Tuesday, January 8, 2013

Dugaan

Salam

Tahun 2013....usia semakin meningkat.apakah amalan yang terbaik kita untuk bekalan akhirat? azam baru saya kira. cuba menulis sebaik mungkin meskipun laman ini sudah kurang pengunjungnya.

4th January, Jumaat

Saya kehilangan insan yang paling lembut dan sabar yang saya pernah temui dalam kehidupan ini. Sedih dan kehilangan masih saya rasai tika saya menaip papan kekunci ini. Kematian itu pasti dan dunia ini terlalu hina untuk ditangisi, satu teguran yang Allah beri pada saya. Entah mengapa saya benar2 terkesan dengan pemergian insan ini. Urusan dia di dunia sebagai khalifah dan hamba sudah selesai. Saya?Wallahu'alam. Moga Allah jadikan saya insan yang lebih sabar, ikhlas dan tenang dalam menghadapi dugaan ini.

Sesungguh nya resah itu selalu sahaja ada ubatnya. Kegagalan kita sebagai hamba yang tidak mampu membezakan di antara cinta kekal dan sementara sentiasa menyebabkan kita kalah kepada nafsu. Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang mencintaiMU lebih dari dunia dan seisinya.

Cinta Tak Mengenal Usia?

Tinta Mujahidah

No comments:

Post a Comment