Memaparkan catatan dengan label Peribadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peribadi. Papar semua catatan

Selasa, 18 Februari 2020

0 Bila semua benda kau ambil terlalu peribadi

Jangan "take too personal" dalam semua perkara yang berlaku sekeliling kau. Seolah-olah dunia ini berkisar tentang kau seorang je.



Sabtu, 12 Januari 2019

8 Warkah untuk insan bernama Bapa

Bapa...

Hubunganku dengan bapaku tidaklah begitu rapat.
Dari kecil lagi kami agak jarang bercakap.
Bapaku memang jenis pendiam, selalunya akan bercakap bila perlu sahaja.
Walaupun mukanya nampak garang dan tegas, tapi seingat aku dia jarang marah padaku, pada anak-anaknya, pada ibuku.

Akan tetapi disebabkan aku masa kecil agak nakal sedikit, walaupun bapaku jarang marah, sesekali berbirat juga punggung aku kena libas tali pinggang.
Antara memori yang aku tak dapat lupa sampai sekarang masa aku darjah 5. Aku terkantoi curi duit ibu bapaku untuk beli video game. Sudahnya video game aku berkecai kena hempas bapaku atas lantai. Sejak itu kenakalan aku berkurangan sedikit dan jadi lebih rajin belajar demi untuk menyaingi abangku dan mahu kedua ibu bapaku berbangga denganku.