Showing posts with label dugaan. Show all posts
Showing posts with label dugaan. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Dugaan lepas kahwin agaknya

4 comment(s)


Sebelum kahwin : risau mcm2 dengan persiapan segala, duit cukup ke tak? Bersedia ke tak?


Lepas kahwin : 'Wife dah melekat ke?' tanya member satu office kat si suami. Tp si suami, senyum aje, senyum biasa.





Jika belum itula dugaanya, rezeki lambat sikit.Semuanya ketentuanNya. Untuk yg belum bersedia tak apela...tp utk mereka yg terlalu menginginkannya?


Bersabar dan berdoa semoga Allah mempercepatkan. Aminnn....




* Kesian kt Ct sampai sekarang belum berbadan 2 agi, namun sy yakin Allah telah menentukan yg terbaik untuk hambaNya...rezeki itu ada,cuma lambat atau cepat je.

Friday, June 24, 2011

Tersedar

4 comment(s)

Sesekali kita tersedar dlm hidup bahawa kita sebenarnya insecure, tak berguna, gagal, penakut dan tak dihormati.


Kenapa ini terjadi? Kitalah puncanya...ada sebab musabab kenapa kita merasa begitu. Puncanya adalah kerana diri sendiri disebabkan apa yg dicitakan belum terlunas lagi.


Mahu diselesaikan byk halangan serta dugaan.


Hurrrmmmm.....nak wat can ana ekk? Xde cara lain der...kena buat gak!

Tuesday, April 26, 2011

Tak syok wei!

10 comment(s)



Aku rasa tak sedap hati, serius!

Entah lol, entah apa yg dirisaukan,aku pun kurang pasti. Aku sgt sgt tak suka bila keadaan nih menjengah, sesekali dalam keenakkan meniti hari kalau menda ini terjadi mmg aku tak gemar.

Ya mana mungkin tiap2 hari ok je,langit cerah,happy, kadang-kadang dugaan juga melanda disertai hujan badai. Tu yg buat aku rasa mmg tak syok. Aku nih jenis pemikir, asyik nak pikir je akan hal masalah tu, last2 nengok menda tu makin besar lak. Tu yg aku tak suka.

Nnti kalau cerita kat sape-sape mesti cakap, ala...jgn duk pikir-pikir sgt. Mmg rr...ok je atau kata lain berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. So orang yg merasainya yg tau beban nya macam ana.

Mungkin go with the flow je kot. Tgkla nnti apa yg jadi, aku tak mau melatah sgt apatah lagi melayan memikirkan perkara yg bukan-bukan. I m try my best.






* Ini kot gunanya blog, sbg medium luahan, sekurang-kurangnya terluah kan?

Sunday, September 26, 2010

Menghargai cuti dan keadaan

0 comment(s)


Esok aku cuti...walau sehari tapi aku rasa nk kosongkan fikiran sementara, nk rehatkan diri...

Malas mahu memikirkan akan hal keje yg aku rasa xkan mungkin settle nyer...lately byk pressure then byk menda2 yg aku tak ingini menggangu hidupku...aku terrimas dan terbosan ngn ini semua, serius aku mahu kosongkan pemikiran aku ini dr memikirkan semuanya..

Aku paham, sekali sekala dugaan dtg melanda mewarnai kehidupan aku, mungkin bila kita terlalu di comfort zone kita akan teralpa dengan keadaan sekejab..terlupa sekejab yg kita seharusnya berhati2 bila melakukan sst..

Namun pengalaman yg d'lalui terlalu berharga, kesabaran dan ketabahan dalam menanganinya amatla penting...

Dugaan ini yg aku rasa agak berat telah membuat aku lebih positive dan aku perlu celik di dept kerja aku yg aku rasa agak bosan ini...mungkin aku terlalu memandangnya negativ maka aku tidak mengetahui akan keseronokkannya..mungkin aku perlu xplore lagi lebih mendalam utk mengetahui akan kehebatan bila berada di dept yg aku rasa biasa ini.

Actually malam ini aku seharusnya stop memikirkan akan hal keje sementara, mahu berehat...berehat pepuas...memanjakan diri...biarla hari SELASA aku mula memikirkan pasal keje balik...

Tapi apa pun..dugaan tetap ada di mana2...dia mewarnai dengan elok sekali..pengalaman yg dikutip sgt berguna dan memantangkan diri.

Hidup hanya sekali...hargai dan penuhi dengan kegembiraan...just proceed dengan kegembiraan je walau apa pun terjadi...usah disakiti perasaan mahupun diri.

Tetang cinta pula...thanks...aku rasa aku tepat memilihmu...kau seperti yg aku mahu dan aku tertunggu2 selama ini...kau memperlengkapkan anganku...syg kamu Umah Merah...

END