November 30, 2010

Musim Mengawan Kembali !


Salam.

Dua tiga hari ni , kualiti masa tidur jadi tak tentu buat kami berdua. ( Ecehhhh ... sebenarnya laki aku je. Aku steady lagi. Kehkehkeh. :P ) . Bukan sebab aku meragam ke apa. Nak kata jaga budak pun, bukan jugak. Semuanya kerana gara-gara hormon mengawan MokMok aku dah datang balik! Tekanan gilaaaaaaa kau! =______=



Kau tengok ? Sekejap sekejap ke kiri .



Kau tengok ? Lepas dah puas ke kiri , bergesel ke kanan pulak. 0_o

Masuk harini dah dua hari kot dia macam ni. Mengagau tak tentu masa. Paling teruk bila dia start buat suara garau nak mengawan around 2.30am! Awal buta kot? Kesian kat laki lah sebab dia tu dah la jenis yang susah nak tidur. Even kekadang dia yang selalu masuk bilik nak tidur awal and dah bergolek kiri kanan atas katil dekat setengah jam pun, belum tentu lagi laki aku dah tidur. Lainlah aku. Ratu tidur + Juara Tidur pun iye jugak sebab aku ni pulak jenis senang nak tidur. Letak je kepala atas bantal. Kalau memang aku mengantuk, boleh jadi aku akan terus tidur. Kalau biasa je, dalam 10minit letak kepala atas bantal, aku selamat dah ke dunia mimpi aku. Hihihihi. ( Sengih )

Sejak si MokMok ni dilanda sindrom hormon nak mengawan balik, pukul 2 pagi dah bunyi. Kalau orang tak layan, lagi kuat bunyinya. Selalunya, laki aku lah rajin dok melayan. Jawab panggilan MokMok. Takpun dia dok angkat MokMok letak atas katil and usap-usap kepala or leher MokMok. Bila dah camtu, MokMok akan jadi ok balik. Tapi lepas sejam, mesti dia buat suara garau mengawan tu lagi. Hukhukhuk. ( Kesiankan laki aku? )

Boleh kata, setiap sejam si MokMok ni akan masuk bilik and buat suara garau nak mengawan tu. Aku ni pulak memang jenis bangun macam tu je. Takde nak layan sangatlah! Macam pagi tadi. Lepas laki aku dah bangun solat Subuh, MokMok buat lagi. Terus aku marah! Langsung si MokMok terus pergi depan tidur bawah sofa. =_____=



Kalau tak bunyi, mesti kerja nak menggesel je kat orang. Tengok? 0_o



Kalau tak puas gesel & orang tak layan, terus dia jilat nak mintak juga orang layan. =____=

Aku ada jugak buat research. Cari kat internet macam mana nak mengatasi bila musim mengawan kucing dah tiba. Yang aku tahu, kucing bila dah setahun baru dok gatal nak mengawan. Baik jantan or betina. Tapi si MokMok ni baru nak masuk 8 bulan kot? Tapi ..... 0_o ( Gatal kau kucing! )

Ada juga aku baca petua nak bagi kucing dari dok buat suara garau nak mengawan dengan mandikan kucing tu. Semalam aku dah mandikan dia. Tapi sama je. Semalam paling teruk pulak tu. Suara makin kuat. Bukan makin perlahan. Macam tak berkesan langsung petua tu kat dia. Hehehehe. =______=

InshaAllah bulan depan ni , ( Eyh? Nak dekat dah pun. Harini dah 30 November! ) nak bawak MokMok jumpa Vet lagi sebab ada injection yang belum selesai. Masa pegi nanti, bolehlah aku survey harga nak spayed kucing kat sini. Kenalah survey dulu. Kang main buat je, sekali charge sampai 1k pulak! Sanggup ke kau? Gilaaaaaaa ~



Tengok? Sekarang pandai dah setiap petang mesti nak masuk bilik and bersantai dengan bahagia sambil menjilat bulu . Senang hati kau kucing ! Itu tempat aku memadu kasih dengan laki aku kau tahu ? Cissss. 0_o .

November 29, 2010

Jangan Ikutkan Emosi Sangat !



Kalau budak-budak buat muka marah mesti kekal comel kan ? Cuba kalau kita ? Ape jadi ? 0_o


Salam .

Harini aku nak share pasal sesuatu yang boleh kita jadikan peringatan untuk diri sendiri especially untuk diri aku lah . Aku nak bagi korang tengok dulu ...



Contoh tidak baik . Aku cukup tak gemar manusia begini .

Korang penah jumpa or nampak status macam ni dekat Facebook kawan-kawan korang ? Status perasaan marah seorang manusia pada manusia yang tidak seharusnya dia melampiaskan amarahnya dengan sewenang-wenangnya ! Apa komen korang manusia begini ?

Pada hari kejadian , aku memang baru nak bukak Facebook aku . Sekali je baru bukak , dah ada kawan ... errr not so kawan lah ... errr ... ok cofidential . Aku tak boleh nak bagi in detail sangat . Maruah orang serta keluarga juga saudara mara kenalah jaga . Ye tak ? =____=

Aku kesian sebenarnya tengok manusia begini . Mungkin belum cukup matang lagi untuk berfikiran lagi waras ? Mungkin . Tapi ... aku rasa umur budak ni dah nak remaja dah kot ? Aaaaaaaahhhhh ... bahasa kasar aku , budak kalau baru nak naik , begitulah jadinya . Isk isk isk .

Aku tak dapat bayangkan kalau ayah dia yang baca status anak dia macam ni . Mahu hancur luluh hati ayah dia . Tak terpikir kah manusia ini yang ayah dia sebenarnya lebih kepada tidak mahu perkara buruk terjadi pada anak dia sendiri or else ayah dia sendiri yang akan menyesal seumur hidup ? Tidak terpikirkah kau wahai budak ? Tidak terlintas kah pemikiran begitu di dalam kepala dia ? Budak oh budak ...

Kalau marah sekalipun , janganlah sampai over nak letak kat public . Malulah dengan kawan-kawan . Macam laki aku cakap : " Kalau jadi gf dia , sure i rejected ! " . Muahahahahahahaha . ( sengih sambil geleng-geleng kepala )

Hahhhh ... korang kalau ada adik tu , adik korang buat macam ni , kasi panggggggggg jek ! Erk ? ! Eyh , jangan panggggg dululah . Bagi nasihat dulu tapi budak-budak zaman sekarang mana makan nasihat . Budak-budak sekarang mana ada perasaan malu . Yang tahu ikut kata hati dan mahu apa yang diingini . Tengok macam kes video ciummulutfrenchkissklccpavillion tuh . Siapa nak dipersalahkan ? Haih . =____=

Lagi malu sebab yang buat kes begitu , kes begini semua berbangsa MELAYU . Sudah hilangkah sifat keMELAYUan itu sendiri dalam diri mereka ? Sedih . Sedih . Sedih . Nasib baik aku takde adik . Kekekekeke . Fuhhhhh ... selamat ! Buat korang yang ada adik or pangkat adik pada aku , janganlah ikut buat benda tak baik yang macam dah jadi trend sekarang ni . Tahu ? Jagalah maruah keluarga . Jagalah nama baik keluarga . Jangan terlalu ikutkan sangat emosi yang sebenarnya dari hasutan syaitan itu . Belajarlah untuk lebih bersikap matang dalam apa jua tindakan seiring dengan identiti bangsa kita itu sendiri . ( senyum )

November 28, 2010

Where I Have Been ...



Kat kawasan nak melontar .

Salam readers !

Aaaaa mesti korang pelikkan apehal lah aku ni dua tiga hari lepas tak update blog aku kannnnn ? Hihihi . Aku bukan pegi mana pun tapi aku busy lah kawan-kawan . Busy entertain mak abah aku sepanjang dorang bermalam kat rumah aku ni haaaaa . 3 hari 2 malam tu dorang stay kat rumah aku . 

Bila dorang dah datang , aku lah akan jadi orang paling busy sekali dalam rumah sebab aku kena masak & nak bawak mak abah jalan-jalan lagi . So , aku memang takde masa nak update blog . Aku just sempat bukak Facebook pun kejap je . Itupun cepat-cepat buka hanya semata nak kutip duit sewa rumah kat Millionaire City . ( aku dah addict dah dengan game ni macam aku addict dengan game FV . Senyum . )

Jom baca apa aku buat sepanjang mak abah dekat rumah aku . Paling sadis sebab eksaited sangat dorang datang rumah , aku jadi lupa nak snap pics sepanjang aktiviti dilakukan . Gila sadisssssssss tak kawan-kawan ? Hukhukhuk . Aku pun tak tau kenapa aku boleh jadi terlupa . Padahal camera aku sentiasa je ada dalam handbeg aku . Haih . =______=

  • Khamis
On this day , kami dah planned nak gerak pegi ambil mak abah kat Makkah Al-Mukarramah dalam pukul 8 pagi . Tapi sudahnyaaaa ??? Kami terbongkang . Dekat pukul 9 pagi baru bangun . ni lah akibatnya kalau tidur lepas waktu syuruk . Mesti jadi macam mengantuk gila nak bangun lepas tu . 0_o

Bangun pukul 9 pagi terus kelam kabut mandi , gosok gigi tapi aku sempat lagi buka Facebook and kutip duit kat Millionaire City . ( Kan aku dah kata tadi aku dah addict game ni . Percaya tak sekarang ? Sengih-sengih kat korang . )

Last-last gerak dari rumah dalam pukul 10.30 pagi . Ehem . Ehem . Masa ni muka aku dah muncung macam bontot itik sebab bergaduh dengan laki aku . Biaselah . Di pagi hari kan memang suka carik pasal . Lagi-lagi kalau dah kelam kabut macam tu . Hihihihi . ( Jelir lidah )

Sampai Makkah Al-Mukarramah , orang tengah sibuk berjemaah menunaikan solat Zuhur . Itupun kami terpaksa parking kereta dekat dengan terowong nak ke Al-Ghazza sebab masa tu jalan kena blocked . Bila dah jalan jauh and dah lepas kawasan yang polis blocked jalan tu ... sekali jeeee ... jalan tu polis dah bukak balik . Hampeh betul . Nak patah balik memang malas gila lah . Terus kami naik teksi ke hotel mak abah stay . =____=

Naik teksi pulak diduga lagi bila teksi tu konon jalan pusing sana pusing sini tapi driver teksi tu saje je nak jalan pusing jauh kunun macam hotel tu jauh gila dari tempat kami naik tadi . Padahal sebenarnya dekat je . Kat belakang MasjidilHaram tu je kot . Kau sengaja nak mengaburi mata kepala lutut kami kan driver teksi ? Takpe . Takpe . Lepas tu charge dekat 20 riyal . 0_o

Masuk hotel , terus mak abah bawak naik bilik . Aku datang hotel ni and tengok jemaah Hajj reramai dah macam aku tengok suasana dekat asrama pulak . Hahahaha . For me , service makan semua ok . Berbaloi dengan harga yang dibayar . Bilik pun ok . Selesa . Cuma tv je lah jangan harap nak dapat siaran yang diinginkan . Heh heh heh .

Lepas mak abah dah kemas bilik semua , terus kami gerak balik . Tapi ... perghhhhhhhhh ... orang Tabung Haji memang sangat banyak cekadak kau ! Nak bawak balik pun payah hanya kerana takut kena tahan . Nasiblah yang menguruskan itu orang tua . Kita yang muda kan harus menghormati orang muda . Ikutkan rasa hati nak je aku cakap dengan nada marah dan bengang . Haih . =_____=

Aku pahamlah dorang takut sebab jemaah Hajj semua takde passport tapi kan dah habis urusan Hajj . Ikutkan sebenarnya , kad Hajj tu lagi penting dari passport . As long as ada kad Hajj , ok dah . Ni sibuk nak bagi alasan takde pasport pulak .  Sepatutnya bagilah jemaah Hajj ni bebas dengan aktiviti memasing . Bukannya aku bawak mak abah pegi tempat mengarut kot ? Bawak balik rumah je pun . Ada je sorang pakcik tu cakap :

Pakcik : " Eyh , mana boleh bawak balik . Nanti kena tahan polis . "

Ikut hati nak je aku cakap :

" Pakcik dah lupa ke ? Ini Saudi . Bukan Malaysia yang polis ada suka suki nak tahan orang or tembak orang . Polis sini kalau dorang nampak dalam kereta ada orang perempuan , memang dorang takkan tahanlah pakcik sebab itu memang budaya kat sini . Dorang menghormati privacy orang perempuan . "

Itu kalau bolehlah ! Tapi aku tak cakap pun . Malas nak bising-bising . Diam je sudah ! Kata orang tua kan . 

Bukan nak sombong bodoh ke apa . Tapi ... aku tahu lah polis sini macam mana . Dorang memang bukan suka kacau public . Aku dah duduk sini lebih dari 6 bulan , aku boleh nampaklah polis sini memang takkan tahan kereta yang ada perempuan . Dari jauh dorang akan angkat tangan and bagi isyarat suruh jalan je terus without kena bukak tingkap nak tengok muka or else . 0_o

Reason lain sebab memang musim Hajj dah habis . So , polis memang takde kejalah nak buat road block bagai ke apa . Adoi lahhhh ~

Ok . Sambung balik cerita tadi .

Kami sampai Jeddah dekat pukul 4 petang camtu lah . Aku lapar gila masa tu sebab pagi memang tak breakfast langsung ! Perut aku dah kruk krak mintak isi . Last last , aku suruh laki aku pegi Redan Restaurant . Ape lagi kan kalau tak beli the best mandy rice in townnnnnnnnnn ! Heh heh heh . Selalunya beli Mutton Mandy but this time memandangkan ada mak abah , so aku suruh lakiku beli Mutton & Chicken Mandy .

Balik rumah , terus aku macam orang kebulur . Mak abah pun makan juga . Ermmm abah makan beriya sikit lah . Mak cakap abah datang rumah aku baru ada selera sikit nak makan sejak dia jatuh sakit haritu . Kalau tak dia makan sikit sangat . Dua tiga sudu je . ( Sedih bila dengar mak cakap camtu . )

Malam tu , kami bawak mak abah pegi Al-Balad . Kebetulan pulak , abaya-abaya baruku dah siappppp ! ( Amallll , jangan jelessssssss ! ) . Sampai Al-Balad , abah jadi macam sakit balik . Mungkin kat situ memang penuh dengan orang . Lepas dah ambil abaya , kami cepat-cepat pegi stall yang biasa kami beli jubah tu sebab abah nak cari seluar putih untuk pakai dengan top jubah .

Sementara laki aku teman abah pilih seluar segala , aku pulak teman mak pilih jubah cantik-cantik kat stall berdepannya . Mak beli jubah hitam corak dengan color hijau . Murahhhhhhhhhhh ! Kenapa aku kata murah ? Sebab mak cakap , dekat Makkah , jubah yang dia tengok sama harga 70 riyal . Tapi kat Jeddah cuma separuh harga dari Makkah . Murah kannnnnnnnnnnn ? ( senyum )

Lepas dah settle semua , terus balik tapi bukan balik rumah , kami bawak mak abah makan kat TGI Friday pulak . Yelah , kat sini lah baru boleh bawak makan tempat macam tu sebab kalau nak bawak kat Malaysia , memang mintak ampun bebanyak lah sebab kami dah tau yang TGI Malaysia memang tak halal dah ! ( Menyampah tengok orang ambil ringan perkara ni . Dah keluar paper kata tak halal pun , still ramai lagi yang mengaku Islam seronok bersuka ria menikmati makanan kat situ . )

Balik rumah , semua dah kenyang and tidur . Tapi aku ? Sebelum tidur , sempat lagi mengadap Millionaire City . Muahahahahaha . ;p


  • Jumaat
Pagi Jumaat tu , aku dah sibuk angkut mak pegi Hyper Panda . Bawak mak tengok tempat yang selalu kami pegi and membeli belah senang hati beli barang dapur untuk rumah . Sampai Panda , bila mak nampak bendi terus mak cakap :


" Ohhh memang kecik eyh bendi ni ? Patutlah hari tu makan mak tengok bendi semua kecik-kecik . Ingatkan nak budget duit letak sayur bendi macam saiz normal . " 0_o

Huhuhu . Mak oh mak ! Sini janganlah harap nak jumpa bendi yang saiz normal macam kat Malaysia . Kekekekeke .

Disebabkan dah membeli barang dapur dengan mak , aku mintak pendapat mak nak masak ape untuk tengahari tu . Pikir punya pikir , mak suruh aku masak lauk asam pedassssssssssssss ! ( Lama gila tak masak lauk asam pedas since daun kesom pun takde . )

Balik rumah , terus aku busy di dapur . Mak pulak tolong aku potong sayur dengan bawang . Aku busy bersihkan ikan kat sinki . Alhamdulillah , buat kali kedua , mak bagitahu lagi :

" Abah makan banyak . Kalau tak , susah mak nak tengok abah makan . "

Aku dah senyum . Senyum sengih semacam . Sekali je mak aku cakap :

" Tapi ilah masak sedap . Boleh tahan . Mana belajar ? "

Hahahahaha . Terus aku kembang kuncup sekejap . Jawapan aku kat mak .

" Alaaaa mak . Dah kata hari-hari masak , jadi pandailah . "

Eyh , korang janganlah nak kata aku ni perasan . Kahkahkah . Orang dah puji kan , aku terima je lah .

Lepas makan , sesi berehat . Mak dah terbongkang awal dulu atas katil dalam bilik . Diikuti pulak dengan abah dan lakiku di hall depan . Aku ? Aaaaaaaaa ... aku mana tidur petang beb ! Aku tak suka sebab kalau aku tidur petang ... mesti malam aku jadi burung hantu ! So sepanjang petang tu , aku dok mengadap laptop sampai lah solat Asar .

Malam tu pulak , kami planned nak bawak mak abah jenjalan pusing Corniche , bawak pegi shopping mall Red Sea and makan malam kat luar . Yelah , kata aku masak sedap kan . Lauk tengahari yang aku masak tu , dah habisssssssssssss ! ( Sengih-sengih )

Sekali je , abah pulak tak larat . So , kami keluar bertiga je lah . Sebelum keluar tu , laki aku pegi belikan abah roti naan dengan ayam tandoori dekat Shezan . Sebab abah dah teringin . Habis tuuuuu dua keping abah makan soranggggggggggg ! Hiks . ( Ada hikmah bawak balik rumah . Senyum . )

Disebabkan kami bertiga je , aku suruh laki aku bawak mak jenjalan kat CentrePoint . Niat yang sebenarnya nak datang sini sebab nak belikan abah sweater . Sebab mak cakap abah tak bawak sweater . Aku ingat tertinggal kat Malaysia tapi rupanya tertinggal kat hotel Makkah . =____=

Teruslah aku bawak mak pegi tempat periuk . Heh heh heh . Aku berjaya menghasut mak membeli periuk brand Prestige yang sangatttttttttttttttt mahal di Malaysia tapi sangatttttttttttttt murah di Saudi . Hohohohoho . Bukan separuh harga beb ! Aku rasa 70% kot harga kat Malaysia . Mak pulak jadi rambang mata sebab ada dua set yang dia berkenan tapi aku bagi cadangan kat mak suruh ambil set yang dapat periuk besar 3 biji . Lagi cantik dari yang lagi satu set tu . 0_o

Lepas dah settle kat tempat periuk , terus ajak mak pegi tempat baju . On the way nak menghala ke tempat baju tu , mak sempatlah cekau purse baru , selipar baru untuk dia . Kemudian bila pegi tempat baju pulak , beli tshirt comel lagi untuk abang dengan abah aku . ( Sejak aku kahwin , abang aku lah paling untung . Ganti tempat aku . Sekarang mak lambak belikan barang bebanyak untuk dia . )

Lepas habis shopping , kami terus bawak mak pegi dinner . We decided to have Turkish Cuisine dekat Fairooz Restaurant . ( Lama tu kami dah tak pegi since dah jumpa banyak tempat makan lain yang best ! Heh heh heh . ) Alhamdullillah . Mak enjoy makan kat situ . Siap mengadap makan roti arab kau ! Leka makan roti sampai lupa nak cuit makanan kat pinggan lain . Hahahaha .

Kat restoran ni jugak lah kebetulan kami terjumpa rakyat Malaysia . Orang konsulat Malaysia . Pakcik ni dah 50 tahun tinggal kat Makkah ! Lama gilaaaaaaaaaaaa okeiiiiiiiiiii ! Dia datang bawak family dia yang datang buat Hajj makan kat Fairooz Restaurant ni . Family dia yang buat Hajj ni pun cakap , orang Tabung Haji banyak cekadak ! Kahkahkah . Tapi pakcik dia ni selamba je bawak keluar dorang dari hotel and tidur rumah dia . ( Tak kuasa kau nak layan orang banyak cekadak . Cerewet tak kena masa dan tempat ! )

Balik rumah , abah still belum tidur . Melayan MokMok . Oh , jangan taktahu . Masa mak abah sampai , MokMok buat muka pelik . Pelik tengok orang asing . Tapi tak lama pun . Terus friendly . Tak malu siap mintak makanan kat mak abah . Haih . =____=


  • Sabtu
Laki aku keja tapi disebabkan nak hantar mak abah balik Makkah , laki aku ambil cuti separuh hari . Kami hantar mak abah petangnya . Selepas selesai solat Zuhur . Tengahari tu , aku masak lagi . Atas permintaan abah , abah nak sup daging , so aku masak lah sup daging .


Mak senyum je tengok abah berselera gila makan . Banyak okeiii . Sebelum balik , aku bekalkan abah sup daging untuk makan malam nanti . Lauk sup daging aku habissssssssssssss okeiiii . Abah pun cakap aku masak sedappppp ! Eyh , aku bukan puji diri sendiri . Tapi kalau bab orang puji apa aku masak , aku memang berterima kasih kat laki aku lah . Dia lah banyak ajar aku pasal masak memasak ni . Lagipun , kami selalu tukar-tukar ilmu . Hah , yang dah kahwin tapi still tak pandai masak lagi tu , belajarlah untuk masak yek ! ( senyum )

Lepas dah siap makan , solat , baru kami gerak ke Makkah Al-Mukarramah .



Gambar sebelum gerak ke Makkah .
( Amal , kau nampak tak abaya baru ku itu ? Kekekeke . ;p )

Kami sampai Makkah around pukul 3.30 petang . Jalan yang sama kena blocked lagi . Lamaaaaaa pulak tu ! Disebabkan kami decided nak jugak hantar mak abah sampai depan hotel without naik teksi , kami tunggu je lah jalan tu bukak balik . 

Bila jalan dah bukak ... jeng ... jeng ... jeng ... aku muka masam mencuka bila ... hihihi ... biasalah , laki bini berebut tak sependapat jalan nak ke hotel . Pakai GPS pulak , GPS berfunction tapi simpang pulak takde as in GPS due to Makkah sekarang memang tengah construction and banyak jalan tutup .

Nasib lah pusing-pusing balik , terus jumpa jalan nak ke hotel . Hihihi . Alaaaaa ... gaduh camtu biasalah kan ! Kekekekekeke . Naik je bilik terus mak aku cakap and tanya :

" Selalu ke gaduh berebut nak tunjuk jalan siapa yang betul ? "

Aku gelak gila bila mak cakap camtu . For me benda tu takdelah serius sangat pun . Sekejap je gaduh . Nanti baiklah . Hihihihi .

Aku dengan laki aku gerak balik Jeddah semula lepas selesai solat Maghrib . Itupun kami sempat lagi tumpang minum petang and dinner kat hotel . Time minum petang tu , laki aku beli tasbih dari kayu kokka dengan sorang pakcik yang jual kat bahagian lobi hotel . Time dinner lak , mak ambil kan aku nasi semua bawak naik bilik and share dengan lakiku . 

Yang tak tahu pasal kayu kokka , bolehlah search internet and cari pasal kayu kokka . Kayu ni bukan sebarang kayu okeiiii . Banyak manfaat dan kebaikan dari segi perubatan Islam . Kalau nak tahu , kayu kokka ni lah kayu yang digunakan untuk buat bahtera Nabi Nuh a.s . Selain dari tu , kayu kokka ni sesuai untuk letak kat rumah dari sebarang gangguan syaitan dan juga jin . Sigh .

Kami berdua sampai Jeddah dekat pukul 10 malam jugaklah . Just hope , by next week , kami boleh buat Umrah bersama mak abah . Lagipun kesian kat abah . At least , kalau kami ada , aku dengan laki aku boleh tukar-tukar tolak abah naik kerusi roda . Tak payah susah nak upah orang . Kan ? Kan ? InshaAllah and jugak , aku harap , planned kami nak joined mak abah kat Madinah Al-Munawarrah jadi ! Cuma kena tunggu dorang sampai Madinah dulu . Dengar cerita , rombongan dorang akan stay kat 5 star hotel which is Movenpick Hotel . Memang dekat sangatttttt nak ke Masjid Nabawi . Once dorang confirm check in Movenpick , baru kami booked hotel yang sama and vroooooooooooooommmmm ke Madinah by early second week of December . Suka ! Suka ! Suka !

May everything going well again . InshaAllah .

Nota sampingan :

Ehem . Ehem . Sesiapa kat Malaysia yang teringin nak pakai Blackberry , boleh kunjung ke sini yek . Celcom tengah buat promotion hebat . ;)

Semoga ....



Mengucap panjang aku bila tengok pic ni .

Marah tak korang bila tengok pic macam tu ? Aku ? Serius tahap gaban aku memang mengucap panjang ! Kenapa orang Kristian ni tak sudah nak mempersendakan segala apa yang suci pada umat Islam kat dunia ni ? Aku tak paham betul lah .

Dah takde pic lain ke dia nak photoshop ? Janganlah tempat suci macam ni pun diperkotak-katikkan ! Aku memang gila tak paham betul dengan dorang ni . Dengki semacam dengan umat Islam sekarang ni . Padahal aku rasa , kita ni takdelah nak buat kerja macam ni dekat dorang . Kenapa ? Kenapa ?

Entah . Bila cerita dekat laki aku perihal gambar ni and tunjuk dekat dia , die pun sama . Mengucap panjang dan menggelengkan kepalanya . Macam dia cakap :

" Orang-orang Kristian sekarang dengki sebab dah tak senang duduk sebab perkembangan umat Islam sekarang makin bertambah dari hari ke hari . Sebab tu jadi begitu . "

Setuju tak ? Aku ? Setuju ! ( senyum )

Kenapa aku cakap setuju ? Nak tahu ?

Aku tak payah nak bagi korang bukti yang susah or cakap benda yang memang susah nak paham . Senang je sebabnya . Korang tengoklah jumlah umat Islam yang pergi menunaikan Hajj tahun ni . Purata jemaah Hajj tahun ni meningkat sejuta orang dari jumlah biasa . Hebatkan ???

Selalunya , kerajaaan Saudi menerima 2 juta orang jemaah menunaikan Hajj tapi tahun ni meningkat lagi sejuta ! Boleh nampak tak kat situ menandakan umat Islam semakin ramai . Alhamdulillah . ( senyum )

Mungkin agaknya dorang terkejut tengok gambar kat MasjidilHaram ni penuh yang amat dengan jemaah Hajj datang untuk terus beribadah kepadaNYA . Kepada Allah yang Esa . Elehhhhh .. bukan nak kata lah ! Kristian-kristian ni mesti kecut perut tengok umat Islam bersatu padu menunaikan ibadah macam tu kan ? Kan wahai kafir lahanat ! ( marah meluap nih ! )

Kalau kes macam ni , memang buat kita marah tapi sebagai umat Islam dan Islam itu sendiri sangat indah dan lembut agamanya , korang jangan lah ikut amarah dari hasutan syaitan dengan memaki-maki orang yang takde kerja macam tu . Kan tak elok . Kita doa lah semoga perempuan itu diberi hidayah & dibukakan pintu hatinya untuk sedar dan tunduk serta percaya bahawa Islam was great !!! Kan ? Kan ?

Doa kan tau . Bukan maki . Peringatan dari aku ni . ( walaupun sebenarnya dalam hati aku sungguh berapi mengalahkan Gunung Merapi . Bersabarlah Nailah ! Senyum . )

November 24, 2010

Salah atau Tidak , Baik dengan Bekas Kekasih ?



Dah break , jangan gatal nak bercanda tepi pantai camni lak !

Pengakuan ikhlas . Tajuk berkaitan dengan aku sikit . Sikitlah . Tak banyak . Saja nak buat entry macam ni . Manalah tahu boleh bertukar pandangan dengan orang lain pulak kan ?

Aku percaya , kalangan korang mesti ada yang dah pernah putus cinta kan ? Bohonglah kalau kata tak pernah or maybe korang cakap tak pernah sebab korang sukses dengan percintaan korang tu . Tahniah diucapkan ! ( senyum )

Macam aku ni , sebelum aku berkahwin dengan laki kesayangan aku , aku memang sah-sah lah kan , banyak kali dah dok bercinta , break-up , sambung balik , bercinta , break-up sekali lagi , sampailah bercinta , bertunang and finally , kahwin ! Alhamdulillah . ( senyum sengih sampai ke telinga . Lebih dari telinga pun takpe . )

Sebelum kahwin , laki aku memang tahu lah yang bini dia ni memang baik and ramai kawan lelaki . Yuppp ! Aku lebih suka berkawan dengan lelaki dari perempuan . Bukan nak kata aku ni takde kawan perempuan tapi aku agak choosy sikit nak pilih kawan perempuan . I have my own girlfriend that called the bestfriend BUT memang boleh kira sangatlah dengan jari . 

Lagipun , bukan apa . Kekadang bila sesama jenis ni , kang lebih sikit , mulalah nak dengki tak tentu pasal . Tak dengki , mulalah nak kata memacam . Setengah perempuan memang akan ada sifat tidak boleh melihat perempuan lain jauh lebih bagus dari dia . Setuju tak perempuan-perempuan ? Tapi kalau dah baik , memang macam belangkas . Sanggup buat apa saja demi kebahagiaan kawan baik itu . Kan ? ( sengih-sengih )

Aku tak tau lah laki aku ni dulu masa kami baru berkawan , apa perasaan dia bila tengok aku ni baik semacam dengan kawan laki . Baik lelaki ke perempuan ke , ada yang memang tak boleh tengok orang tersayang rapat atau baik dengan kaum berlainan jenis kan ? . Kan ? Kan ?

Kalau aku , aku tak berapa nak kisah sangat sebab prinsip aku , kalau lelaki tu setia , memang dia takkan curang dengan aku . Begitu juga sebaliknya . ( senyum )

Masa tengah bercinta dengan laki aku , aku memang tak berapa baik sangat dengan bekas-bekas aku . Lagipun masa tu memang takde pikir pun nak berbaik semula . Lebih kepada masa tu sebenarnya perasaan tengah marah dan sakit putus cinta tu still ada lagi . ( sengih sambil lambai kat bekas kekasih : Hi ! )

Tapi bila aku kahwin , jadi baik pulak dengan dorang . Tak tahulah cemana boleh baik . Semuanya berlaku tiba-tiba . Tapi baik tak bermakna nak bercinta-cintun balik eyh . Aku dah kahwin , takde maknanya ! Salah ke ek kalau kita baik dengan bekas kekasih ? 

Entahlah . Kekadang pada aku , pendapat aku lah , baik dengan bekas kekasih ni , takde salah pun selagi kita tahu batas memasing dan hormat hak memasing .

Let say , macam aku lah kan . Aku dah kahwin , so takde maknanya lah setiap masa nak dok sms ke dengan bekas kekasih aku . Takpun bekas kekasih aku yang dok sms je . Kan ? Kan ? Takpun , tak payahlah setiap masa nak tanya khabar ke ape ke . Sekali kala , takpelah kot . Tapi kalau setiap hari nak tanya khabar . Itu dah lain macam jadinya .

Macam aku cakap tadi . Nak baik tak salah tapi tolong respect dengan status memasing . Aku respect kau . Kau tolong respect aku . Boleh kan kat situ ? Tak susah kan ?

Aaaaaa tapi kan , nak baik dengan bekas kekasih ni make sure yang bekas kekasih korang tu memang dah takde hati langsung dengan korang . Takpun make sure , yang bekas kekasih korang tu memang takde niat nak menagih cinta korang balik . Kalau dorang memang berniat macam tu , baik lupakan terus nak berbaik ! Kirim salam hyehye byebye . =_____=

Aku masih baik dengan bekas kekasih aku sebab satu , dia memang respect aku dah kahwin . Itu memang alasan kuat kenapa kami tak perlu untuk putuskan hubungan sebagai kawan itu sendiri . Lagi pulak , bekas yang aku baik ni , memang aku dah berkawan lama dengan dia . Sepanjang aku study kat diploma kot . Itu pun , ada time on off on off . Bercinta pun lama . Pada pendapat aku lah , memang kiteorang ni lagi sesuai , lagi better jadi kawan baik dari bercinta . ( Awak , kalau setuju angkat tangan ! Sambil sengih kat awak ni . )

Selain dia , ada lagi sorang . Yang sorang ni memang bekas yang pertama . Bekas cinta pertama . Sedih lagi kah aku ? Ohhhhh , tidak sama sekali ! Aku pun lepas dah ada scene 'bergaduh' thru sms dengan bekas yang pertama ni , terus putus hubungan macam itu je . Tapi takdir Allah , kami berkawan & berbaik semula thru Facebook . Siapa sangkakan ? Aku memang tak pernah terpikir pun boleh jumpa and baik semula dengan dia . 

Tapi bekas pertama ni dah kahwin . Dah ada sorang anak dah pun . Lelaki . Comel gila anak dia ! Sejibik muka dia . Memang copy paste habissss . Happy gila aku tengok dia dah happy camtu . See ? Bila dah bercinta , kemudian berpisah ... tak semestinya kita perlu bermusuh dengan bekas kekasih . Setuju ?

Korang mesti tertanya kan , laki aku tak cemburu ke ? Aaaahhhh , bohonglah kalau aku cakap dia tak cemburu langsung ! Tapi cemburu itu kan tandanya sayang . Tapi bukan cemburu ke arah negative ye kawan-kawan . Ini cemburu yang ke arah positive . Pada aku lah , pandangan aku , laki aku ni lagi cemburu dan tak suka kalau aku baik dengan lelaki yang suka aku tapi tak dapat aku ... dari yang pernah jadi kekasih aku and putus di tengah jalan . ( Setuju ke biebie ? )

Apapun , pokok pangkalnya adalah dari hati . Kalau memang niat kita baik dan ikhlas , inshaAllah ... semua akan berjalan dengan baik . Tapi kalau tak pasti dengan hati sendiri , jangan sesekali mencuba . Atau kelak akan memakan diri dan melukakan orang lain . Kita yang akan menyesal kemudian hari . Lagipun , tak elok nak bermusuh . Sampai bila kan ? ( senyum )

Selalunya Allah akan temukan kita dengan orang yang salah sebelum kita akan berjumpa dengan orang yang betul .

7 Orang yang Lebih Kurang Sama dengan Kita - Percaya atau Tidak ?



Kembar Olsen . Paling femes dan berjaya .

Pernah dengar tak orang cakap ? :

" Dalam dunia ni akan ada 7 orang yang muka lebih kurang sama dengan kita ? "

Pernah dengar tak ? Hah ? Tak pernah ? Oh . Ada mungkin ketinggalan kerana tidak mengikuti perkembangan dunia masa kini . =_____=

Aku dulu memang tak pernah dengar pun statement macam ni . Lepas aku jumpa orang pertama yang lebih kurang macam aku , baru aku dengar . Terus cakap dalam hati : " Ohhhhh , macam tu ke ? "

  1. Cik Alina Binti Mohammad
Dia adalah orang pertama yang aku jumpa muka lebih kurang dengan aku . Cik Alina ni warden hostel masa aku kat sekolah teknik dulu . Orang yang pertama tegur muka sama adalah warden asrama jugak , Cikgu Adam . Memula aku takdelah nak ambil serius sangat . Ingat dia sekadar mahu berlawak tapi kalau dah asyik cakap benda yang sama je , mesti ada betulnya kat situ kan ?

Bila cikgu Adam dah tegur muka kami sama , barulah yang lain pun cakap : " A'ah lah . Muka kau sama dengan Cik Alina . Sejibik . " . Baik satu dorm , apatah lagi satu geng or satu prep . Semua mengatakan perkara yang sama . =_____=

Pada mulanya , aku macam rasa takdelah sama pun . Lain je . Tapi bila tengok banyak kali , hmmm ... ok . Mungkin mereka betul . Pendapat aku , mungkin sama sebab kami berkaca mata . ( skema ) . 

Sejak tu , bila ramai dah tahu gossip yang tak berapa ni , asal nampak aku ke , Cik Alina ke , mesti ada je yang ringan mulut bertanya : " Eyh , kakak mana ? " =_____=

Itu kembar aku yang pertama sekali aku jumpa . Ingatkan habis kat situ je . Kemudian , tak sangka ... aku akan jumpa kembar aku buat kali kedua . Kalau dulu masa aku masih sekolah menengah , yang kedua ni pulak boleh terjumpa masa aku belajar di UiTM Shah Alam .

Agak-agak ini kebetulan atau suratan ? ( Macam lagu pulak . Senyum )

Kembar yang kedua ni aku memang tak akan tahu kalau Puan Khalida ( lecturer aku ) tak tegur aku . Ada satu hari tu , aku ada kelas dengan dia . Entah kenapa , hari tu dia memang kejap kejap tengok aku , kejap kejap tengok aku . Aku dah cuak masa tu . Bukan cuak apa , cuak takut kena tanya soalan . ( sengih-sengih )

Sekali je , agaknya bila hati dia meronta-ronta , terus dia tengok aku dan bertanya :

Puan Khalida : " Awak ada kakak tak ? "
Aku : " Ada . "
Puan Khalida : Dengan muka terkejut . " Belajar kat Singapore eyh ? "
Aku : " Eyh , tak . Kakak saya belajar kat sini jugak lah dulu . Tapi sekarang dah jadi cikgu. "

( Dalam hati ... bila pulak lah kakak aku boleh sambung belajar nun kat negara singa tuh ? )

Puan Khalida : " Oh , yeke ? " . Bunyi macam frust sikit .

Terus dia cakap kat satu kelas :

" Semester depan ada sorang lecturer . Sekarang masih ambil Master kat Uni Singapore . Muka dia sebijik macam awak , Nailah . Ingat kakak awak . Tapi memang samalah . Nanti awak tengok , jumpa sediri . Sama ke tak . "

Aku masa tu dah ... " Laaaa , takkan ada lagi kot muka yang sama dengan aku yang aku akan jumpa ? " . Hmmmmm . Masa Puan Khalida cakap tu , aku rasa , masa tu semester 2 . Bila naik semester 3 tu , memang takde peluang langsung nak jumpa or tengok sendiri lecturer yang dikatakan mirip dengan aku . Tapi , ada jugak kengkawan aku or merangkap senior yang bagitahu perkara sama .

Senior 1 : " Weih , ada lecturer tu sejibik macam kau . Pakai tudung sama . Mata bulat . Perangai pun lebih kurang sengal jugak macam kau ! " =_____=

Aku ? Senyum .

Senior 2 : " Eyh , haritu aku ingat kau , tau tak ? Bila aku panggil , tak toleh ! Sekali je baru aku perasan , bukan kau . Rupanya Puan Farah . "

Oh . Baru aku tahu . Kembar seterusnya yang aku akan jumpa ni bernama Farah . Puan Farah . Tak habis di situ , Nisah pun bagitahu benda yang sama bila dia pun tersalah orang . Dia ingat Puan Farah tu aku masa dia nak pergi kelas .

Makin lama , makin ramai bagitahu benda yang sama . Aku pulak masa tu memang tak puas lah selagi tak tengok orangnya . Sehinggalah ternyata memang kalau dah kata kembar kan , mesti ada jodoh . ( Muntah ! )

Bila masuk semester 4 , setiap student kena buat invidual final thesis untuk grad degree kan ? Haaaa jangan tak tahu , supervisor yang aku dapat masa tu , dialah ! Puan Farrah Norizzah Mohd Yusoff . ( Nama penuh kau ! Kata supervisor . Senyum . ) 

Aku ingat lagi , kali pertama aku jumpa dia , berdepan dia , masa aku nak tunjuk thesis aku . Nak propose tajuk aku buat . Reaksi aku ??? 



Reaksi seperti budak ini .

Speechless kejap . Eyh , kenapa tetiba rasa macam aku tengok diri aku sendiri ? Serius . Cara dia pakai tudung . Mata dia . Dia pakai eyeliner . Lebih kurang memang sama . Kebetulan ? Dah dia tengok aku macam tercegat depan pintu bili dia , terus dia tegur aku :

Puan Farah : " Kenapa ? Terkejut ? Lama saya tunggu awak . Teringin jugak nak tengok kembar saya yang orang ramai dah kecoh ni . "
Aku : " Eyh , yeke ? Haaa tu lah . Ramai pun bagitahu saya jugak . Saya pun dah lama tunggu nak jumpa Puan . Asyik dengar orang cerita je kan ? "

Dua-dua terus gelak . Pertemuan pertama yang membuatkan kami tersenyum sendiri . Sejak tu , jangan kata budak kelas , budak kelas lain pun suka je cakap : " Kakak kau sihat ? " , takpun , " Eyh , tadi aku nampak kakak kau ! " . Lagi sadis , bila budak kelas contohnya taknak buat kelas subjek dia : " Eyh , cakaplah kat kakak kau , tak payah buat kelas ... bla bla bla ... " . ( semester 4 tu dia bukan merangkap supervisor aku je tapi lecturer subjek aku dalam masa yang sama )

So , sekarang ni , kalau termasuk aku dah 3 orang lah manusia yang aku jumpa lebih kurang sama dengan aku . So , ada lagi 4 orang yang aku belum jumpa or takkan jumpa or mungkin juga boleh terjumpa . Siapa tahu kan ? Korang pulak macam mana ? Pernah jumpa tak ?

cerita kecil sampingan :

Laki aku selalu sangat , orang akan tegur and cakap muka dia sangatlah familiar . Selalu sangat lah . Lepas tu , yang tegur tu mesti perempuan . =_____= . Cemburu ? Ohhh tidak ! Paling ketara nak tahu bila ? Masa dalam flight nak balik Malaysia baru-baru ni , ada sorang stewardass perempuan ni . Cantik lah . Sekejap-sekejap lalu tempat kami . Bila lalu je mesti dia tengok laki aku dengan muka berkerut sampailah dia sendiri tegur laki aku :

" Eyh , you look familiar lah ! Pernah kerja dengan any airlines tak ? "

Aku yang terdengar , terkejut bila perempuan tanya yang laki aku pernah keja airlines ke tak ? Kejadah nak kerja airlines ? Haishhhhhh . Laki aku ? Banggalah . Apa lagi ? Bangga sebab berangan muka dia pemessss sangat ! Tak kuasa nak layan . ( jelir lidah )

Kerjasama itu Kami - Budak 5 Awam 3 .



Telefon ... Telefon berbunyi ! Telefon ... Kami datang ! Telefon ... Telefon berbunyi !
Ada haiwan dalam bahaya . Ada haiwan dalam bahaya . 
Ada haiwan dalam dalam bahaya di sana .
Hurmmm ...

Apa yang penting ? Kerjasama !
Apa yang penting ? Kerjasama !

Wonderpets ! Wonderpets ! Kami datang !
Membantu anak haiwan yang dalam kesusahan .
Kami tak besar dan kami tak kuat !
Tapi bila kami bekerjasama ...
Semuanya jadi mudah !

Wonderpets ! Wonderpets ! Yeayyyyyyy !

( Sampai cari kat YouTube sebab rindu nak dengar lagu nih . =____= )

Haaaa ... lagu ni memang sesuai lah untuk kelas aku dulu . Kelas 5 Awam 3 . Heh heh heh . Satu kelas memang work together . Kalau apa-apa aktiviti sekali pun , memang kami bekerjasama . Takde nak gaduh sebab idea tak sama or masam muka sebab taknak ikut idea individu . ( Senyum )

Kiteorang sekelas tak ramai . Less than 30 orang . Kaum lelaki lah paling sikit . Dalam 8 orang . Selebihnya semua perempuan . Kat kelas , macam biasalah . Ada ketua , ade penolong , ade bendahari lah . Rasanya , setiausaha pun ada . Itu belum masuk lagi yang jadi pengawas . Librian pun aku rasa ada .

Jadi student 5 Awam 3 bukan senang . Sebab kena banyak jadi penyabar . Biaselah , ada yang suka dengan kelas kami . Ada yang memang tak suka . Siap jeling-jeling lagi kalau lalu dekat kelas kami ke ape . Tapi ... heh heh heh ... itu semua tak mendatangkan apa-apa pada kami . We are still together . Kan kawan-kawan ?

Aku ingat lagi , nama kelas 5 Awam 3 memula naik sebab Ketua Pengawas dengan Penolong Ketua Pengawas adalah budak kelas kami . Azrul & Sha . Dah nama ketua kan , so ramai lah menyampah ! Kunun kata Azrul ni skema sangat lah , poyo sangat lah , itu lah , ini lah . Sha pulak orang kata macam singa betina . Aku memang selalu elak dari budak dua ekor ni disebabkan aku memang jenis yang ... hihihi ... kata tak selalu nak ikut peraturan kan ? ( sengih-sengih )

Lepas sebab kelas kami ada KP & PKP , kelas kami naik lagi sebab kelas 5 Awam 3 selalu menang kelas paling bersih , cantik , ceria di antara kelas-kelas lain . Dari form 4 sampailah form 5 . Kelas kami memang terbaiklah ! Setiap kali perhimpunan , kalau nak umumkan pemenang , kira dah tahu lah kelas mana yang akan menang . Tak payah rasa berdebar-debar dah . ( senyum )

Tapi nak dapat anugerah tu , bukan senang . Kat situlah kerjasama kami sekelas . Siap buat meeting lagi lepas waktu sekolah . Bahagikan tugas . Si ketua , Yunus yang bagi tugas . Setiap sorang memang ada tugas memasing .

Paling penting , bab ceriakan kelas tu . Aku , Allen , Epa memang eksaited lah kalau bab nak hias kelas ni . Mulalah memacam idea yang ada . Lepas dah ada idea , barulah start hias kelas sikit-sikit . Bagus sebenarnya hias kelas ni . Boleh buat kami jadi semangat nak datang kelas setiap hari sebab kelas memang sangat ceria dan buat kami semua ada mood bila masuk kelas . ( sengih-sengih )

Itu bab ceriakan kelas . Kalau bab kebersihan pulak , duty rooster tu kira wajiblah ada . Cuma kalau macam tingkap kelas tu kan , setiap sorang siap ada tingkap memasing yang wajib dibersihkan setiap hari okeiiii ! Jadinya , iniasitif memasing lah nak bersihkan macam mana . Setiap orang , KP ke PKP ke , Ketua ke , Penolong ke , tetap ada tingkap memasing . Tak terkecuali . ( sengih-sengih lagi )

Lepas tu , setiap hari , orang yang berbeza akan buang sampah lah , sapu kelas lah , bersihkan habuk kat board lah , bersihkan meja cikgu kat depan tu lah . Memacam tugas ada . Hari-hari macam tu lah . Semua enjoy buat semua tu . Takde stress pun sebab kata BEKERJASAMA kan ? ( senyum )

Tapi nak tahu, paling sedih kan , ada satu hari tu kan . Selalunya , Amal paling awal datang kelas . Sekali je kan , bila dia sampai , habis semua kelas bersepah . Dinding yang kami dah hias , semua dah rosak . Rosak habis . Dengki betul siapa yang buat kelas kita tu kan kawan-kawan ? Nasib baiklah kami BEKERJASAMA . Hias balik kelas . Ala , biasalah . Manusia kan memang suka dengki sesama manusia . Mana boleh tengok manusia lebih sikit kan ? ( perli )

Bila Hari Guru pulak , kami kumpul duit . Kutip duit dari setiap orang . Nak tahu kami beli hadiah apa untuk setiap cikgu yang ajar kami ? Kami belikan dorang karpet kau ! Karpet untuk setiap cikgu yang  ajar . Best gila masa tu , lagi best bila bagi karpet tengok cikgu semua happy sebab suka dengan hadiah yang kami bagi tu . Cuma cikgu Woo je lah dapat hadiah special sikit . Kami bagi handbag ! Masa tu takde rasa pun : " Eyh , mahal lah nak bayar nak beli hadiah semata . " . Kami bayar je and tak pikir panjang . Memasing memang tak banyak songeh . Best betul kan dapat budak kelas macam ni ? ( senyum )

Then , disebabkan ustaz Hairul Anuar tu menjadi ustaz kegemaran dan kesayangan , kami sekelas siap buat surprise besday celebration lagi untuk dia . Ingat lagi muka ustaz comel yang terkejut tu bila tiba-tiba datang kelas and terkejut tengok kelas dah hias cantik and kat pintu dah letak riben untuk bagi dia potong sebelum masuk kelas . Tak terucap ustaz tu . Dengar cerita , junior kami yang budak Awam 3 , still buat benda yang sama . Alhamdulillah . ( senyum lagi )

Tapi tu lah . Lepas kelas 6 Anggerik yang aku sayang , kelas 5 Awam 3 pulak aku sayang . Rindu dengan mereka . Rindu dengan riuh rendah suasana kelas . Rindu nak ambil gambar sesama . Rindu nak berebut bersihkan tingkap sesama . Rindu nak berebut beratur paling depan bila waktu rehat hanya kerana sebab nak masuk kelas cepat . Hahahahaha .

Sekarang , kalau dapat jumpa pun , jumpa bila ada majlis kahwin di kalangan kami je lah . Itupun tak dapat semua untuk kumpul sebab memasing pun ada kerjaya . Kekadang , ada yang tak kena masa . Sekarang berhubung pun melalu group AwamTiga kat Facebook je . Nasib lah zaman dah canggih sekarang . Takdelah nak rindu sangat-sangat . ( ketawa )

So , aku nak pesan kat korang budak Awam 3 . Jangan kita semua ada lost contact lagi tau . Kesian kat ketua kita dah bersusah payah reunion satu kelas . Kang satu keja pulak dia kena buat lagi . Kang , Nailah juga ditugaskan cari korang balik . Hihihihi . Do keep in touch guys . I love all of you . Muah !

Beza Dulu & Sekarang .



Gambar terbaru MokMok .


Now , he is growing up !
Becoming 8 month this December .
Nakal ? Oh tidakkkkkkkk ! Baik .
Semakin jinak dari hari ke hari . ( senyum )




Dulu , sehari hanya makan segenggam biskut tangan aku .
Sekarang ? Sehari sampai 2 genggam biskut tangan aku .
( Bagus MokMok ! Makanlah banyak-banyak . Mummy suka . Senyum . )

Dulu , punyalah susah nak letak ubat mata kat dia .
Sekarang ? Kira oklah . Duduk diam and menadah mata .
But still , tangan laki aku calar balar . Kehkehkeh .
For me much better sekarang dari dulu . 
( Good MokMok ! Nanti papa upah beli ayam Al-Baik or KFC . Ok ? )

Dulu , kalau malam selalu tidur kat karpet depan .
If tak kat karpet depan , menumpang sudut hujung katil .
Sekarang ? Macam dah over pulak .
Suka tetibe muncul kat tepi atau kat atas kepala katil .
Dah lah sama color dengan katil . Haih . =____=

Dulu , kalau mengecek makanan pandai mengiau mintak makanan .
Tapi sekarang , tak bunyi lagi dah mengiau-ngiau .
Cuma duduk mengadap orang makan sambil buat muka sedih & kesian .
Supaya orang simpati dan memberi makanan .
( Pandai kau kucing ! Hampeh betul ! =____= )

Dulu , ya ampun .. sangat kuat tidur !
Kalau laki aku pegi keja , tidur sampai laki aku balik .
Bangun tengahari tu pun sebab nak ngecek orang makan .
Lepas makan , laki aku dah pegi office balik .
Dia pun sambung tidur balik sampailah malam !
Kekadang laki aku dah balik keja pun dia masih terbongkang .
( Bahagianya kau kucing ! )
Sekarang ? Sangat bagus . 
Tidak tidur sepanjang masa .
Lagi-lagi kalau burung merpati banyak kat tingkap rumah .
Sanggup korbankan masa tidur semata nak tengok burung kat tingkap rumah .
Lepas tu tak tidur , pukul 10 malam mata dah sepet semacam kalah mata laki aku !
Haih . =______=

Dulu , first time pegi vet , berat 3.10 kg .
Sekarang ? Laki aku cakap macam dah berat je sikit .
Aku pun rasa benda yang sama . ( Senyum )
Harap-harap berat dia bertambah dari hari ke hari .
Biar gemuk macam Garfield pun takpe . Aku rela .
Nanti ada rezeki , nak sunat dia .
Biar lagi membesar dan bulat kalahkan Blackiey ! 
( Tiba-tiba ambil sengih-sengih kat Ina . )



Gambar di atas : Kami mungkin tak kan beli karpet IKEA berbulu putih itu sebab kami dah ada karpet IKEA seperti itu . Lihat ??? Lagi seronok sebab karpet IKEA tersendiri kami ini boleh mengiau dan makan dan juga tidur berbanding karpet IKEA orginal yang tidak bernyawa itu . ( Sengih . )

Spread the LOVE to Our Prophet Muhammad SAW .




First of all , this entry is all about a CAMPAIGN !

A campaign where i against off to such stupid-dom-dom DUTCH PEOPLE .
I am not trying to be harsh or even rude here .
But they are over rude than me ever !

How come they could film a movie called FITNA ? They has released it .
This movie is all about our Prophet Muhammad SAW .
Where make it fun to our beloved Prophet Muhammad SAW .

They film maker refused to apologize to all  over the world .
Please , if you think that you are Muslim & Islam is your way ...
Please join hand to boycott any dutch ( Holland / Netherlands ) product !
More than 1.6 billion Muslims also could SLAP & can surely SLAP dutch economy .

Please , forward this and spread the love to our Prophet Muhammad SAW .
It is your holy duty also as a Muslims !
Just remember guys , one fine day Allah will ask you :

" What did you do when they made fun of my Messenger Muhammad SAW ? "

Spread the love ! Forward the message ! We have to protect our Prophet !

Semoga Allah SWT membalas di atas setiap kejahatan yang dilakukan . Doaku semoga Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk buat mereka ini . Zaman sekarang Allah SWT bayar cash ! Just wait and see .

November 23, 2010

Kenangan SPM .


Rindunya nak bulatkan ABCD . Tee hee . ;))

Aku ambil SPM tahun 2002 . Masa tu aku kat Sekolah Teknik Perdagangan Johor Bahru . ( Serius banyak kenangan best masa sekolah teknik ni ! ) . Masa ni aku rasa 10 subjek kot paper kena ambil masa SPM : Bahasa Melayu , Matematik Moden , Matematik Tambahan , Agama Islam , Lukisan Kejuruteraan , Pengajian Kejuruteraan Awam , Kimia , Fizik , Sejarah , Bahasa Inggeris .

Time SPM , aku dah keluar dari duk hostel . Sebab ? Hehehehehe . ( Sengih-sengih dulu .) . Aku kan nakal , sebelum rekod aku tercemar , aku dinasihatkan duduk luar . So , aku keluar je lah . Tapi aku takdelah berulang dari rumah aku nun kat Pasir Gudang tu . Aku duduk menumpang kat rumah teman baik aku , Haleefa aka Epa .

Epa ni kecil je orangnya . Kurusssssssss ! Kedinggggggggg ! ( Epa , sila gemukkan badan kamu ! Hihihi.) Aku bagi reason nak menumpang rumah Epa sebab kunun nak concentrate study lah . Kununnya lah ! Kebetulan Epa setuju . Jadinya , sepanjang SPM tu lah aku jadi 'anak baru' kepada mak Epa . Hihihi .

Time SPM ni , nak kata study hard sangat tu , tak . Aku memang bukan jenis yang kuat study . Aku bukan macam setengah orang tu , time exam , sanggup tak tidur . Kalau aku , masa tidur memang untuk tidur . Tapi aku kalau time exam suka bangun time Subuh tu haaaaa , baru syiok sikit nak study . Nak menghafal pun jadi senang sebab lepas Subuhkan ? ;)

Masa kat rumah Epa ni , memang study seriuslah sebab Epa ni memang tekun sikit orangnya . Kalau aku macam dah start buat pe'el main-main aku , mulalah suara kecik dia keluar :

Epa : " Neklahhhhhh , jangan main-main . Belajar . "
Aku : " Iya . " ( Padahal dalam hati ... kekekeke )

Tapi aku memang berterima kasihlah kat Epa sebab dia banyak tolong aku sepanjang SPM tu . At least , aku adalah inisiatif nak belajar secara serius dari banyak main . Kalau aku duk hostel , entah aku belajar ke tak kan ? Huhuhuhu . Maklumlah , masa tu pikir nak enjoy je memanjang . Pemikiran pun tak berapa nak matang . Yang tau masa tu , hati membuak-buak nak cepat habis sekolah ! ( Berangan kau kunun macam dah habis belajar , padahal ... jangan kata degree , diploma pun belum lagi . =____= )

Disebabkan aku duk luar , menumpang rumah Epa , sepanjang exam tu memang kiteorang keluar rumah awal pagi . Nak sampai sekolah cepat . Pegi sekolah selalunya naik cab . Hihihi . Sampai je sekolah , orang pun belum ramai lagi . Terus pegi kantin sambung study . ( Ya Allah ... baiknya aku . Hahahaha . )

Dalam banyak-banyak subjek yang kena ambil ni , aku paling suka subjek Sejarah ! Aku tak tahu lah kenapa tapi aku memang addicted gila dengan Sejarah . Kalau orang lain dah angkat tangan surrender dengan subjek Sejarah , aku masih setia dengan subjek ni . Aku sendiri tak tau punca dari mana aku boleh minat gila dengan subjek Sejarah ni . Mungkin sebab subjek itu sendiri kot ? Yelah , belajar Sejarah kan memang kita totally belajar pasal sejarah yang berlaku kat negara kita pada zaman dahulu kala . 

Lagi satu , mungkin sebab cikgu Sejarah aku masa tu , cara dia mengajar memang buat aku tertarik dengan subjek ni . yelah , nak mengajar subjek macam ni , as cikgu , kalau kita dah tahu subjek ni macam boring kat student dia , cikgu mestilah kena cari inisiatif cara mengajar untuk buat student suka dengan subjek tu . Kan ? Heh heh heh .

Lagi satu subjek yang aku suka , Lukisan Kejuruteraan . Pun aku suka jugak . Setiap kali , asal hari tu ada subjek ni je , aku jadi eksaited lah . Memang masa tu , rasa macam ... wahhhh ... bestnya jadi arkitek ! Teringin nak design rumah sendiri and buat rumah tu untuk emak aku . Kekekeke . Sudahnya sekarang ? 

Tapi aku tak pernah rasa menyesal pun . Semua yang berlaku ada hikmah kan ? Walaupun , aku tak dapat nak jadi Arkitek dapat kahwin dengan orang yang bekerja Arkitek pun , JADILAH ! Kahkahkah . Nilah ada jodoh namanya . Kuikuikui .

Hmm ... sepanjang form 5 kan , aku rasa semua cikgu-cikgu yang aku dapat , memang best ! Ada yang garang , ada yang sporting habisssss ! Aaaaaa .. jangan tanya aku lagi eyh , cikgu mana aku tak suka . Hukhukhuk . Cukuplah sekali cerita pasal dia . Tak mahu cerita pasal cikgu yang aku anti sangat tu . Hihihihi .

Masa form 5 , aku ingat lagi , cikgu subjek English . Cikgu Cina . Nama cikgu tu , Chin . Aku tak ingat nama penuh apa . Biasalah , nama kaum cina ni panjang sikit . So , agak sukar nak ingat kat situ . Cikgu ni kurus orangnya . Belum kahwin tapi umur dah agak berusia . Hehehe . Even cikgu ni dah nampak tua tapi dressed up dia kekadang macam nak pegi shopping kau ! Tak pun macam nak pegi tengok movie keluar dengan kawan-kawan . Memang menarik perhatian lah . Hari-hari kalau ada subjek English , mesti kiteorang dah berteka-teki apelah cikgu Chin ni pakai haritu . Paling utama yang kiteorang nak tengok : Kasut dia . Kasut yang dia pakai , semua comel belaka buat kekadang rasa nak tanya : " Teacher , where are you buying all those cute shoes ? " . Hihihi .

Selain cikgu English , cikgu yang memang aku suka tengok ... ehem ehem ... ustaz aku . Ustaz Hairul Anuar . Aku sampai sekarang lagi still boleh ingat kecomelan ustaz ni . Pipi tembam , suara pun slow je . Even ustaz , dia pun still sporting . Asyik buat lawan je memanjang . Even belajar agama , dia tahulah macam mana nak tackle student supaya tak rasa boring dengan subjek agama ni . Aku ingat lagi dia buat lawak bila Allen tanya :

Allen : " Ustaz , macam mana orang tu boleh terbakar ? "
Uzstaz : " Sebab terkena minyak petronas ! "

Gila kau ! Selamba je muka dia macam tak bersalah . Padahal satu kelas dah gelak gila dengar dia bagi jawapan camtu kat Allen . Dah la masa tu satu kelas memang dah tengah syiok gila dengar dia bercerita pasal kisah-kisah zaman Nabi dulu . Sekali buat lawak .. terus potong stim . Memang pecah perut lah kalau ustaz ni dah start sengal dia . Hihihi . 

Kalau cikgu garang pulak , cikgu Add Math . Nama Zubaidah kot tapi kiteorang panggil cikgu Bedah . CIkgu ni kecik jugak orangnya tapi badan berisilah tapi takdelah gemuk . Chubby . Aaaa subjek ni bagi aku memang susah . Aku rasa dalam kelas yang pandai Add Math ni , Nizrin , Dayah , Ieja , Epa , Akmal , Azrul , Yunos & Reza . Dieorang tu kira otai lah ! Kalau dalam kelas , cikgu Bedah tu selalu tanya kat bebudak tu lah sebab kalau tanye , mesti dorang dapat jawab . Kalau tanya kat aku , nampaknya , aku sengih-sengih kerang busuk je lah . Kekekeke .

Cerita pasal cikgu Bedah ni , ada sekali tu kan , dia ada bagi homework tau . Suruh kiteorang buat dekat rumah / hostel . Then , esoknya dia nak tengok . Sekali je kan , esoknya tu , ramai lah tak siap . Bila dah tak siap , semua dah tak senang duduk . Bila tiba subjek dia kan , semua dah get ready .

Cikgu Bedah : " Ok . Semua tunjuk latihan yang saya suruh buat tu . Nak tengok . "

Satu kelas senyap je . Then , cikgu Bedah ni macam pahamlah . 

Cikgu Bedah : " Oh ramai tak buat ye ? Yang tak siap , keluar sekarang ! Pegi duduk luar kelas and siapkan sekarang jugak ! Tak kira . Yang dah siap , duduk dalam kelas . Saya mengajar mana yang dah siap je . "

Bila yang tak siap tu semua keluar , cikgu Bedah macam terkejut gila sebab majoriti keluar termasuk yang berjawatan penting dalam kat sekolah ! Hahahahaha . Lawak gila . Cikgu Bedah ni pun macam nak tergelak jek tengok dalam kelas adalah tinggal dalam 5 orang kot ? Kahkahkah .

Tapi kiteorang duduk kat luar tak lama mana pun . Yelah kata sekolah bawah pentadbiran Bonda kan ? Kang kalau Bonda lalu ke , cikgu jugak yang susah nak kena menjawab . Lagipun cikgu Bedah paham and tahu yang kiteorang bukan sengaja tak nak buat tapi sebab soalan tu memang susah . Tee hee . ;)

Lagi satu pasal cikgu Bedah ni , kalau time mengajar , dia suke menyergah dengan suara tinggi kalau ada student yang mengantuk dalam kelas . ( Garau kau suara dia . Sebatu dah boleh dengar tahu ! =____= ) . Bila suara garau dah keluar , yang ngantuk tu boleh terus jadi segar bugar ! ( Aku tergolonglah tu . Dah lah aku duduk depan sekali . Nasib baik aku tak terkena sindrom kekurangan pendengaran . ) Then , dia ni suka tepek student dengan eraser board ! Kekekeke . Kalau dia tanya tapi tak dapat jawab or terhegeh-hegeh nak jawab , siap lah kau putih dekat tudung ke , rambut ke , kepala ke , songkok ke . Hihihihi .

Lagi sorang cikgu garang , cikgu subjek Awam lah . Subjek ni biasanya kiteorang panggil subjek KEJUT stand for Kejuruteraan Awam . Heh heh heh . Pakai tudung labuh . Maaf , nama memang tak ingat . MashaAllah , cikgu ni , aku taktau lah kenapa ! Kerja nak hangin je semacam . Lelagi kalau ada lab kat luar . Biasalah kan kalau lab kat luar , mesti student nak happy sikit tapi dia ni tak , kalau nampak kiteorang gelak-gelak ke , mesti mulalah nak kerja menyound je . Ingat kiteorang memain . Boring betul . =_____=

Itu satu hal . Bila nak hantar report , dia marah bila kiteorang pakai kertas colorful . Lagilah boring . Patutnya , takpelah . Sebab nampak ceria sikit . Takdelah boring color putih semata . Kalau ada group yang hantar report pakai kertas colorful , dia akan bagi balik suruh tukar kertas . Haih . Boring . Boring . =____=

Hmmm ... kalau korang nak tau , subjek yang aku rasa paling tough gila and memang takleh masuk dalam kepala otak aku ni ialah subjek Kimia & Fizik . Cikgu Kimia aku , CIkgu Suriani . Baik cikgu ni . Kuat cubit kalau memain dalam lab . Kekekekeke . Cikgu fizik pulak , cikgu Shima . Cikgu ni garang jugak tapi kekadang suka gak buat lawak . Tapi dua subjek ni , aku enjoy kalau ada kena buat eksperimen je tapi kalau kelas semata , aku jadi boring semacam . Mesti ngantuk . Lepas tu selamba tidur dekat belakang . Kahkahkah .

Aaaaaa ... walaupun subjek banyak gila and cikgu ramai yang kiteorang suka , tapi aku paling sure lah , cikgu yang kiteorang paling sayangggggggg ??? Jatuh kepada cikgu kelas ! Cikgu Woo Wai Meng . Perghhh nama penuh tu aku bagi . Nampak sangat memang feveret . Hihihihi . Cikgu ni comel woooooo ~. Chubby . Pipi tembam ! ( Eleh aku ni , nak cakap orang pipi tembam , macam lah pipi aku ni kurus . Hahahaha . ) . Cikgu Woo ni memang terbaiklah . Sporting gila wa cakap sama lu ! Dah lah caring . Memang bestlah . Lepas mak aku , dialah cikgu kelas yang paling best dari cikgu kelas yang lain . ;) ( Budak 5 Awam 3 , korang setuju kannnnnn ??? )

Sekarang semua dah tinggal kenangan . Kenangan yang memang takkan dilupakan . Dulu time sekolah , sibuk tak sabar nak kerja lah , itulah inilah tapi bila dah 8 tahun tinggalkan dunia persekolahan , rasa rindu gila okeiiii ! Rindu nak pakai baju sekolah , rindu nak suasana dalam kelas , rindu nak pegi beli makanan time rehat , rindu time eksaited PJ ramai-ramai , rindu nak kena denda ... hahahaha . 

Apapun , jasa semua cikgu memang dikenang . Sebab tanpa mereka , takdelah kiteorang semua berjaya . Sekarang memasing dah bekerjaya . Dah kahwin dah pun , dah ada anak lagi ( Aku je belum . Hukhukhuk . ). Ada jugak yang masih single & mengamalkan hubungan solo sebab komitmen dengan kerja . Hihihihi . Korang yang tengah bercinta tu , cepat-cepat kahwin ye rakan-rakan . Syiok woooo kahwin ! Aku hasut ni . Aku hasut ni . Hahahahahaha . Tapi kahwin tu jangan main redah je . Nuntut ilmu dulu ! ;)

Anyway , buat semua yang pernah sekelas dengan aku tak kiralah dari sekolah rendah sampai sekolah menengah , hope korang bahagia sekarang ni . Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kita selamanya . But what ever it is : School Life was AWESOME DUDE !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...