
Feb 3, 2011
Buat langit Ungu (1)

MESIR: Suatu Pandangan Peribadi

Buletin Utama TV3 malam tadi memberitakan ada beberapa pelajar Malaysia telah selamat sampai ke tanah air. Yang lain akan menyusul lagi.
Sahabat-sahabat semua boleh mendapatkan segala perkembangan terbaru mengenai krisis di sana melalui blog krisismesirnasibrakyatkita
.
Pandangan peribadi saya mengenai Mesir yang sedang bergolak kini..
Semoga rusuhan ini merupakan titik tolak kepada kejayaan Islam di dunia ini di masa akan datang. Sudah terlalu lama orang-orang kafir memperbodohkan umat Islam di seluruh dunia dengan kekuatan ekonomi, pakatan politik sesama mereka dan hiburan yang melampaui batas.
Sesungguhnya semua yg berlaku itu dengan kehendak Allah jua dan pastinya ada hikmah disebaliknya sekaligus mengajak kita umat Islam untuk berfikir dan bertindak sewajarnya.
Hakikatnya, kita tiada kuasa untuk campur tangan secara langsung tetapi kita wajib doakan yang terbaik untuk dunia Islam… Allah Maha Mendengar… Allah adalah sebaik-baik pemberi balasan dan pembelaan.
Semoga pemimpin-pemimpin Islam di rantau ini mengambil iktibar daripada situasi ini. Tadbirlah negara mengikut acuan Islam sepertimana nabi menjadi pemimpin. Barulah rakyat berpuas hati dan yang paling utama, Allah melindungi negara kita daripada bala bencana. Ameen.
P/s: Selepas peristiwa krisis Mesir ini, apakah agaknya nasib Universiti Al-Azhar?
P/s: Entry ini bersifat ekstrimis kah?
Yang berkaitan:
Feb 2, 2011
Manusia memang Tiada Upaya

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Pelajar Malaysia di MESIR akan di bawa pulang
Lega hati apabila mendengar perkhabaran ini.
Nampaknya tindakan rakyat Malaysia yang 'sedar' dan tidak terlena untuk berterusan memaksa YAB Perdana Menteri melalui facebook, blog, tweeter, dan media-media yang lain tidak sia-sia.
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.
Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.
"Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir," katanya kepada Bernama di sini Selasa malam.
Lanjutnya Bernama.
Sememangnya untuk membiarkan rakyat kia terus 'terperangkap' disana bukanlah merupakan suatu tindakan yang terbaik. Diharap dengan tindakan ini, dapat memberi sedikit kelegaan buat semua rakyat Malaysia.
P/s: Doa dan harap sentiasa dipanjatkan kepadaNYA agar mudah segala!
Yang berkaitan:
Kronologi KRISIS MESIR
Krisis Mesir apa tindakan kita?

Photoshoot di Taman Botani
Feb 1, 2011
Ohh..ini lah sebab kekecohan itu?
Sebab saya tahu kamu ada seseorang yang lain.. Siapa yang sepatutnya jujur?
Mengapa ye lebih percayakan orang lain?
Mengapa tak dibawa bertenang, berbincang dan bertanya saya terlebih dahulu?
Mengapa perlu tanyakan orang lain..?
Orang lain bebas dan suka memberikan pandangan sendiri, anggapan sendiri, tuduhan sendiri.. namun yang menanggung kesakitan dituduh pelbagai itu siapa?
Kita kan?
Percaya mempercayai kan lebih baik.
Sakit kan apabila hilang kepercayaan?
Apabila saya tanyakan, siapa 'seseorang' itu, kamu masih belum memberikan jawapan.
Kita tahu sendiri apa yang kita mahukan.
Selagi PERCAYA itu masih ada.

P/s: Lega mengetahui ini antara punca kekecohan yang berlaku. PERCAYALAH, saya bukan seperti yang kamu katakan.
P/s: Kamu gembira dengan situasi ini wahai Cik langit Ungu? Oh..cemburu itu tanda SAYANG yang masih ada?
Banjir Kembali di Kota Tinggi
Saya sekarang berada di Bangi. Sekolah yang saya jalani praktikum tidak bercuti.. maka tidak dapat bersama-sama untuk bersedia 'berkemas' jikalau paras air naik lebih tinggi lagi. Pengalaman lalu mengajar kami sekeluarga untuk bersedia dengan kemungkinan yang mungkin terjadi.
Doa saya, moga kami semua tabah dan sabar. Apabila diuji, senyum je lah kan? Pasti ada hikmah atas setiap perkara yang terjadi..
Mari kita lihat gambar-gambar sekitar banjir di Kota Tinggi yang diambil semalam..




P/s: Tadi ibu bagitahu hujan sudah berhenti, matahari sudah kembali memancarkan sinar, namun air belum mau surut lagi! insyaAllah.. DIA takkan menguji dengan ujian yang tak mampu hambanya tanggung.
P/s: Ibu kata lagi harapnya tidak banjir, pening nak kemas barang. Ayah pula tenang walau saya tahu dia risau dengan keadaan kedai.
Kronologi peristiwa KRISIS MESIR
Pagi tadi usai solat subuh dah panjatkan doa kepada yang ESA agar kehidupan mereka disana dipermudahkan? Jika belum, marilah sama-sama kita panjatkan doa insyaAllah doa-doa kita semua pasti diperkenankanNYA.
.
Baiklah, hari ni saya ingin menambah lagi mengenai punca-punca dan kronologi peristiwa yang berlaku di Mesir sehingga terjadi seperti hari ini. Saya merujuk kronologi ini di huffingtonspot.com yang menceritakan rentetan peristiwa yang terjadi di timeline nya.
Selasa, 25 Jan 2011 - Rakyat Mesir mulai bangun untuk memprotes kerajaan. Bermulanya "Hari Kebangkitan Kemarahan" (Day of rage).
Rabu, 26 Jan 2011 - Protes berterusan masuk hari kedua.
Khamis, 27 Jan 2011 - Mesir menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan.
Sabtu, 29 Jan 2011 - Penggunaan radio (morse code) membantu Mesir berhubung dengan dunia luar
Ahad, 30 Jan 2011 - Stesen TV, Al Jazeera ditutup.
- Kedutaan US di Cairo meminta warga amerika untuk tinggalkan Mesir
- Hillary Clinton meminta Mesir menghala ke arah demokrasi.
Kenapa semua ini berlaku?
Ikutilah apa yang ahli forum ini tulis dari sini
Kejadian di Mesir juga bermula dgn insiden yang lebih kurang serupa.! 2 orang membakar diri di depan bangunan parlimen mesir di sebabkan tekanan kehidupan di mesir dgn kadar pengangguran dan pendapatan rakyat miskin yg sangat rendah.. berbeza dgn golongan2 kaya yg makin meningkat pendapatan mereka.Sila lihat perbincangan disini untuk perbincangan yang lebih lanjut.
Fakta menarik tentang Egypt juga - >> GDP nya meningkat saban tahun.. malah 2-3 tahun ni mendapat banyak anugerah ekonomi antarabangsa yg memuji kerajaan mereka dalam menguruskan ekonomi negara.. ! (sounds familiar eh?) Kerajaan mereka juga memainkan unsur2 feel-good factor ni.. dalam akhbar2 mainstream mereka..!
Hakikatnya - rakyat marhaen makin tertekan.. kemampuan utk membeli barangan keperluan dan makanan makin mengecil.! bukan saja kadar pengangguran makin naik.. malah harga rumah di sana di paras mmg takkan termampu oleh orang2 miskin dan golongan pertengahan..
Kenapa kita perlu mengambil berat tentang perkara ini.
1. Pelajar Malaysia kini dalam bahaya di sana dan kononnya kerajaan Malaysia lewat bertindak. (ulasan seorang sahabat, "sekarang masih kuning, bila diisytihar merah baru bertindak?")
P/s: Bangun pagi ini disenyum dengan senyum Februari minyak naik lagi! Lupakan seketika harga barang naik. Doakan semoga pelajar, rakyat Malaysia, dan muslim di Mesir selamat!
P/s: Sila sebar-sebarkan hal ini.. Bangunkan sahabat-sahabat kita yang masih terlena. Dibenarkan untuk copy paste entry ini, dan jua ini.
Jan 31, 2011
Krisis Mesir, Apa tindakan kita?!

Terkejut saya sewaktu menonton berita malam tadi tatkala mendengar ulasan daripada Pak Menteri. -Belum ada keperluan untuk bawa pulang pelajar Malaysia di Mesir.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Labis hari ini memberitahu bahawa tiada keperluan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia buat masa ini. Jika pelajar-pelajar berkenaan ingin pulang, mereka boleh melakukannya dengan membiayai sendiri perjalanan pergi dan balik dari negara itu
Wisma Putra juga telah menubuhkan dua bilik operasi iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.
Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.
Lanjutnya di Bernama
Mungkin tujuan beliau berkata sedemikian bagi menenangkan keadaan. Namun, cuba menyembunyikan keadaan di alam dunia penuh teknologi dengan info semua dihujung jari rasanya bukanlah suatu tidakan yang terbaik.
Dan, ini pastinya akan menimbulkan perasaan tidak puas hati buat ibu bapa kepada pelajar-pelajar disana. Keadaan mereka yang terdesak dan terperangkap disana pasti tambah rumit lagi apabila bekalan elektrik dan internet juga telah dipotong. Rompakan dan pecah rumah, kecurian dan bekalana makanan yang meruncing. Bank juga tidak berfungsi malah perlindungan keselamatan juga terhakis.
Untuk mendapat gambaran semasa tentang situasi di Mesir boleh buka blog krisismesirnasibrakyatkita dan juga di lama facebook selamatkan pelajar dan rakyat malaysia di Mesir.
Buat semua umat ini, marilah kita sama-sama berdoa agar keamanan kembali di Mesir. Bak kata seorang sahabat saya,
Doa dari jauh, Allah dah suratkan dalam lipatan takdir pasti ada hikmah kan?
Doa dan harap tenang, aman selesai dengan cepat!
P/s: Mesir- Daripada hidup ditindas orang, lebih baik mati dalam perjuangan!
Jan 30, 2011
MAHER ZAIN-InsyaAllah versi Bahasa Melayu

Kemudian, saya godeh-godeh di Youtube, jumpa lah lagu insyaAllah versi Melayu. Memang best.Liriknya memang baik untuk sama-sama kita renungi dan hayati..:)
UPDATE: Masalah Penempatan IPG Selesai
