banyak faktor; stress, hormon, pemakanan dan sebagainya. Tidak dinafikan, sejak menyusukan anak, aku makan lebih banyak, dan minum lebih banyak kerana aku sangat cepat lapar. Puasa adalah sesuatu yang sangat mencabar bagiku... Ya Allah, mujur Allah temukan aku dengan sahabat-sahabat yang sekapal dengan ku. Aku diperkenalkan dengan makanan tambahan Shaklee, dan alhamdulillah sedikit sebanyak membantu aku meneruskan dan mengekalkan momentum meneruskan perjuangan.

Ada sesetengah ibu-ibu tidak memahami perjuangan ini. Mungkin kerana takdir Allah mereka ditakdirkan dengan air susu yang banyak, maka tiada masalah bagi mereka. Namun, sesungguhnya menyusukan anak bukanlah semudah yang disangka.

Tetapi, aku redha dengan perjalanan ini kerana nikmat yang Allah berikan kepada setiap ibu yang menyusukan. Perasaan kasih yang tidak tergambar ketika menyusukan anak, dan juga penjimatan yang banyak dapat dilakukan kerana tidak perlu memborong susu formula setiap bulan. Alhamdulillah...

Selamat menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu, bagi semua ibu-ibu yang berjuang menyusukan anak mereka. Ia adalah satu bentuk jihad yang patut dicontohi. :)

6 July 2012

Doakanlah...

Baru dapat berita dari Cik Lin, Prof tak sihat. Oh, Ya Allah.... Betapa sedihnya hati mengenangkan penyelia kesayangan kami. Beliau seorang yang penyelia yang sangat baik, dan memberi motivasi kepada kami. Tiap kali selepas bertemu dengannya, untuk membentangkan progres kerja penyelidikan, semangat untuk meneruskan pengajian akan bangkit kembali. Sememangnya, dalam perjalanan pengajian PhD ini, semangat untuk meneruskannya sentiasa turun dan naik. Dan Prof adalah manusia yang mampu menaikkan semangat itu.

Sebenarnya, Prof disahkan menghidap kanser setahun yang lalu. Walaubagaimanapun, beliau sangat tabah dan kuat semangat menghadapi penyakit itu. Dan fakta inilah yang membuat aku meneruskan perjuanganku. Dalam keadaan beliau yang kurang sihat, beliau tetap datang bekerja setiap hari, menyelia berpuluh pelajar PhD, menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pentadbiran, terbang ke serata benua di dunia ini, demi menjalankan tugas sebagai seorang Professor. Ya Allah, Kau lindungilah Prof daripada kesakitan, Kau sembuhkanlah Prof, sesungguhnya kami masih memerlukan Prof dalam hidup kami...

Harap kepada sahabat yang membaca coretan ini, panjatkanlah doa buat Prof Marzuki agar beliau dapat kembali sihat, bertenaga demi semua insan yang menyayanginya.


19 June 2012

The journey, after one and a half year

This blog has been deserted for a while. No idea, and definitely no time. Most of my time, are for my study, and family, especially those two little precious kids.

After one and a half years of my study, here I am. Currently I'm developing the prototype, which InsyaAllah will be used to collect data during the next semester. As my study focuses on problem-based learning, I should have finished developing my prototype, before September. So, I should be very busy right now. Hmmm...

However, I am a family-type of person. This coming weekend, my family and I are going to Kuala Kangsar, to celebrate the engagement party of my dearest cousin. So, I do need to sacrifice my time, a bit. To make sure I am going to achieve my target, I am going to stay up, for several days this week and the week after. This is surely to buy back my time this weekend. And this is actually because I am in the middle of the stress zone, which is caused by the first stage evaluation coming up very soon.

Other friends (who are also studying in other universities) had done with their proposal defense by now ( in their second semester). However, for us who are studying in UTM, it is not the same. The system is different, because here, they have first stage evaluation, rather than defending a proposal. And it is done in the third semester of study.

Ok, I have just read an email, sent by my second supervisor. Some bad-mouthed Iranian students thrashed the reputation of our CAIRO and UTM management, by sending such ridiculous complaints in email. To those two students, please... I am also a student in CAIRO, and I don't have anything to complaint about our supervisors. I think, I have the best supervisors ever! Thank you Allah, for giving me the chance to work with these two professors who are very motivating, hardworking and inspiring. These two guys are just expecting too much, and not at all giving back to the academic world. Such attitude is really not acceptable. I, myself is a teacher, and would never forgive a student with this kind of attitude.

Ooopss, being carried away by this email. Initially, I want to write about my journey in this one and a half year, but now, I have no idea to write... Hmm... Maybe next time. :p


19 March 2012

Number One For Me...

Lepas dengar lagu ni, dan teliti liriknya, aku tersenyum sendirian. Mak, adik tujukan lagu ni khas untuk mak...

6 February 2012

sedih

kesedihan adalah sesuatu yang menyakitkan. dan mampu membuatkan tubuh kita bertindakbalas terhadapnya. tubuh boleh dihinggapi penyakit yang mungkin tiada penawarnya.

awas kamu yang sedang mencurahkan kesedihan kepada orang-orang yang kusayangi. akan kupastikan kamu menderita atas kesakitan mereka. jika sampai suatu hari nanti mereka jatuh sakit kerana kesedihan itu, jaga-jaga. hidupmu tidak akan aman, matimu juga tiada mulia. ini janjiku...

--

19 January 2012

Love you...

Terbaca satu kata-kata di dalam email:
» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
Fikir2lah
Aku antara ribuan orang yang sebak membaca kata-kata ini. Akhir-akhir ini aku sangat sensitif dengan segala apa yang berlaku di sekelilingku. Malah menonton drama di televisyen juga mampu membuatku emosi. Sememangnya benar apa yang tertulis itu..

Sebelum ini, memang pernah mak menyuarakan rindu, aku jawab "Adik sibuk la, mak... Hujung minggu adik balik, ye?". Ayah juga pernah minta aku pulang, dan aku pernah menjawab, "Kerja belum selesai lagi.. Nanti dah free, adik balik ye..". Tapi, mak dan ayah tetap dengan kasih sayang, menyambut kepulanganku. Terharu...

Memang benar, pernah juga aku berkecil hati dengan ayah, terusik rasa dengan mak. Ketika dalam pengaruh perasaan amarah, memang hati suka membentak, "mak tak faham!, ayah bukannya peduli!". Kadangkala, ku rasa, ayah salah, mak juga silap. Tapi, setelah bertenang, kufikirkan semula. Mak dan ayah pun manusia biasa, tentu ada salah dan silapnya. Aku juga begitu. Jadi, layakkah aku menghukum mereka? Aku cuma anak, yang mungkin tiada lahir ke dunia tanpa mereka. Maaf, mak.. Ampun, ayah.. Aku pernah berdosa. Astaghfirullah...

Sekarang aku lebih mengerti, bagaimana perasaan seorang ibu. Tidur malam tak pernah lena, kerana melayan tangis anak kecil. Mandi pun kadangkala tak basah, mengenangkan anak ditinggalkan sendirian di atas katil. Sentiasa risau keadaan anak, sihatkah dia? Gembirakah dia? Bila anak demam, hati tiada senangnya. Gundah gulana, setiap kali mendengar anak batuk di dalam tidurnya.

Anak daraku sudah mula petah berkata-kata, sudah pandai meniru semua perkara. Kadangkala, memang ada perangai tidak baik yang ditirunya. Mama dan daddy pun kena ketuk kepala, dijerit dan disepak selamba.. Tapi, memang naluri seorang ibu dan bapa, "tak apa.. masih kecil lagi. belum sampai akalnya...". Dan, rasanya sampai bila-bila, ibu bapa akan anggap anak mereka, masih kecil, masih bayi. Sebab kasih mereka akan tetap sama..

Mak, ayah.. Kalau pernah anak ini menyakiti hatimu, terguris perasaanmu, terhiris dek perbuatan dan perkataanku, ampunkanlah.. Kuharap aku tak akan menyakiti, mengguris atau menghiris lagi. Aku berdoa agar menjadi anak yang tidak lupa diri.


Marilah kita sama-sama amalkan doa ini, semoga mak dan ayah kita sentiasa dipelihara oleh-Nya.. Mak, Ayah, ku sayangkan mu...

18 January 2012

Progress Presentation

Ketaq peghut... Itu yang biasa Cik Lin ungkapkan, setiap kali nak present progress kepada Prof. Hari ni, dah beberapa kali aku pula suarakan dua perkataan itu. Ya, petang ini kami akan bertemu dengan Prof, untuk membentangkan progres kajian penyelidikan kami bagi dua bulan terakhir ini. Iya, dua bulan terakhir, tapi progres sangat sikit. Itulah sebabnya aku asyik ke tandas pagi ini, menghilangkan ketaq peghut.. Huhuhuhu...

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan pengajian kami. Berikanlah kami hidayah dalam setiap liku perjalanan ini. Kami yakin, janji mu benar, Ya Allah... Amin...

3 January 2012

Tahun baru, usia baru

Seperti yang berlaku setiap tahun, sambutan tahun baru dan selang beberapa hari sambutan hari lahirku. Esok, usiaku akan meningkat 31 tahun. Ayah ada berhasrat hendak belanja kami sekeluarga makan malam di luar malam ini.. Namun, terpaksa ku tolak dengan sebaik mungkin. Ayah, maaf... Anakmu ini sedang melalui saat-saat getir, kerana sudah tiga hari bercinta dengan Mr Loo.. Sudah tiga hari perutku berkonsert tanpa henti. Dan sudah tiga hari juga Zakwan menerima bahana daripada keadaanku. Habis kembung perut si kecil tu.. Kesian dia.

Jadi, dengan itu, tiada sambutan hari lahir buatku tahun ini. Ditambah dengan kesibukanku mengejar tarikh akhir menghantar kertas kerja dan presentasi. Hmmm sesungguhnya ketibaan angka 31 itu tidak berapa dialu-alukan.

23 December 2011

Resah

Hati masih resah. Fikiran masih gelisah. Hanya kerana sikap seorang manusia yang sangat dekat di hati. Insan itu sungguh disayangi. Pertalian antara kami tidak boleh dihuraikan. Namun, sikap insan ini sangat mengelirukan. Seolah diri ini sudah tiada dalam hati. Seolah diri ini sangat dibenci.


12 November 2011

11.11.11

Semalam, tarikh cantik tu la.. Macam-macam gossip, baik dan buruk untuk tarikh tu. Tarikh tu juga telah mencatat sejarah dalam hidupku.

Seperti yang telah kurancang dengan Kak Mie, semalam aku buat pertama kalinya mencecah kaki ke dalam kolam renang UiTM dan Kak Mie dengan jayanya telah mengajar ku berenang. Bermula dengan cara bubbling, floating dan kuak katak. Seronoknya, tak sabar nak tunggu minggu depan, nak berenang lagi dengan Kak Mie.

Selepas selesai sesi renang, badan dah letih. Aku pun ajak Cik Abang tersayang makan tengahari di JM Beriani. Sedapnya nasi beriani kambing. Alhamdulillah.. Terus sahaja kami ke rumah Mak, untuk mengambil Zakwan, dan bercadang untuk pulang ke rumah, sambung study atau stadooo... hehehe. Selepas ambil Zakwan, dalam perjalanan pulang ke rumah, kami dapat panggilan dari Akak Amy, Abby kemalangan di lebuhraya PLUS. Di mana? Seremban. Bimbangkan keadaan adik yang seorang tu, kami bergegas balik ke AB untuk mengambil Balqis. Tak singgah mana-mana lagi, terus sahaja menuju ke lebuhraya PLUS. Terjumpa satu kemalangan di lebuhraya Guthrie, menyebabkan kesesakan untuk kami masuk ke NKVE, jadi kami masuk ikut jalan dalam kawasan Bukit Jelutong. Singgah sebentar di Dengkil untuk isi petrol. Dalam perjalanan ke Seremban, kami terlihat pula sebuah lori terbalik. Ya Allah, selamatkanlah perjalanan kami. Terus lagi, ternampak pula seorang lelaki jatuh motor di tengah-tengah lebuhraya tu. Ya Allah.. mujur kami tak langgar dia. Sempat lelaki tu bangun terhencot ke tepi jalan. Lekas-lekas singgah solat di RnR seterusnya untuk solat asar.

Sampai di Seremban sekitar jam 6 lebih. Terus ke Balai Polis Seremban. Alhamdulillah Abby tak apa-apa. Cuma nampak sedikit terkejut. Setelah selesai urusan dengan bengkel dan polis, kami menunggu Akak Amy dan Ummi pula tiba. Sudahpun masuk waktu Maghrib.

Keletihan masih terasa daripada sesi renang tadi. Teringatkan insiden kemalangan yang kami lihat sebelum tu, terus kami ambil keputusan untuk tidur sahaja di Seremban. Mujur Aishah pernah tinggal di Kuala Pilah. Mahir betul dia dengan selok-belok Seremban. Kuranglah kadar kesesatan kami mencari hotel, dan mujur dapat hotel dengan kadar kakitangan kerajaan.

Alhamdulillah, sekarang dah selamat sampai di rumah. Cuma, keletihan masih terasa. Namun begitu, masih teringat-ingat sesi renang semalam. Seronok sangat dapat terapung dalam air, dan berenang. Kak Mie, Kak Rozi dan Kak Dora, best sangat berenang dengan kamu semua. Kita berenang lagi ye?

Oh ye. Bagi mereka yang teringin nak berenang, di Shah Alam, ada dua tempat sahaja yang ku tahu dibuka kepada umum. Pusat akuatik Shah Alam, dan tentunya Kolam Renang UiTM. Nak masuk Kolam renang UiTM, silalah ikut peraturan seperti dalam laman web mereka ni. Jom berenang! :)

22 September 2011

Parenting Tips

Aku tergerak hendak berkongsi semua petua-petua yang kuperoleh daripada mak, ayah, teman-teman mak, sahabat handai, serta hasil pembacaanku tentang keibubapaan. Tetapi, kurasakan blogku ini lebih bersifat peribadi buatku, aku telah membina blog khas untuk tujuan perkongsianku.

Kalau berkesempatan, marilah lawati blog baruku.. www.mommadaddy.blogspot.com. :)

Sekadar ingin berkongsi (pt2)

Post sekadar berkongsi pun ada sequel.. :)

Bukan aku ingin menambah-nambah cerita. Sekadar berkongsi, satu lagi amalan yang aku amalkan semasa cubaan mengandung dulu. Terlupa pula hendak kuselitkan dalam post yang lepas.

Amalan yang kumaksudkan adalah mengamalkan beristighfar bila-bila sahaja, terutamanya selepas solat. Sewaktu beristighfar, dalamilah maksudnya dan betul-betul ikhlas dalam setiap kalimah "Astaghfirullahal 'Azim". Kalau hafal yang panjang, lagi bagus. Aku sekadar mengamalkan istighfar biasa sahaja.. Petua ini aku dapati daripada seorang teman, dan kuhalusi dalam sebuah buku yang berkisar tentang hikmah istighfar.

Selamat beramal...

15 September 2011

Sekadar ingin berkongsi...

Hari ini, aku ingin berkongsi sedikit pengalaman buat sesiapa yang ingin mencuba. Mungkin ada yang tertanya-tanya tips apa pula yang nak dikongsi ni? Ye, tidak lain tidak bukan.. Tips untuk mendapatkan zuriat. Memang aku bukan seorang yang professional, mahupun berpengalaman banyak. Tapi, melalui pengalamanku, dan nasihat orang-orang tua, hidupku kini dihiasi dua anak kecil yang menjadi buah hatiku dan suami.

Aku tergerak hendak menulis post ini, kerana sewaktu kunjunganku ke rumah seorang ibu saudara, aku telah bersembang dengannya tentang topik susah dapat anak.. Iya, topik ini memang selalu dijauhi. Aku dulupun, sering mengubah topik bersembang bila ada orang memulakan perbualan mengenai topik ini. Mungkin setelah kelahiran Zakwan, aku sudah berani bersembang (tanpa perlu rasa takut hatiku terguris).. Dan, dalam perbincangan kami, makcik ada berkata "Makcik beritahu ni, sekadar berkongsi. InsyaAllah kalau kita kongsi ilmu ni, makcik dapat pahala, orang yang mengamalkan dapat lah zuriat.." Lebih kurang begitulah ayatnya.. Jadi, aku terfikir.. Aku juga patut berkongsi dengan sesiapa yang sudi hendak mengamalkannya.

Dulu, aku juga mengalami masalah kesukaran hamil ni. Apa sahaja do'a yang orang ajarkan kepadaku, aku amalkan. Jadi, mungkin hasil do'a yang aku amalkan setiap kali solat, akhirnya dimakbulkan. Doa yang pernah ku amalkan, bukanlah ayat yang terlalu panjang.. Sekadar dua ayat, yang juga merupakan do'a nabi Zakaria. Silalah cari ayat tersebut di dalam Al-Quran, (i) Surah Ali-Imran Ayat 38. (ii) Surah Al-Anbiya Ayat 89.
Amalkan dalam doa setiap kali solat, disertakan dengan puasa sunat bila mampu.



Selain itu, aku juga pernah mencuba produk BioDex seperti yang diwarwarkan elok untuk mendapatkan zuriat. Keputusannya sangat mengecewakan. Aku bukan sahaja tidak hamil, malah doktor mendapati aku mempunyai cyst selepas aku amalkan BioDex. Jadi aku berenti serta merta. Mungkin Biodex tidak sesuai untukku.. Aku juga subscribe berbagai jenis e-book yang ada dijual di internet, untuk menambah ilmu mengenai kehamilan.

Usaha kami tidak berakhir di situ. IUI juga kami cuba, tapi mungkin belum rezeki kami ketika itu.. Sepanjang masa dua tahun itu, macam-macam tohmahan yang kami terima dari masyarakat sekeliling. Hati sering terguris. Tapi aku senyum sahaja, dan sedaya upaya mengabaikan kata-kata orang. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Orang yang bercakap, bukannya faham betapa sedih dan perit mengenangkan keinginan bercahayamata seperti pasangan lain..

Dan akhirnya doa kami dimakbulkan apabila kami dihubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat, memberitahu permohonan anak angkat kami diluluskan. Maka lahirlah Balqis dalam keluarga kami, walaupun tidak lahir dari rahimku sendiri. Balqis lahir dari hati kami, yang inginkan zuriat. Dan, aku masih teruskan berdo'a. Semoga Allah kurniakan zuriat buat kami..

Selepas beberapa bulan Balqis kami sayangi, tatangi bagai minyak yang penuh, aku disahkan hamil. MasyaAllah... Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allah Maha Mengetahui apa yang kami inginkan. Dan kini lahirlah pula Zakwan dalam hidup kami. Sesungguhnya rezeki datangnya dari Allah, bukan dari biodex, bukan dari IUI, atau segala macam produk yang ada di luar sana. Sebagai seorang Muslim, percayalah dengan do'a dan gunakanlah ia sebagai senjata di dunia ini.

Ya, dan akhirnya dalam tempoh ini do'a ku telah dimakbulkan. Aku kini mempunyai dua cahayamata yang insyaAllah menjadi muslim dan muslimah yang sejati...



Wallahu A'lam..



6 September 2011

Perkembangan Baru

Alhamdulillah.. Hari ni, masalah yang aku dan suami hadapi selesai. Masalah kami selama ini, Balqis tak boleh duduk diam dalam kereta. Keadaan ini menyusahkan aku bila hendak membawanya ke rumah mak setiap hari. Sehinggakan kami terpaksa menghantarnya ke taska berdekatan rumah, gara-gara risau Balqis asyik jatuh dalam kereta. Balqis dah semakin lasak, dan kejadian kemalangan pada bulan januari tempohari menyebabkan kami terpaksa mengambil keputusan menghantarnya ke taska.

Bukan aku hendak mengatakan yang taska adalah sesuatu yang buruk. Tidak sama sekali. Malah, aku sendiri teringin hendak membuka taska satu hari nanti. Masalahku ialah, Balqis merupakan seorang anak yang mudah jatuh sakit. Sejak mula lagi, Balqis sering batuk dan menghadapi masalah asma. Dulu, memang kami hantar Balqis ke taska. Tetapi setiap minggu aku akan bawa Balqis ke klinik. Kalau tak batuk, demam.. Kalau tak demam, cirit birit. Adakah kerana salah penjagaan di taska? Mungkin kerana keadaan Balqis yang sensitif pada keadaan sekeliling menyebabkanya mudah dijangkiti apabila kanak-kanak lain sakit. Keadaan Balqis kini sudah berubah. Sejak aku 'cuti'kan dia dari taska (kerana aku cuti bersalin dan berpantang di rumah mak), Balqis kini cukup sihat. Alhamdulillah... Mungkinkah kerana tidak ke taska? Hmmmm... Jadi akhirnya kami sangat keberatan hendak menghantarnya semula ke taska.

Hari ini, Balqis sudah menunjukkan perkembangan baru. Sangat positif! Pagi ini, Balqis sudah mahu duduk diam-diam dalam kereta, siap pakai seat belt lagi! Sungguh menakjubkan! Sebab sebelum ni, Balqis sangat bermusuh dengan seatbelt. Alhamdulillah...

Akhirnya, kami sepakat tidak menghantar Balqis ke taska, tetapi ke rumah mak... Jarak rumah mak yang selama ini ku rasa jauh, terasa dekat kerana Balqis sudah faham kerisauan mamanya. :)

22 August 2011

Mode: Looking for motivation

Semalam, satu cerita. Hari ini, lain pula kisahnya. Azamku, agar hari ni lebih baik dari semalam. Jadi, aku perlukan motivasi diri kerana masa bergerak tanpa henti. Tempoh hayat pengajianku juga makin pendek. Tapi apa hasil yang telah ku peroleh?

Setakat hari ini, aku baru dapat mengisi serba sedikit tempat kosong dalam proposal penyelidikanku. Adakah ia cukup? Memadai? Sesungguhnya tidak! Hari ni, aku perlu menulis lagi. Tapi di mana motivasinya? :(

20 August 2011

Kembali berjuang

Perjalananku sebagai pelajar bermula kembali. Setelah dua bulan (sebenarnya sembilan bulan...) aku kurang fokus pada pengajianku, kini aku wajib teruskan perjuangan. Memang susah menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar, pada masa yang sama memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan anak. Mujur juga encik suami kuat memberi sokongan (kadangkala sokongan terlalu kuat. hehehe). Sejak Zakwan lahir dalam hidup kami, tanggungjawab sebagai ibu telah bertambah. Tumpuanku kini bukan sahaja untuk Balqis, malah Zakwan memerlukan lebih perhatian. Namun, pengajianku lebih lagi memerlukan masa dan tenagaku.

Ya Allah, bantulah hambamu ini. Aku sangat memerlukan semangat yang berterusan dalam pengajianku. Sudah habis lapan bulan, aku masih belum dapat menghasilkan satu proposal yang jitu. Azamku, sebelum cuti raya, aku dapat menyiapkan sebuah proposal untuk kubentangkan kepada Prof M. Aku kagum dengan semangat Prof M. Walaupun dalam keadaan tidak sihat, beliau tetap mengambil berat tentang pelajar2 nya.

Antara langkah pertamaku untuk mendapatkan kembali momentum sebagai pelajar, aku telah mengikuti sebuah bengkel LR yang dianjurkan oleh sahabat-sahabat Doctorate Support Group (DSG) di FB. Dr Othman Talib, penceramah dari UPM, yang juga merupakan senior Jenan, telah menyuntik semangat yang tinggi dalam pengajianku. Walaupun beliau bukanlah dari bidang yang sama denganku. Hasil bengkel tersebut, aku dah berjaya menulis draft tesis. Hehehehe, namanya pun draf. Isinya masih belum ada. Cuma aku sediakan kerangka untuk ku isi selepas ini.

Selain itu, aku juga telah mendapat ilmu baru tentang aplikasi dropbox. Kini, aku cuma perlu menulis tanpa merisaukan di mana harus kusimpan file2 yang hendak kugunakan dalam tesisku. Terima kasih kepada teknologi di awan (cloud computing) yang kini membolehkan aku bekerja di mana-mana tanpa perlu risau tentang lokasi file tesisku.

Ok, aku perlu berhenti menulis dahulu. Hendak solat isya' kemudian sambung study. :)

6 May 2011

Status..

Sungguh ku terkilan, bila ada pihak yang tidak memahami statusku sekarang.. Perasaan ini tiba pabila ada pihak yang mengeluarkan kata-kata seperti "ko kan tengah cuti, bukan banyak kerja nak dibuat.." Aduh! Lebih terkilan lagi bila kata-kata itu datang dari golongan terpelajar, bukan calang-calang orang..

Biarku perjelaskan di sini, sekiranya mahu cuba memahami.. Status cuti belajar yang sedang kusandang sekarang, bukanlah bermakna aku sedang goyang kaki, bercuti. Cuti belajar selama tiga tahun yang diberikan (bagiku tidak cukup tiga tahun memandangkan aku akan cuti bersalin pula..), adalah amanah yang diberikan oleh majikanku, untuk mengeluarkan satu tesis yang kukuh dan layak dianugerahkan ijazah kedoktoran pada akhirnya nanti. Amanah ini diberi bersama gaji yang masih dibayar, dengan anggapan gaji bulananku ini adalah sebagai upah aku bekerja menghasilkan tesis itu. Ditambah pula dengan biasiswa yang diberi dengan beranggapan gaji bulananku tidak cukup sebagai upah, maka majikan membayar elaun bulanan sebagai bayaran untuk kerja-kerja itu. Bukankah itu bermakna, tanggungjawabku yang sedang kusandang lebih besar daripada ketika aku tidak berstatus cuti belajar? Bukankah itu bermaksud, aku akan  lebih berdosa kerana makan gaji dan elaun sedangkan aku sedang duduk bersenang lenang, ber'cuti'? Tolonglah faham, wahai golongan terpelajar!

Dan bagi aku, yang kini sudah mempunyai keluarga, seorang anak kecil (dan seorang lagi akan lahir bulan depan), menjadi seorang pelajar bukanlah perkara yang mudah. Sungguh ku akui, zaman sebagai pelajar ketika peringkat sarjana dulu sungguh senang jika nak dibandingkan dengan sekarang. Berbagai dugaan, Allah beri untuk menguji kekuatan dan ketabahan hambanya. Jadi, bagi golongan terpelajar yang masih tidak memahami kepayahan dan kesusahan menyambung pengajian sebagai seorang pelajar, sila mulakan langkah pertama dengan memohon tempat, dan cuba lalui sendiri liku-liku ke arah kesarjanaan ini. Mungkin anda agak susah hendak belajar dari pengalaman orang lain, dan hanya boleh memahami dengan pengalaman sendiri.. Tapi, ketahuilah, orang yang bijak akan belajar dari pengalaman orang lain, bukan dari pengalaman sendiri sahaja...

28 April 2011

After almost a year..

Almost a year, this blog has being left alone.. huhuhu.. Kesian blog ni, tuan punya rumah tak jenguk kerana kesibukan yang teramat. Barulah aku memahami, kenapa ramai kawan-kawan yang sebelum ni, aktif blogging, akhirnya meninggalkan blog mereka sunyi sepi. Inilah yang berlaku pada diriku..

Hampir setahun, kehidupanku dan suami diserikan dengan kehadiran Puteri Balqis, buah hati mama dan daddy.. Dan kini, aku sedang menantikan saat kelahiran cahaya mata seterusnya.. Alhamdulilah..

Dan sejak bergelar seorang ibu, memang kesibukan yang teramat, ditambah dengan aktiviti di pejabat, menyebabkan blog ini terbengkalai begitu sahaja. InsyaAllah selepas ini akan aku kemaskini selalu.. Hehehe.. Itu pun, jika aku tidak terlalu sibuk dengan pengajianku. Sejak Januari lalu, aku agak sibuk dengan bermulanya sesi baru dalam hidupku sebagai seorang pelajar. Ditambah pula dengan keadaanku yang sedang hamil, serta berbagai alahan yang kuhadapi, ini menambah alasan terhadap blog yang bersawang ni.. :)

Aku ingin bercerita panjang, kerana terlalu banyak cerita untuk dikongsi sepanjang beberapa bulan ini. Tapi, oleh kerana aku sedang mencuri masa yang sepatutnya aku gunakan untuk belajar, aku terpaksa mengundur diri.. Aku hanya ada sebulan lagi untuk menyelesaikan kerja-kerja ku sebelum hari itu tiba. InsyaAllah kita berjumpa lagi selepas baby lahir, ya..

22 July 2010

Putri Balqis

Hi everyone.. Meet my little girl, Balqis. She is missing daddy so much (Daddy went to a course for two weeks..). And mama missed daddy too.. :)



6 May 2010

Injured

Yup, I got myself injured two days ago. It was 4pm, Cik Lin, Cik Liza and I were thinking of getting some cakes, to cheer up our cloudy day. Why cloudy? Well, actually Cik Lin and I was quite frustrated to know that our appeal to do our PhD in UTM was denied by the scholarship board. They asked us to do it in UiTM. Well, it's not a big deal, the only problem we are facing now is, who are going to be our supervisor? Aiyo... Big headache. Well, that is not the injury I meant before..

While walking to my car, I actually slipped and fall. Terpeleot, ok? I do feel something when I fall. Thought something is not right.. But, as I was already at the side of my car, I just got up, and got into the driver seat. Cik Lin dok tanya, boleh ke ni? Dengan angkuhnya, aku jawab, ala.. sikit je nih... And I drove the car to section 9, with Secret Recipe in our mind. However, tha pain started killing me, just before we got to the destination. So, I asked them, is it okay to go to DEMC first? Yup, of course they will say yes.. hehehe, I'm driving at that moment. :p

Got to DEMC, with Cik Lin memapah... Waited for about 15 minutes (I guess) and the doctor asked me to get an x-ray for my left foot. He supsected maybe some ligament are torn.. Well, ok. After the x-ray, the pain is no more bearable. Think like just going to sit there, and don't want to move anywhere. The bone expert, Dr Mahmud (if I'm not mistaken of his nama.. ) confirmed that it was a fractured foot. Need to be casted, and I got MC for two weeks. Aiyo...

Mak asked me to stay at her house, but I do feel much more comfortable at my own. Firstly it is because if I do stay at Mak's, I wont be able to sleep with abang, because there is no room for two of us there. Well, I've heard someone said, when we are with our spouse, the pain will disssappear.. It it true? let me do the experiment first, then I'll tell you. :p

Besides, I am really aware of my Mak's style. Whenever anybody fall sick, she is very willing to carry that person, no matter how heavy that person is. And, with me, 60++kg, I don't think she is strong enough to carry my weight. I don't want to be a burden for her, as she has being tooo nice. Yup, that's my mom. Too nice to others, sometimes she forgot to be nice to herself.

Ok, enough babbling, I need to calculate my students marks. MC doesn't mean I don't have to finish my works. :p

18 April 2010

My sis

Yesterday, my little (not so little anymore.. hehehe) sis got engaged to her fiance.. Quite a party, when all cousins gathered at my mom's. And, my brother-in-law-to-be is older then me.. Hahaha, he will become younger, when he become my adik.. So, I'll be very busy after this. Has a wedding to plan, this june. Opps, two wedding actually. My sis-in-law also getting married this june.. Hehehe, seronok... I love weddings. :)

However, to my beloved sis, congratulations. :)

4 April 2010

Emosi

Tak ku nafikan, sejak aku terima tawaran biasiswa untuk melanjutkan
pengajian, emosiku jadi tak stabil. Ini gara-gara tawaran yang diberi
adalah untuk belajar di uitm shj. Dan, perlu pergi sebelum 31 Disember
ini.. antara masalahku ialah, aku sudah mendapat calon penyelia di
UTM. hmmm...

Namun, aku dah berjaya tenang.. Jangan gopoh, aku akan cuba merayu...

30 March 2010

Tak tau nak jelaskan...

Sebenarnya, aku tak tahu macamana nak jelaskan perasaan aku ni. Bercampur... Biar aku cerita satu persatu...

Aku gembira.. Sebab dah dapat baby baru.. Jangan silap faham ye? Baby baru aku warnanya kelabu, apa lagi kalau bukan kereta Alza ku yang comel.. Setelah sebulan menunggu, akhirnya Baby Alza tiba juga.. Alhamdulillah, tak lah aku menyusahkan mak, pinjam kereta...

Aku marah... Sebab aku rasa diperkotak-katikkan. Bebanan tugas sem depan, aduh... Aku kena mengajar 22 jam seminggu. Semester ni, aku cuma mengajar 18 jam seminggu, aku sudah rasa tak bermaya. Macamana aku nak mengejar cita-cita nak mendapatkan zuriat, kalau kerja banyak sangat. Untuk makluman sesiapa yang bukan kerjanya sepertiku, banyak jam pengajaran, bermakna lebih lama masa aku terpaksa berdiri di hadapan kelas. Dan, lebih banyak kertas peperiksaan hendak ku tanda. Dan banyak set kertas soalan nak disediakan. Dan banyak masa kuperlukan untuk menyemak nota-nota pengajaran. Bukan boleh masuk kelas dan kata, "Ok semua, sila buka mukasurat 12 dan baca sendiri."

Aku sedih... Sebab tak tahu macamana nak selesaikan masalah aku. Dan rasanya perasaan lain telah menghilangkan perasaan gembira tadi.. Aku tak suka marah, sebab aku akan rasa sedih. Kenapa dua perasaan ni kuat sungguh pertaliannya? Kenapa aku tak boleh marah, dan gembira? :p

 

23 February 2010