SEbuah wadah yang diciptakan untuk aku,biar aku yang menilai,untuk kepentingan aku...

Polonggos

Foto saya
kampong Melayu, penang, Malaysia
22 tahun hidup di dunia..since 28 february 1988.

Memaparkan catatan dengan label diPetik dari tulisan nusantara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diPetik dari tulisan nusantara. Papar semua catatan

Isnin, 20 April 2009

celaka kaH gay?

2009-Fenomena gay hari ni kian menjadi2 ibarat cendawan tumbuh sesudahnya hujan.Persoalannya kini,kenapa isu ini seakan2 tidak penting dan telah menjadi pekara biasa di kalangan masyarakat bertamadun hari ni.Kita sering diperanjatkan dengan isu pembuangan bayi,isu sumbang mahram,isu rogol dan bermacam-macam lagi isu sosial yang menggemparkan hari- hari yang kita lalui.Kita menjerit,menuding jari menyalahkan sesama kita bila terjadinya isu ini.Kadang-kadang kes yang sama dibincangkan berminggu-mingu,malahan berbulan-bulan di ruang media.Namun isu gay jarang sekali mendapat perhatian para promoter permasalahan sosial.Kenapa?Soalnya kenapa gay seakan2 diterima masyarakat?Kenapa isu gay tidak dipandang serius dan diketengahkan salah laku ini secara berleluasa di pentas kehidupan.
Tentunya gay adalah gejala tak bemaruah yang menjatuhkan maruah sesuatu bangsa.Gay menentang hukum alam yang akan menjemput kepada kecelakaan.Tidakkah kita ingat,bala yang diturunkan tuhan atas kaum Nabi Luth pada satu masa yang telah silam.Mungkin di barat,mereka mengiktiraf gejala ini sebagai proses kehidupan yang normal.Bertamadunkah masyarakat yang 'merestui' aktiviti songsang.Mereka yang bertopengkan tamadun dan cendiakawan ini tak layak menjadi model pada masyarakat dunia kini sebenarnya.Namun,bagaimana pula bagi kita masyarakat timur yang selalu mengagung2 kan budi dan akhlak yang tinggi?
Jika hari ini kita nampak satu pasangan gay dan kita mengendahkannya,tak mustahil satu masa nanti bumi yang kita sayang ini juga akan mengiktiraf pekara yang disebut2 ini.Bukannya nak menuding jari dan mencari salah,cuma sebagai peringatan sesama insan.Semuga ada jalan yang menyelesaikan.

masih ada lagi bintang pada malam ini?atau hanya sunyi menemani hari..