Showing posts with label Resepi. Show all posts

Resepi Cheese Cake Jepun dengan 3 bahan sahaja

Cheese Cake adalah antara kek kesukaan saya. Sedapnya walaupun baru terbayang. Bila tahu ada cara mudah buat cheese cake, saya pun belajar. Tengok video di youtube. Bila google, ada resepi lain juga tapi macam-macam bahan lagi nak kena cari. Yang saya cuba ni, paling mudah sebab bahan-bahannya cuma 3. Bila siap, sedapnyaaa... Cheese cake ni macam sangat sedap, tak manis dan cukup lemak berkrimnya.. walaupun tak ada letak susu. Tak tahu la resepi cheese cake lain ada letak susu tak.

3 bahan untuk buat cheesecake Jepun ni hanya telur, cream cheese dan coklat putih.

Nama sebenarnya cheese kek ( kek keju ) ni adalah

"Japanese cotton cheesecake" atau "Souffle Cheesecake "




Bahan-bahan dan sukatan:

120 g Cream Cheese
120 g Coklat Putih
3 biji telur

Alatan :
Bekas kek saiz 6 inci
Mixer
Oven

Bila siap, korang akan dapat nak 1 kek bulat saiz 6 inci. Namun, ibu guna bekas leper ja, jadi dapatlah bulat besar tapi pendek.

Cara-cara buat cheese cake yang sedap dan senang ni adalah

1. Panaskan oven pada suhu 170 C dulu.
2. Double boiler coklat putih. Double boiler tu apa? Google.. hahaha!!
Alaaa.. letak coklat putih yang dipecah-pecahkan ke dalam mangkuk. Mangkuk tu pula letak dalam cooking pan yang isi air. Panaskan atas api. Jadinya dalam mangkuk tu tak ada air la tau. Kacau guna spatula.
3. Telur pula asingkan telur putih dan telur kuning. Telur putih letak dalam mangkuk dan simpan dalam peti ais dulu.
4. Kemudian masukkan cream cheese dalam coklat putih yang sedang dilembutkan guna kaedah double boiler. Kacau sebati.
5. Angkatkan dari dapur dan masukkan telur kuning  ke dalam campuran tadi, kacau sebati.
6. Keluarkan telur putih dari peti ais, guna mixer untuk pukul telur sampai jadi whip yang tebal, ini dipanggil meringue. Mula-mula guna kelajuan sederhana dan lama-lama makin laju. Meringue sudah think dan firm bila kita terbalikkan mangkuk tu, meringue tak jatuh.
7. Ambil 1/3 meringue dan campur dalam campuran creamcheese tadi. Kemudian campur lagi 1/2 dan kacau bagi rata sebelum campur semua sampai habis. Tipnya, campur sedikit dan kacau.
8. Masukkan adunan creamcheese dalam acuan. Untuk elak kek pecah, boleh juga guna tip ini.
Sapu minyak pada kertas parchment (alaa kertas minyak selalu orang guna untuk baking-baking tu), alas bahagian bawah acuan dan keliling acuan dengan kertas parchment tadi, jadi bentuk silinder. Masukkan adunan dan hentak supaya udara naik ke atas.
9. Masukkan acuan tadi dalam dulang yang berisi air panas dan masukkan ke dalam oven.
10. Bakar 15 minit pada suhu 170 C, kemudian 15 minit lagi pada suhu 160 C. Bila dah siap, biarkan lagi dalam oven yang auto off tu selama 15 minit. Siap !

Rasa cheese kek ni sangat sedap & merbahayaaa !!! Nangis tau kalau dapat cheese kek sedap ni. Susah nak stop makan.. Huaaaa:((

Pada yang tak berapa nak faham cara-cara nak buat cheese cake ni, boleh layan video you tube yang jadi rujukan saya ni.




By,
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
013 488 2382


www.mysupervitamins.com

www.idakhairani.com
www.sarawakauthentic.blogspot.com

Resepi Brownies Sedap dan Mudah

Resepi brownies ni saya catat dari youtube video. Senang jugalah. Yang penting hasilnya sedap. Lain kali saya bagi gambar satu persatu prosesnya. Kali ni tak sempat nak snap lagipun pertama kali buat.

Lepas jadi, haha!! Terus potong, tunggu sejuk dan makan! Padahal dah pukul 11 malam. Senang ja rupanya. Korang pun mesti boleh buat. 


Bahan-bahan nak buat brownies

150 g coklat chip atau coklat masakan. ( Saya guna 140g coklat chip & 10 g masakan cap Meriah, apa yang ada)
130 g mentega ( saya guna Anchor salted butter, jadi tak perlu tambah garam lagi kemudian)

190 gram gula. (Asal 200g saya kurangkan sebab saya suka brownies kurang manis)
50 g serbuk koko ( saya guna brand Meriah)

1 sudu teh esen vanila
3 biji telur saiz A

95 gram tepung gandum
Kalau guna unsalted butter, tambah garam 1 sudu teh.

Cara-cara masak brownies

1. Cairkan coklat chip dan mentega dengan kaedah double boiler.
Untuk first timer, kaedah double boiler begini.. Letak bahan-bahan dalam mangkuk tahan panas. Mangkuk pula letak terus atas periuk / pan yang berisi air.  Kacau sampai cair dan tutup api.


2. Angkat mangkuk dari dapur dan masukkan gula dan serbuk koko. Saya ada jumpa cara yang mix guna mangkuk lain dan campur bila coklat sejuk. Namun tadi saya guna mangkuk yang sama & tak tunggu sejuk pun, hasilnya tetap sedap dan puas hati.

3. Bila dah sebati, masukkan esen vanila dan telur sebiji. Pastikan telur ni dah room temperature sebelum masukkan. Gaul sebati kemudian masukkan sebiji lagi. Total 3 biji.

4. Kemudian masukkan pula tepung gamdum. Gaul sampai bahan-bahan betul-betul dah sebati.

5. Oh ya, nak buat brownies tak guna mesin mixer pun tak apa. Sebabnya tak nak banyak udara terperangkap. Cuma gaul sebati dengan guna silikon spatula atau pengacau telur.

6. Tuang brownies dalam bekas 8x8 inci atau apa yang ada macam saya. Boleh letak kertas minyak sebelum tuang brownies dalam bekas acuan atau sapukan mentega dan tepung sebelum tuang acuan supaya senang nak tangkalkan.

7. Bakar brownies dalam oven pada suhu 180 darjah celcius dalam masa 25-30 minit. Bila sampai 25 minit test la dengan cucuk brownies. Kita nak brownies yang moist jadi kalau dah masak dan melekat sikit pada batang yang kita test tu, dah kita siap !



Jangan tak cuba brownies mudah dan sedapnya. Boleh buat jual tau. Oh ya, kalau nak campur coklat cip atau kacang semasa menggaul tepung pun boleh. Next time saya cuba buat.



Credit untuk joyofbaking.com. Ini video cara buat brownies yang mudah dan sedap ni untuk rujukan yang lebih jelas !





Resepi cup cakes tanpa oven hanya microwave

Nak tahu resepi cup cakes paling senang dan dimasak hanya guna microwave?

Resepi ni jadi viral di FB.


Ini resepi cup cakes senang dan lazat ni. Hari ni ibu tambah topping whip cream!

4 sudu besar/makan/tablespoon milo/coklat
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula kastor
4 sudu besar minyak masak
4 sudu besar susu cair
1/4 sudu teh baking powder
1 biji telur
1/4 sudu teh esen vanila jika suka
Coklat chip/badam/kismis jika suka

Gaul semua dalam bekas dan tuangkan ke dalam acuan cup cake atau cawan/mangkuk tahan microwave

Reheat selama 3 minit. Bukan setting defroze ya.

Siap!

Boleh tambah topping suka hati jika suka.

Credit: Pemilik FB Idayu Shuhada.

By:
Ida Khairani

Shaklee Distributor Pilihan Ramai www.mysupervitamins.com

WAHM
www.idakhairani.com

Resepi Choc Chip Muffin Yummy

RESEPI CHOC CHIP MUFFIN

BAHAN-BAHAN

250 gram tepung gandum 
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 -3 sudu besar serbuk koko 
175 gram gula kastor
150 gram choc chip
250 ml susu segar @ susu cair
90 ml butter yg dicairkan 
1 biji telur bersaiz A
1 sudu teh esen vanila

CARA-CARA

1. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan kedalam bekas.

2. Masukkan juga gula ke dalam adunan tadi. Ketepikan.I 

3. Pecahkan telur di dlm mangkuk kecil yg lain dan pukul sekejap hanya sekadar bercampur kuning telur dan putih telur. Ketepikan.

4. Masukkan susu cair ke dalam bekas tepung secara sedikit demi sedikit sambil digaul rata (menggunakan senduk kayu).

5. Masukkan teur, butter cair @ minyak dan esen vanila. Gaul lagi.

6. Masukkan pula chip coklat @ choc rice sambil di gaul sederhana.

7. Panaskan oven dengan kepanasan 160 darjah selama 10 minit terlebih dahulu.

8. Masukkan bacuhan ke dalam cawan muffin 3/4 penuh 

9. Taburkan sedikit choc chip di atasnya sebagai hiasan. Tak letak pon tak pe, sebab di dalam adunan pon dah ada terlalu banyak chips.

10. Bakar selama 20 minit.



Resepi ni dari facebook. Saya lupa sumbernya. Kalau jumpa, saya akan edit dan credit balik.

Choc cihip saya guna hanya 50g sebab tu tak meroah sangat. Semua selindung dalam muffin lagi. :D

Ida Khairani


Resepi cepat telur separuh masak

Cara senang nak masak telur separuh masak. Kalau tau cara memang confirm jadi ja telur separuh masak ni. So dah tak payah terliur tengok orang makan dan asyik nak makan di kopitiam.

Rupa yang kita mahu

Option 1:
Didihkan air dalam periuk.
Masukkan telur perlahan-lahan.
Terus tutup api dan tutup periuk tadi selama 7 minit.
Siap!
Membuka selera
Option 2:
Masukkan telur dalam bekas berisi air panas atau air yang baru mendidih dan tutup bekas.
Biar selama 7 minit.
Siap!

Roti bakar dan telur separuh masak ala-ala kopitiam

Menu makan: 
Makan telur separuh masak dengan roti bakar.
Telur tadi diketuk dan dipecahkan di atas roti atau dipecahkan di dalam mangkuk.
Tambah lada hitam dan kicap! Yummmyy!!!

3 Jenis Sup Ketam untuk Bantu Pulihkan Demam Denggi

Kalau tak denggi, tak merasalah sup ketam. Ya ka? First time buat resepi sup ketam time tu memang denggi tengah berleluasa. Stok nutriferon yang terkenal untuk kuatkan antibodi terutama time sakit dan denggi ni pulak terpaksa ibu jual pada orang yang lebih memerlukan. Jadi, kami makan sup ketam ja since masih sihat dan untuk precaution. Ketam pun tak pernah beli dan sup ketam pun tak pernah makan sebelum tu.
Ada 2-3 version resepi sup ketam ni. Tapi kalau betul-betul sakit, kadang bau pun dah buat nak muntah.


Baru-baru ni, mak mertua kena denggi dan ibu buat sup ketam macam resepi ketiga di bawah, ala chef gitu. Sekali dia tak lalu makan. MIL pesan soh buat kosong ja. Ha, ibu buat sekosong-kosongnya. Yang tu dia lalu makan & hirup supnya. Jadi, cubalah mana yang kena dengan tekak korang ya.


Resepi Sup Ketam Senang ! Ini yang mak mertua lalu makan masa kena denggi


- masak air sampai mendidih

- masukkan ketam

- tambah garam



Resepi ni saya buat bila saya nak cepat, lupa resepi dan tak sempat nak google2.



Resepi Sup Ketam Senang Ala Ida 

- masak air bersama kayu manis, cengkih dan bunga lawang

- masukkan ketam dan ubi kentang

- tambah garam, daun sup, daun bawang dan bawang goreng



Resepi Sup Ketam macam Chef



Bahan-bahan :


Ketam

Ubi Kentang

Minyak Jagung

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

Sedikit halia

5-10 biji lada putih

Daun sup

Bawang goreng


Cara-caranya:


1. Tumbuk dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada putih dengan minyak jagung.


resepi-sup-ketam1


2. Tambah air dan ubi kentang dan masak sampai kentang empuk.


resepi-sup-ketam2


3. Masukkan ketam dan renih dengan api perlahan.


resepi-sup-ketam3


4. Tambah garam.


resepi-sup-ketam4


5. Tutup api dan hias dengan daun sup dan bawang goreng.


resepi-sup-ketam5

6. Kalau ada daun saderi dan lobak merah, boleh tambah juga. Save time tak payah masak sayur dah. Haha !!.



Selamat Mencuba 3 Resepi Sup Ketam ni ya ! InsyaAllah sedap, mudah, sihat dan dapat membantu tambah platlet semasa demam denggi.



Ibu anak-anak syurga,

Resepi Cucuq Ikan Bilis Sedap

Kuah satay memang sedap dicicah cucur udang atau cucur ikan bilis. Disebabkan ada kuah kacang satay lebih, ibu menggoreng cucur ikan bilis yang lama sudah tak buat. Resepi ni sempoi ja. Haruslah..Walaupun simple tetap nak kongsi dan jadikan panduan. Hehe.. Semoga bermanfaat.

Resepi Ikan Bilis Sedap dan Mudah

Resepi Cucuq Ikan Bilis Sedap


Bahan-bahan

Tepung gandum

Ikan bilis

Bawang besar

Kucai

Cabai

Air

Garam



Cara-cara

Ikan bilis, bawang, cabai dan kucai dipotong halus.

Masukkan dalam tepung gandum dan campur dengan air panas atau suam hingga agak pekat, bukan cair.

Panaskan minyak dan ambil cedok adunan dengan sudu besar.

Goreng hingga kekuningan.

Dah siap goreng boleh dihidang dengan sos cili selain kuah satay.



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani

Resepi Sambal Tumis Udang

Masak sambal tumis adalah antara favourite suami. Anak-anak tak makan pedas. Iris bolehlah adventure, boleh cuba2. Jadi, ibu jarang buat sambal tumis. Kesiankan abah. Jadi, hari ni tanda kasih sayangku, kubuat sambal tumis udang dengan harapan mendapat 5 Bintang! Yeah.. dan kekasih awal dan akhirku kata JADI. Jadi tu pun Alhamdulillah.. Selalu mesti dia komen patut rasa gini gini..gitu gitu.. Taste kami berbeza. Kukata sedap, dia tak berkata apa.. Kalau kata JADI level abah, level ibu dah SEDAP AMAT DAH ni!

Resepi sambal tumis udang ni senang tapi sedap


 Meh pakat buat sambal tumis udang ni untuk keluarga meh..


Bahan-bahan untuk buat Sambal Tumis Udang


8 ekor udang besar atau berapa saja yang suka

2-3 sudu besar cili kisar / cili giling ( kali ni ibu buat 2 sudu besar melimpah)

1 biji bawang besar dikisar

3 ulas bawang putih dikisar

Air asam jawa

Gula

Garam


Cara-cara buat Resepi Sambal Tumis Udang yang SEDAP Meleleh ini adalah



1. Panaskan minyak dan goreng udang sekejap. Angkat udang dan letak sebelah dulu.

2. Tumis bahan kisar dan cili giling hingga garing.. Kalau guna periuk ajaib tu tutuplah supaya tak mercik, api sederhana ja.

3. Bila dah masak, masukkan gula sikit dan tambah air asam jawa dan garam. Kacau rata.

4. Masukkan udang yang digoreng tadi. Biar sekejap.

5. Rasalah dan biar seketika kalau nak lebih pekat. Kalau dah puas hati makanya sudah SIAP!


Jemputlah makan semua :)


Ibu anak-anak syurga,




Resepi seafood masam manis

Nama asal resepi ni adalah udang masam manis borneo tapi telah diolah mengikut apa yang ada dan tahap kerajinan jadi nama sudah tukar menjadi seafood masam manis. Senang ja sesuai untuk orang bujang dan ibu yang 'rajin' di dapur. Jangan risau tetap sedap dan disahkan oleh anak-anak saya.

Hari ni adalah hari malas nak masak tapi lapar. Oleh sebab anak balik awal hari Jumaat, so plan nak masak selepas anak-anak balik ja. Bila masuk rumah lapar pula. Boleh pula tanya kat anak-anak.." Nak ibu masak ka nak makan luar? ". Walhal dah masuk dalam rumah. Bila jawapannya "ibu masak!!!", haruslah kugagahi juga ke dapur. Sebelum tu google dulu resepi paling udang paling senang, cepat tapi menyelerakan!

Jadi, cara-cara nak buat seafood masam manis adalah:

Bahan-bahan:
Udang
Sotong
Bawang kecil
Bawang putih
Serbuk kunyit
Garam
Lobak merah
Sos tomato 1 sudu
Sos cili 1 sudu
Sos tiram 2 sudu
Sedikit minyak sahaja

Cara-cara nak masak seafood masam manis adalah :

1. Lumur udang dan sotong dengan garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak.

2. Tanpa perlu ketepikan masukkan bawang putih dan kecil yang telah dipotong halus bersama lobak merak.

3. Gaul rata dan biarkan seketika.

4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram.

5. Tambah air jika sotong atau udang masih belum masak @ sotong liat.

6. Bila dah masak tutup api. Siap.

Ini memang version pantas dan lengkap dengan sayur demi menjimatkan masa sebab tak tahan lapar dah.



resepi Seafood masam manis


Sekian, selamat mencuba!

Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani

5 Tip Mudah Hidangan Sihat untuk Anak

Pemakanan yang seimbang dan lengkap membantu anak kita membesar dan belajar dengan berkesan. Sebagai ibu, kita mesti nak yang terbaikkan atau sekurang-kurangnya berusaha ke arah itu. Resepi yang sihat lagi berkhasiat membantu mencegah anak kita dari obesiti dan penyakit berkaitan dengan berat badan.


Di bawah adalah panduan yang boleh membantu ibu-ibu dalam memberikan zat makanan sempurna kepada anak-anak.




1. Sediakan 5 hidangan buah dan sayuran setiap hari. Hmm.. Kalau ibu x berapa nak rajin, letak dalam peti ais dan senang dilihat. Jadi, anak kita sendiri baru minta sendiri atau yang perlu dipotong bolehlah kita sediakan bila ada tukang minta.

2. Pilihlah sumber protein yang sihat, misalnya dari daging tanpa lemak, kekacang dan telur. Anak kecil biasanya suka sangat makan telur. Tak susahkan nak rebus telus? Kalau goreng, pastikan hanya sedikit saja minyak.

3. Hidangkan bijirin penuh kerana ia mengandungi kadar serat yang tinggi. Cuba cari yang tak manis.

4. Rebus, bakar atau steam makanan, kurangkan menggoreng. Sebenarnya steam lagi mudah, xperlu nak tunggu dan jaga seperti menggoreng. Saya sangat suka rebus dan stim makanan dengan pemanggang ajaib. Multipurpise sungguh. Jangan lupa set alarm supaya air tak kering dan kita refill balik air jika masakan belum empuk dan cukup masak.



Ikan Bakar sempoi

5. Hadkan atau lebih baik elakkan makanan segera dan makanan rapu. Apa kata ambil buah, jus, susu coklat dan roti untuk snack time.



Sebaiknya ibu mengambil tahu dan mempelajari tentang keperluan nutrisi anak-anak. Sesetengah nutrien bertambah keperluannya mengikut umur anak, misalnya kalsium dan zat besi.

Di zaman serba serbi tercemar ini, saya bekalkan anak-anak dengan Meal Shakes Shaklee untuk tampung jika ada kekurangan. Berikan anak-anak anda Meal Shakes bagi membantu mereka memenuhi keperluan nutrien.

Resepi kegemaran yang mudah dan anak-anak saya suka adalah sotong rebus dengan serai dan asam keping, nasi ayam, telur rebus atau telur dadar. Ini makanan kegemaran, menu lain pun diorang makan juga cuma yang si abang tak makan pedas langsung. Adik lebih adventure. Kalau pedas-pedas sikit dia minum air ja.

Masakan steam jadi pilihan saya bukan saja mudah tapi sebab rasanya yang lebih lazat dan mengekalkan nutrisi asal dengan lebih banyak.

Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani

Breakfast apa korang?

Kalau wahm lain bangun pukul 4 pagi, saya bangun pukul 5 pagi ja tapi still tak menggoreng apa di pagi hari. Paling hebat pun masak roti telur ja. Memang, kami tak makan heavy2 dan dijangka akan lambat kalau nak makan nasi goreng pagi2...Kalau lunch pun makan setengah jam paling kurang, maklumlah kunyah 44 kali @ sampai lumat.



Alkisahnya breakfast kami anak beranak boleh kata selalunya adalah roti berintikan nuttela dengan abahnya sekali. Selain dari tu, ada jem strawberry, peanut butter atau susu pekat. Kadang2 kalau terpesona dengan aroma teh panas atau kopi susu panas, dibuat cicah sahaja. Selalu ibu makan ala kadar ja sebab nak tolong prepare anak-anak. Lately memang minum cinch shake mix untuk bagi kenyang.



roti kegemaran anak
( Gambar mr. google )

Anak-anak akan minum air susu + mealshakes juga dan bawa bekal plain water ja. Nazhan bawa bekal roti juga ke sekolah sebab sibuk nak main dengan kawan-kawan waktu rehat. Kalau nasi lagi lambat. Roti pun pernah minta dikurangkan sebab takut tak sempat main.



Waktu hujung minggu bila semua orang breakfast agak lewat dan ada banyak masa, barulah ibu prepare makanan yang heavy. Kalau ibu nak masak, tak payah tanya nak makan apa kat anak2. Sebab kalau tanya, mesti nak makan roti canai ja. Kalau membeli di area Bandar Bukit Raja ni memang roti canai atau nasi lemak aja.



Cuma kelaianan untuk baby Iman ja. Dia ni pemakan. Nasi, roti, biskut, buah diawal pagi pun dia boleh. Kalau heavy breakfast, dia tidur lama juga. Kalau breakfast ala kadar ja, alamatnya, kejap2 jaga.. Kejap2 jaga. So, tips nak bagi baby tidur lama, harusnya tidur dalam kekenyangaan dengan suasana yang aman damai dihidangkan halwa telinga zikir asma ul husna atau zikir munajat.



makanan solid untuk bayi



Apa breakfast super pantas dan jadi favourite anak-anak korang ya?



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani



Resepi bubur nasi ayam dengan keledek

Makanan selain susu ibu boleh diperkenalkan selepas baby umur 6 bulan. Sebelum tu, sebaiknya eksklusif susu ibu. Kerana susu ibu sudah lengkap dan memadai untuk perut kecil bayi. Namun, ada bayi yang tak tunjuk minat terhadap makanan walaupun dah berusia 6-7 bulan. So tak perlu dipaksa dan tak perlu susah hati. Mulakan dan kenalkan makanan pejal bila mereka dan ready dan tunjukkan tanda-tanda bayi dah bersedia untuk makanan pejal.

Ibu kena bersedia juga. Kena baca apa yang boleh diperkenalkan untuk bayi usia 6 bulan, 6-8 bulan, 8-10 bulan, 10-12 bulan dan setahun ke atas. Saya ada kongsikan makanan bayi yang saya dah kenalkan pada baby Nuh Iman di usia 6 bulan, 6-8 bulan dan hingga kini.

Di sini ibu nak kongsikan resepi bubur nasi campur ubi keledek dan ayam untuk bayi 8 bulan ke atas.

Cara ibu..

1.Ambil segengam beras basuh dan letak air banyak2. Ibu masak dalam microwave untuk 20 minit. Tak perlu tutup.

IMG_4161.JPG

Bila siap begini rupanya.

2. Rebus ayam hingga lembut. Tak perlu masukkan garam.

IMG_4193-0.JPG

3. Cuci dan potong ubi keledek. Ni ubi keledek jepun warna ungu. Rebus juga sampai lembut.

IMG_4192-0.JPG

4. Bila semua dah siap masak, boleh campur dan kisar ikut tekstur dan sukatan yang anak suka.

Resepi bubur nasi ubi keledek ungu jepun untuk bayi

Tekstur bubur nasi untuk bayi

Kalau nak masak untuk sehari, 3 kali makan, boleh ja combine semua sekali masak atas api. Kena rajin tengok dan tambah air supaya nasi tak hangit.

Selamat mencuba!

Untuk anak setahun ke atas, ibu bapa boleh berikan Meal Shakes sebagai tambahan pada makanan utama untuk menyokong tumbesaran & meningkatkan imun badan. Mealshakes adalah multivitamin dengan protein dan serat dalam bentuk serbuk yang boleh dibuat minuman atau makanan.

Ida Khairani
013 488 2382

Resepi ayam panggang percik mudah

Awal Ramadhan dulu, ibu ada buat ayam percik. Macam2 resepi percik ada tapi yang ni paling sempoi. Rasa pun sedap. I likeee...!!! Cuba tau, senang sangat & rasa sedap!


Bahan-bahan untuk panggang ayam percik:


Ayam
Kunyit
Garam

Bawang besar 1 labu
Bawang putih 3-4 ulas
Halia 1-2 inci
Serai 1 batang

Cilibo / cili kisar 1-2 sudu
Asam keping 2-3 keping
Halba 1 sudu makan
Serai 3 batang

Santan 1 kotak
Garam sedikit

Cara-caranya masak ayam percik panggang:


resepi ayam



1. Ayam dilumur dengan kunyit dan garam kemudian dipanggang



ayam panggang percik



2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai kemudian tumis.



cara masak ayam percik



3. Masukkan cilibo, asam keping, serai yang diketuk dan halba & kacau.



ayam percik pemangang ajaib



4. Masukkan santan dan garam. Gaulkan ayam yang sudah dipanggang tadi. Tutup penutup pemanggang ajaib sehingga 15-20 minit atau sehingga masak. Siap!

Cuba tau! Resepi asal ibu ambil dari website nadia. Tq dear.

Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056

Resepi bengkang atau kuih bakar dengan pemanggang ajaib

Share lah resepi yang sempoi, insyaAllah akan saya cuba. Hehe.. Disebabkan ada kawan share resepi bengkang ni, tengok cara-cara sangat senang untuk saya.. Jadi saya pun mencubanya. Ada orang panggil bengkang, ada orang panggil kuih bakar.



20140709-222225-80545580.jpg


Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 cawan air pandan atau pewarna hijau
1 cawan santan
1 cawan susu cair
Sedikit garam
Bijan
Sedikit Marjerin



20140709-223109-81069832.jpg

Cara-cara:
Blend semua bahan kecuali bijan & marjerin.
Panaskan marjerin pada pemanggang ajaib.
Kecilkan api
Tuang bahan yang dikisar
Bakar selama 20-30 minit dan kalih untuk 5-10 minit lagi.
Siap.



20140709-223827-81507380.jpg

Cuba tau! Nanti raya nak buat lagi insyaAllah. Bangga mak i. Haha!!



Ibu anak-anak syurga,
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
Wilayah: Bandar Bukit Raja, Setia Alam, Shah Alam

Resepi ayam stew mudah

Bahan-bahan:

Ayam
Tepung gandum
Lada sulah (optional)
Garam
Bawang besar potong dadu
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Lobak merah
Ubi kentang
Marjerin
Cendawan butang (optional)

Cara-cara masak ayam stew

1. Goreng ayam yang disalut tepung gandum, garam dan lada sulah. Tak ada lada atau tak suka, abaikan ja.

2. Panaskan marjerin dan masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, lobak merah, ubi kentang dan bawang besar. Goreng untuk seketika.

3. Masukkan ayam tadi dan air.
Sukatan air agak2 ayam tenggelam. Tambah juga cendawan jika suka.

4. Campurkan sedikit bancuhan tepung gandum untuk memekatkan kuah dan tambah garam secubit.

5. Bila semua dah masak, ubi dan lobak lembut, tutup api. Siap.

Gambar ayam stew yang lebih menyelerakan lain kali ida snap. Asyik terbabas ja nak snap. Ini ja yg ado. Selamat mencuba. Sedap untuk seisi keluarga. Anak pun

Macam - macam resepi dan kebaikan Meal Shakes yang orang tak tahu

Ok.. Meal Shake yang sudah sedia sedap juga boleh dibuat pelbagai resepi minuman istimewa lagi tau. Termasuklah makanan.. Jom cuba beberapa resepi ni yang ramai orang tak tahu. Ishhhh...rugi tau kalau hanya nikmati mealshakes dengan 1 cara atau resepi sahaja. Kadang-kadang, kalau ada event, Shaklee akan sediakan Mealshakes yang sudah dibancuh..rasanya sedap dan marvelous. Ada juga event yang disediakan beberapa canister Mealshakes dan produk Shaklee lain. Boleh campur ikut selera sendiri. Kali ni saya kongsikan lagi, resepi Meal Shakes yang pastinya sedap bangat dan bakal jadi kegemaran anda dan anak2.

Resepi Meal Shakes Sedap!

1. 1 sudu makan Meal Shakes + 1 sudu teh Performance Drink + 1 gelas air sejuk + SHAKE IT !!!
-> rasa oren vanila.. Bagus juga untuk yg nak berpuasa!

2. 1 sudu teh Meal Shakes + Air Coklat + Ais kiub dikisar
-> Coklat blended aroma vanila yang bernutrisi tinggi! Kalau ada ais krim boleh top up lg.

3. 1 gelas Air sirap + 1 sudu Meal Shakes + SHAKE IT !!!!
-> Sirap bandung Meal Shakes... Boleh ditambah cincau menjadi bandung cincau! Oh yummy!!

4. Rendam kurma semalaman / beberapa jam. Blend kurma + 1 sudu teh mealshakes + air suam :
-> boleh diminum suam atau sejuk dengan simpan dalam peti ais dahulu. Minuman Protein TINGGI dan TENAGA superb!

5. 1 sudu teh Meal Shakes + 1 sudu besar ESP + 1 sudu teh Performance Drink + 1 gelas air + SHAKE IT !!!
-> MIGHTY GEMS.. Terbaik dibuat breakfast, minum petang atau minuman semasa bersukan!

6. 1 atau 2 scoop Cinch Shake Mix + 1 sudu teh Meal Shakes + 1 gelas air / Low Fat Milk + SHAKE IT !!!
-> berdiet untuk Shape UP & LOOSE INCH tetapi masih lagi dapat menikmati minuman yang LAZAT tetapi Sihat!

7. Buat kek, pancake, cookies atau kuih muih dan gantikan esen vanila dengan Meal Shakes!
-> Lebih Sihat !

8. 1 sudu teh mealshakes + sukatan biasa susu anak + air suam
-> minuman berkhasiat sebahagian sarapan untuk anak untuk hari yang bertenaga dan ceria!

9. 1/4 cawan mealshakes + 8 oz air suam atau sejuk + Shake it!
-> 125 kalori hidangan yang kaya protein, serat, vitamin dan RENDAH LEMAK !

10. Tabur atas kek, ice cream, ice blended.
-> hiasan yang kaya nutrisi & harum menaikkan selera!

TiP: Shake guna shaker atau bekas berpenutup rapat. Boleh juga kacau laju2 atau terus guna blender!




testimonial dan resepi mealshakes untuk puasa





Kelebihan dan kebaikan Meal Shakes adalah ia membantu dalam

  • diet untuk tambah berat badan dengan kombinasi b complex & vitalea

  • sembelit kerana tinggi serat

  • asma, demam atau kerap sakit dengan tingkatkan imun badan
    mencukupkan kekurangan zat bagi yang picky eater malah ramai yang menunjukkan peningkatan selera makan. Meal Shakes ada lysin!

  •  menggantikan multivitamin tablet bagi yang sukar nak telan Vitalea

  •  bekalan nutrisi tambahan ibu mengandung bila mereka tak lalu makan akibat morning sickness

  •  memberi tenaga dan rasa kengang bagi yang minum semasa sahur untuk berpuasa!

  •  kesihatan dan kecantikan kulit, kuku dan rambut



kelebihan dan kegunaan meal shakes



Memandangkan bulan ni Shaklee adakan promosi mealshakes eksklusif untuk ahli berdaftar sahaja, jadi memang waktu terbaiklah untuk sertai kami sekarang juga. Kalau tak, anda tidak dapat berjimat BESAR tambah-tambah waktu promosi begini. Kalau biasa perbezaan harga retail dan ahli sekitar 20%, waktu promo harga boleh berbeza sehingga 30% !!!!! Siapa yang rasa selama ni mengaku berbelanja secara bijak, buktikan. This is really value for money and worth it!

Faedah amalkan Meal Shakes & Join Ahli
- lebih sihat
- lebih jimat
- berpeluang jana pendapatan

Jom sihat dan jadi lebih bijak dengan sertai kami sekarang! Jangan lupa cuba macam - macam resepi dan rasai kebaikan Meal Shakes yang orang tak tahu. Ibu bolehlah berkreatif dalam mereka resepi Mealshakes baru kegemaran anak dan keluarga tau!

Cara mudah jadi ahli shaklee







cars order shaklee







Email admin untuk pertanyaan







Super IBU,

iR Ida Khairani
013 4882382







Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah



Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah
400 – 500 g sotong ( di bersihkan, buang perutnya dan di potong  )
1 labu bawang besar ( di potong )
2 ulas bawang putih ( di pecah atau di tumbuk )
2 hiris halia
1 biji cili merah ( di iris )
sedikit daun sup/bawang ( di potong )
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit.
Cara Penyediaan



1.  Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam kemudian masak dalam kuali hingga kering airnya.
2. Bila sotong telah kering airnya, angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali tadi masukkan 2 sudu besar minyak masak tumis bawang putih, halia, bawang besar cili merah. Tumis hingga berbau harum dan layu.
4. Masukkan sos tiram dan kicap manis dan sedikit air.  Akhir sekali masukkan  sotong dan daun sup/bawang/kucai/kacang panjang. Mana yang available.
5. Kacau seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Credit ..Haha..Resepi simple pun nak google.. Ada la sikit2 ibu edit.


Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com

Resepi mee sanggul goreng simple

Mee sanggul goreng ni adalah favourite ibu ni.. 

Bahan-bahan:
1 bungkus mee sanggul direndam & ditos
3 cili hidup/merah di tumbuk separuh halus
1 peket kecil udang kering ditumbuk separuh halus
1 genggam kucai dipotong
3 ulas bawang kecil dipotong
2 ulas bawang putih dilenyek/ketuk
Sedikit garam secukup rasa



Cara- cara buat mee sanggul goreng
1. Tumis bawang kecil dan bawang putih
2. Bila garing & naik bau, masukkan cabai yang telah ditumbuk
3. Bila agak sudah hilang pedas @ cabai masak, masukkan udang kering
4. Agak-agak udang dan lembut, masukkan mee sanggul & gaul rata.
5. Tambah garam & kucai. Garam tak perlu banyak kerana udang kering dah masin. Siap!


Ikhlas dari:
Chef Ibu Ida Khairani
http://www.ceriterakami.com
http://www.mysupervitamins.com - Vitamin Shaklee kita
http://www.sarawakauthentic.com - Tikar Segak Emas

Resepi mee goreng mamak





Bahan-bahan:

1 bungkus mee kuning, dibasuh dan ditos

Ayam, daging atau fish cake dipotong dan sebanyak mana yang suka

1 biji bawang besar dikisar

2 biji bawang putih dikisar

Cilibo sesudu besar atau cili kering dikisar

1 sudu serbuk kari dibancuh

1 sudu kicap pekat

2 sudu sos cili

2 sudu sos tiram / sos tomato

2 biji telur

Sayuran mengikut citarasa seperti sawi, taugeh

Garam secukup rasa


Cara-cara

1. Tumiskan bawang besar, bawang putih sekejap & kemudian cilibo

2. Bila sudah naik bau, masukkan serbuk kari yang telah di bancuh dengan sedikit air

3. Apabila sudah naik bau dan pecah minyak, masukkan ayam, daging atau fish cake dan gaulkan sehingga masak.

4. Masukkan kicap pekat, sos cili dan sos tiram/tomato. Taburkan garam secukup rasa.

5. Masukkan mee kuning dan gaulkan sehingga masak.

6. Kemudian besarkan api serta pecahkan telur di tengah-tengah kuali dan kacau telur. Apabila telur dan agak masak, gaulkan dengan mee.

6. Masukan sayur dan gaul lagi sekejap dan padamkan api.

7. Untuk hidangkan boleh taburkan daun sup, bawang goreng dan limau kasturi.

8. Sedia untuk dimakan. Yum yum!!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Resepi pancake

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur
1 cawan susu segar atau susu sejat
2 sudu besar mentega

Cara-cara:
1. Gaul tepung, gula dan baking powder dalam satu bekas besar.
2. Pukul telur, mentega yang dicairkan dan susu dalam satu bekas asing.
3. Gabungkan kedua-dua campuran perlahan-lahan.
4. Panaskan non-stick pan, bila dah panas kecilkan api dan tuangkan campuran sebesar saiz yang dikehendaki. Saya guna pan kecil ngam-ngam saiz pancake.
5. Kalih pancake apabila gelembung-gelembung udara telah kelihatan di bahagian atas/tepi dan apabila dikalih warnanya sudah perang.
6. Panaskan sekejap sebelah lagi satu dan siap!
7. Boleh makan dengan madu, coklat dan macam2 lagi asalkan keluarga suka. Makan begitu sahaja pun sedap.