Memaparkan catatan dengan label Petikan daripada SAJI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petikan daripada SAJI. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 06, 2009

Nasi Goreng Cendawan

BAHAN-BAHAN:
  • 200 gm Cendawan Tiram Kelabu
  • 250 gm nasi
  • 50 gm ikan bilis
  • 100 gm udang
  • 2 ulas bawang putih - mayang
  • 2 biji bawang besar - mayang
  • 3 sudu minyak masak
  • Garam
..
CARA MENYEDIAKAN:
..
1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga garing. Masukkan udang. Ikan bilis, cendawan dan garam secukup rasa. Tumis selama lima minit.
..
2. Selepas itu, masukkan pula nasi. Gaul hingga mesra.

Rabu, Jun 03, 2009

Popia Cendawan

BAHAN-BAHAN:
..
  • 200 gm Cendawan Tiram Kelabu - cincang
  • 15 keping kulit popia
  • 3 keping keju cheddar
  • 250 gm mayonis
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 3 sudu besar mintak masak
  • Sedikit garam
..
CARA MENYEDIAKAN:
..
1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan mayonis dan keju serta garam secukup rasa. Kacau rata.
..
2. Apabila keju telah pun cair, masukkan pula cendawan. Kacau selama dua minit, angkat dan sejukkan.
..
3. Letakkan sedikit inti di dalam kulit popia. Gulung kemas dan goreng sehingga kekuningan.

Selasa, Jun 02, 2009

Nasi Cendawan

BAHAN-BAHAN
..
  • 250 gm Cendawan Tiram Kelabu
  • 250 gm beras
  • 50 ml minyak masak
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 ulas bawang merah - mayang
  • 2 ulas bawang putih - mayang
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar rempah empat sekawan
  • 250 ml air
  • Garam secukup rasa
....
CARA MENYEDIAKAN
..
1. Cairkan marjerin dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan di dalam periuk. Kemudian masukkan rempah empat sekawan. Tumis lagi hingga naik bau.
..
2. Masukkan pula beras, air, dan garam secukup rasa. Tanak sehingga nasi hampir kering barulah masukkan cendawan. Kacau sebati dan tanak semula sehingga nasi masak.
a> Related Posts with Thumbnails