Perperangan yang berlaku kini di Palestine akibat serangan Hamas adalah luarbiasa tidak sama dgn perperangan sebelumnya.
Jelas ketakutan pada pihak Israel dengan melakukan pembalasan kepada orang awam. Kemenangan kini berpihak pada HAMAS.
Namun ia bukan jalan yang mudah, US sebagai perlindung utama Isreal tidak akan membenarkan kemenangan pada Hamas apalagi pilihanraya Presiden semakin hampir.
Serangan balas dari US dan sekutunya akan berlaku jika dilihat Israel semakin terancam. Rusia,Iran,Cina malah mungkin Arab Saudi akan bersama Palestine.
Ia pasti menambah parah kepada ekonomi dunia yang kini sudah pun tenat. Kita perlu bersedia hadapi zaman kesakitan dari aspek rohoni,mental dan gerak kerja.
Kelemahan Presiden US kini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak lawan. US tidak lagi digeruni. Begitu juga agen Mosad Israel yg terkenal menjd bahan ketawa krn tak mampu mengesan serangan yg akn dilakukan HAMAS.
HAMAS adalah ASWJ yg tertarik dengan Gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir yang diasaskan oleh Imam Hasan al Banna. Tika Morsi menjd Presiden Mesir, Hamas mendpt kekuatan kerana banyak bantuan diperolehi.
Namun apabila Morsi dijatuhkan dan diganti dgn Abd Fatah as sisi, maka tiada lagi bantuan malah dianggap musuh utama lantaran HAMAS dianggap sekutu Ikhwan Muslimin yg diharamkan di Mesir.
HAMAS juga disenaraikan sebagai Penganas oleh US dan Antarabangsa, maka segala bantuan tidak boleh disalur pd Hamas krn akan dicop sebagai membantu Penganas.
Hanya Iran satu² Negara Islam yg berani membantu HAMAS walaupun berlainan mazhab. Mereka bersatu hadapi musuh yg sama iaitu Israel dan mengenepikan perbezaan Mazhab.
Hizbullah yang berpengkalan di Lebanon adalah sebuah badan jihad bermazhab Syiah mempunyai hubungan yang akrab dengan Hamas dalam aspek ketenteraan.
Ada kelompok Islam yang sedang mainkan Isu Hamas adalah sekutu Syiah, maka tidak perlu disokong kerana mereka membawa agenda Syiah.
Dalam suasana perang yang getir ini, tiada sepatutnya isu ini dipermainkan. Hamas dan Fatah adalah ASWJ namun ada perbezaan dalam mazhab siasah namun mereka saling menghormati.
Begitu juga dgn Hizbullah dan Iran,mrk bermazhab Syiah namun saling hormati dgn mazhab Sunni para penduduk dan pejuang Palestine.
Isu kebersamaan dalam perang tak boleh dikaitkan dengan kebersamaan dlm mazhab. Suasana perang juga membawa suasana yg mrk tak sempat untuk besarkan perbezaan mazhab, mereka hadapi musuh yang sama penuh kezaliman. Mereka lebih tumpu kpd kebersamaan menyusun perang dan keselamatan daripd isu perbezaan mazhab.
Kita yang aman ini sahaja ada masa berperang hal khilafiah dan perbezaan Mazhab.
Dalam Syiah mengikut Tuan Guru Hj Hadi miliki pelbagai mazhab, ada yang hanya Syiah dalam siasah namun dalam bab akidah dan mazhan adalah sunni. Ada yang melampau mengkufurkan sahabat dan isteri Rasulullah saw,namun ada yang sederhana menentang golongan radikal tersebut.
Tika ini kita perlu bersama dengan Para pejuang Hamas dalam menentang Israel, berilah bantuan apa jua bentuk yang mampu dilakukan. Adapun isu yang lain kita selesai secara dalaman kemudian.
Kalam² yg mengaitkan Hamas diperkuda oleh Syiah perlu dilempar jauh lantaran suasana getir yang mereka hadapi.
Tika seluruh dunia memulau Hamas dengan tanpa bantuan, apakah pilihan yang ada pada Hamas untuk meneruskan perjuangan. Berdamai dengan Israel seperti Fatah atau meneruskan perjuangan menentang Israel.
Jika mahu meneruskan perjuangan maka perlu bersama dgn Iran yang tetap teguh berani membantu. Mereka tiada pilihan ke dua.
Akhir kalam kita Ucap tahniah pd kerajaan Malaysia yang tetap konsisten dalam isu Palestine walaupun bertukar PM dan Parti kerajaan, terus bersama mendukung Palestine dlm memperjuangkan hak mereka dan menentang kezaliman Israel pada rakyat Palestine.
Rakyat Malaysia perlu bersatu dalam isu Palestine.
Wallahualam.
WIAM
11.10.2023