hari Khamis lepas sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah di sambut di sebuah kampung 1KM dari sekolah. Kami berarak dan berselawat ke Masjid di kampung itu yang terletak agak dalam. Sambil berjalan dan berselawat pagi itu, mama lihat kampung itu masih segar dengan suasana kampung..terhimbau mama macam zaman 60 an...dengan bukit, anak sungai, bentuk rumah dan suasana...indah ..scenic!




Adalah juga bertegur sapa dalam bahasa Melayu..tetapi telo siam lah...
Alhamdulillah..dapat juga mama buat satu N3...mama agak sibuk 2, 3 minggu ini..banyak sangat kerja..kerja sekolah dan hal-hal di rumah..cucu mamatok semakin besar dan memerlukan banyak perhatian..umminya dah pergi bekerja lalu mamatok dan babah yang mengasuhnya waktu mama ke sekolah mama hantar ke rumah jiran sebelah seorang guru pencen...masing-masing dah bercucu..Idris dapat kawan di situ..