Malam minggu itu angin bertiup kencang. Jamal malas nak keluar melepak bersama Faiz sebab dia khuatir dia akan kebasahan oleh hujan nanti. Jamal menganggapkan bahawa bila angin kuat mesti di ikuti dengan hujan yang kuat juga.
Untuk membuang masa yang kosong itu, Jamal telah membuka laman sosial facebook untuk mencari kawan dan menegur kawan sambil tengok-tengok gambar seksi kawan-kawan dan tengok orang share gambar seksi yang kononnya itu adalah seni. Yang komennya mesti berbunyi "berdarah hidung". Kalau tak pun bunyinya "wow".
Hendak di jadikan seram-seram sejuk, Jamal dengan senang hatinya memilih seorang wanita yang agak cun cantik dan mantap untuk di jadikan teman bicara yakni chatting pada keseluruhan malam itu. Nama profil perempuan itu W3n4. Entah kenapa nama itu ditulis seperti itu. Mungkin sengaja atau keliru ataupun ianya adalah gaya penulisan terkini. Mungkin juga.
Mula-mulanya Jamal membuka bahagian gambar-gambar W3n4. Memerhatikan gambar W3n4 satu per satu. Setiap album gambar. Satu per satu. Kemudian barulah Jamal ber'chatting dengan W3n4 dengan kata permulaan:
Me: Hai awak. Tak tido lagi ke?
Jamal sangat-sangat berharap agar ada balasan dari W3n4. Lama juga Jamal menanti. Ada lebih kurang dalam 10 hingga ke 15 minit juga penantian Jamal. Dan pada minit ke-16 baru Jamal mendapat balasan.
W3n4: Hai. Tak lah. Kalau tido saya tak jawab chat ni.
Jamal tersenyum. Dan berkata-kata di dalam hati. "Ada mangsa nampaknya!"
Bersambung (Penat)....