Showing posts with label awek hingusan. Show all posts
Showing posts with label awek hingusan. Show all posts

Saturday, November 21, 2009

TANGGUH

Aku terpaksa juga lakukan ini. Aku tak sangka kau baca blog aku. Ibarat jauh panggang dari api. Sangat2 tidak sangka! Aku dh cuba ubahsuai supaya tiada yang terasa, kalau terasa jugak, what to do!

To say sorry is sooo not me. Sebab kesah ini bukan aku tujukan pada kau (walaupun berdasarkan pada kisah kau). I mentioned your name...sekali jer. Helll I don't expect that ko masih di"google" orang. Huh!

Jadi, to show my respect to your "privacy" kononnnnnnnnyer...aku tangguh dulu that story okey. Tangguh okeyyyy...bukan stop. So for sure akan ada sambungan mungkin bukan masa terdekat.

Huh! Artis konoonnnnnnnn.......

AWEK HINGUSAN akan ditangguhkan. It's a tough decision sbb dh banyak entry aku siapkan.

Wednesday, October 14, 2009

AWEK HINGUSAN - Episod 6

Aku dah mula bosan. Bodoh punya jantan. Nak buat keputusan punya lah susah. Bacul! Kau nak sangat aku mengamuk kan? Ingat aku budak-budak lagi?!

Telefon di tangan direnung lagi. Nak call ke tidak? Kalau aku call tak berangkat, lagi sakit jiwa! Ishhh... tak boleh jadi ni. Dari pagi tadi call tak angkat, sms tak reply. Memang tak guna jantan ni. Mesti berkepit dengan bini dia la tu!

Tiba-tiba telefon berdering. Kussss semangat! Tapi bukan jantan tu! Abah la plak.. Alamak ape aku nak cakap ni.

"Dapat call dia tak? Abah nak jalan lepas Asar ni. Confirm tak naik kereta dia? Bukan dekat KL ngan Taiping tu...".

"Alah bah...Niky call dia tak angkat la...tunggu jap lagi Niky try lagi".

Ding dong... (sounds like a stupid door bell)

Bergegas bangun.

"Laaaa... ayang ni apehal?! Nape baby call tak angkat? Tensen la. Orang tunggu dari tadi. Abah dah berpuluh kali call. kain baju semua baby dah siapkan. Jahat tau dia niiii.....".

"Takde apa...nak kena siapkan keje dulu. Tiba-tiba je nak cuti kan, kena la settle semua".

"Abis betina tu?".

"Baby boleh tak jangan panggil dia macam tu? Dia bini abang tau".

"Ye la bini abanggggg.... geli dengar!"

Seronoknya aku...akhirnya dapat juga aku bawa my love ni keluar dari KL ni. Rasakan kau betina bodoh! Padan muka! laki kau kat tangan akuuuu......

Lepas ambil abah dan Auntie Ina, kami teruskan perjalanan ke Taiping. Yang tensionnya, telefon ayang aku ni asyik la berbunyi. Last-last aku ambik je pegang letak dalam beg. Betina tu call la tu. Tak sedar diri! Dah sah-sah laki kau tak nak ngan kau. Bodoh betullll....

Wednesday, September 30, 2009

AWEK HINGUSAN - Episod 5

6.30 pagi.... Ahad.

"Tak balik lagi... sah dalam lokap la ni. Kalau bukan sebab nak balik rumah mak... idak la aku nak try call". Si isteri hati kering kan?

Capai handphone... speed dial nombor si suami. Cubaan ketiga baru bersambut.

"Halooooo...." Suara di sana.
"Ehhh.. saper plak ni? Polis ker?". Dalam hati.
"Halooooo kakak".
"Kakak? Saper ni?". Konfius.
"Ini kakak isterinya abang yaaa?" Suara di sana lagi.
"Adusss... Indon mana plak ni". Dalam hati. "Saper ni yer?"
"Ya ampunn kakak... ini Roni kulinya abang. Abang nya masih tiduran. Kok malam tadi kes nya udah jam 5 baru beressss..."
"Oooo... udah beres kes nya. Sapa yg bikin beres?" Si isteri tiba-tiba jadi Indon jugak. Nak korek rahsia kan?
"Tuan tauke kakak. Abang telepon sama tuan tauke bilang suruh jamin di balai. Kakak nggak tau?"
"Baiknya tauke ko tu"
"Ya udah sama-sama komplot. Sama-sama ada kes atas perut. Loh.. Saya kasihannnnn sama kakak, sama bininya tuan tauke jugak".
"Kes atas perut? Apa tu?" Seriyes 1st time si isteri dengar.
"Nggak tahu? Kes curang-curangan. Ada bini di rumah tapi kerjain orang lain. Saya kasihannnn sama kakak. Udah lama saya mau bilang, tapi ya maklum... saya kan kulinya abang".
"Abis ni sekarang abang nya mana?"
"Sudah tuan tauke jamin di balai... terus aja tiduran. Mau dikejutkan nggak?"
"Boleh lah...." si isteri dah malas nak cakap Indon.
"Aloooo... tunggu la abang balik. Ngantuk la. Nanti siapkan baju. Nak pegi jumpa orang".
"Ehhhh.... aku tak cakap apa pun lagi". Dalam hati si isteri.

-----------------<>---------------------

Sampai di rumah, si suami muka selebet nak mampos. Si isteri siapkan baju seperti dipinta.

"Abang hantar rumah mak awak... pastu abang nak jumpa orang". Alasan standard.
"Janji nak stay sama". Si isteri masih mengharap.
"Dah janji ngan orang la". Jawapan yang dah dijangka.

----------------<>-----------------------

Di rumah mak... SMS masuk di handphone isteri. Dari si suami.

Abang otw. Baby jgn lock pintu. Nak sampai abang call dulu. Luv u.

Haha! Salah sent....

SMS masuk lagi....

Salah sent. Abaikan. Kad ATM abang amik. Nak kuarkan sket ganti duit bos malam td. Kena bayar gak nak settle kat balai.

So... jantan ni kategori haper? Selamba kan?


IKLAN

Saturday, September 26, 2009

AWEK HINGUSAN - Episod 4

Di sana...

"Sial! Apesal tak angkat phone ni...!" Baby terus menekan-nekan button redial. "Tido ngan betina tu la tu!". Jam dah hampir 12.00 am. Janji pukul 10 nak datang. Bilik karaoke kat Yow Chuan Plaza tu dah booking dari semalam. "Issshhhhh.... tensen betul la!" Baby terus tak keruan.

Di sini...

Si isteri terjaga dari tidur. Telefon suami berdering-dering. "Ehhhh.... pelik. Selalu silent. Ni apesal lak berdering-dering pepagi buta ni." Deringan ring tone lagu 'Teman Tapi Mesra' tu terus berbunyi. Ring tone tak matured langsung! Nampak sgt ring tone pun perempuan lahanat tu yg setting. Tak seminit selepas tu, bunyi sms masuk. Dalam kemalasan, si isteri capai handphone itu.

Sms masuk...

<>

"Aikkkk... dia gelar aku betina? Tak guna punya budak kecik! Dah laki aku, tido ngan aku la." Si isteri mengutuk dalam hati. "Sukahati call laki orang pepagi buta ni. Patut la tak silent, takut tak dgr call rupanya".

Telefon berdering lagi.... "Arggghhh... malas aku nak layan!" Missed call.

"Bang... bangun...ni mana punyer lahabau call pagi2 buta ni". Amik kau... geram dah ni.

Si suami terus bangun seperti baru terjaga dari mimpi ngeri. Memang ngeri la niii.....

"Saper?" Cheehhhhh... buat-buat tanya. Hampeh!

"Ntah anak saper ntah tak reti bahasa ngacau org pagi2 buta ni! Sekolah tak abes la tu!" Gerammmm!!!!!

"Naper angkat?" Aikkkk....?

"Mana ader angkat! Dari td memekak pastu sms lagi...missed call lagi. Kemaruk sangat ke hapa!"

Telefon berbunyi lagi. Si suami ambil telefon.

" Helo... haaaa... tau. Abang tertido. Sori la b."
>>>>>>>
"Mana ada... abang tido bilik lain la."
>>>>>>>
"Abis nak pegi ke tak ni?"
>>>>>>>
"Kita lepak je la... tempat biasa. Abang amik jap lagi"
>>>>>>>
End call.

{perbualan di atas dlm nada berbisik. "Macam aku tak dengar!" Si isteri}

Si suami bergegas bersiap. "Abang nak jumpa orang jap"
"Orang ke pontianak harum sundal malam" Si isteri tembak sedas.
"Merepek la.." Si suami balas sambil sembur perfume kat badan.
"Suka hati la... malas nak layan. Jangan kena cekup sudahhh..." Tembak si isteri lagi.

Si suami terus keluar. "Baby" sedang menunggu. Si isteri; "Kalau lah ku tahu siapa "baby" tu. Patut lah tido malam mengigau sebut baby... baby sundal rupanya".
------------------------- <>---------------------------------
Jam 3.00 pagi.

Telefon si isteri berdering. Nombor tak kenal.

"Assalamualaikum"
"W'salammm. Saper ni?
"Puan, saya buat panggilan dari Balai Polis Kelana Jaya. Saya nak tau, En. XY ni suami puan ke?"
"Ye... betul lah tu. Kenapa tuan?". Lahhhh...ape kes plak ni.
"Maaf puan. Kami operasi dengan pihak JAIS. Tangkap suami puan berdua-duaan dengan seorang budak bawah umur dlm kereta".
"Kat mana?"
"Taman Tasik Kelana Jaya. Jadinya kita perlukan seorang utk jamin En. XY ni. Jamin mulut jer. Sebab dia dengan budak bawah umur. Budak ni mak dia dalam perjalanan. Maaf terpaksa hubungi puan. Suami puan yg bagi nombor ni". Polis tu pun cuak.
"Cakap kat dia, saya pun mintak maaf. Pandai2 lah dia settle. Kalau takde org nak tolong, tuan masukkan je dalam lokap. Saya nak tido!".

End call.
-----------------------------------<>---------------------------------

"Suka hati la... malas nak layan. Jangan kena cekup sudahhh..."

Doa orang teraniaya itu makbul.

Wednesday, September 23, 2009

AWEK HINGUSAN - Episod 3

Seorang wanita yang menjadi isteri walaupun baru 5 bulan tetap seorang isteri. Bukan sifatnya seorang isteri merungut, syak, dendam. Bukan jenisnya pula dia; seorang isteri untuk membelek telefon genggam si suami yang selalunya dalam silent mode, malah ada PIN code pula. Arrgghhhh... Banyak lagi kerja lain yang si isteri boleh buat.

Seorang wanita yang menjadi isteri walaupun baru 5 bulan tetap seorang isteri. Tak tergamak melihat beg duit si suami kosong. Senyap2 masukkan duit ke dalam wallet yang tiada sekeping pun gambar si isteri. Yang ada cuma kad2 nama termasuklah kad membership pusat karaoke dan kad hotel First World Genting Highland (yang pastinya si isteri tak pernah pun jejak kaki bersama si suami).

Seorang wanita yang menjadi isteri walaupun baru 5 bulan tetap seorang isteri. Cuba bersengkang mata menunggu si suami balik dari kerja (?) walau jam 3 pagi sekali pun. Kadang-kala bila balik cuma menyakitkan hati bila bau bajunya harum seperti baru lepas bertemu puteri bunian. Malah sekali itu, melekap pula tanda; bukan lipstik di baju tapi gigitan di leher. Gamaknya bukan puteri bunian... mungkin pontianak harum sundal malam.

Seorang wanita yang menjadi isteri walaupun baru 5 bulan tetap seorang isteri. Sanggup tunggu hingga 5 tahun lagi? Si isteri kadang-kala geli melihat pasangan bercinta yg konon sehidup semati berkorban itu ini... konon setia sehingga nak masuk jamban pun sms bgtau pakwe... konon sayang sehingga berjemput berhantar pergi kerja... konon cinta salam cium tangan tiap kali jumpa... berabang sayang konon panggilan manja. Yaaa... geli.... dan terasa bodoh nya mereka. Kau akan tahu bila kau merasa sendiri "nikmat" yang kau cipta.

Saturday, September 19, 2009

AWEK HINGUSAN - Episod 2

Jam 6.00 petang. Isteri masih di ofis...tunggu suami yang katanya "Lewat sikit. Kena jumpa orang". Damn lah! Alasan bodoh. Takde idea lain ker...?

6.30 petang...baru nampak kelibat keretanya. Seperti biasa...tgh guna handphone sambil drive. Pastu elok2 kereta berhenti, dia letak phone.

XY : Kita terus pegi Bukit Jalil tau. Pegi tgk tapak karnival. Ade hal sikit.
XX : Dah dekat pukul 7.00 ni...
XY : Nak ikut tak? Abang nak kena jumpa orang... (see...alasan ni lagi). Kalau taknak ikut tunggu je kat opis. Tak pun balik umah naik tren..(dengan muka tak sabar2 nak blah).
XX : Ok lah...I ikut. Tapi jangan lama sangat tau.

Kereta bergerak terus....

XY : Ada 30 ringgit? Nak isi minyak la. U belanja ek...(buat muka sengeh mcm lotong!)
XX : Dah agak dahhhh.... (kalau tak haram dia nak ajak aku follow)
XY : Tak boleh takpe laaa...takyah la sindir2...(tapi keta dh berenti kat petrol pump punnn)

Kereta terus lagi...ke Bukit Jalil. Sampai.

XY : Tunggu sini ek. Abang jumpa orang kat belakang stage.
XX : Laaaa...jauhnya parking. Gelap plak tu.
XY : Gelap mende spotlight banyak sini. Customer tu tak suka la bawak wife follow.
XX : (berkerut) Ok la.
Dalam hati; Abis ape jadahnya dia suh aku ikut tadi? Nak suh isi minyak je la tu.

Suami terus menyelesaikan urusan. Isteri kerimasan dalam kereta...dah la baru balik keje ngan baju kurung berlengas-lengas. Teringat dalam bonet ada beg isi towel muka ngan telekung. Sebelum bukak bonet baik call dulu nak konfem, takut dah dialihkan. Isteri call suami. Shit! Apehal lak off telefon?

Isteri terus bukak bonet. Hermmm...ade beg tu. Amik beg, bukak keluarkan towel. Nak letak beg semula, ternampak satu buku. Macam buku log. Ape laaa...letak dokumen keje sepah2. Simpan dalam beg dulu la.

Buku tu terselak satu muka surat.

Aiikkkk...macam diari la plak. Cantik tulisan.

Rabu 12 Disember

7.30 am - hantar betina tu pegi keje
8.30 am - amik Baby dari rumah pegi salun, sarapan kedai mamak (siannn abang lapar)
9.30 am - sampai salun, abang lepak dulu bincang pasal betina tu
10.00 am - mama sampai, ajak abang pegi amik barang kat Kelang
petang - abang keje, janji keluar pukul 530 pm
7.00 pm - abang lewat sebab hantar betina tu balik
10.30 pm - karaoke kat Yow Chuan Plaza
2.00 am - balik abang hantar

Ok...bukti itu datang sendiri. Isteri cool. Semuanya sudah dijangka.

Wednesday, September 16, 2009

AWEK HINGUSAN - Episod 1

Pagi tu...mcm biasa. Bangun tido dlm keadaan mamai sbb malam td menunggu sehingga jam 3 pagi. Siap2 terus masuk kereta. Suaminya dh menunggu dlm kerata sambil panaskan enjin (?). Tapi bila dia masuk kereta je..si suami sedang bergayut dan cepat2 end call. Yerr...pagi ni akan jadi sialan lagi! Detik hatinya.

"Aiiikkkk...rasa mcm kekurangan kat cermin depan. Stiker apa yg takde ek?"...

XX : Bang, stiker opis I mana? Susah nak masuk kalau takde stiker ni.
XY : Dalam dashboard tu...ala stiker tu tak tahan la. Selalu je tertanggal gamnya.

Dia buka dashboard.

XX : Getah rambut saper?
XY : Ehhh tanya kita plak. takkan abang punya.

Masa ni kereta dah bergerak menuju destinasi. Ye pagi ini mmg g#$mp*g.

XX : Ok. I amik la...I punya kot.
XY : (muka kelat) biar je la dlm tu. Nnt2 amik la.

Sampai opis, dia buat biasa jer...salam cium tangan suami. Suami masih muka kelat sbb dia amik jugak getah rambut tu.

XX : Petang amik cam biasa kan?
XY : Tgk dulu. Tunggu abang call. Takut jumpa orang sampai lewat petang.
XX : Ok...(tak guna! alasan bu##s**t)

Dia punch in...dan hampir 3 bulan ini, opis ini lah dunianya. Di sini saja dia boleh lupakan segalanya. Dia senyum saja. Kad staff ditinggalkan dlm kereta. Rasakan!

KISAH AWEK HINGUSAN - SEKILAS

Kisah ni dh lama aku sebut2...dan sekian lama juga aku mengarang...edit...betulkan sana, betulkan sini...based on true story tapi aku banyak ubah sebab aku taknak bikin malu org, dan yg penting nak bg sedap cerita. Bagi yg tau kisah yg sebenar (sbnrnya yg tau cuma 3 org).... maka tahulah mereka. Bagi yg tak tahu tu...layan je la cerita ni sbg pedoman, panduan, ingatan ataupun hiburan. Aku tak kesah ponnn...

Jalan cerita mmg akan caca-marba...sedikit2 zaman dulu, sedikit2 zaman sekarang dan mungkin juga ada zaman akan datang. Bukan bentuk cerpen @ novel @ skrip drama tapi semuanya ikut mood aku, flow aku. Makna kata...sukahati aku. Mungkin aku letak gambar jer..atau pun aku cuma flashback entry2 aku yg lepas.

So...setelah pikir panjang, makanya aku buat keputusan 1st entry akan aku post pada bila2 masa dari skrg.

SEKIAN.