Assalamualaikum anakanda,
Walaupun terlewat mungkin, namun Ummi masih mahu nukilkan kisahmi di blog ini. Alhamdulillah, pada hari ke-7, Ummi Ayah telah diberikan kelapangan dan keizinan dari Allah untuk mengakikahkahkan, mencukur rambut serta menamakan kamu.
Aki yang mencukur baby. Along Uwais dan Ayah pun turut bercukur sama. Nama kali ini dipilih oleh Opah Aki bersempena dengan 'panglima perang termuda yang disayangi rasulullah', Usamah bin Zaid.