November 22, 2010

Repentance and Forgiveness ( Part 6 ) - UEM , Degree & Getting Married .




InshaAllah . Ini yang terakhir . Bacalah and ambil iktibar macam mana aku boleh mahu berubah yang lebih baik untuk mendapat keredhaan yang kekal dariNya .

  • Dunia Kerja - UEM at Penang Bridge Sdn Bhd
Masa dah habis diploma , aku sesaja je sebenarnya apply program YES under UEM WORLD . Masa tu aku pikir , dapat bagus , tak dapat pun takpe . Tapi ternyata , rezeki aku . Aku dapat kerja tu and kena attached kat Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) . Memang jauh gilaaaaaaaaaa , lagi jauh dari family aku . Dari mak aku . Nasiblah mak aku paham and tahu minat aku .

Kerja kat PBSB , memang best . Kata kerja gomen kan . Banyak main dari kerja . Masa keja PBSB ni , UEM provide rumah . Lagi seronok bila dapat rumah kondo tu ! Siap ada swimming pool kau ! Boleh kata , rumah ni agak mewah lah untuk staff mentah macam aku ni .

Kat sini lah , aku kenal Kak Warda , Kak Aida , Kak Lolo , Kak Wani . Aku kenal Kak Wani dulu sebab dia yang aku jumpa masa aku memula sampai Penang . Kemudian baru yang lain . Tapi Kak Wani kekadang je balik rumah . Sebab dia lagi suka balik rumah dia kat pulau sana . Jadinya , yang tinggal rumah tu , aku berempatlah .

Kerja dengan PBSB ni , aku banyak kena key in detail pasal inspection untuk bridge . So , aku tahulah bridge ni sebenarnya retak banyak mana or ada damage yang nak kena repair . Ini kalau aku bocor rahsia  kat wartawan sebab nak duit , agak-agak kena tangkap tak ? * sengih-sengih tak bersalah . *

Masa kerja kat sini , kalau orang lain sibuk nak kejar masa takut punch card merah , kiteorang rilek je lagi . Siap boleh singgah beli breakfast sebelum sampai office . Hahahahaha . Kekadang selamba je pegi breakfast makan Mcd . Buat office gomen macam kerja kat office sendiri . ( Alaaa dah kata gomen ! )

If tak beli sebelum pergi office , kiteorang ramai-ramai asal pukul 10 je dah keluar pegi makan nasi lemak dekat Sunway . ( Jangan ingat KL je ada Sunway tau . Kat Penang pun ada . ) . Lepas tu balik office dah dekat nak lunch . Kang bila dah nak lunch , dah hilang pegi lunch . Bontot pun belum sempat membara duduk atas kerusi . Hahahahaha . Memang banyak mengelat kerja kat sini .

Lepas tu , balik lunch pun terhegeh-hegeh . Balik office , buat-buat je ada kerja . Padahal , kerja takde lah ada sangat . Tak buat-buat ada kerja , buat-buat study macam ada benda penting nak kena present padahal saja je nak nampak orang tengok kita sibuk . Kahkahkah . Bila dah Asar , itu dah dikira minum petang . Mulalah , aku ke , kak Warda ke kak Aida ke sibuk pegi pantry . Buat air panas . Takpun , kiteorang keluar kunun kata nak belanja pisang goreng ke , karipap besar ke , padahal memang malas duk office pun . Muahahahahaha . ;p

Memula , friendship memang close gila sampailah satu keadaan tu . Terus jadi huru-hara . Sorang ke selatan , seorang ke timur , sorang ke barat . Memang sedih gila time tu . Masing-masing buat salah . Masing-masing buat silap . Tapi disebabkan ego dan takde sifat nak mengalah , balik rumah , rumah pun dah jadi tak meriah macam dulu . Semuanya jadi suram . Rasa macam sampai dah tak tahu nak betulkan macam mana . Tak tahu siapa yang nak kena bertindak dulu . Masing-masing bisu . ;(

Paling kemuncak , bila masa ni lah ... hmmmmm ... aku jumpa jodoh aku . Aku mengaku , pertemuan aku dengan laki aku memang pada keadaan yang salah dan tengah tegang tapi siapa aku yang nak menolak ketentuan dariNya . Kami jumpa dalam keadaan kusut . Aku kusut dengan masalah cinta aku yang takde kesudahan . Laki aku pulak kusut dengan cinta dia yang kecundang di tengah jalan .

Maaf , aku tak boleh ceritakan bagaimana atau macam mana aku boleh kenal laki aku . Terlalu personal disitu . Pada yang tahu , tahulah . Yang tak tahu , aku memang tak akan beritahu . Itu terlalu peribadi . Aku perlu simpan . Aku ada hak untuk tidak menceritakan . Banyak hati yang aku perlu jaga . Lagipun , baik aku , laki aku , atau dia , masing-masing dah melupakan kisah lalu . 

Cuma saat aku dah banyak terluka sebab banyak mulut orang yang buat cerita yang salah , Tuhan dengar akan doaku . Doaku supaya aku jauh dari semua kisah luka itu . Luka kerana cinta aku diperlecehkan , luka kerana cinta lama yang penuh parut datang kembali untuk disembuhkan , juga luka kerana aku dituduh dengan bermacam perkara atas dasar rasa marah seseorang pada aku . Tapi aku paham . Aku bersyukur sebab pada akhirnya hubungan dan persahabatan yang kian rosak itu , dia mencari aku untuk pohon kemaafan atas segala kesilapan yang telah dia lakukan . Pohon kemaafan atas segala keterlanjuran kata , jua salah laku , juga segala-galanya . Dan sebagai manusia , aku memaafkan kerana aku tidak mahu , hubungan persahabatan yang terlalu indah itu hilang disebabkan rasa ego dalam diri . Tidak . Itu bukan aku . Aku sayang dia dan juga rakan lain yang aku kenal sepanjang aku kerja di situ . Mereka semua bagai saudara sendiri . 

Dekat setahun aku kerja PBSB ni sehinggalah aku dapat sambung Degree . Aku memang manusia paling happy masa tu ! Eksaited sangat sebab aku memang dah teruja nak belajar . Aku memang rindu suasana belajar . Lagipun , aku memang dah janji dengan mak aku yang aku nak belajar setinggi yang boleh . Menuntut ilmu itukan satu amal ibadah kita kepadaNya ! ;)

Lagi pulak , kontrak aku dengan program YES dah ditamatkan . So , memang kena pada masanyalah . Aku terus berpindah ke Shah Alam pulak . Bermula perjalanan aku sebagai student sekali lagi . 

( Oh , i really missed the environment at Block C . Best gila ! Bilalah dapat jumpakan ? Neq dah jauh lah ! Hukhukhuk . Rindu , rindu , rindu . Rindu kat semua .) 

  • Degree , UiTM Shah Alam
Bila dah sambung degree , aku dapat kawan baru lagi . Sama ada dari satu course , sekelas , lain course & kawan serumah ! Masa nilah aku kenal Raden , Ochien , Amoi , Kak Su , Iza , Sheefa , Intan .

Masa aku semester 1 - 3 , aku duk serumah dengan Sha , Farah , Fatihah , Raden . Sepatutnya berenam tapi hmmmm ... orang yang kiteorang harapkan rupanya macam tak boleh pakai . Memula kiteorang duk kat Blok 1 , tingkat 6 . Dalam berenam ni , ada sorang ni memang pangkat kakak lah sebab of coz die lagi tua dari kiteorang . Selama duk rumah tu , kakak tu lah yang jaga perihal duit sewa rumah ke , bil api ke , bil air ke . Kiranya , segalanya berkaitan dengan rumah , memang dia yang incharge .

Tapi tulah . Pepatah Melayu ada mengatakan : " Sepandai-pandai tupai melompat , akhirnya gedebuk terlentang jugak ! " . Macam tu lah jadi kat kakak ni . Mungkin jugak , Tuhan nak tunjuk kat kiteorang yang orang yang kiteorang percaya selama ni hanyalah dusta semata . Kakak ni rupa-rupanya , songlap duit sewa rumah . Banyak kau dia dapat ! 

Boleh terkantoi pun sebab ada kengkawan dia datang rumah and bagitahu yang sejak kakak tu lepak rumah dorang , barang-barang kat rumah dorang asyik hilang je . Masa tu kiteorang macam taknak percaya jugak lah . Macam mana lah nak percaya wei ? Kakak ni satu , pakai tudung , then jenis solat . Lepas tu , cakap pun ... alahaiiii .. lembut semacam  je . Muka cantik pun cantik . Kulit muka , takyah cakaplah ! Mulus habisssssss !

Banyak benda sebenarnya kiteorang dah tertipu dengan kakak ni . Rasa memang bangang gila . Sampailah kemuncaknya , bila kiteorang nak mintak no tuan rumah yang kiteorang sewa selama ni . Boleh pulak dia jawab : " Sorry tak bagi sebab tuan rumah ni tak kasi akak passed no dia kat orang lain . ". Aku masa tu memang muka takleh nak cover lagi dah . Asal dia balik je , mesti aku buat muka . Bukan aku je . Satu rumah . Kakak ni pun dah perasaan yang kiteorang memang dah pulaukan dia .

Lepas tu , bila aku nak naik semester 3 , bila Raden , Farah , Fatiha nak masuk rumah , boleh pulak kakak ni bagitahu yang kiteorang kena cari rumah lain sebab tuan rumah nak sewa kat orang lain ! Memang sumpah kena maki ! Or erti lagi kurang biadap , dia halau kiteorang . Masa tu memang huru habisss ! Kiteorang dah kelam-kabut kena cari rumah lain . Nasib baik lah masa tu , Farah dapat rumah sewa lain tapi still tingkat 6 . Nak taknak , kena ambil je lah . Huhuhuhu .

Dahlah kakak tu , langsung taknak jumpa . ( Takutlah tu ! ) . Boleh pulak dia hantar mak dia . Mak dengan anak , sama je ! Dua kali lima . Dah memang terang lagi bersuluh yang anak kau tu tangan panjang , lagi nak menangkan anak kau ! Bangang sungguh . Aku dapatlah jugak dosa sebab rasa amarah aku yang menggila membuatkan aku terpaksa memakin hamun mak kakak itu dan ditambah bila makcik tu pun mula berkasar dengan aku . Heh . Sorrylah Makcik ! Lu main kasar dulu dengan gua . Tapi kesian lah lu Makcik . Ajak jumpa tapi taknak . Nampak sangat lu anak beranak memang samakan ? Suka menegakkan benang yang basah . Isk isk isk .

Bila aku naik semester 4 , aku berpindah lagi . Duduk serumah dengan Kak Su , Amoi , Iza , Ochien , Intan . Lagi pulak , Sha , Raden , Farah & Fatiha da habis belajar . Kali ni , rumah sewa memang paling bawah la . Masa mula pindah and duduk rumah sewa baru ni , aku jadi rasa pelik sebab naik tangga sekejap je , tetiba dah sampai rumah . Rasa macam : " Eyh , kenapa cepat sangat dah sampai ni ? " . Inilah penangannya kalau dah biasa rumah tinggi ! Bila duduk rumah rendah , rasa macam tak puas pulak naik turun tangga . Muahahahahaha . ;p

Semester 4 dikira aku dah final semester . Memang tough lah sebab final ni lah , kerja berlambak . Masa ni memang memasing kusut . Gaduh satu rumah ? Itu biasa . Kejap baik , kejap gaduh . ( Sori kalau ada antara korang yang I dah terkecikkan hati . Mintak ampun ye kawan-kawan . ;) ). Tapi kiteorang memang stay together . Dengan dorang ni , memang kerja pegi makan , takpun tengok wayang . Tapi paling suka bila semua gila bergambar ! Kat mana-mana pun jadik ! Asal boleh posing . Kahkahkah .

Cuma bila dah nak minggu terakhir tu , aku duduk Sungai Buloh pulak . Menumpang rumah biras aku . Biasalah , orang dah kahwin kan ? Eyh , belum habis belajar pun dah kahwin ke ? Heh heh heh . Jom baca macam mana aku boleh nak kahwin masa aku still belajar lagi ...

  • Getting Married 



Ceria budak ni macam cerianya aku dengan kehidupan sekarang . ;)

Aku tak pernah plan nak kahwin awal . Tak pernah termimpi pun . Tak pernah terpikir pun . Tapi tu lah kan . Setiap apa yang berlaku adalah ketentuanNya .

Pertemuan aku dengan laki aku memang bukan dalam keadaan yang tenang . Orang kata , bertemu pada masa yang salah dan keadaan yang salah . Tapi kalau itu takdirNya , siapa kita sebagai manusia mahu merubah kerja dariNya ?

Pertemuan singkat aku dengan laki aku pada mulanya memang takdelah ada rasa cinta langsung . Setakat kawan . Tapi lepas beberapa bulan berkawan dan juga lepas die pernah be soooo gentleman by propose me thru phone even i am rejected him , kiteorang jadi rapat . Aku pun tak tahu kenapa . Mungkin chemistry kot ? Hehehe .

Tapi berkawan dia , buat aku nak jadi manusia yang 'sempurna' balik . Dengan dia , aku jadi mahu berhenti merokok , mahu berhenti dari pakai baju yang macam tak cukup kain , aku mahu menjadi seseorang yang lebih baik . Almaklumlah , aku ni jenis keras kepala . Kalau nasihat pun , kadang masuk telinga kanan keluar telinga kiri . ;)

Kiteorang kawan memang tak lama . Kalau orang lain bercinta bertahun-tahun , aku dengan dia nak kata bercinta sakan tu , tak jugak . Yelah , bercinta pun , memasing jauh . Memula sorang kat Penang , sorang kat Kota Damansara . Bila da advance nak pikir kahwin , sorang kat Shah Alam , sorang kat Dubai . Kira kiteorang ni memang tergolong dalam perhubungan jarak jauh . PJJ ni bukan senang woooo ! Memerlukan kesabaran yang super tinggi ! ( Dia lah paling banyak sabar , aku je sangat kurang . ;p )

Tapi orang kata , kalau memang dah jodoh , takkan ke mana kan ? Lepas tunang dalam 8bulan , kiteorang kahwin . Bila dah kahwin pun , still jauh lagi . Hukhukhuk . Sabar je lah . Nasib baiklah dah praktik sebelum kahwin .

Lepas 6 bulan kahwin , kiteorang diduga . Tapi sebelum tu , memang ramai je dah pesan , orang baru kahwin ni memang akan banyak sangat dugaan . So , kena banyak sabarlah ! Tapi tak sangka pulak , dugaan yang Allah turunkan tu memang aku rasa macam dah terjelepuk gedebuk dalam tanah terus ! 

Tapi Allah itu Adil . Aku tahu , DIA turunkan ujian itu sebab DIA tahu kiteorang mampu mengatasinya . Aku tak tahu lah kalau orang lain . Sebab kalau hati tak kuat , memang susah . Alhamdulillah , aku berkahwin dengan lelaki yang memang super sabar dan sangat positif orangnya . Kuat semangat . Kalau tak , aku tak tau lah cemana nak handle perasaan sedih tu sorang diri .

Ujian yang diturunkan itulah membuatkan aku banyak termenung atas semua kesilapan diri . Terasa masa tu memang baik aku atau laki aku , kiteorang ni dah macam diberi nyawa untuk kali kedua . Dari kejadian kemalangan itulah buat aku terpikir , untuk berubah menjadi yang lebih baik kepadaNya . Sebab dari situlah aku sedar , ajal menjemput tidak kira usia , masa atau tempat sekalipun .

Lagipun , aku taknak mati dengan hidup yang terus penuh kekhilafan . Aku taknak mati tanpa aku sempat memohon keampunan di atas segala dosa yang pernah aku lakukan . Aku taknak mati tanpa aku sempat bertaubat kepadaNya dan aku taknak mati , dengan hati yang kosong tanpa hidayahNya ....

Aku belajar untuk berpakaian lebih sopan dengan perubahan sedikit demi sedikit . Belajar untuk lebih meluangkan masa mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran . Belajar untuk lebih memuji kepadaNya . Belajar untuk meninggalkan apa yang dilarangNya dan menurut perintah akan suruhanNya .

Perkahwinan itu sendiri yang buat aku mahu merubah . Sebab aku sudah rasa puas hidup dengan dunia yang penuh warna warni . Dunia yang tiada hala tuju . Dunia yang hanya tahu erti keseronokan tapi jauh disudut hati , punya jiwa yang kosong . Aku sudah puas merasai segalanya . 

Alhamdulillah . Perjalanan hidup aku semakin tenang bila aku dekat dengan rumahNya . Pertama kali melihat Kaabah dan menunaikan Umrah bersama lelaki yang bernama suami , buat aku bersyukur dengan segala rezeki limpahanNya . Aku tenang di negeri padang pasir ini . Walaupun jauh dari family , aku bahagia di sini . Kehidupan aku lebih baik di sini . Alhamdulillah . Terima kasih Allah .

The End !

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...