Memaparkan catatan dengan label Plagiat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Plagiat. Papar semua catatan

Isnin, 16 Januari 2017

8 Cetak rompak dan plagiat novel demi populariti

Sekarang ini ramai orang mahu jadi penulis.
Sekarang ini ramai orang mahu jadi pelukis.
Sekarang ini ramai orang mahu jadi pencipta.
Ya, ramai orang mahu jadi penghasil karya, satu kerana mahu menyampaikan sesuatu kepada orang lain, satu lagi semata-mata kerana mahu popular.

Dengan pelbagai platform di Internet untuk menghasilkan karya seperti Wattpad, ramai orang boleh menulis cerita dan novel sendiri untuk dibaca oleh orang ramai, malah novel yang popular di Internet ini pula berkemungkinan besar dapat disunting oleh syarikat penerbitan lalu diterbitkan buku untuk pasaran mainstream.

Perkembangan ini merupakan satu hal yang sihat kerana ia dapat memupuk kreativiti serta melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru dalam bidang penghasilan karya. Malangnya, ada juga telah menyalahgunakan platform yang ada apabila dengan begitu rajin sekali melakukan cetak rompak dan plagiat hanya semata-mata kerana mahu popular di Internet.



Selasa, 19 Julai 2016

7 Masjid nilai berjuta sedang asnaf di depan mata

Pertama sekali, tulisan aku kali ini tidak ditujukan kepada mana-mana masjid secara khusus. Ini ialah pandangan umum aku sebagai seorang makmum dan manusia.

Sepanjang Ramadhan lepas, aku ziarah lebih 30 keluarga asnaf. Keluarga yang benar-benar hidup dalam kesempitan. Hal ini membuka mata aku untuk menulis dan memberi cadangan. Satu cadangan yang pernah aku utarakan tapi dipandang sepi suatu ketika dulu.

Kali ini, aku menulis lagi. Utarakan semula cadangan dan pandangan aku, moga-moga ada yang mempertimbangkannya.

Masjid kita punya dana. Sesetengahnya punya dana yang sangat besar sehingga lebih 20k sebulan hasil derma orang ramai. Setiap Jumaat, masjid yang besar-besar perolehi jumlah kutipan derma mencecah ribuan ringgit.


Isnin, 23 Mei 2016

11 Pencipta Kandungan VS Lintah Maya: Suatu kesedaran

Sejak akhir-akhir ini kemunculan page Facebook yang menyedut kandungan dari tempat lain untuk menaikkan Rating dan Likers page mereka semakin menjadi-jadi dalam arena Internet tanah air. Malah amalan tidak beretika menyedut kandungan yang dihasilkan oleh orang lain seperti penulisan status, artikel, video, illustrasi, gambar, imej dan sebagainya lalu diupload semua di page atau akaun FB, Instagram, Twitter, Youtube dan sebagainya tanpa memberikan kredit dan menyertakan pautan sumber asal kandungan semakin membarah.

Tidak timbul sekelumit rasa bersalah pun dalam diri mereka merompak kandungan yang dihasilkan oleh orang lain demi keuntungan sendiri. Tidak timbul sekelumit rasa malu pun apabila mereka membuang nama atau watermark pencipta asal lalu digantikan dengan nama mereka sendiri. Kami namakan page dan admin-admin page sebegini sebagai LINTAH MAYA.


Khamis, 25 Februari 2016

11 Cara kongsi kandungan media sosial dengan betul

Tahukah anda, button Share di Facebook itu wujud untuk memudahkan anda kongsi post status, gambar dan video dari page atau profile orang lain? Tahukah anda button Share itu bukan hanya sekadar hiasan dan tidak wujud dengan sia-sia?


Isnin, 1 Februari 2016

18 Pengedar kandungan tidak hormat pembekal kandungan

Semalam aku post screenshot troll group Whatsapp di blog dan juga FB page Buasir Otak: The Komik. Walaupun aku tulis ia adalah kiriman pembaca, namun yang sebenarnya ia adalah milik kawan aku dan dia bagi kat aku bahan untuk tolong aku naikkan rating blog dan juga FB page aku yang agak suam2 kuku, dan tak sangka dapat lah juga 80+ orang Share dari page FB BO:TK kami.

Malangnya tak lama lepas aku post kat group FB, ada page FB gergasi yang mempunyai berjuta2 follower telah post semula gambar2 tersebut kat page mereka dan terus viral sehingga memperoleh beribu2 Like, Komen dan Share.



Selasa, 26 Januari 2016

40 Masalah plagiat, lanun, hakcipta dan harta intelek

Masalah plagiat, lanun cetak rompak, kurang kesedaran ilmu hakcipta dan harta intelek di Malaysia

Saya selalu baca artikel dan BO dan ada satu artikel yang menarik. Ini artikel tentang satu artikel BO yang diciplak oleh ustaz tanpa kebenaran serta ramai pula yang back-up ustaz dan kutuk Noob yang dikatakan kemaruk populariti. Kemudian, saya juga perasan satu kes tentang seorang peminat yang baru buka perniagaan jual sambal bagi taste-testing pada seorang artis. Artis itu tiada bagi respon, namun tetiba artis itu buka perniagaan sambal serta menggunakan jenama yang sama dengan peminat. Siap cakap dekat peminat “Dalam dunia perniagaan ni, siapa cepat dia dapat!” Bagus, baru mula berniaga dah mula pijak orang. Dua kes ini ada lah antara sebahagian kecil kes yang mana orang ramai menggunakan jenama/karya untuk perniagaan tanpa kebenaran tanpa pemiliknya.


Jumaat, 11 Disember 2015

5 Usah jadi muka tembok yang suka ambil kesempatan

Kita ni janganlah jadi muka tembok yang suka mengambil kesempatan mendapatkan nama dan kredit atas hasil usaha orang lain. Kalau kita memang tiada apa2 kaitan dengan sesuatu pencapaian atau kejayaan tu tak perlulah kita nak klaim kredit. Serius, takde rasa malu ke? Orang lain penat2 berusaha menghasilkan sesuatu, kita tanpa rasa bersalah klaim yang kejayaan itu adalah hasil usaha atau disebabkan jasa kita, sedangkan hakikatnya kau tak buat apa2 atau takde apa2 sumbangan pun. Malu la, malu!


Sabtu, 5 September 2015

33 Kisah si plagiator dan macai-macainya

Al-kisah yang dah agak lama dalam 2 bulan lebih, ada satu artikel blog yang juga aku sharekan di FB aku telah diambil dan dikongsikan di mana nama dan juga link ke sumber asal ke entry aku dibuang oleh seseorang yang agak ramai follower yang juga merupakan seorang ustaz dan pakar motivasi, dan artikel tersebut telah dikongsikan lebih 10,000 orang dan rata2 semua berterima kasih kepada ustaz tersebut atas artikel tersebut, malah artikel tersebut pernah masuk sebuah surat khabar Cina atas nama dia.


Selasa, 8 Julai 2014

18 Plagiat, ciplak dan cetak rompak sudah jadi budaya

BUKAN mahu menyalahkan mana-mana pihak, tetapi siapa tidak marah dan terkilan bila hasil kerja sendiri dirompak dan diguna sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertangungjawab.

Itulah luahan hati seorang jurugambar, Nixon Lim yang mendakwa gambar beliau telah diguna pakai dalam laman sesawang Universiti Sains Malaysia (USM) sejak tujuh bulan lalu tanpa kebenaran atau persetujuan hitam putih antara dua pihak.