Showing posts with label Akhawat Sayang. Show all posts
Showing posts with label Akhawat Sayang. Show all posts

Saturday, October 17, 2009

Sayangnya...


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


Cantik.
Sekali pandang memang cantik.
Mulus wajahnya.
Hidungnya kecil terletak.
Kala bibir yang halus menguntum senyum.
Tersusun barisan gigi memutih.

Indah.
Saya suka.
Menatap beribu kali tak kan jemu.
Bosan dengan dunia, tatap si gadis.
Luput segala permasalahan.

Ya, saya wanita. Dia juga.
Cintakan yang indah. Semua begitu.
Tidak salah.

Tapi.

Sayangnya.
Kenapa biarkan tubuhmu jadi tatapan mata-mata rakus?
Bukankah ia hanya untuk sang suami bilamana halal?
Kamu cantik. Sangat.
Indah berkerudung.
Biarpun kerudung ronanya jarang.
Terserlah bentuk leher jinjang kamu.
Sayangnya.

Kamu indah. Berbaju kurung.
Cukup indah.
Kendati kurung mu sengaja dibikin berbentuk.
Biar nampak 'shape' idaman semua wanita.
Laksana buah pear.
Baik begitu daripada tidak berbaju.
Kata kamu.

Tapi lupakah kamu

Rasulullah bersabda, “Ada dua golongan manusia yang termasuk penghuni neraka yang belum aku lihat sebelumnya: Manusia yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukuli orang lain, dan wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggak-lenggok dan kepalanya seperti punuk unta sambil bergoyang. Mereka tidak akan masuk syurga bahkan tidak akan mencium baunya, padahal baunya tercium dari jarak sekian-sekian.” (HR. Muslim)


Berpakaian tetapi telanjang.
Nauzubillah.
Moga kamu si cantik bukan sebahagian daripada golongan ini.

Saya suka dan tetap akan suka.
Bertambah suka.
Jika kecantikan mu. Diri kamu.
Dipelihara umpama sebiji epal di atas pokok.
Tidak kan mudah gugur demi berkeinginan bersama yang lain.
Biar kamu seorang dan asing. Janji kamu masih di atas.
Atas yang paling atas.
Payah nak dipetik.
Apatah lagi dihinggap haiwan-haiwan nakal.
Cantik. Kamu kan jadi secantik bidadari-bidadari syurga.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Lengkapi dirimu dengan pakaian taqwa.
Litupi wajahmu dengan cahaya iman.
Kamu lah secantik yang bergelar wanita di bumi.













Wednesday, April 15, 2009

Khas Untuk Sahabat Tersayang, Nurul Farhana Mohd Lazim aka Ween


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


Assalamualaikum sahabatku sayang,
Apa khabar dirimu?
Apa khabar imanmu?
Apa khabar akidah mu?
Berkeadaan baik kah mereka?
Sudah diberi 'makannya' atau belum?
Jika sudah, cukup atau tidak untuk hari ini?
Oh. Jangan kau risau,
Hatimu dan imanmu tak kan muak dengan 'makanan'
yang disuapkan,
selagi ia nya sama berkhasiat seperti mana
makanan yang kau suapkan untuk mulutmu.

Ween sayang,
Aku bangga dengan kamu,
Sungguh.
Aku bangga melihatmu berjuang
menjadi bidadari besi itu.
sang bidadari yang takkan tunduk dengan
madah nista sang lelaki.
aku bangga melihatmu masih berdiri
kala ujian dan mehnah Allah
menghujani mu.

Sahabat,
ketahuilah kau tidak keseorangan
dalam perjuangan ini.
Jihad mu, jihad kami.
Gembira mu, gembira kami.
Sediha mu, sedih kami.
Sakit mu, sakit kami.
Kereta mu, kereta kami.
:)

Ween,
Berminatkah kau untuk menyahut pelawaan ku ini?
Pelawaan ku untuk kita sama-sama
berjuang meletakkan diri
dalam golongan
Wanita Syurga?
Mudah je kalau nak join.

  1. Bertakwa.
  2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik ataupun yang buruk.
  3. Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
  4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahzwa Allah melihat dirinya.
  5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
  6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika bersendirian atau bersama orang ramai dan berdoa kepada Allah semata.
  7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
  8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.
  9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
  10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
  11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
  12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan keburukan orang lain (ghibah).
  13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
  14. Berbakti kepada kedua orang tua.
  15. Menyambung silaturahmi dengan keluarga kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Mudah kan.
Mudah kalau kita bermujahadah untuk ini.
Ouh.
Alangkah seronoknya kiranya kita
tergolong dalam golongan ini.
Hati ini nak sangat.
nak sangat...
Tak mustahil, kan ween?

Ween sayang,
Sekali lagi.
Aku bangga denganmu.
Aku sayang kamu.
Aku sayang kamu kerana Allah.
Ukhuwwah fillah.
Semoga hidupmu sentiasa diberkati Allah.
Dan semoga perjuangan kita
sentiasa fi Sabilillah.

Salam sayang,
Muna.'Izzah
-sebelum & selepas ceramah maulidurrasul-




:Bidadari Besi.Mujahidah Farhana.Insya Allah:
 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting