Showing posts with label ~Anak-anak~. Show all posts
Showing posts with label ~Anak-anak~. Show all posts

Thursday, 6 February 2014

Potong Rambut

Assalamualaikum.

Batrisyia aka kakak ni tak pernah potong rambut sebelum ni.  Yang cukur jambut tu  tak kira tau.. Hihihi.. Beberapa minggu lepas, aku bawak dia p potong rambut kat saloon. Sebelum tu, hari-hari aku bagitau dia pasal nak p potong rambut pasal takut dia taknak potong. 

Sebab utama aku nak potong rambut dia kerana dia ada kutu wei.. Dah sekolah ni, berjangkit la. Rambut dia memang panjang dan ikal, susah la sikit nak sikat guna sikat kutu tu.  
Tengah tunggu uncle datang potong rambut.



Potong.



Keputusan untuk potong pendek memang tepat la, pagi-pagi nak p sekolah takde la hazab nak sikat rambut dia. Hahaha.. 


Cuci rambut skali, mata pun kuyu.


Best ke kakak?


Dia memang teruja nak potong rambut cuma boring sikit la sebab lama kan kena tunggu siap semua. So ni la penampilan kakak sekarang. 



Depan.

Belakang.

Comey tak saya?
Misi untuk membuang kutu-kutu tu masih berjalan. Tak habis-habis jugak. haishhh..


Wednesday, 5 February 2014

Nur Irdina

Assalamualaikum.

Tajuk entry ni sempena anak aku yang nombor 2.

Aku bersalin kat Irdina ni pada 5 Disember 2012. Sekarang dah 2014 zaza oii..
Umur dah setahun lebih, baru hegeh-hegeh nak up dalam blog. Hihihi...
Yang no. 2 ni aku bersalin secara ceaser, sebabnya dia dah yak-yak kat dalam nuh.
Air ketuban dah tukar kaler hijau sket, so doktor decide untuk operate.


Nur Irdina yg baru kenal dunia. Masih kat hospital.

Ni dah balik umah dah.


Dah botak.





 Dan ni gambar si kecik ni yang terbaru. 


Buat muka time nak ambik gambar.



Suka duduk tempat-tempat sempit atau bakul. Dalam bakul kecik yang aku letak remote pun dia nak masuk duduk.  Pastu nangis sebab takleh nak duduk. Alahai anak..


Irdina dah boleh jalan masa umur dia 11 bulan.  Memang cepat berbanding Batrisyia.  Dia jenis makan semua, takde yang tolak.  Tu jer lah dulu pasal Irdina.
Entry ni patut aku up tahun 2012.  Ni dah kira entry throwback back dah ni. kahkahkah..



Diakhiri dengan gambar Mama dan Irdina.

Bye.




Tuesday, 30 October 2012

Taska Cuti La Pulak...

Assalamualaikum.

Ni citer sebelum raya haji minggu lepas. Hari rabu pergi jemput Batrisyia cam biasa la kat taska, sekali cikgu bagitau esok taska cuti. Maknanya sehari sebelum hari raya tu taska tutup. Aku plak memang tak ambik cuti.. Biasanya diaorang akan maklum awal2, tapi kali ni tak maklum plak. Aku tak kisah pun.. Esoknya aku bawak jer Batrisyia datang ofis. Bos aku pun cuti. Kat pejabat pun ramai yang cuti. Tu yang tak kisah bawak anak. Hehehe...


 Ni waktu pagi.


Lepas lunch.

Tu jer nak citer