Showing posts with label Drama keluarga. Show all posts
Showing posts with label Drama keluarga. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

Sepet

Lazimnya rutin pagi Sabtu saya akan berjalan kaki menelusuri landasan keretapi ke pekan Lipis beriringan dengan beliau. Susun atur papan selipar landasan yang beserakan batubatan pejaltindih menindih mengakibatkan lankahan kaki tuanya yang sudah kekurangan kudrat itu terpaksa dihayun dengan cermat. Ada ketikanya beliau terpaksa saya pimpin. Asyiknya sepanjang perjalanan kami yang memakan masa kurang lebih 15 minit Itu,beliau akan banyak becerita dan berceloteh.Begitulah adatnya seorang tua. Manakala saya hanya banyak menadah telinga dan sekadar hmm..hmm saja. Itu lah sifatnya seorang Ubi(SENYUM). Cerita-ceriti si nenek ini dari hal-hal yang biasa2 saja sekitar kisah harian penghidupan kami kelompok marhaen. Beliau akan mengomel tentang kebun dan tanamannya yang sering diserang musuh,akibat hutan-hutan sekeliling sudah mengecil diasak pembangunan. Kisah ayam itiknya yang dibaham Sawa.Bukan sekadar ayam itik malahan sang belit juga telah membaham seekor anak anjing peliharaannya. Tidak kurang juga beliau akan merunggut tentang kakinya yang sudah tidak gagah berjalan,lutut yang selalu asam-asam.Angin dalam badah sudah tak terlawan oleh tampalan plaster berubat Koyok. Paling manis kenangan saya bersama beliau ada lah sapaan beliaupada saya. Ya masih terdengardengar suara tuanya itu di benak saya “ An chek! Selamat pagiii!!!,An chek apa kabaa?”. ‘An Chek’ itu membawa maksud Encik.Tetapi kerana telo Tionghuanya maka sebutan itu berbunyi sedemikian. Demikian cebisan kisah kenangan saya bersama nenek Ah Teck. Saat nukilan ini saya tulis mendiang telah pergi menemui penciptanya sudah masuk hampir 2 tahun. Sekarang rutin hari sabtu saya ada satu kesan kekosongan, sewaktu saya berjalan kaki ke pekan Lipis,yang saya kutip adalah sisa-sisa kenangan yang tertinggal di landasan.RIP. Tuan/Puan Maaf ini bukan kisah romantic kota Paris, bukan pula kisah suci diri9kali umrah mencium Keabah. Ini sekadar kisah kecil yang benar,tentang 2 orang anak manusia makhluk Tuhan.Manusia marhaen yang tidak ambil pusing dengan slogan 1 Malaysia. Kisah anak manusia yang cuma sementara disini. Saya kongsikan kisah hidup saya ini dengan harapan ikhlas agar ada kebaikan padanya. Tulusnya saya bersyukur diatas anugerah pengalaman ini, Terima kasih Allah.

Wednesday, April 27, 2011

The King and I (2)




“Hey Eve may I know…what you wanna be in your life?’
Aku bertanya kepa Eve sicilik manis itu.

“Emm,I want to be a scientist, that study climax change
and stuff hope that I can do something good to our planet”

Nah sicilik 9 tahun itu begitu advance jalan pikirnya.
Kita yang disini dah tua Bangka masih teruja nak
membina logi nuke…
Ha..ha..ha..

Seketika kemudian setelah anak-anak itu puas bermain selut
dan lumpur,kami meneruskan perjalanan memasuki denai hutan.
Christ sibongsu mula tak selesa takutkan serangga dan pacat.
faktor keletihan juga menyumbang minta dirinya didukung.
Melihat rama-rama terbang mengelilinginya pun dia dah
merunggut.

“Oh,,,come on chrit it just a lovely butterfly.
It won’t do any harm”
Victoria menenangkan perasan anaknya.

“Yes mom…but what happen if that butterfly
thought I am a flower?’
Tingkah suara Christ cemas.

-end-

NOTA:
Kepada para pembesar negeri yang sangat teruja dengan
Projek membina loji nadir bumi di Gebeng silakan
Membaca buku-buku tulisan saintis Australia Tim Flannery.

Tuesday, April 26, 2011

The King and I



Kira-kira dua minggu yang lepas,saya membawa
keluarga King dari London pergi Jungle Trekking ke
Taman Rimba Kenong.Sekadar a day trip,masuk pagi
keluar petang.Bukan!!!! mereka bukannya
Royal Family British yang sedang sibuk nak meraikan
kenduri khawin tu.

Ini keluarga Steven King.Isteri beliau bernama Victoria.
Bersama mereka 3 orang anak-anak yang comel.
si sulung Eve namanya 9tahun,kedua Chad 7tahun yang
bongsu Christ 4 tahun.Anak cilik yang manis-manis
serta sangat menghiburkan.

Akibat curahan hujan pada malamnya,denai laluan kami
menjadi licin berlumpur,terutama pada bahagian lopak
lopak yang menakung air.Demi terpandang selut dan
lumpur ini,anak2 King menjadi teruja dan terus
berkubang sambil menyapu-nyup badan mereka
dengan selut dan tanah lumpur itu.Bau lumpur tiada
menjadi masaalah bagi mereka,malah ia bagaikan aroma
wangian Lavander barangkali pada deria bauan mereka.

“Wow..this is mud…real mud…if I live here mud must
Be my religious!!!.” Eve berteriak riang.


BERSAMBUNG

Monday, April 27, 2009

Blues Brothers


Bumi yang semakin panas
berbahang hangat
warga2 sesat,sesak dan rimas

"Woiiittt...gile ape kamu ubi,mau menapak
berjalan kaki
dari Pekeliling ke Balai senilukis...
ini hutan konkrit bukan
rimba belentara...ha...ha.."


He..he..taiko bro,kamu tau dalam diri aku ada impian
akal yang lebih liar dari itu...ha..ha,aku ada hasrat
mahu memanjat menara berkembar di malam
purnama 15,untuk melolongkan raugan anak
belentara...agar segala koprat dan keparat
kota tahu kami juga mahu hidup,hidup aman
cara kami.Aku tetap Tarsan bro...ha..ha

Setelah mendengar alunan Nan,Meor dan jemaah
buskingnya mengalunkan Berita Kepada Kawan
guris2 comel A.J di buku skrap aku,terasa ianya
amat mendalam dan bermakna.

Di jenakakan rakan2 kamu ini lelaki tidak mesra air
namun santun kamu masih jernih biar pun di sebalik
wajah aneh kamu.Lelucon meor mengatakan tidak ada
melayu tipikal yang sanggup mengambil kamu jadi
menantu...ha..ha..tak mengapa lah mat..kamu cari
anak bengali saja..khabarnya mereka suka kepada
lelaki yang kaya rambut macam kamu..ha..ha..ha
maaf mat abang sekadar bercanda...tapi secara
peribadi abang yakin kumis kamu lebih terhormat
dari hati pak2 menteri yang berjoli megabiskan
hasil negeri hanya kerna untuk mengeraskan
tetek bini....ha..ha..ha

Sham terima kasih kerana bertanyakan khabar Pan
anak itu sihat2 saja malah sudah sedikit montel
kebelakangan ini.Sebetulnya aku tidak begitu suka
dia terlalu gemar meratah ayam KFC..tetapi puak
kapitalis terlalu pandai memujuk.Kamu masih untung
dapat bertemu Pan2 kamu sekerap itu,aku 2-3 bulan
sekali pun sakit...macamana lah tak berat beban rindu
aku pada dia...ha..ha..ha.
Kamu perihatin pada uban aku Sham,memang aku
segaja menuakan diri aku..aku sedang belajar memati
diri sebelum aku dimatikan..ha..ha

Petang itu,petang yang santai.Terima kasih rakan2
kerana sudi bersama saya dan ben.Di lain masa di
lain ketika semoga kita masih dapat bersantai-santai gitu2


*kepada Zorro@Antonio Bandaras yg sudi bersama kami
pada senja 26 April lalu mengeteh di Hentian Jln Duta
juga kami amat2 merhargai nya..terima kasih daun keladi.
lagi insyallah.